rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, 31 December 2011

selamat tahun baru ^^

hye korang. azam korang tahun nie apa? hmm apa2 je la. i wish tahun 2012 nie akan jadi lebih indah dan penuh rahmat daripada tahun2 sebelumnya. selamat tahun baru ibu, ayah, abang, adik2, family2 yg lain, kawan2 dan.. kamu sayang. :'(  jadikan 2012 nie tahun yang bermakna ya. semoga azam2 korang pada tahun nie akan tercapai. insyaALLAH. amin~~

Sunday, 18 December 2011

POETRY - cuba untuk tersenyum :)

walau berat mana pown dugaan
walau besar mana pown cabaran
belajarlah untuk menerima
belajarlah untuk tersenyum
agar tiada siapa yg tahu
hati kau sedang merasa duka :)

Saturday, 17 December 2011

POETRY - berdoalah sayang~~

berdoalah semoga hari esok masih ada
berdoalah semoga hati aku tetap sama
berdoalah agar aku tidak merasa engkau cuma derita
berdoalah rasa cinta ini bukan sementara

hanya berharap dan terus berharap
agar kau dan aku tetap satu
biar mimpi itu pasti
walau harapan tidak semestinya kenyataan
berdoalah.

#semoga esok ada sinar bahagia untuk kita walau ku tahu esok belum tentu ada

housemate baru~~

hmm macam mana la rupa budak baru pengganti cik ayu tu kan? tak suka la ada budak baru masuk rumah tu. walau apa pown tak akan ada siapa2 yg boleh gantikan ko cik ayu. hmm nak tengok jugak dia boleh tahan ke tidak dgn perangai aku n budak2 rumah aku nie. dah la masing2 dalam rmah tu kuat menganjing. aku nie pulak singa dalam rumah tu. jangan keje asyik nak touching je sudah la. mmg kena pulau la jawabnya kan? hmm jangan dia awal2 lagi dah tunjuk belang. silap hari bulan mintak pindah rumah. ^^

sampai bila ~~

wahai hati. aku ingat kau mampu bersabar dengan semua yg kau lalui. rupanya kau tak kuat. sampai bila harus menahan rasa hana? semalam dah terbukti aku tak boleh lagi bersabar. sabar aku ada had. kata-kata kau masih lagi aku ingat. tapi hanya lidah sahaja bicara tanpa membuktikan kata-kata, itu bermakna semua itu hanya percakapan kosong sahaja. sabar hana. tinggal sedikit waktu sahaja. bersabarlah wahai hati.

Sunday, 11 December 2011

menu untuk birthday ayah ^^

hye u all. esok birthday ayah. so menu utk surprise kan ayah malam nie is spagetti. nyami2. nie hasilnya. :)



#hepi besday my daddy. love u more than anything. mmuahhhx3 .. ayah la ayah yang terbaik dan terhebat di dunia nie. terima kasih sbb didik asha dari kecik dan membesar kan asha dengan penuh kasih sayang.  :')

Saturday, 10 December 2011

tak ada rehat untuk sem 3

tak ada rehat langsung. habis je praktikal terus exam. then habis je exam terus praktikal balik. tak ada cuti. tak ada rehat. ilmu utk sem 4 pown tak ada lagi dah kena hantar praktikal utk sem 4. cross pown banyak tak habis lagi. mmg kepala otak aku nie kn bijak2. sebab tu main sumbat je aku kat mana2 kan. mmg aku dtg praktikal utk makan PUJIAN. biasalah. robot bila bekerja. nak2 ilmu terlalu PENUH sgt2 kat dada kan. sangat bagus management korg. ^^

#03-01-12, SEGAMAT- i'm coming. with my beloved. first time kot nak sama praktikal dengan dia. ♥ ♥ ♥

Sunday, 4 December 2011

ombak rindu~~




semalam hari gadis sedunia. hang out with ladies only. dengan cik mun n cik ayu. cuma cik adha je tak ada. OMBAK RINDU mmg terbaik. tapi tak sama tandingan dengan novel. maya tak sesuai jadi izzah. hmm tapi mmg best. "cinta tak kejam. cuma manusia yang tak pandai menghargai cinta." 10 star utk cerita ni. :)

Sunday, 20 November 2011

~Sonata Musim Salju . thanks hubby :)

nie lagu favourite aku. dia tahu aku suka lagu nie. aku cakap nie lagu aku. tapi dia balas "lagu kita". hee terus dia post kat wall aku. dengar je lagu nie terus banjir kejap. HAHA nice video act. i love it. i love him.


SONATA MUSIM SALJU <3



Wednesday, 16 November 2011

praktikal di putra sungguh membosankan

hmm lebih seronok terendak dari putra sebab kat putra semua terbatas. nak buat itu nak buat ini kena be careful. biasalah. private kan? tapi bestlah sister kat wad nie. tak garang n cara dia, dia tak suka nak blame student. dia suka protect student tu adalah. staff pown ok lah.

baju baru, berwajah baru :)

nie baju lama aku.

sekarang korang bandingkan baju mana yang lebih cantik? :)

Sunday, 13 November 2011

keluar makan

haisyyy. perancangan last minit dari dia. ajak keluar. ingat kan pergi mana. rupanya pergi makan je. HAHA malunya. kena perli dengan kakak dia. macam tuan puteri lambat. hee first time kot keluar dengan angah. macam2 dia tanya. dia cakap aku pendiam. dia tak tahu aku nie banyak cakap. hmm tapi angah ok la. sporting. :)

Friday, 11 November 2011

kecewa -___-

kalau kau marah aku tak pe, aku faham. kalau aku tak penting tak pe, aku tak kisah. tapi tolonglah jangan buat aku risau. apa yang aku cuba buat untuk kau bukan saje2. semua nie demi sayang aku pada kau. masalah kau masalah aku. tapi aku tak tahu apa yang sedang kau alami. aku kecewa sebab apa yang pernah kau beritahu aku dulu sebelum 15-08-2011 kau tak buktikan dengan cara yang sepatutnya. kecewa ! -___-

Saturday, 5 November 2011

gone again T_T

lepas satu2 mati. sedih sebab kucing2 aku yang happy kan aku kalau aku tengah sedih. xpelah. memang dah ajal.  trying to receive . T_T

persiapan raya haji

menguji kesabaran. asyik fail je. hah nie first time aku anyam ketupat.. HAHA nak belajar anyam ketupat. last2 menjadi jugak.. yelaa.. umur dah tua tak reti2 lagi nak anyam ketupat. hehe so next raya boleh buat lagi. lepas nie kopek kerang pulak. sebab nak buat sambal kerang. nyami2..  then isi beras dalam ketupat. and last sekali boleh la tenggek ketupat tu atas dapur. :)


hah nie hasil kerja aku..


hhehhe ok tak?? :p . ok lah. nak sambung buat kerja balik. nanti tak siap pulak kerja.. ok tata titi tutu.. :)


kering hati

ok. lepas nie saya nak keringkan hati saya. nanti tak ada la saya sakit hati . :)

blogwalking di blog sendiri

hye u all. selamat malam. eh jap2. dah pukul 1.30 la.. bukan malam lagi la maknanya. ok pembetulan. selamat pagi. HAHA. ok cik hana bosan la. tak tahu nak buat apa. tajuk entri hana pagi nie "blogwalking di blog sendiri." so cik hana tengok balik entri2 lepas yang cik hana post kt blog nie. setting apa2 yang patut. dan terus blogwalking sampai la rasa mengantuk. so hana nak tidur lah. mengantuk pulak rasa. tengok lah jam dah pukul berapa. tik tok. ok selamat tidur ea. zzzzz.. @_@

Friday, 4 November 2011

untunglah~~

untunglah kan. seronok je tengok korang. tapi tiba2 semua tu buat spoil mood aku lah.. kenapa erk? =='

fakta menarik mengenai wanita




1. bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya


2. bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tenatng orang yang paling dia sayangi (sebab itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan)

4. jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorag lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5. bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


6. wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7. jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.


8. jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9. wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna

11. bersikap terlalu serius akan mematikan mood wanita.

12. bila pertama kali lelaki yang dicintaiya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.


13. sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita. jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14. jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

15. jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia kerana dia memang tak berminat denganmu.


16. tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya

17. jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. tanya dia sendiri !!

18. setelah seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal

19. kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta

20. bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. bekas kekasihnya akan selalu ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

22. satu ucapan 'hai' saja sudah cukup menceriakan harinya.

23. teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui

24. wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka

25. cinta bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26. semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.


27. senjata wanita adalah AIR MATA !


28. wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atu sekadar kata-kata romantik). mereka akan terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. dengan ini dia tidak akan ragu2 terhadapmu.


29. wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian kepadanya dan baik terhadapnya. so, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

30. sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayanginya sepenuh jiwa.

tak kenal siapa anda

maaf. saya tak kenal anda siapa. dan saya harap lepas nie jangan tunjuk kan muka anda depan saya lagi. harap anda faham .

Thursday, 3 November 2011

Gambar bogel isteri boros

dari harian metro

KESAL...Amri melihat facebook milik isterinya yang digunakan untuk menjual gambar bogel.
KESAL...Amri melihat facebook milik isterinya yang digunakan untuk menjual gambar bogel.

KUCHING: Sekali lagi facebook disalahgunakan untuk tujuan terlarang. Kali ini membabitkan seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari pelanggan dan proses tawar-menawar.
Selepas lelaki yang berminat memasukkan wang ke dalam akaun banknya, wanita berusia 35 tahun itu menghantar gambar separuh bogelnya kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) di telefon bimbit.
Perbuatan menjijikkan itu terbongkar selepas suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 43, diberitahu seorang daripada lelaki yang pernah membeli gambar isterinya itu.

“Hancur hati saya apabila mendapati apa dikatakan lelaki itu benar selepas saya memeriksa telefon bimbit serta komputer isteri.



“Malah, saya menyamar dengan menggunakan nombor telefon lain untuk berurusan dengan isteri melalui facebook dan maklum balas diterima membuktikan dia tergamak menjual gambar separuh bogelnya untuk mendapatkan wang,” katanya.

nasi lemak kukus

sejak tengok cerita nasi lemak 2.0 asyik teringin nak makan nasi lemak kukus je. tadi pergi pasar malam. cari punya cari tak jumpa2 jugak. haisyy. mana mau cari lagi nie? akhirnya juadah malam nie murtabak dan wadih saje. :)

Wednesday, 2 November 2011

meluat -___-

makin lama makin meluat pulak aku dengan kau nie. belum makan tapak tangan aku lagi. silap hari bulan bisu ! belum kena lagi sebab tu buat taik kan. dah kena baru twu langit tu tinggi ke rendah . buat hal pulak kau dengan aku kan. -___-

Tuesday, 1 November 2011

rutin hari ini

hye. hari nie kelas tak ada. so kerja yang boleh dibuat? blogwalking, cari tutorial utk design blog di internet dan cari sampai lebam.. itulah rutin aku hari ni :)

ragam manusia

nie lah manusia kan? bila time senang bukan main lagi. bila time susah huhh pandai buat hal sendiri. manusia macam2 ragam lah. tak faham betul. kau kawan buat gosip boleh lah. :)

Sunday, 30 October 2011

tipu -___-

tipulah kalau aku cakap aku tak sayang kau. tipulah kalau aku cakap aku tak rindu kau. aku tengok gambar2 kau masa pergi iptim tadi kat fb kak moon. seronok tengok muka kau hepi je. HAHA walaupown hati aku sendiri hanya ALLAH je tahu. masa kau cakap kau sayang aku, kau rindu aku tapi aku buat macam nak tak nak je. semua sebab aku tak nak kau dapat kesan hati aku yang masa tu hampa dan terkilan. aku nak menipu tapi aku tak pandai tipu. maaf kalau kau terasa dengan sikap dingin aku. tapi aku nak kau tahu aku sayang kau. dan perasaan itu bukan satu pembohongan. MAAF . :(

aku sayang kau sebab hati kita punya rasa sama

malam nie kau lain sangat. mungkin perasaan aku je kot. tapi cara, suara, bahasa kau berbeza. entah lah. dan hari nie terus terang aku cakap aku tak pernah bosan dengan kau. itu yang kau nak tahu kan? dan aku sayang kau sebab diri kau. sebab hati kau. kau tnya aku apa yang ada pada diri kau? kasih sayang. itu jawapannya. aku sayang kau sebab kau sayang aku. rasa kita sama. kita dah janji untuk terima seadanya. i don't care who u are, where ur from, don't care what u did. as long as u love me. hmm aku tanya jugak soalan yang sama pada kau. dan jawapan kau sama macam jawapan aku. KASIH SAYANG. kau sayang aku sebab diri aku dan apa yang ada pada aku ialah kasih sayang. itu sudah cukup bagi kita kan? aku sayang kau seadanya. sebab hati kita punya rasa yang sama :)

aku sayang dia seadanya :)

Saturday, 29 October 2011

bila kita menjadi tunangan orang tanpa sedar??


percaya atau x, kita boleh ber"tunang" tanpa sedar?? yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan seorang isteri. eh, itu memang normal bukan? tapi yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. adakah dikira telah bertunang? padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. itu dipanggil pinang. bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang lelaki tersebut.

situasi yang dianggap pinangan:
"aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"
"kahwinlah dengan kita bila2"

bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. sama ada bercakap dalam telefon pun, tetap dah jadi tunang.

contoh:
lelaki sebut dalam telefon, "i nak jadikan u isteri i lah"
peempuan tersebut jawab, "i sukalah, i setujulah, oraitt i'm fine, oklah, i redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan "pinangan" lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

kita orang melayu time nak tunang duk bawak rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

persoalan ialah bila ibu bapa xada. mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang boleh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti tak baligh lagi (baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh (tak boleh berfikir), gila dan sebagainya, makanya wali di perlukan untuk jawab "pinangan" tersebut.


*hukumnya HARAM bila kaum hawa dah jadi tunang orang tetapi orang lain telah menghantar rombongan untuk meminang mereka walaupun pada masa itu mereka tidak sedar mereka telah jadi tunangan orang.

-----> SUMBER

Friday, 28 October 2011

mana nak cari lagi novel tu?

                                                             

masih lagi dalam pencarian novel SAAT CINTA BERSEMI. dan hasilnya sungguh mengecewakan sebab semua kedai tak ada novel tu. arghh tinggal lagi 3 je novel DAMYA HANNA yang aku belum beli lagi. saat cinta bersemi, SEPI TANPA CINTA dan ilham hati. ILHAM HATI aku tak kisah sangat sebab novel tu pown baru lagi so kat mana2 kedai still ada lagi. cuma dua novel tu je. haisyyy mana nk cari lagi nie.
 -___-

POETRY - biar badai melanda aku tetapkan rela


dugaan dan rintangan sudah pasti
kala kita menyemai benih-benih rindu
kelam ku rasa saat aku memerlukan
semuanya menjadi punah
hati ku sudah kering kelayuan
apa masih ada ruang untukku bina harapan

kalau ini takdir untuk kita
aku tetapkan rela
biar badai melanda
hati kita tetap milik bersama
jangan pernah disesalkan
kerna sememangnya jiwa kita tetap kan utuh
bersabarlah sayang.

 * dah lama tak berpuisi. so mood : tiba-tiba rajin nk berpuisi :)

changes

i'm gonne change. do not be surprised. just waiting for my change. everything happened without u realize. hanya nantikan, saksikan. :)

jangan dihalang apa yang aku cuba buat

aku tak faham dengan permainan duniawi. pandai cakap org lain tapi diri sendiri sama jugak. dah la. jangan dihalang apa yang aku cuba buat. takut nanti jiwa aku memberontak. lagi parah. tapi sekurang-kurangnya aku tahu apa yang aku buat. sekurang-kurangnya aku tak buat sesuatu yang melanggar syariat ISLAM. tapi satu je yang harus mereka tahu, aku tak kan berundur walau satu langkah pown. aku dah separuh jalan dah dan tak kan pernah berhenti. walau banyak mana pown rintangan, insyaALLAH kalau betul aku ditakdirkan utk dia, rintangan tu tak jadi masalah utk kami..tapi apa pown restu ibu bapa. so nantikan perubahan lepas nie :)

susah sangat ke nak faham??

aku bukannya buat apa2 pown. nak balik hari nie pown susah ke? aku balik kolej pown bukan sebab dia sorang. tak pernah nak faham apa yang aku cuba buat kan? haisyy.. benda mcm nie pown nak jadi isu ke? bercinta salah tak bercinta salah. bosan la mcm nie. huhh ! -___-'

Thursday, 27 October 2011

really need

i just need u here. lend me ur shoulder. i wanna cry. hold me now please. never let me go. but you're not here.

perlawanan futsal perempuan di gombak

akhirnya dengan berkat kerjasama dan tiap2 petang turun training, diorang berjaya membawa pulang emas dengan jaringan goal sebanyak KUIM 4-1 IIC. heheh ALHAMDULILLAH. mereka terhebat ! aku hepi untuk korang. :)

♥♥ BILA PEREMPUAN MENANGIS ♥♥


pernahkah anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan meman suka menangis...

seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendhkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.

... ...
apabila dia menangis di hadapan anda,
apabila dia menangis kerana anda,
pandanglah matanya,
bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
pernahkah anda cuba untuk memahami apa yang dia rasa?
fikirkan...
berbaloikah dia menangis,
dihadapan anda hanya kerana anda?

dia menangis bukan kerana dia lemah,
dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
dia menangis,
kerana dia tidak mampu untuk menagis di dalam hati,
kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
cuba ambil masa untuk berfikir,
jika si dia menangis hanya kerana anda,
mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
kerana suatu hari nanti,
ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
atau terlalau lambat untuk mengucapkan "maafkan saya..."

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorag perempuan menagis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia memerlukan anda. kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara... mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya.
 

Cara Untuk Elakkan Diri Dari Di Rogol


tipa nak selamat dari kena rogol


Seorang wanita bernama odah bercerita dengan kawannya bernama peah tentang pengalaman ngeri beliau hampir diperkosa.
odah: “Semalam aku balik dari overtime lalu dekat lorong shorcut belakang kedai, lepas tau ada seorang Bangla mengekori aku macam nak merogol aku”
peah: ” ishh ngerinya…”
… …
odah: “Lepas tu aku tengok dia semacam je,, aku pun lari laju-laju.. dan dia pun kejar. ”
peah: “saspen nih”
odah: “dah kita perempuan mana nak sama dengan tenaga lelaki,kemudian dia dapat mendekati aku”
peah: “pastu ko buat aper supaya selamat?”
odah:”Aku pun terus angkat kain aku…”
peah: “Hah?”
odah: “Tepat jangkaan aku…. dia pun melondehkan seluar dia…”
peah: “Lepas tu ape terjadi?”(tak sabar)
odah: “Seperti teori bodoh, orang yang mengangkat kainnya akan lari lebih laju dari orang yang melondehkan seluar dia….jadi aku selamat…”
peah: …oh.,bijak bijak

janji

manusia suka berjanji kan? tapi bila dah berjanji tak pulak nk kotakan. tu la. jangan berjanji kalau twu tak dapat nak kotakan janji tu. hanya bagi harapan kat org. kan parah. :)

tunggu punya tunggu

tunggu punya tunggu at last sampai aku tertidur ak menunggu. tak pe lah. aku dah biasa. mungkin ada masalah kot kat sana. :)

Wednesday, 26 October 2011

tak jadi balik kolej

hyep.. penat bersiap. barang semua dah siap kemas. last2 tak jadi pulak. sebab apa? my father is not very well la. haisyy.. xpe lah. balik je esok. tinggal satu hari je lagi menanti kepulangan dia. :)

menunggu kepulangannya dengan sabar

saya mau pulang ke kolej petang nie dan menunggu kepulangannya dengan sabar. tak sabar tunggu hari jumaat nie. miss him a lot.. cepat la pulang ke melaka. haisyyy.. :)

12 jam diseksa rakan cemburu


12 jam diseksa? jom baca berita nie. 





AMPANG: Seorang lelaki bukan sahaja dikurung lebih 12 jam di sebuah rumah di Taman Cheras Indah di sini, tetapi turut dipaksa minum arak, mengambil pil khayal sebelum dibogelkan.
Lebih keji, aksi ‘panas’ mangsa yang berbogel sambil mengerang kesakitan dan dalam keadaan khayal itu dirakamkan seorang daripada tiga lelaki menggunakan telefon bimbit.
Dua lagi menjadi penonton dan pengarah kepada setiap aksi mangsa sebelum masing-masing ketawa terhibur dengan aksi berkenaan.

Difahamkan, lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai menjadi mangsa buli melampau tiga rakannya kerana disyaki cemburu dengan kesenangan hidup mangsa.


Mangsa dikurung sejak jam 8 malam, 18 Oktober lalu, tetapi berjaya meloloskan diri kira-kira jam 5 petang keesokannya sebelum membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah di sini, semalam.


Menceritakan kekejaman tiga lelaki terbabit, bapa mangsa yang mahu dikenali sebagai Razak, 52, berkata dia mengetahui kejadian itu selepas dihubungi seorang peniaga memaklumkan anaknya yang tidak bermaya dan cedera bersembunyi di sebuah kedai makan berhampiran kawasan berkenaan kerana dikejar tiga lelaki.


*pelik kan? ada juga manusia mcm nie.. kerana cemburu dengan kesenangan mangsa sanggup lakukan apa sahaja.. haisyyy.. manusia2..

pipi dah makin kecil? OMG !



haisyy.. banyak betul saya makan hari nie. asal nie cik hana oii? tak kan sebab abg kau ckp pipi kau dah tak mcm dulu ko terus protes sampai mcm nie sekali? abg aku tanya "asal pipi kau nie makin kecik aku tengok? kau tak makan eh kat sana?." dalam hati aku cakap (dia tak tahu aku makan banyak kat kolej tu. tiap2 malam pown makan jugak.) biasalah orang bahagia la katakan. huhu.. lagi satu, aku rasa aku makan banyak tapi aku still maintain mungkin sebab aku tiap2 petang trun stadium exercise kot.. heheh mungkin lah kan.. so lepas nie tolong ea cik hana. maintain kan diri anda. :)
Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome