rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, 11 September 2011

POETRY - Itulah Manusia Berpangkat BerhartaTerlalu Berbangga

Lumrah lidah suka berkata-kata
adakah itu menunjukkan kehebatan kita
walau sekalipun berkata dusta
menyakitkan hati rakan dengan nista
mereka pelbagai cerita
kerana prasangka dan sengketa
demi kerana penilaian membuta
untuk menjatuhkan sesama kita
menghancurkan bangsa kita

itulah orang kita
tak habis-habis nak bersengketa
bila bercakap sesedap rasa
tak pernah fikirkan apa orang lain rasa
berkata apa yang mereka suka
tanpa usul periksa
yang lemah menjadi mangsa
akibat fitnah dan cemburu buta
hidup tak pernah aman dari waham prasangka
lantaran asyik berburuk sangka
demi mencari perhatian setiap masa
dahagakan pujian gilakan kuasa
bila berkuasa amanah entah kemana
aduhaiiiiii...alahaiiii...

itulah manusia
berpangkat berharta terlalu berbangga
tidak ingat semuanya pinjaman sementara
akan ditarik bila-bila masa
sedarlah
insaflah
ingatlah
segalanya tak akan kemana-mana
bila cangkul dan tanah menjadi pemisahnya
ilmu
iman
amal
taqwa
hanya itu penyelamat diri
bila jasad telah kaku diperut bumi.



dari>>> sumber :)

No comments:

Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome