rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, 4 November 2011

fakta menarik mengenai wanita




1. bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya


2. bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tenatng orang yang paling dia sayangi (sebab itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan)

4. jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorag lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5. bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


6. wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7. jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.


8. jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9. wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna

11. bersikap terlalu serius akan mematikan mood wanita.

12. bila pertama kali lelaki yang dicintaiya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.


13. sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita. jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14. jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

15. jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia kerana dia memang tak berminat denganmu.


16. tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya

17. jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. tanya dia sendiri !!

18. setelah seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal

19. kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta

20. bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. bekas kekasihnya akan selalu ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

22. satu ucapan 'hai' saja sudah cukup menceriakan harinya.

23. teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui

24. wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka

25. cinta bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26. semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.


27. senjata wanita adalah AIR MATA !


28. wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atu sekadar kata-kata romantik). mereka akan terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. dengan ini dia tidak akan ragu2 terhadapmu.


29. wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian kepadanya dan baik terhadapnya. so, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

30. sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayanginya sepenuh jiwa.

No comments:

Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome