rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, 30 October 2011

tipu -___-

tipulah kalau aku cakap aku tak sayang kau. tipulah kalau aku cakap aku tak rindu kau. aku tengok gambar2 kau masa pergi iptim tadi kat fb kak moon. seronok tengok muka kau hepi je. HAHA walaupown hati aku sendiri hanya ALLAH je tahu. masa kau cakap kau sayang aku, kau rindu aku tapi aku buat macam nak tak nak je. semua sebab aku tak nak kau dapat kesan hati aku yang masa tu hampa dan terkilan. aku nak menipu tapi aku tak pandai tipu. maaf kalau kau terasa dengan sikap dingin aku. tapi aku nak kau tahu aku sayang kau. dan perasaan itu bukan satu pembohongan. MAAF . :(

aku sayang kau sebab hati kita punya rasa sama

malam nie kau lain sangat. mungkin perasaan aku je kot. tapi cara, suara, bahasa kau berbeza. entah lah. dan hari nie terus terang aku cakap aku tak pernah bosan dengan kau. itu yang kau nak tahu kan? dan aku sayang kau sebab diri kau. sebab hati kau. kau tnya aku apa yang ada pada diri kau? kasih sayang. itu jawapannya. aku sayang kau sebab kau sayang aku. rasa kita sama. kita dah janji untuk terima seadanya. i don't care who u are, where ur from, don't care what u did. as long as u love me. hmm aku tanya jugak soalan yang sama pada kau. dan jawapan kau sama macam jawapan aku. KASIH SAYANG. kau sayang aku sebab diri aku dan apa yang ada pada aku ialah kasih sayang. itu sudah cukup bagi kita kan? aku sayang kau seadanya. sebab hati kita punya rasa yang sama :)

aku sayang dia seadanya :)

Saturday, 29 October 2011

bila kita menjadi tunangan orang tanpa sedar??


percaya atau x, kita boleh ber"tunang" tanpa sedar?? yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan seorang isteri. eh, itu memang normal bukan? tapi yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. adakah dikira telah bertunang? padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. itu dipanggil pinang. bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang lelaki tersebut.

situasi yang dianggap pinangan:
"aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"
"kahwinlah dengan kita bila2"

bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. sama ada bercakap dalam telefon pun, tetap dah jadi tunang.

contoh:
lelaki sebut dalam telefon, "i nak jadikan u isteri i lah"
peempuan tersebut jawab, "i sukalah, i setujulah, oraitt i'm fine, oklah, i redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan "pinangan" lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

kita orang melayu time nak tunang duk bawak rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

persoalan ialah bila ibu bapa xada. mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang boleh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti tak baligh lagi (baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh (tak boleh berfikir), gila dan sebagainya, makanya wali di perlukan untuk jawab "pinangan" tersebut.


*hukumnya HARAM bila kaum hawa dah jadi tunang orang tetapi orang lain telah menghantar rombongan untuk meminang mereka walaupun pada masa itu mereka tidak sedar mereka telah jadi tunangan orang.

-----> SUMBER

Friday, 28 October 2011

mana nak cari lagi novel tu?

                                                             

masih lagi dalam pencarian novel SAAT CINTA BERSEMI. dan hasilnya sungguh mengecewakan sebab semua kedai tak ada novel tu. arghh tinggal lagi 3 je novel DAMYA HANNA yang aku belum beli lagi. saat cinta bersemi, SEPI TANPA CINTA dan ilham hati. ILHAM HATI aku tak kisah sangat sebab novel tu pown baru lagi so kat mana2 kedai still ada lagi. cuma dua novel tu je. haisyyy mana nk cari lagi nie.
 -___-

POETRY - biar badai melanda aku tetapkan rela


dugaan dan rintangan sudah pasti
kala kita menyemai benih-benih rindu
kelam ku rasa saat aku memerlukan
semuanya menjadi punah
hati ku sudah kering kelayuan
apa masih ada ruang untukku bina harapan

kalau ini takdir untuk kita
aku tetapkan rela
biar badai melanda
hati kita tetap milik bersama
jangan pernah disesalkan
kerna sememangnya jiwa kita tetap kan utuh
bersabarlah sayang.

 * dah lama tak berpuisi. so mood : tiba-tiba rajin nk berpuisi :)

changes

i'm gonne change. do not be surprised. just waiting for my change. everything happened without u realize. hanya nantikan, saksikan. :)

jangan dihalang apa yang aku cuba buat

aku tak faham dengan permainan duniawi. pandai cakap org lain tapi diri sendiri sama jugak. dah la. jangan dihalang apa yang aku cuba buat. takut nanti jiwa aku memberontak. lagi parah. tapi sekurang-kurangnya aku tahu apa yang aku buat. sekurang-kurangnya aku tak buat sesuatu yang melanggar syariat ISLAM. tapi satu je yang harus mereka tahu, aku tak kan berundur walau satu langkah pown. aku dah separuh jalan dah dan tak kan pernah berhenti. walau banyak mana pown rintangan, insyaALLAH kalau betul aku ditakdirkan utk dia, rintangan tu tak jadi masalah utk kami..tapi apa pown restu ibu bapa. so nantikan perubahan lepas nie :)

susah sangat ke nak faham??

aku bukannya buat apa2 pown. nak balik hari nie pown susah ke? aku balik kolej pown bukan sebab dia sorang. tak pernah nak faham apa yang aku cuba buat kan? haisyy.. benda mcm nie pown nak jadi isu ke? bercinta salah tak bercinta salah. bosan la mcm nie. huhh ! -___-'

Thursday, 27 October 2011

really need

i just need u here. lend me ur shoulder. i wanna cry. hold me now please. never let me go. but you're not here.

perlawanan futsal perempuan di gombak

akhirnya dengan berkat kerjasama dan tiap2 petang turun training, diorang berjaya membawa pulang emas dengan jaringan goal sebanyak KUIM 4-1 IIC. heheh ALHAMDULILLAH. mereka terhebat ! aku hepi untuk korang. :)

♥♥ BILA PEREMPUAN MENANGIS ♥♥


pernahkah anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan meman suka menangis...

seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendhkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.

... ...
apabila dia menangis di hadapan anda,
apabila dia menangis kerana anda,
pandanglah matanya,
bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
pernahkah anda cuba untuk memahami apa yang dia rasa?
fikirkan...
berbaloikah dia menangis,
dihadapan anda hanya kerana anda?

dia menangis bukan kerana dia lemah,
dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
dia menangis,
kerana dia tidak mampu untuk menagis di dalam hati,
kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
cuba ambil masa untuk berfikir,
jika si dia menangis hanya kerana anda,
mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
kerana suatu hari nanti,
ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
atau terlalau lambat untuk mengucapkan "maafkan saya..."

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorag perempuan menagis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia memerlukan anda. kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara... mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya.
 

Cara Untuk Elakkan Diri Dari Di Rogol


tipa nak selamat dari kena rogol


Seorang wanita bernama odah bercerita dengan kawannya bernama peah tentang pengalaman ngeri beliau hampir diperkosa.
odah: “Semalam aku balik dari overtime lalu dekat lorong shorcut belakang kedai, lepas tau ada seorang Bangla mengekori aku macam nak merogol aku”
peah: ” ishh ngerinya…”
… …
odah: “Lepas tu aku tengok dia semacam je,, aku pun lari laju-laju.. dan dia pun kejar. ”
peah: “saspen nih”
odah: “dah kita perempuan mana nak sama dengan tenaga lelaki,kemudian dia dapat mendekati aku”
peah: “pastu ko buat aper supaya selamat?”
odah:”Aku pun terus angkat kain aku…”
peah: “Hah?”
odah: “Tepat jangkaan aku…. dia pun melondehkan seluar dia…”
peah: “Lepas tu ape terjadi?”(tak sabar)
odah: “Seperti teori bodoh, orang yang mengangkat kainnya akan lari lebih laju dari orang yang melondehkan seluar dia….jadi aku selamat…”
peah: …oh.,bijak bijak

janji

manusia suka berjanji kan? tapi bila dah berjanji tak pulak nk kotakan. tu la. jangan berjanji kalau twu tak dapat nak kotakan janji tu. hanya bagi harapan kat org. kan parah. :)

tunggu punya tunggu

tunggu punya tunggu at last sampai aku tertidur ak menunggu. tak pe lah. aku dah biasa. mungkin ada masalah kot kat sana. :)

Wednesday, 26 October 2011

tak jadi balik kolej

hyep.. penat bersiap. barang semua dah siap kemas. last2 tak jadi pulak. sebab apa? my father is not very well la. haisyy.. xpe lah. balik je esok. tinggal satu hari je lagi menanti kepulangan dia. :)

menunggu kepulangannya dengan sabar

saya mau pulang ke kolej petang nie dan menunggu kepulangannya dengan sabar. tak sabar tunggu hari jumaat nie. miss him a lot.. cepat la pulang ke melaka. haisyyy.. :)

12 jam diseksa rakan cemburu


12 jam diseksa? jom baca berita nie. 





AMPANG: Seorang lelaki bukan sahaja dikurung lebih 12 jam di sebuah rumah di Taman Cheras Indah di sini, tetapi turut dipaksa minum arak, mengambil pil khayal sebelum dibogelkan.
Lebih keji, aksi ‘panas’ mangsa yang berbogel sambil mengerang kesakitan dan dalam keadaan khayal itu dirakamkan seorang daripada tiga lelaki menggunakan telefon bimbit.
Dua lagi menjadi penonton dan pengarah kepada setiap aksi mangsa sebelum masing-masing ketawa terhibur dengan aksi berkenaan.

Difahamkan, lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai menjadi mangsa buli melampau tiga rakannya kerana disyaki cemburu dengan kesenangan hidup mangsa.


Mangsa dikurung sejak jam 8 malam, 18 Oktober lalu, tetapi berjaya meloloskan diri kira-kira jam 5 petang keesokannya sebelum membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah di sini, semalam.


Menceritakan kekejaman tiga lelaki terbabit, bapa mangsa yang mahu dikenali sebagai Razak, 52, berkata dia mengetahui kejadian itu selepas dihubungi seorang peniaga memaklumkan anaknya yang tidak bermaya dan cedera bersembunyi di sebuah kedai makan berhampiran kawasan berkenaan kerana dikejar tiga lelaki.


*pelik kan? ada juga manusia mcm nie.. kerana cemburu dengan kesenangan mangsa sanggup lakukan apa sahaja.. haisyyy.. manusia2..

pipi dah makin kecil? OMG !



haisyy.. banyak betul saya makan hari nie. asal nie cik hana oii? tak kan sebab abg kau ckp pipi kau dah tak mcm dulu ko terus protes sampai mcm nie sekali? abg aku tanya "asal pipi kau nie makin kecik aku tengok? kau tak makan eh kat sana?." dalam hati aku cakap (dia tak tahu aku makan banyak kat kolej tu. tiap2 malam pown makan jugak.) biasalah orang bahagia la katakan. huhu.. lagi satu, aku rasa aku makan banyak tapi aku still maintain mungkin sebab aku tiap2 petang trun stadium exercise kot.. heheh mungkin lah kan.. so lepas nie tolong ea cik hana. maintain kan diri anda. :)

Monday, 24 October 2011

hari yang membosankan

ok honestly aku memang bosan sgt2 hari nie. tunggu text dari dia tak masuk2 jugak. satu hari suntuk kot dia tak text. buzy dengan training ke or tak ada kredit? layan fb pulak bukan ada benda pown kat situ. haisyyy bosan tahap gaban. nak layan movie pulak? sori tak de mood. habis tu nk buat apa je? tidur? awal lagi nie. hmm ape mau bikin? penat mau cari idea. -___-'

Sunday, 23 October 2011

dugaan aku dan dia

tiba2 de msj masuk time dia dah pergi ke UIA. msj yang mengaku dia pada bf aku. aku tak percaya so aku terus bermain tarik tali dengan perempuan tu. at last aku dah dapat detect siapa perempuan tu. "GELABAH". hanya satu keywords aku dah boleh detect siapa kau. perempuan yang sama yang menyebar fitnah pada ain dan BF dia. perempuan yang sama yang mencanang cerita tak betul pasal aku dan ain. perempuan yang sama yang jual number phone aku pada bdk2 dia. bf aku call kau tak angkat. bila aku angkat call dari kau xnak pulak kau cakap. pas tu ckp korang nk bertunang. nampak sangat membohongnya. hmm dalam perhubungan perlu ada kepercayaan kan? aku bukan mcm kau yang terus attact tanpa siasat perkara sebenar. ALHAMDULILLAH, kebenaran berpihak pada kitorang. :)

Wednesday, 19 October 2011

berbelah bahagi =='

mcm mne aku nk buat nie.. aku tak boleh nk decide la.. pening kepala.. nk pergi ke tak nk iptim tu.. kalau aku pergi sana sijil dapat.. hubby aku pown ada sana.. member2 pown suruh pergi gak.. tapi money?? heee tu la prob nya.. hmm sayang nya nk keluarkan duet.. ptptn utk next semester punya dah tentu la lambat dapat.. aduhhh mcm mne nk belajar berjimat nie.. duet oh duet.. haisyyy -___-'

Sunday, 16 October 2011

aku ingin kau tahu

sekali lagi aku ingin kau tahu, jika aku keseorangan pasti akan ada wajah yang tak diingini bertandang di jendela ingatan. maafkan aku. bukan aku pinta untuk begini namun hati ini belum cukup yakin apa kehendak aku sendiri. tapi aku pasti hati aku ada pada kau. cuma kejujuran yang ada antara kita belum cukup memastikan yang aku yakin tehadap cinta kita. tapi seharusnya kau tahu aku tak pernah menyesal terima kau dalam hidup aku walau sekelumit pown. aku ingin kau tahu aku tak mampu dibiarkan keseorangan membelah badai tanpa kau apatah lagi jiwa aku mengharapkan kau ada di sisi. inilah aku bila aku sendiri lagi. maafkan aku. bila hati kau terdetik untuk membuka blog ini pasti saat itu kau akan mengerti sayang. i need u every single time khairul faizi.. :')



Monday, 10 October 2011

masalah selesai... :)

at last, masalah settle.. masalah negara settle, benda yang aku nk cakap kat kau pown dah terluah.. tapi tolong jangan ulang kesilapan yang sama ea .. :)

Sunday, 9 October 2011

aku tak faham so tak boleh ke buat aku faham?

ok.. sepatutnya aku faham keadaan dia. mungkin dia banyak masalah. dan mungkin dia fikir yang aku tak pernah faham dia. memang aku tak faham so tak boleh ke buat aku faham? dan sekarang masalah datang lagi. ayu asyik kena desak dengan pakwe dia pasal kereta. ayu pulak asyik desak2 aku suruh aku cakap dengan kau. tapi aku tak sanggup sebab kau banyak masalah kan? dengan asignment MIC kau lagi. dan aku pulak asyik nk ikut kepala aku je. ok aku minta maaf marah2 kau tapi kalau kau cuba fahamkan aku mungkin benda nie tak jadi. hmm maybe tiga hari nie kita jauh kot. kita tak text sebab kau tak ada kredit dan mungkin sebab tu kot aku marah2 mcm nie. sekarang aku dan ayu tersepit antara pakwe dengan kawan.. arghhh.. !

rindu

memang tak dapat nk nafikan aku rndu dia sangat2. minggu nie aku balik cuti. so ktorang tak dapat jumpa utk 3 hari. dah biasa jumpa hari2 mcm nie lah. nak2 dia yang sekarang tengah ketandusan kredit so lagilah melambung2 rindu aku pada dia. dia pulak kat kolej memang susah nak keluar topup. hmm tahan je la rindu nie. tak pe. esok nk balik dah. argghhh sabar hana.. :)

Saturday, 8 October 2011

"wanita itu istimewa"


Wahai tuhan, mengapa wanita sering menangis?

jawabNYA:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku kuatkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
walau disakiti oleh "orang" yang dia sayangi,
wanita makhluk kuat,
tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

Friday, 7 October 2011

SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG

Nak ken
a tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

Perempuan, stoking pon kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

Komfem x tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool jek

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pon susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat jek sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis

Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

Diorang cakap, Allah x adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah x adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

MashaAllah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama 

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, 

Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindung
i
Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome