rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, 28 May 2011

banyak asignment

asignment3.. hmm study case lom siap ag dah kena cari jenis2 ubat n funtion dy ape.. kena cari peralatan yg terdapat kt emergency troly ag.. pas tu kena lukis gambar dada n labelkan ECG.. semua asgnment tu pulak kena hntar hr isnin nie pulak tu.. haiyaa... pas tu kena study ag sbb dekat wad medikal bnyak kes takut nanti terkial2.. huhu nak x nak kena buat jugak la..

Thursday, 26 May 2011

dah lme xcreate blog.. nk improve dri.. :))

dah lame btol aq xcreate blog nie.. ahhahah wndu la.... hmm sibuk je ngn praktikal sbb tu la xcreate.. nk create puisi pown bru je nie done.. !! fuhhh xde bnde menarik pown about cik hana yang latest nie.. juz nk gtwu yg aq cuba nk improve dri nie.. hmm ada semangat baru.. hahahah sekejap je nie.. isyyy xyakin ngn dri sndri laa.. sbb tu asyk kena mara je ngn clinical..nk jwb soalan pown xyakin.. smpai bila nk mcm nie nie????? adoiii... dah sem 2 la.. xnak kena mara ag dah depan junior.. malu seyh.. rase tercabar ok..

POETRY - hati ini milik siapa..

cinta
apa ada pada cinta
ada pada sang manusia pencipta rindu
segenap ruang ingin memiliki dan dimiliki
cinta punya makna yang zahirnya xnampak
terkadang cinta itu datang tanpa diduga
merungkai makna sebuah perasaan asing
perlukah cinta di ungkap dengan kata-kata
andai kata-kata itu sering didustai
tanya kata hati apa yang bermain di kotak fikiran

aku tanpa sedar hati ini pada siapa
tertanya-tanya rindu ini utk siapa
semalaman berfikir jiwa ini milik siapa
benar kata orang tanya kata hati
tapi cinta bukan sekadar ucapan
cinta merantai kasih dalam taman hati
cintakah namanya andai hati ini tidak keruan
sukar untuk dimengertikan erti abadi
aku dalam pencarian mengenal rahsia hati
cinta asli restu Illahi mekar di jendela kasih..

Sunday, 22 May 2011

pengorbanan ibu tidak terbalas

MARTABAT ibu begitu tinggi dan yang kedua selepas mentaati Allah berdasarkan susunan keutamaan yang ditegaskan di dalam al-Quran.
Ibu menanggung kesakitan dengan penuh sabar sejak kita berada dalam kandungannya lagi. Selepas melahirkan, ibu mengasuh dan menjaga dengan penuh kasih sayang. 

  • FotoKASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA...reda Allah datang daripada reda ibu. - Gambar hiasan
  • FotoKENANG JASA IBU...apabila usia ibu kian lanjut dia memerlukan perhatian penuh daripada anak-anaknya. Gambar hiasan.
  • FotoMUHAMMAD KHUSAIRI...ibu insan pertama corakkan seseorang manusia.
Tanggungjawab ibu yang dianugerahkan Allah untuk mengandung dan melahirkan anak tidak mampu dipikul mana-mana lelaki di dunia ini.

Ibnu Umar menyatakan tiada apa dapat tebus jasa mereka sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan. Amat malang kepada mereka yang pernah melawan dan mengasari sama ada percakapan atau perbuatan terhadap ibu mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan supaya janganlah kamu sembah kecuali Dia dan berbuat baiklah kepada ibu bapa. Jika seorang di antara kedua-duanya sudah tua atau kedua-duanya sekali, janganlah kamu katakan ‘cis’ kepada merekaa dan janganlah kamu herdik kedua-duanya serta ucapkanlah perkataan yang mulia (lemah lembut).” (Surah al-Israak ayat 23).

Abu Hurairah meriwayatkan: Pernah Muawiyah bin Haidah al-Qusairi bertanya kepada Rasulullah siapakah yang wajib ditaati? Jawab Rasulullah: “Ibumu.” Tiga kali Nabi ditanya dan itulah juga jawapan yang sama diberikan. Yang terakhir barulah baginda menyatakan: “Ayahmu, kemudian yang terdekat dan yang daripada kerabat.” (Sahih Muslim).

Seorang anak perlu mengenang kembali detik indah mereka ketika bersama ibu dulu. Walaupun kini sudah berumah tangga dan memiliki keluarga sendiri pastikan tidak lupa memberi perhatian kepada ibu.

Ketika kecil dulu, ibu tidak pernah sekalipun menghampakan apa saja kemahuan kita. Sedih sekali jika air mata ibu bercucuran kerana bersedih atas kebiadaban dan penderhakaan anak seperti menengking, melawan, tidak bertanya khabar ibu di kampung malah lebih teruk sanggup memukul kerana berlaku perselisihan.

Menderhaka kepada ibu bapa adalah satu dosa besar dan tidak akan mencium bau syurga meskipun mereka melakukan amal ibadat lain.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan Kami wasiatkan kepada manusia terhadap ibu bapanya. Ibunya mengandungkan dengan (menderita) kelemahan di atas kelemahan dan menceraikannya daripada susuan dalam dua tahun (iaitu): Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu. Kepada-Ku tempat kembali.” (Surah al-Lukman ayat 14).

Hanya Allah mampu membalas bakti dan jasa ibu kepada anaknya. Ibu tidak pernah mengeluh atau kecewa apabila ditimpa kesusahan demi anak tersayang.

Maka ibu adalah segala-galanya. Tidak menafikan peranan ayah, namun tingkatan dan martabat ibu itu terlalu tinggi untuk dibuat perbandingan.

Pada zaman moden ini tiada perkara yang mustahil untuk menghubungi ibu di kampung. Tiada alasan untuk membiarkan ibu tanpa sebarang berita.

Sekurang-kurangnya cuba menghubunginya sekerap mungkin supaya ibu dapat mendengar suara anak kesayangan mereka. Keadaan amat berbeza ketika kita berada dalam jagaan ibu.

Dulunya, kita adik-beradik tinggal sebumbung menjadikan suasana di dalam rumah cukup riuh-rendah. Apabila masing-masing sudah berkeluarga kenangan indah itu semakin lama semakin lenyap.

Ibu sememangnya amat rindukan suasana gelak dan tawa itu. Jadi pulanglah ke rumah ibu sementara mereka masih ada dan bagi anak lelaki yang sudah berumah tangga jangan sesekali menyisihkan ibu kerana tanggungjawab mereka tidak terhenti walaupun sudah memiliki keluarga sendiri.

Pada zaman Rasulullah ada seorang lelaki yang datang berjumpa baginda kemudian menyampaikan hasratnya menyertai jihad.

Baginda menjawab bukan seperti: “Adakah kamu handal dalam menunggang kuda?”, “Adakah kamu bijak bermain pedang”, “Adakah kamu mempunyai tubuh badan yang kuat dan sihat?”

Sebaliknya baginda bertanya kepada lelaki berkenaan “Adakah kamu masih mempunyai ibu dan bapa?” Kemudian lelaki itu menjawab: “Saya sudah tiada bapa, tetapi masih mempunyai ibu di rumah.”

Baginda berkata “Adakah ibumu tidak memerlukanmu untuk menjaganya? Lelaki berkenaan menjawab: “Semestinya dia memerlukan saya.”

Baginda menasihatinya: “Pulanglah kamu ke pangkuan ibu kamu kerana jika kamu berbakti kepadanya, sesungguhnya pahala yang kamu akan terima adalah sama seperti pahala jihad fisabilillah”.

Ulama menyatakan, terdapat tiga jenis perintah Allah yang berangkai dan tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain iaitu mendirikan solat dan mengeluarkan zakat; taat kepada Allah, taat kepada Rasulullah serta bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada ibu bapa.

Semua perintah itu mesti serangkai dan Allah tidak akan menerima yang satu tanpa gandingannya. Ibu mendapat martabat yang tinggi adalah kerana peranan terbesar mereka mengandungkan kita dan ia tidak mampu dipikul mana-mana lelaki.

Sambutan Hari Ibu belum cukup untuk membalas jasa mereka selama ini. Imam Bukhari meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah berkenaan seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat.

Sesudah tawaf, beliau bertanya Ibnu Umar: Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini dapat membalas jasa bakti ibuku? Jawab Ibnu Umar: Tidak, apa yang kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.”

Carilah peluang untuk meluangkan masa balik kampung dan berkumpul adik-beradik dengan mengadakan majlis makan bersama sebagai meraikan ibu tercinta.

Ia menjadi ibadah apabila ibu gembira melihat anak mereka berkumpul beramai-ramai. Malah Allah mewajibkan anak memuliakan ibu sekalipun mereka berlainan agama.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a: Bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau seorang daripada mereka sudah tua, namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).”

Mendidik anak pada zaman moden ini cukup menguji kebijaksanaan dan kesabaran ibu bapa. Ia satu tugas sungguh mencabar dan menguji kewibawaan untuk melahirkan generasi berkeperibadian mulia.

Jadi lengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan dan terima tanggungjawab terbabit dengan penuh amanah dan pengharapan. Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya daripada manusia dan batu, sedang penjaganya malaikat yang kasar lagi keras, mereka tidak menderhakai Allah mengenai apa-apa yang disuruhnya dan mereka membuat segala yang diperintahkan kepadanya.” (Surah at-Tahrim ayat 6).

Pegawai Pengurusan Dakwah Munirah Care, Muhammad Khusairi Abdullah, berkata anak perlu menjaga lisan dan tingkah laku mereka agar ibu tidak mudah terguris perasaannya.

“Pengorbanan ibu cukup besar dan tiada tolok bandingan. Bayangkan selama sembilan bulan ibu bersusah payah membawa kandungan ke hulu ke hilir dan pastinya saat melahirkan kita itu sakitnya tidak terperi.

“Sebab itu dikira berdosa dan menderhaka jika ada anak mengucapkan ‘ah’ sekalipun kepada ibu mereka. Maka gunakan peluang yang berbaki ini untuk menggembirakan orang tua kita,” katanya.

Beliau berkata, jangan jadikan budaya menyambut Hari Ibu saja sebagai hari untuk membuktikan ingatan terhadapnya, tetapi perlu mempamerkan kasih sayang itu sepanjang hayat.

“Cara terbaik untuk kita mengingati ibu ialah dengan memujinya, mengucapkan salam dan penghargaan kepadanya, menziarahi jika mempunyai masa terluang serta mendoakan kesejahteraannya.

“Semua itu perlu dilakukan supaya rahmat Allah sentiasa mengiringi kita. Perlu diingatkan, rahmat dan reda Allah terletak rahmat dan reda ibu kita,” katanya.

Muhammad Khusairi berkata, kejayaan terbesar bagi setiap ibu bapa di dunia ini adalah kejayaan mendidik anak sehingga berjaya menjadi insan cemerlang.

“Ibu adalah insan pertama yang mencorak serta mendidik anak mereka sebelum dihantar ke sekolah. Ibu perlu mendidik anak mereka dengan didikan Islam yang menekankan berbudi pekerti dan hormat-menghormati.

“Hubungan antara manusia dengan manusia perlu dijaga dengan sebaiknya. Secara peribadi, ibu saya pada awalnya tidak dapat menerima keputusan saya memeluk Islam,” katanya.

Beliau berkata Islam membuktikan segala-galanya cukup indah dan mengajar banyak perkara kebaikan.

“Apa yang tidak saya lakukan sebelum ini, saya lakukan selepas bergelar seorang Muslim.

“Apabila pulang menziarahi ibu, saya pamerkan rasa hormat, bercakap dengan lemah-lembut dan mencium tangan serta pipinya sehinggakan ibu kata kepada saya ‘kamu adalah anak yang terbaik.’

“Saya tetap kenang jasa dan pengorbanan ibu curahkan selama ini. Islam mengajar saya segala-galanya,” katanya.

p/s: cik hana bkn ambil petikan nie utk dri sndri je tp utk korg jgk yg sudi membaca ape yg tertulis di atas.. so kita renung2 kanlah bersama ea .. :))

POETRY - menanti di perantauan


wahai angin sampaikan salam pada si dia di kejauhan
hembuskanlah kata-kata rindu pada sang perantau
aku disini menanti penuh pengharapan
berharap agar dikau pulang bersama cahaya cintamu
musim berganti musim namun jiwa ku masih dijiwamu
hatimu pasti jua begitu wahai kasih
nafasku dan nafasmu bersatu dalam satu detik
walau aku di sini jasadmu di sana pulanglah wahai sanubari
iringan doaku sentiasa membasahi hari-harimu disana
aku tetap menantimu tanpa lelah walau retak menanti belah

POETRY - kecurangan sang kaca


pabila mata menjadi saksi pada kecurangan
deruman hati tak terkawal gejolaknya
menggigil rasa sakit tak terperi jiwa merintih
tergamak engkau meninggal duka
kesannya mendalam sehingga aku tersesat dalam terang
tinggal aku sendiri menahan luka
bisanya tidak mampu diungkap dgn kata-kata
darah yg tak berwarna bisakah kau merasainya
air mata kering disapu dek angin
namun aku masih mampu tersenyum
bila kasih itu layu tanpa dibajai dgn hati tulus
pengkhianatanmu jua aku rela kerna ini semua khilafku
memilih sang kaca sedang permata berkilau tanpa sedar..

Saturday, 21 May 2011

bnyak bnde nk ckp tp lidah kelu tbe2..

aq sebenarnya bnyak sgt nk ckp ngn ko .. bkn pasal 2 je.. tp bila aq nk ckp lidah nie tbe2 terkelu.. entahla.. n sbenarnye aq xtdo lg wktu ko send msj dh tdo ke?? aq ckp kt ko yg aq de bnde nk ckp an?? n aq ckp nt mlm aq roger ko an tp aq xtext ko, xcall ko an?? aq sje je bt mcm 2.. sbb aq nk tengok ko betul2 ingat  pasal hal nie.. ko msj aq kol 12 tngah mlm .. aq xreply pon msj ko padahal aq xtdo pown ag mse 2.. at last ko call aq kol 5 pg.. hmm xsngke ko ingat yg aq de bnde nk ckp kt ko.. tp bkn semua bnde yg aq dh ckp kt ko.. btw thnx erk sbb ko yg beriye-iye nk twu sedangkan aq bt2 xtwu.. thnx..

Wednesday, 18 May 2011

kerana monyet




hahaaha lawak3.. bengong pnye monyet.. kitorang nga sedap2 makan kt bilik rehat de  monyet trlepas lak.. hahahah xtwu pulak pintu gate terbukak.. selalu mmg brkunci.. hbs makanan budak wad aq kena tibai ngn monyet uh.. kesian gk aq tengok.. ble nk halau monyet uh mule la monyet uh bt muke yg menakutkan.. hahaha teros budak wad aq 2 keluar dr bilik rehat.. tp yg pasti bile aq nmpak je pntu gate terbukak aq la org pertama yg lari.. hahaahha lawak3..

Tuesday, 17 May 2011

seseorang tu akan menyesal bile dy de bnde nk ckp kt someone tp dy rahsiakan

ye btol ckp ko.. seseorang tu akan menyesal ble dy de bnde nk ckp kt someone tp dy rhsiakan.. sme ade bnde tu pnting atau x kte kena jgk luahkan ape yg kte nk ckp kan tu walaupown jawapan yg bakal kte perolehi tu mmbuatkan kte hepi ataupown perit.. jgn smpai kte menyesal di kemudian hr.. aq berkira-kira nk ckp ke atau x td kt ko pe yg aq rahsiakan.. ko bley rse yg aq sorok kan somthng drpd ko.. n aq pulak bley rse yg ko sorokkan smthng drpd aq.. ko de ckp ngn aq td klu aq btol2 dah brsedia nk gtwu ko, ko sruh aq msj ko kan?? aq dh msj ko dh.. tp ko xreply.. mybe dah tdo kot.. hahhaha bru blek dr keje kan?? aq paham ko penat.. hmm n aq tnye ko life ko mcm mne.. aq tnye ko kenapa skrg dh jarang contact2.. jawapan ko pulak bz ngn keje.. sbtu ahad selalu de function.. dan aq dpt rsekan jawapan tu xbtol.. tp aq xnk desak ko.. ko pown xnk desak aq kan kenapa dgn aq hr nie?? ko paham aq so aq kena paham ko jgk.. xpe la klu dh mcm tu.. aq nk sgt gtwu ko tp aq xpunye keberanian.. aq takut apa yg bakal aq katakan nie bakal merubah hidup seseorang.. aq bkn manusia sekejam itu.. entah la.. ble aq dah punye kekuatan aq akan gtwu ape sebenarnye yg berlaku.. thnx sbb bg aq mse utk berfikir dgn tenang supaya aq dpt buat keputusan dgn betol tanpe rse menyesal..

POETRY - engkau tetap satu dalam kalbu


ku berjalan di jeriji waktu
mengorak langkah mencongak khilaf
aku di sini terdampar sepi
aku rindu gelak tawamu
aku rindu pandangan matamu
aku rindu dgn kemesraanmu
dirimu sehingga kini hilang jejak
aku diburu memori kasih
mendongak ke arah lelangit mendung
mencari kelibatmu tanpa jemu
engkau tetap satu dalam kalbu..

praktikal

fuhh penatnye prktikal smpai pg nie kaki aq skit2 ag.. mungkin dah lme x brdiri lame mcm nie.. hmm dgn sejuk ag dgn kena mara ag.. 2 yg kejang agknye kaki aq nie.. hahhaha first day ag dh kena mara.. berdesing telinge aq.. bkn kena mara dgn clinical tp dgn lecturer.. heee menggigil kaki aq hnye ALLAH je twu.. salah siapa?? salah dri sndri.. hmm best fren aq sorg dh de kt segamat.. jauh.. ahhahah papa ko take care erk kt segamat.. stdy lek lok.. jgn maen2.. dh sem 2..  hahhah we'll miss u.. from me n my housemate.. heee

papa khairul faizi


hmm pas nie mmg jarang la korg nk tengok cik hana publish post ag.. bz la ngn praktikal.. dh sem 2 dh xbley nk maen2 ag.. hmm pas uh dh final exam.. takot siot.... tp nk wat cm mne kne go on gk without saying no.. hmm

Sunday, 15 May 2011

POETRY - cinta terlarang


gerbang cinta mengukir segaris duka
tatkala senja terbentang luas
menanti malam xkunjung tiba
engkau kulihat tanpa maya
dibiar tangan mengapai sang bintang
sedangkan ianya diluar kewarasan minda
pada mata yg melihat
mereka tidak merasa getaran hati yg bergelora
cinta kita ditelapak kaki
betapa hinanya cinta kita pada mereka
sang mentari menjadi saksi
kita dari dua dunia berbeza
penghinaan itu xmungkin ku lupa
pergilah kasih, pergilah duka
hati ini tidak termampu lg
melihat dirimu bersama air mata..

lelaki vs perempuan




salam semua.. lelaki vs perempuan?? apa yg cik hana nk katakan adalah perangai mereka dalam prcintaan atau dr segi ape pown.. 

(L)  Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(P)  Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.
(L)  Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P)  Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.
(L)  Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
(P)  Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.
(L)  Suka menyendiri dan menjauhkan diri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P)  Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.
(L)  Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P)  Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.
(L)  Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P)  Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.
(L)  Bersikap boros.
(P)  Bersifat berjimat.
(L)  Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P)  Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.
(L)  Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P)  Fokus kepada sesuatu perkara.
(L)  Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P)  Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.
(L)  Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P)  Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.
(L)  Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P)  Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.
(L)  Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P)  Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan
(L)  Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P)  Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.
(L)  Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P)  Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.
(L)   Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P)   Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya
(L)  Agak keberatan meminta maaf
(P)  Lebih mudah meminta maaf
(L)  Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P)  Risau apabila menghadapi kesukaran
(L)  Suka MEMBUAT keputusan
(P)  Suka MENGIKUT keputusan
(L)  Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P)  Suka bersama keluarga
ada lagi yg korg nk tambah?? haaa pe lg post la kt komen.. hehhe

Saturday, 14 May 2011

POETRY - jgn ditangisi pemergian ini


andai hari esok tiada lagi kasih
jgn kau besedih jgn ditangisi pemergianku
restuilah ketiadaanku di sini 
aku kini mendambakan secebis senyuman terakhir
sebelum aku berangkat pergi dr jiwamu
aku menanti secangkir harapan
agar kta kmbali seperti dulu
sayang sekali takdir penentu
engkau dan aku xmungkin bersatu
semadikanlah aku jauh dlm lubuk hatimu
semaikan lah bunga2 kasih di pusara cinta kita
agar cinta kita tidak layu walau taufan menghempas bumi..

berhati-hati melawat orang meninggal


Ni aku dapat dari email. Ada orang email aku, aku rasa aku patut share. Nak forwardkan email tu balik, tak larat ramai sangat. So, bacalah ni. Sama-sama kita ingat-mengingatkan.    Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.  Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu.

Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.  Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut.

Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).  Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah... katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.   Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kamitersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.  Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning.

Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.  Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat.

Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.  Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.  Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih.

Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.  Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.  Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar.  

belajar injection


salam semua. hr nie cik hana nk story serba sedikit tntng pengalaman cik hana.. hr 2, cik hana belajar tentang injection.. tp kami bt kt patung je la.. owh cik hana xpunya keberanian utk bt kt manusia.. mnggigil tangan nie nt.. hahhaha takut gk trpatah ke jarum 2 nt.. owh mnx dijauhkan.. tp best la jgk sbb dh msok sem 2 nie bnyk plak subjek yg lbey mncabar akal dan fikiran.. cme tkot dgn osce yg bakal mnjelang tbe nie.. heee

ciri2 seorang sahabat yang baik



Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.


Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar. 

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

adab bercinta dalam Islam


Dipetik daripada buku “PSIKOLOGI CINTA” terbitan PTS Millennia Sdn Bhd

Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”

ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.

Cinta Sebelum Kahwin
Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.

Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.

Cinta Selepas Bertunang
Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.

Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.

Cinta Selepas Kahwin
Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

Seharusnya Cinta…
Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.

Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.

Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.

Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.

krisis

hmm semua dh kembali normal.. mmg aq ngaku salah aq tp semua org bt silap.. perlu ke blame aq sorg je?? arghhhh yeah thts my fault.. n mybe dgn prot aq yg mcm pundek time uh menyebabkan mood aq makin kacau n semakin mnjadi2.. aq nie keras pale.. btol la ckp nizam aq totally dh bnyk berubah.. tp dy sndri twu npe aq jd mcm nie.. so jgn nk blame aq ea.. blame la pd manusia yg xprnah nk hrgai aq.. huhh arghhhh bnci la perasaan mcm nie.. rse nk brhenti kan jntung nie bt sementara wktu nie je.. bley x??

blog dah cihat??

blog sudah kmbali pulih.. hahaha bgos la.. klu x bosan deyh.. hmm tp last post ilang sudah.. perghhhh berangin la jgk tp xksa la yg pnting my blog dh kembali... xla cik hana bosan nt.. :)

Thursday, 12 May 2011

Element - Cinta Tak Bersyarat.avi


tapi demi cinta manusia juga snggup butakan mata, butakan hati mereka.. org kata cinta itu buta.. tp mereka silap.. cinta itu xbuta tp manusia itu sndri yg buta dlm menilai erti cnta yg sbenar.. dlm erti kata mereka yg breanggapan cinta itu buta sebenarnya tidak mengerti apa itu erti cinta sejati.. pada mereka yg mnghargai apa itu cinta akan mengerti nilai sebenar cinta setinggi mana harganya.. tp manusia selalu khilaf.. lantas terbitnya rsa dusta dan curiga..

Tuesday, 10 May 2011

POETRY - kalau aku diberi pilihan

kalau aku diberi pilihan
aku ingin menjadi pokok di belakang rumahmu
supaya aku sentiasa berada di sisi mu
tika susah mahupun senang
agar aku menjadi tempat untuk kau menumpang teduh

kalau aku diberi pilihan aku ingin menjadi bulan
supaya aku boleh menerangi setiap malammu
dan aku ingin kau menjadi bintangku
agar kau menjadi pelindungku
agar kau sentiasa berada dekat denganku
kerana bintang dan bulan tidak boleh dipisahkan..

kalau aku diberi pilihan aku ingin menjadi ombak
dan kau menjadi lautan yang luas
biar ombak ini terbentang di jendela pantaimu
agar kita tidak saling terpisah jauh
agar jiwa ini sentiasa bersatu walau jasad dimamah bumi..

hati xsedap

aku xtw la kenapa hati aq rse xsedap je dr petang semlam.. kenapa erk?? hmm mcm de yg xkena... menggelabah je.. hati aq lak dup dap dup dap.. xpe la.. juz ignore je la.. hmm

Saturday, 7 May 2011

zaman skola

bangun je pagi td tros tringtkan zaman skola.. aq rndu firah, rndu atien, shah, ziela n biela.. tp firah npe dh brubah?? salah aq ke?? dy bnci aq ke?? ntah la.. tp aq syg dorg smpai aq mti.. tp org xpnh phm.. aq nk dorg slalu selamat.. tp aq xde dekat dgn dorg.. aq xtwu dorg chat ke x.. aq rndu zmn skola.. aq de dgn dorg.. bley twu prkembangan smasa dorg.. hmm skrg? semua dh bwak haluan masing2.. ape yg ktorg sme2 impikan nk study sme2, kje sme2, dok dlm stu rumah semua xtercpai.. hmm ntah laa.. ziela pula bz nye smpai dh lme xcntact aq.. biela pown sme.. hmm juz atien, shah n firah je yg still cntact aq.. tp firah mara aq.. aq dh xtwu nk bt ape lg dh.. :'(
Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome