rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, 7 October 2016

DMS 360 produk terlaris dan testimoni berjaya. !

Assalamualaikum w.b.t

ya ampun. bersarang nya rumah usang aku nie. 😂

ok xpernah lupakan u all's. kerja OK kerja. I know u miss me. and I miss u too guys. ok perasan. 🙊 no tak tipu. rindu nak blogwalking. rindu nak berpuisi dalam nie. rindu semua lah. tetiba awkward pulak sebab lama Gila Aku tinggal kan dunia blogger. alahai.

xnak cakap banyak. cuma nak gtwu. produk dms360 best Gila. sampai Aku dah jadi agen sah. haha

ok. aku mmg pengguna tegar glowing speed. setakat nie produk glowing speed yg paling laris dekat HKL antara workmate² Aku. 

yeahhhh. best foundation dia. aku pakai bawak pergi kerja pown. even dah nak habis shift pown. mmber Aku akan cakap. "dah nak habis kerja pown boleh nak tepek bedak lagi." 😑


ok dua produk nie. before kerja Aku akan consume bfore half an hour Aku amik breakfast. mmg best sedap rasa dia. satu hari bila xminum. rasa macam xlengkap rasa. lelaki pown boleh amik ok. pearlaqueen tu preggy mom pown boleh minum ok. baby pown nanti dapat kulit cantik. suami pown makin sayang. 😜😜

aduh. yg nie sis dah stop pulak. sebab dah habis. haha xada pulak testimoni utk diri sendiri. acecehh. tp serius. bfore amik produk nie. sis bw 63kg. lepas dah separuh amik. turun 57 kg. ok sila jangan gelak. masih belum capai target lagi. 😕

siapa cakap lelaki xboleh amik produk nie? ok lelaki pown kulit lagi cantik dr pmpn. xboleh jadi nie. 😍😍

testimoni pertama dr workmate sis. pertama kali bila dia dah try glowing speed. dia akan Tanya sis. "Hana, mmg produk nie akan rasa panas and mengelupas ke?"

don't worry sayang. itu perkara biasa sebab produk nie nak neutral kan balik kulit muka kita. sekarang kakak cantik nie dah try pulak pearlaqueen. ! 😱😱


Dulu sebelum guna kan set asas glowing speed . kakak cantik nie selalu pergi keje dgn bedak compact. sekarang xpayah tepek bedak compact pown muka still shining even dah habis satu shift. ramai dah yang tegur. flawless nya mukaa akakkkk. yang penting kena konsisten ! tahniah ! 🙌👏 .

ada tips berguna sis nak share sikit. kena konsisten ok. kalau dah apply dms360 dekat muka, jangan pulak tukar² produk. jangan tepek compact powder or any foundation dr produk lain. nak kulit sihat kan? then bila dah minum coffee manotox or pearlaqueen, air putih tuh. paling min pown 3L satu hari. baru lah dapat kesan yg awesome! yg penting ! produk nie halal dan ada lulusan kkm ! jom pakat PM sis. 0108925103

ok. penat. bila dah lama xmenaip. ok sis xpernah lupa asal usul sis ok. orite sis tengah kerja menyempat sis update blog usang yg dah berhantu nie. haha nite guys. 😘

*jap lagi berhantu balik lah blog nie. 😒

Monday, 28 September 2015

POETRY - pernah

Pernah
Pada ketika dulu. Bicara aku padanya sebelum aku bersedia memulakan semula. Permulaan pada sebuah kehidupan yang pernah dia matikan. Dulu. Pernah.

Dan bila kini aku ulang semula agar dia senantiasa beringat. Setiap kata keringat. Penantian aku akan berhenti apabila cukupnya dua tahun selepas tarikh keramat penghidupan semula aku yang menyakitkan amat.


Aku bukan perempuan yang sama. Kerana berabad yang lalu. Cukup aku yang tika itu. Tak kan aku bawa aku yang dulu pada hari ini. Yang lama sudah tarikh luput dan digantikan dengan yang baru. Selamat datang hati bayu. Dunia yang penuh haru biru.

Dan tika itu tak kan aku rayu. Tarikh keramat itu. Tak kan ada satu kata untuk buat kau pulang. Biar terbang segala angan gemilang. Capailah impian dalam tahun² ini sebelum tiba harinya. Semoga penantian kita tidak sia².

Saturday, 19 September 2015

POETRY - rela

Bahagia yang dia kecapi rupanya mimpi di siang hari berselimutkan air mata berahi. Seluruh daerah aman dia yang pernah dikongsikan bersama hati. Akhirnya kecundang tertunduk. Kotor jijik.

Rasa yang menghuni dalam jiwa dia meronta dilepaskan. Agar dia tidak dikecam. Dia pernah berjanji mahu mengubah apa silapnya dulu. Kesal? Sedikit. Yang selebihnya adalah hampa pada diri.

Andai sahaja manusia itu bisa berjalan tanpa diiringi waktu. Pasti, setiap langkah itu dihayunkan perlahan agar dia mampu kutip kekesalan itu dan ditampal satu persatu. Biar jadi bahagia yang tidak berpenghujung. Namun mimpi. Bukan nyata.




Akhirnya dia merelakan penghinaan itu. Bukan kerana sayang. Tapi kerana lelah. Tulikah dia?

Dia yang pilih jalan ini. Maka dia tidak akan berhenti. Dengan harapan dalam perubahan itu, kedua²nya ada. Bukan sekadar mimpi ngeri.

Tuesday, 1 September 2015

POETRY - wanita sehebat dia.

Assalamualaikum w.b.t

nak diceritakan aku tak punya kekuatan. nak aku luahkan aku tak cukup kudrat keimanan. biarlah lautan badai merajai jiwa² kami yang semakin lama semakin menghambarkan. biarlah seisi alam berkata penat lelah dia akan berterusan. tapi aku tetap dengan rasa yang tak akan sesekali pudar walau masa terlalu mencemburui betapa eratnya keakraban kami.

tulus di sini, aku rasa tak layak untuk disayangi wanita sehebat dia. walau perihnya dia hadapi perit getir ujian dari tuhan dia tetap teruskan mahligai indah sedang dia tahu kondisinya sangat menyedihkan. kau tahu kenapa aku kata dia kuat? hanya berbekalkan doa usaha tawakal, dia mampu teruskan kehidupan tanpa ada satu pun keluhan.

tuhan sayang dia. tuhan beri dia ujian itu sebab tuhan tahu dia kuat utk langkahi. mujur ada suami yang ikhlas berzaujahkan wanita seperti dia. Allahuakbar. dia masih mampu mengukir senyum sedang dia tahu ada percisan² barah mengalir dalam darahnya.

tuhan, berikan dia kesihatan berpanjangan. Alhamdulillah. kandungannya semakin membesar dan xsabar mahu berjumpa dengan uminya di dunia. Tuhan, jaga mereka berdua. aku terlalu rindu. aku terlalu faham bila dia sudah bersuami. tiada lagi masa. kalau ada pun, sangat jarang-jarang. :')


pandang belakang balik saat hari pernikahannya,. :)

*sudah lama tak kunjung sini. keadaan semakin berbeza dari hari ke hari. kesibukan bekerja sehingga aku hampir hampir lupa aku pernah menjadikan blog ini sebahagian dari jiwa aku. dunia fantasi aku. alam puisi aku di sini. rindunya aku pada kalian. laptop tempat aku menghiasi blog menjadi warna warni juga dah lama jahanam. screennya retak menanti belah. apa khabar kalian di sana sahabat blogger aku? :')

Sunday, 3 May 2015

akhir² ini.

 Cinta berputik kembali atau... Perasaan kasihan pada diri menghantui? Jujur aku tidak yakin setiap patah kata rindu yang keluar dari bicara manisnya dia. Bila dia bicara rindu, bergetar jiwa. Bila dia katanya "love you", kelu. Tak mampu membalas dengan ungkapan yang sama. Bukan mahu menidakkan rasa, cuma takut nanah di jiwa semakin membesar dan membusuk di dalam.

Maka, perlahan-lahan aku biarkan rasa ini bermain. Perlahan-lahan aku belajar ikhlas memaafkan. Bukan bererti harus seperti dahulu. 

Kau mahu aku sebagai teman. Kerana kau tak mahu memberi harapan. Tapi kenapa layanan kau lebih dari teman? Bila aku beritahu, kau hanyalah Kawan. Mulalah bermacam² kau punya anggapan. Sampai hati aku atau sampai hati kau?

Maafkanlah aku andai cinta tidak aku ungkapkan di bibir seperti mintanya kau. Aku perlukan masa. Yang pasti rindu semakin menghimpit ketat pada dada. Mujur, kau memahami dan menunggu hati aku ikhlas menerima kau semula. Terima kasih.


*selamat malam kalian yang masih bernyawa. :')

Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome