rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, 31 December 2012

faham??

memang kau tak faham aku.
aku pown tak nak berharap yang kau faham aku.
fahamlah diri kau dulu sebelum kau faham aku.
itu dah cukup dah bagi aku.

#aku tak app kau bukan bererti aku tak 'OK'. tapi aku takut hati aku sendiri tak 'OK' bila nampak gambar2 kau tu. semalam baru aku nampak kot new picture. seriously aku takut benda tu yg jadi. aku bukanlah macam perempuan2 lain yang kau sangka kuat. rasanya kau salah orang. sebab tu uji kaji mcm nie dilakukan ke atas aku sama ada nak tengok aku marah atau tak bila tengok gambar2 stupor tu kan.

** kau sendiri tak faham diri kau. so jangan faham aku dan jangan nilai aku sampai kau rasa kau faham siapa kau** . selamat malam korang ;)

Selamat tinggal kenangan. Assalamualaikum 2013 :)

Assalamualaikum w.b.t


tinggal beberapa jam lg nak ke tahun 2013 kan.  terasa macam sekejap je masa berlalu. masing2 sibuk update status bye2 2013 la azam baru la apa la kan. siapa yang lahir tahun 1992, kita dah 21 tahun weyhh. sedih !! T_T . tapi kan terlalu banyak sangat kenangan sampai terasa macam tak nak je melangkah ke tahun baru tu. sayang sangat. tp hakikatnya kita tetap kena melangkah kan? aikk. suka duka pahit manis semua kita rasa lah.

ok. cakap pasal azam baru? hana lebih nak tahu la korang pny azam 2012 apa yg belum ditunaikan lagi. ada kan?? tipu la tak ada. heuw3. azam yg aku belum tunaikan lg utk thn2 yg lepas kan. nak tahu ke? weyhh nak tahu keee?? hahaha mereng dah otak nie. azam tu kan aku nak jd mnusia yg berguna dan matang, yang mampu jaga sosial utk masa depan dan bangkit walaupown dah banyak kali gagal. tak kisah la gagal dalam apa pown cinta ke cita ke life ke. alamak aihh nak menangis la pulak rasa. *sob sob*.

apakah azam 2013?? ok. nie yang korang tunggu kan? aku nak tunaikan azam thn2 lepas yg belum aku capai lg. sambil tu aku pikir dan cuba capai dan gapai azam kecik yg agak besar aku nie yg nak sangat2 lulus LJM. tahu tak apa menatang jadah tu? haa LJM tu Lembaga Jururawat Malaysia. kalau gagal exam nie maknanya diploma in nursing aku sia2 lah jawabnya bhaiii. tak boleh mintak kerja sebagai nurse.. huwaaa. *tolong doakan yerk?* harap2 DK 2/ 2010 berjaya dalam LJM dan dapat bersihkan nama baik ktorang balik. 6 bulan je lg. tak lama dah weyyhh !!

#macam2 sangat benda pahit manis yang kita lalui kan. say bye to bitter stories itu dan say Assalamualaikum to wonderful life in the future. jom lupakan kisah2 pahit yg hanya akan buatkan otak kita jadi mess. selamat tinggal kenangan dan kau. Assalamualaikum. ;)

**kriok3. tak nak melangkahkan kaki ke tahun 2013 boleh? sebabnya tak nak kena tanya soalan about married. huwaaaa T_T

ajar adik junior design blog ^^

assalamualaikum w.b.t

amboi. cara mcm pro je kan. nak ajar adik junior aku nie aka member gua.  aku nie tak ada la hebat mana pown ZAM OIII kalau nak dibandingkan blogger2 lain yang sesungguhnya awesome! macam LYSA FAIZUREEN ke YUYU ZULAIKHA ke kan kan kan. kadang2 berangan jugak nak jadi blogger awesome macam diorang. haha berangan je yang mampu. ;)

zam ohhh zam. adakah itu azam baru 2013 kau nak berblogger? sangat seronok bro berblog nie. boleh jadi macam BEN ASHAARI tuu. kriok3. selamat menempuh dunia blog dengan cermat jiwa pown selamat. have fun bro !


Sunday, 30 December 2012

memori cinta luka~~

hye uollss. malam2 macam nie rasa macam nak layan cintan pulak. nahh lagu nie hana bg khas utk korang kacak dan masin. opss typoo. manis. hee nahh dengar tw ! ;)



Seindah pada waktu itu
Dalam sendu membelaiku
Asmara melewati
Kala sendu

Tersurat perpisahan Ini
melayari hari
Terpadamlah api
Cinta yang menyala

Bukan alasan itu
Yang ku mahu darimu
Impian yang ku bina
Pudar layu
Tiada bermakna

Setelah lama ku korbankan
Tiada bererti
Dan biarkan terasing disini

Hanya saat ini
Yang akan menentu
Pasti tidak kau menoleh
Pada waktu indah itu

Hanya saat ini
Merubah dirimu kasih
Meresapi jiwamu yang lara

Tidak ku duga mengapa begini
Berakhirlah kisah cinta nan luka
Tak mungkin akan bersinar kembali
Tak mungkin kau sedari

Musnah semua janji yang terucap
Dalam senyum menyusuk di dada
Dan kini kau telah pergi
Tinggalku sendiri

#nite semua. semoga mimpi indah ;)

kenapa aku diciptakan menjadi hawa?

Assalamualaikum w.b.t

kenapa aku diciptakan menjadi hawa ea?
aku tak pernah menyesal bahkan aku bersyukur.
sekurang2 nya aku tahu kesakitan ibu aku beranakkan anak2nya.
sekurang2 nya aku tahu macam mana payah ibu aku membesarkan aku yang degil nie.
sekurang2nya aku tahu erti tanggungjawab seorang anak, isteri dan ibu.

tapi perempuan ada satu sikap dia yang unik. dia kuat membebel tak kisahlah bebelan itu berbentuk seperti apa tapi ianya lebih kepada nasihat.
tapi marah tandanya sayang kan? perempuan juga hatinya seperti kain putih. sekeras2 mana hati dia pown, kerikil itu mudah sangat luntur. hebat kan kuasa ALLAH nie?
tapi masih ada lagi yang cuba mengukir parut walau beribu maaf dan kesempatan yang diminta.
dan perempuan ada suatu benda berat yang dia tanggung sehingga ke akhir hayat.
iaitu harga dirinya. itu mahkota yang paling bernilai lebih dari kasih sayang.

pada kaum lelaki yang pernah mencuri mahkota itu daripada hawa lalu menggadaikannya. ketahuilah dia tidak minta simpati atau cemuhan tapi hanya satu tanggungjawab untuk dia tebus khilaf dia yang lalu.
ketahuilah saat dia menggadaikan maruahnya demi kamu mungkin hanya itu kesilapan besar yang pernah dilakukan sepanjang kehidupannya kan?
ketahuilah jika lelaki lain yang bakal dia kahwini, bagaimana cara utk berterus terang tentang kertelanjuran kisah2 lalu yang hanya akan menimbulkan onar dan perselisihan faham?

berfikirlah demi masa depan. hidup hanya sementara. masa depan yang cerah itu sedang menanti. kejar dan gapailah ia. jangan sia2 kan apa yang ada depan mata. masa itu indah kalau kita sendiri tahu macam mana cara utk menghargainya.

#selamat malam kaum adam dan hawa yang kacak dan manis .;)
esok nak jaga nenek di hspital. nenek cepat2 la sembuh :(

Saturday, 29 December 2012

yesterday is memorize :')

assalamualaikum w.b.t

semalam hana hang out dengan member2 kolej. rasa mcm seronok sangat sambil tu celebrate la member sorang nie dah nak keluar dari kuim sebab masuk KKM. walaupown budak lelaki datang agak lambat sebab solat jumaat kan.

ha nie leader segala leader.
dia yang cadangkan jumpa reramai mcm nie :)

cantik dan hensem kan kawan2 aku nie? tolong doakan
kami berjaya dalam bidang yang kami tempuhi. :')

dak saleh nie dah kenapa? nak enterframe pulak tengah2.
hahah

candid maaa. errr.. comot muka aku. tapi boleh la dari tak ada. :P

nie ex2 roomate aku dekat kuim.
cik adha klu tengok jangan jeles ea. :P

haa yang tough nie cuba teka siapa??

opss3. bukan pakwe hana bukan bodyguard hana.

senyuman dia nie sweet. dan dia sedang mencari kekasih halal.

kui3. encik hafiz jangan mare.. heheh

ehh2. ada toyol sesat kat belakang tu. :P

yg nie pulak. err ntah la. tak tahu siapa.
main snap je gmbar nie. hehe ;)
dia nie PENIPU! bukan tipu apa.
dia kata tak datang tapi aleh2 ada pulak batang hidung dia kat sini. huhhh
mcm nak gugup jantung aku. syyy jangan gtwu dia ea. ;)

ha the sweety is me. haha sweety la sangat.
hafiz cakap hari nie gua macam ELLA. haha
*perasan* :P

#sebenarnya seronok sangat tp ada suatu perasaan yang tak betul kat sini. hana can u stop feel somthing like that? perasaan tu tak betul. nasib baik ada yang pandai jaga hati hana nie. nak bergambar sesama pown siap panggil aku padahal aku yang tu tak kisah sangat. bergambar sbg kenangan tak kan aku nak marah kan?  pape pown thnx beb :')

sebab tu en. hafiz jadi demo utk aku bergambar. biar mamat bontong tu ingat aku jenis sporting walaupown sebenarnya aku sedang menahan rasa. haisyy tapi dia cakap "suka seronok?" apa maksud dia? ahh abaikan la. tak penting mungkin. cuma si bntong nie kadang2 sengaja buat aku sakit hati. SENGAJA ! =..="

hana nak cakap something nie. sekarang masing2 semua dah 20 kan. aku cuba nak ubah cara pergaulan. tak nak bebas sangat. sebab masing2 dah nak kahwin dah. kalau dari sekarang tak ubah takut terbawak2 sampai ke kahwin. betul tak? 

tp yg pasti semalam sangat seronok tapi tu lah si bontong nie kena balik awal pulak. ;)

*k lah nak tolong ibu memasak nie. maklumlah dah nak kahwin kan. kena belajar memasak. nanti suami cari lain padan muka. puihh ! haha lambat lagi ok. selamat memasak ! :D

Thursday, 27 December 2012

baju lambat sampai !

assalamualaikum w.b.t

hye2 uolss. baju nie cantik tak? hmm tunggu punya tunggu, lama tahu tak. dah seminggu lebih order tapi tak sampai2 lagi. haisyyy baru ingat nak pakai tomorrow nak hang out dengan member2. tapi tulah. lambat bebenor. naik berbulu tunggu. erkkk =..=

mata bukan buta, telinga bukan pekak !

Assalamualaikum w.b.t

betul jugak cakap kau. kenapa kita selalu bergaduh. kenapa aku suka sangat cari salah kau. dan kenapa jugak aku selalu maafkan kau atas setiap salah2 kau. kenapa aku tak boleh nak marah kau lama2. kenapa3? sebabnya aku tak tenang selagi aku fikir gambar stupid tu masih ada dalam fb kau. siapa suruh aku tengok kan? heyy mata aku nie bukan butalah utk biarkan junior2 idiot kau tu tergedik2 depan mata, dengan komen2 damn dekat gambar tu lagi. telinga aku bukan pekak bila ada yang bercerita tentang kau, bila ada yang bertanya tentang kita. kau ingat aku stalker kau eh? aku dah suruh atin tukar pasword sebab aku ingat cara macam tu boleh buat aku tenang tapi junior2 bangang kau tu saja nak show off bagi aku nampak !

aku tak yakin tentang bukti2 sayang kau pada aku. kau tanya bukti tu semua penting ke bagi aku? tapi the fact is PENTING ! cuma kau je yang selalu amik remeh tentang perasaan aku. kau je yang selalu buat tak endah tentang apa yang aku rasa.

aku tak nak gagal. aku boleh je berbaik dengan kau tanpa ada perbalahan. tapi dalam hati aku tak tenang. itu yang patut kau tahu. kau tak tahu kan? even aku pendam pown bagi kau yang penting kita tak gaduh2. aku tak boleh pendam lama2. takut nanti meletup semua aku sembur. jalan penyelesaian untuk kita terus berbaik bukan dari aku seorang je. kau pown kena pandai fikirlah. *SELFISH. EGOIS* ! 

#aku suruh kau buang gambar tu, tak nak pulak. nak bikin kontroversi kan. bila aku sakit hati nak marah aku pulak. padahal diri sendiri yang b**** tak tahu nak appreciate apa yang ada depan mata. nak enjoy sampai bila? sampai benda yang kau sayang betul2 hilang dari pandangan mata? heyy kita dah 20 lah. cukup2 lah tu. fikir future pown bagus. !

Wednesday, 26 December 2012

siapa kita?

Assalamualaikum w.b.t


siapa kita? kita hamba ALLAH yang sama je kan di sisiNYA. tapi ada tak dalam dunia nie yang masih nak banding2 kan 'aku orang bandar kau orang kampung aku kaya kau miskin aku cantik kau buruk.' ehhh?? what the fish. apa ingat benda tu semua boleh bawak ke kubur?

orang kampung memang otak kolot. statement ini utk siapa budak kecik oii?? tak sedar ea korang2 semua yang bajet orang bandar. the fact is kita semua berasal dari kampung (!) nak nafikan hakikat tu sampai bila? ada ke manusia yang lahir2 je atas dulang emas? ada ke lahir2 je atas benang emas?? heyy kemond la. jangan jadi manusia yang lupa mana asal usul. hukum karma menatang haremm jadah.

heyy tolong bukak fikiran luas2 ea. jagalah mulut tu jangan sampai makan diri sendiri. malulah sikit. sedarlah sikit kita nie siapa untuk pertikaikan kedudukan kita di dunia nie? kang kalau aku dah bagi ceramah bernanah pulak tlinga korang nanti. so pandai fikir sendiri. sekolah menengah otak pown dah matang kan. cuma perangai tu je unmatured. kau aib2 kan pown family kau jugak. apa daaa.

#so the moral of story, setiap insan sama di sisiNYA. kalau ya pown memang kita duduk bandar. mngkin itu kelebihan yang kita ada kan. setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. so kita kena bersyukur. jangan tahu dok bukak pekung didada. haiyaa. ! ok malam uolsss . ;)

Tuesday, 25 December 2012

dendam dan maaf~~

Assalamualaikum w.b.t

tajuk entry je dah macam wahhh kemain lagi kan. bosan2 petang2 macam nie. why not kita share apa2 yang patut kan? sharing is caring right? :)

dendam. apa yang korang tahu tentang dendam? bagi hana dendam tu satu perkataan dan satu rasa yang mampu buatkan manusia jadi leka, alpa dan taksub sampai boleh jadi gila dan mati mungkin. dendam tu satu penyakit hati yang tak akan ada pengubatnya kecuali maaf. so that's mean dendam nie satu penyakit yang kronik. ada paham ka?

dulu waktu sekolah hana pernah simpan dendam. tipulah kalau korang tak pernah kan? dan sampai sekarang pown hana masih simpan dendam cuma dendam tu pada watak yang berbeza. kalau difikir-fikirkan balik, dendam tu sakit tahu tak. sakit sangat sampai boleh buat air mata jadi kering, hati jadi mati. buat apa nak mudaratkan diri sendiri sebab orang lain yang menyusahkan hidup kita dan perasaan kita? ye dokk?? tapi si pelaku dan watak dalam cerita kita yang berjaya buatkan kita jadi dendam. dia pown patut ambil berat dan jangan sampai jadi api dalam hati. sebab dalam hidup jangan suka sangat nak sakitkan hati orang. hati nie satu benda yang sangat sensitif ok.

biar orang buat kita, jangan kita buat orang. dunia sentiasa berputar. akhirat dunia yang abadi. biar yang SATU itu balas dekat sana. hana selalu pesan pada diri sendiri tentang itu. hana nak jadi hamba ALLAH yang tahu menghargai hati sendiri. tapi sbg manusia kita selalu tak tahu bersyukur kan? hana pernah tersungkur dan hampir kecundang sebab dendam tapi ALLAH kurniakan seorang lelaki utk hana kikis perasaan itu. dendam dah mati. yg ada cuma bahagia. tapi bahagia itu hanya sekejap sebab kita terlalu berharap kan?

tapi lepas harapan hanya tinggal impian hana tak terdetik nak simpan dendam. kenapa ea? mungkin sebab pengalaman yang mengajar erti perasaan, bagaimana nak menghargai perasaan dan kematangan dalam mencongak erti hidup kan? so ladies and gentleman. pokok pangkal jaga hati kita. jangan terlalu berharap dan jangan terlalu memberi harap.

#tak lama lagi nak LJM dah. so hari ini detik ini saat ini nak mintak maaf kat semua orang. sebab nak hidup dengan tenang. nak sucikan hati. dan nak jadi seorang hamba yang pemaaf. so korang2 yang pernah buat salah pada sesiapa mintak maaf cepat kalau nak berjaya dalam hidup dan nak rasa ketenangan hati tu. tapi jangan sesekali ulangi kesilapan tu lagi. ALLAH marah tau manusia yang pandai berjanji tapi dia mungkiri. perbuatan memungkiri janji tergolong dalam golongan orang munafik.
tengok nie --------> HUKUM MUNGKIR JANJI.

#so harap dimaafkan ea kalau ada tersilap hana kat korang sama ada tak sengaja atau dengan sengaja. mana tahu ada janji2 hana yang hana tak tunaikan lagi. selamat membaca. :)

Sunday, 23 December 2012

akal dan hati yang mana harus aku turutkan?

assalamualaikum w.b.t

ALHAMDULILLAH masih bernafas sehingga ke hari nie. tapi fikiran masih celaru lagi. macam mana nie? aku dah agak dah. jumpa je mak2 sedara aku tanya pasal kahwin. YA ALLAH so mess ! yang pakcik aku tanya pasal CGPA aku. yang makcik2 aku nie sibuk tanya aku bila nak kahwin. sibuk nak cari kan aku calon. sibuk tanya bila bakal menantu nak datang rumah. menantu apanya. hantu. mana datang la makcik2 kesayanganku semua. aduhai.

mak busu pulak tanya pasal kau capital K. aku sendiri tak tahu nak jawab apa. sakit woo. nak jawab yang aku tunggu kau. aku sendiri tak tahu kau tunggu aku ke tak. aku sendiri tak tahu dalam hati kau tu masih ada aku lagi ke tak. aku sendiri tak tahu kau nak tak dengan perempuan macam aku nie. aku tak tahu nak jawab apa. itulah masalahnya. tapi semua dah sibuk suruh aku kahwin awal. kononnya cucu perempuan sulung blah ibulah katakan. ada lagi sebenarnya cucu perempuan atas aku tapi entahlah. something wrong somewhere here. dushhh -___-

nak je aku jumpa kau. tanya semua nie. tapi akal kata jangan. sebab hati ini masih sakit. akal kata benci tapi hati kata sayang. jadi yang mana harus aku turutkan? akal yang mengawal atau hati yang berkata? ALLAH bantu aku dalam selesaikan masalah hati ini. macam2 yang nak aku ceritakan pada kau tapi segala-galanya menghalang dari mulut berbicara. sebab akal dan hati berkata aku ingin menikahinya. ALLAH bantu aku. :'(

#aku tak sedar aku dah 20 tahun. tapi bagi mereka 20 tahun itu dah cukup matang untuk berbicara tentang kahwin. ibu, tunggu asha umur 25 ea. kalau lelaki yang asha tunggu ini tak datang jugak jumpa ibu dan ayah dengan janji2 dia , ibu carikanlah sesiapa asalkan semua bahagia walaupun asha terluka. korang macam mana nie? idea plez. :'(


Saturday, 22 December 2012

setia ke akhir hayat~~



Sepi sampaikan salamku
Setia cintaku kepadamu
Semoga ke akhir hayat
Kami disatukan... oh... oh...

Kasih
Cintamu bak dian di tiup angin
Kerdip mencari sinaran yang
Menyakinkan di hati...
Selagi ada terpedaya
Tak mungkin kita bahagia
Ambil yang jernih buanglah
segala keruhnya...

Rimbunmu yang penuh
Onak duri ku doakan menjadi
Haruman di taman inderaloka
Berwarna-warni untuk kita nikmati

Ku semikan kasih sayang
Untuk kau pelihara
Sebaiknya diwaktu suka
Disaat duka
Kala bersamaku

Engkau ditakdirkan jadi milikku
Aku bahagia jadi milikmu
Semoga hingga ke akhir hayat...
Kita disatukan...

#lagu nie best. jemput dengar ea semua sambil makan goreng pisang + ABC petang2 nie.
adakala kita perlu setia untuk situasi yang boleh buat kita hargai dan menghargai. adakala kita letakkan setia itu ketepi utk situasi yang boleh buatkan kita rasa sakit dan terbiar. TakeNote korang :)

Friday, 21 December 2012

perkahwinan bukan permainan.

assalamualaikum w.b.t

kalau nak diceritakan tentang kahwin? aku tak mahir sangat. belum ada pengalaman. biasalah. budak lagi kot. 20 tahun baru tw. hahha budak ke namanya tu?  bajet muda je kan aku nie. aduhai ibu aku yg sorang nie. buatkan aku dalam dilema pulak. tiba2 je tanya aku bila nak kahwin. sebab dah ada orang usha2 katanya. hmm sebab aku harapan. abg kan ada. "dia lelaki." itu je lah alasan ibu aku.

aku cakap nak rasa duit sendiri dulu. kahwin lambat pown tak apa. "asha nak kahwin umo 27." terkejut mak aku. dah tua dah time tu. kawan aku cakap itu dia pnggil sbg andartu puihh ! sebenarnya 27 tu bg aku memang dah tua. aku target mula2 23. tp siapa nak kahwin dengan aku kalau muda2 sangat mcm tu kan? haa umo 25 la. ok tak?? alasan tu semua sebab aku sedang menanti sesuatu yg tak pasti. 

haisyy. aku puas congak waktu. waktu aku habis belajar. waktu dia habis belajar. tapi kalau aku je yang mencongak sedangkan dia huha huha kat sana belum cukup meyakinkan aku tentang "janji dengan aku kita sambung balik lepas masing2 dah ada kerjaya."

mula2 aku dah yakin dah tentang janji dia, kata2 maaf dari dia. tapi bila peluang aku beri aku sakit sekali lagi. dia tak menunjukkan bukti yang boleh meyakinkan aku. i've seen the picture. puas la aku tepis perasaan negative, fikiran yang merosakkan hati aku. itu hnya BFF dia. tapi aku perempuan biasa. tak lari dari perasaan cemburu. dan puaslah jugak aku jaga batas aku dengan lelaki lain. dah lama sangat aku ikut rentak dia sebab nak jaga hati dia.

dengan s*** aku tak contact. aku tukar no dulu tu pown aku tak bg tahu sesiapa kawan2 lelaki aku kecuali budak kelas. chat dari lelaki pown aku tak reply. even hari nie kawan lelaki yang dah lama tak contact dengan aku mintak no pown aku tak bagi. aku fikir. kenapa aku masih fikirkan dia sedangkan dia?? aku jaga mulut aku sebab tak nak dia terluka. apa lagi yang dia tak nampak? sampailah aku rasa give up. cuma sekarang, maaf yang amat. kata2 kasar yang keluar dr mulut aku nie pown sebab aku tak nak jadi bodoh diam dengan setiap kata2 kau dan bila dihina dengan perbuatan. itu tandanya aku dah kalah. aku mengalah.

aku nampak komen tu. aku nampak. ya ALLAH. kuatkan aku. "harap korang kekal ea." "sesuai sangat". akhirnya hana. kau kalah. kalah dengan perasaan sendiri. setelah bertahun kau gagal. tp bila dia hadir kau gagal lagi. ini takdir atau permainan dunia? aku tak pernah salahkan takdir. tapi aku salahkan manusia yang tak pernah menghargai waktu dan kisah kita betul2 dah berakhir. lepas nie seimbas bayang2 kau pown aku tak nak tengok. dan bayang2 aku pown kau tak akan jumpa lagi lepas nie. habis belajar dari kuim. hilang jejak aku.
#mati hati. itu yang kau nak kan? sekarang aku tunaikan. tolong pergi biar perasaan ini mati utk kau.

#ibu, asha belum bersedia. tak terfikir kearah perkahwinan lagi. kalau ada yang masih nak usha tunggu sampai 25. tak pown cakap je pada yang mengusha tu asha tak pandai masak. cakap yang buruk2 pasal asha. sekian. -___-

POETRY - berharap boleh tapi jangan terlalu percaya.

assalamualaikum w.b.t

adakalanya kita harus belajar lebih berdikari
sebab
ramai yang kata
akan selalu ada untuk kita tapi ketika memerlukannya
kita mesti menjalani dan menyelesaikannya

berharap boleh
tapi jangan terlalu meletakkan kepercayaan
lalu mempercayai janji-janji yang terucap
tatkala hati orang senang kepada kita
kata manis memang mudah keluar dari mulut sesiapapun

tapi kenyataan dan waktu
yang akan memperlihatkan semua itu pada kita
siapa yang hanya bicara
siapa yang menghargai
siapa yang membuat kita bahagia
hanya DIA yang tahu :)

#terima kasih utk kata2 nie PENYAIR SENJA. aku semakin dapat lihat rentak dunia.  :)

Thursday, 20 December 2012

cemburu itu apa?

assalamualaikum w.b.t

hye2. hana kembali lagi. dah lama tak jenguk blog yang agak bersawang nie. fuhh final dah lepas bro. agak2 berapa la aku boleh catch up kan sem nie? next year dah nak habis. macam lama sangat la next year tu kan? kui kui kui.

btw disebabkan cuti sem yang lamaaaaa sangat nie. padahal seminggu je. huhh boleh lah hana update apa2 yg patut kan? ok sebenarnya nak tanya korang about jealous. apa maksud tu ea?

jeng jeng jeng. setiap orang ada hak kan nak cemburu? tapi cemburu pada yang tiada apa2 dengan kita itu normal ke? cemburu pada ex?? cemburu pada kekasih gelap?? normal ke?

arghhhh ok2. aku cemburu. tapi untuk apa? kenapa aku perlu rasa mcm tu sedangkan kita dah tak ada apa2? tapi yeke? keliru r dgn status kita nie.

bontong. nak tahu something tak? masa kita terserempak kat kedai mak tu kan sebenarnya pagi tu aku tersedar then terus teringat kat kau. rindu bongok kat kenangan2 kita. terus aku tinjau rmsis lelaki. sebab selalu kau lepak situ dlu. tak tipu. tapi semua tu bayangan je. tiba2 petang tu terserempak dengan kau. bagai nak gugur jantung aku. kau pujuk aku sebab gambar stupid yg kau post tu. alahai. sakit bongok !

#dah lah. lepas nie tak nak contact kau lagi. biar perasaan nie mati untuk kau. tapi boleh ke? -___-

Sunday, 2 December 2012

segamat kata pergi melaka kata mari. ^^

assalamualaikum melaka. selamat tinggal segamat. :)

hye korang2. rindu terubat pada melaka. pada penghuni melaka. amboi ^^
banyak sangat kenangan tercipta di segamat. pahit manis. sehingga terpalit sedikit kelukaan.
terima kasih pada puan aida. kalau dia tak buat salam2 hr sabtu hari tu
mungkin aku dengan ika tak kan bertegur balik. walaupun aku sangat rindu nak bergurau dengan dia. :')

tengok nie. kami dah jadi kawan rapat balik. lepas gian weyh
sebab memang selalu bergambau dengan dia nie. :D

hahha masing2 excited nak balik. tngok la. berterabur semua.

semua kaki enterframe. :D

kiri kanan berjubah. ika melaram beg siapa tu??
kui kui kui ;D

ha yg tengah2 tu la puan aida. terima kasih utk semua ilmu yg diberi. :')
saya sbg ketua rumah yg tak bape nak ketua rumah sangat
mintak maaf utk semua pihak. dr hjung rmbut smpai hujng kaki.
hahah macam gud2 je kan? :P

kami kami kami dan kami. tetap kami. 

ini anak jora. kawan gila2 bro. :)

#tadi otw nak pergi mc dari kolej. dekat tepi rumah kau, aku nampak kau. ya ALLAH. aku dah lepas rindu aku pada kau bontong. terima kasih pada ALLAH sebab jadikan pertemuan yang tak disengajakan tu kan? walaupun kau tak nampak aku. walaupun aku hanya nampak kau sekali imbas. sebab masa tu aku dalam kereta. kan aku cakap aku tak kan jumpa kau lagi. dan mungkin aku hanya mampu tngok kau dari jauh. :)

salam isyak semua. :)

Friday, 30 November 2012

jangan jadi macam biskut. jangan treat macam baju.

hye alls. tajuk mcm menarik kan. ok. siapa je yang suka diperlakukan mcm bajukan? dan siapa yang suka bila orang yang dia sayang be like a biscuits right? sesaat kau datang. sesaat kau hilang. wahhh. kemain lagi. kan lagu ramlah ram dah keluar. 

janganlah jadi mcm biskut si handsome2 semua. tak elok tw buat si cantik2 nie mcm baju.
sakit perasaan tu. kalau betul sayang buat cara sayang.
kalau dah benci jangan bagi harapan.
kalau betul2 diri tak kisah pada dia jangan sesekali datang balik lepas dah buang dia dari hidup kau.
disguisting u know?

korang pernah rasa? dan korang pernah tak memperlakukan pasangan korang mcm nie?
kalau yg dah pernah rasa sabar ok. dunia nie mcm roda. kejap atas kejap kat bawah.
tapi jangan simpan dendam. tak elok tw. dendam tu penyakit hati yang tak ada pengubatnya.

dan pada yang pernah buat orang sakit hati tu pandailah fikir.
sampai bila korang nak buat org mcm tu?
akal ALLAH kurniakan utk kita berfikir macam mana menghargai apa yang ada depan mata.
hati ALLAH kurniakan utk kita rasa bagaimana perasaan indah menghargai dan dihargai.

see?? everything in this world is very fantastic if u really know how to appreciate the time before times make u appreciate what u had. indah sayang indah. kalau masing2 pandai berfikir dengan cara matang.
bagaimana melaksanakan tanggungjawab pada hati. assalamualaikum. :)

POETRY - dulu sekarang rentak yang berbeza

assalamualaikum w.b.t

dulu aku ikut rentak kau
sampai saat aku terjatuh dalam lurah itu
sampai saat aku hilang segala kekuatan aku
hilang segala dambaan aku

dulu aku adakan tari dalam permainan kau
titis air mata kekeringan sampai hilang kemilau
cahaya makin pudar suram
satu persatu rentak aku atur
di situ aku hampir tersungkur

sekarang rentak aku makin rancak
alunan irama makin laju
tak kan aku berundur
walau mata terpancar satu perasaan aneh
perasaan yang tidak pernah berubah

semakin laju rancak tiada noktah
ini sahaja cara untuk aku keluar dari lurah itu
dah tiba masa kau ikut rentak aku
bermain dengan tarian aku

sekali, dua kali, berkali-kali peluang diberi
tapi untuk peluang yang seterusnya masih layak atau tak
setelah berkali2 peluang dipersiakan
kalau ini kehendak kau
selama-lamanya akan hilang jejak ini
tak akan ada bayang2 lagi

rimas~~



Lari lari lari
aku lari tinggalkan semua ini
Untuk mencari-cari
cari ketenangan diri
Pergi pergi pergi
engkau pergi dari hidupku ini


Ku tak mahu mahu
engkau hadir dalam diri ini
Keluhan hatiku tak siapa yang tahu
Ku simpan semua sebak didada
Biarpun ku yang terluka
Pernahkah kau mengerti
caraku memujukmu


Pernahkah kau hargai
caraku mencintaimu
Lafasan kata dari bibir
Adakah ia dari hati
Mungkin kau tak fahami maksud yang tesembunyi
Titisan airmata dari pipi ke bumi
Pernahkah kau peduli betapa sedih diriku ini


Mengapa aku yang terluka
Aku yang merana
Aku yang menahan sisa baki cinta ini
Engkau yang meminta
Aku yang sengsara
Rimas rimas Aku rimas


Tinggalkan seorang kecundang
Istana jiwaku goyang
Roboh dan tumbang
Sawanku lantang
Tidak berpantang


Letupnya siang siang
Bukannya alang kepalang
Datangnya perang
Dan bawaku ke jurang
Pulanglah sayang
Janji ku tatang
Ku hapuskan dalang
Dalangnya sayang


Sayangnya hilang
Hilanglah garang
Garangku terbang melayang
Terbongkangku terbang kau terhoyong-hayang
Tak pandang belakang
Terkankang gilaku tak diundang
Ku rapuh semua tak bertiang
Janjiku kini kan bertulang


Lari lari aku
lari tinggalkan
Tuk mencari
Untuk mencari ketenangan
Aku pergi tinggalkan
Tinggalkan kau sendiri
Ku pergi..kini ku pergi
Tinggalkan mu sendiri



Tuesday, 27 November 2012

si bontong. !

"kau tak pernah pakai cantik2 setiap kali kita keluar macam kau keluar dengan kawan2 kau".

ini jawapan untuk setiap persoalan kau malam tu. tahu tak kenapa? aku pown ada cakap benda yang sama kan dengan kau. kau pown tak pernah pakai smart2 setiap kali kita keluar macam kau keluar dengan kawan2 kau. kau lelaki aku perempuan. mungkin itu jawapan kau tapi bukan jawapan aku.

sebab nya aku nak nampak sempurna pada pandangan mata kau bila dah tiba masanya. aku nak nampak sempurna pada pandangan mata kau bila kita dah kahwin. ??? kahwin?? haha lawaklah.

tapi....

semua tu tak akan berlaku kan? kita pown masih muda. masing2 belum puas hidup membujang. masing2 masih ada impian. dan aku beri kau peluang untuk kau cari yang lebih baik dari aku. ramai yang suruh aku semai balik kasih kita. ramai yang tanya kenapa tak sambung balik sdgkan masing2 dalam hati simpan rindu yang sama. memang betul kata kau. aku masih menanti yang lama. tapi aku simpan rindu nie dari jauh.

yang lama pulak? dahlah. benci aku lah. malas nak contact kau lagi. setiap kali aku contact kau ada je yang call. arghh cemburu ke? tak lah bongok. tengok tu kat wall. siap tag2 gambar. gedik. junior dah sangkut dengan senior ke? si bontong nie. aku betul2 geram dengan kau. ingat aku main2 ke? =="

isyyy. kenapa aku nak rasa macam nie ha? damn damn damn. dah fullstop. tak nak lagi contact kau. tak nak jumpa kau. tak nak angkat call dari kau lagi. sebab tak suka tengok wall kau yang agak2 menyakitkan mata. tak suka tak suka tak suka bila kau berkasar dengan aku macam kau dengan kawan2 kau. tak suka dengar kata2 kau yang menyakitkan. tak suka. bila ngadu kat atin dia cakap aku comel. eiyy aku tengah sakit hati dia boleh cakap aku comel pulak. huhh ! dah hana. tak patut dowhh kau nak rasa macam nie.

#ok dah. p solat hajat. harap2 buku pengalaman tu jumpa. itu yg patut kau risaukan. assalamualaikum. salam maghrib semua. :')

Friday, 23 November 2012

ALLAH selamatkan GAZA T_T

ya ALLAH. selamatkan saudara seIslam kami dekat sana.
tak sanggup melihat air mata darah bergelimpangan.
keluarga berpecah belah.
selamatkan mereka. amin. T_T

#boikot barangan keluaran israel. !!

kawan vs lawan~~

Assalamualaikum w.b.t
kawan makan kawan itu perkara biasa. tapi tidak bagi aku. siapa sangka kawan yang rapat dengan aku boleh mengata aku belakang2. sumpah. masa aku dengar dari mulut orang lain. aku menangis. mungkin sebab ini kali pertama jadi dekat aku. kawan yang biasa mungkin aku dah biasa. tapi situasi macam nie? tak.

iri hati. mungkin.
sebabnya time aku rehat lama sikit ada mulut yang mengata.
tapi time diorang rehat lama aku sikit pown tak kisah.
diorang boleh cakap aku tak buat kerja.
tapi diorang tak tahu time diorang rehat, aku buzy manjang.
diorang tak nampak. dan diorang hanya tahu judge judge judge.

"entah siapa yang lantik dia jadi ketua rumah".
terima kasih ea.
tak sangka. sumpah tak sangka.
aku pown tak nak jadi ketua rumah kat segamat nie.
aku terasa gila dengan kau.
orang lain pown tak sangka. sebab kita memang rapat.
kawan memulau. kawan berjimba.

nampak tak situasi sebenar?
time ktorang sibuk buat kerja korang boleh melepak kat bilik treatment.
aku sikit pown tak amik port.
tpi hal aku kejap je dah jadi bahan ngumpat.

dah lah. malas nak tambah dosa aku cakap hal kawan aku sendiri.
terima kasih ALLAH sebab bagi petunjuk dekat aku. sekarang baru aku nampak.
k lah. assalamualaikum. T_T

Saturday, 17 November 2012

tanggungjawab. tepuk dada tanya selera.

assalamualaikum w.b.t

selalu kita dengar tanggungjawab pada ALLAH kan? tanggungjawab terhadap isteri, tanggungjawab pada suami. tanggungjawab pada ibu ayah. tanggungjawab pada adik beradik kan? pernah dengar tanggungjawab pada pasangan yang belum ada ikatan apa2 tak pada kita? haa bunyi macam pelik kan? jom kita sama2 share pendapat masing2. :)

sebenarnya tak salah bercinta. semua orang ada hak untuk merasa indahnya cinta.
yang bahaya pada hubungan lelaki dan perempuan adalah jarak.
kalau kita nak kata pasangan couple semua pembawa virus zina hati, tak couple pown sama jugak kan?
pokok pangkal hati dan bergantung pada individu itu sendiri. selagi kita menjadi pasangan dia walaupun masih belum terikat dengan akad, yang paling penting adalah jarak.

hanya sebab jarak itu dekat. keinginan itu ada. dan berbalik pada tanggungjawab. sebenarnya nak diceritakan tentang tanggungjawab terhadap pasangan yang dah pown terlanjur. maaf kata2 ini agak kesat.
tapi hana peliklah manusia zaman sekarang.
habis madu sepah dibuang. masing2 dah rasa "BEST" kan?
kadang2 manusia kalau dah tersilap langkah mereka akan rasa gelisah tiap2 malam.
itu tandanya langkah yang khilaf itu bukan dengan sengaja.


tanggungjawab yang sebenar bukan bererti pergi tanpa alasan sebab perasaan malu yang digalas.
WAHAI LELAKI
andai rasa cinta yang ada tapi telah ternoda kerana nafsu
jangan pergi biarkan perempuan terkapai2 seorang diri.
kaum perempuan kaum yang lemah.
dia tak cukup kudrat utk menampung segala beban.
kau tak akan pernah tahu betapa deritanya dia fikirkan dosa2nya tiap2 malam.
WAHAI WANITA
sungguh untuk menggali sesuatu yang hilang bukan mudah.
ia memerlukan kekuatan di mana pasanganmu ada bersama mengharungi rintangan yang ada.
ini hakikat kan?
sejauh mana kita lari bayang2 tetap mengejar kita. sampai bila?
tepuk dada tanya selera.

kalau nak kata sebab tak ada duit
belum ada kerjaya
masih belajar lagi
memang alasan boleh diterima
tapi....
perlu ke itu semua dijadikan alasan untuk pergi tanpa pesan?
jangan bertindak kejam pada hati.

nak teruskan hubungan itu semula boleh.
yang penting adakan jarak. insyALLAH.
khilaf itu tak kan berulang untuk kali kedua.
pintu kemaafan sentiasa terbuka.
cuba selesaikan dengan cara yang matang dan sepatutnya. :)

menipu untuk menutup salah org lain..

ya. adik aku tak faham apa2 walaupown dah nak masuk 8 tahun.
"kak sanah, kak sanah. kenapa kak sanah tingalkan abg K......? kak sanah dah tak suka dia lagi ke?"
aku terdiam kejap. ya. dia tak faham apa2. biarlah dia fikir mcm tu dari dia fikir sebaliknya.
dia tak faham situasi ditinggalkan dan meninggalkan.
dan adik perempuan aku pown tak tahu.

yg dia tahu aku dan lelaki itu akan teruskan hbungan ini
selepas masing2 dah ada kerjaya.
dia yg suruh aku reply chat tu smlm.
kalau dia tak ada. mmg aku tak akan reply.
tapi yeke? adakah ego akan menguasai segalanya?
yg pasti...
hati bergetar. jantung berdegup kencang
bila tiba2 nama kau keluar dekat IM FB.

mulut ini dah banyak sangat menipu.
ALLAH maafkan aku.
aku menipu untuk menutup kesalahan orang lain.
biarlah di mata diorang aku yang bersalah.
maaf atas penipuan yang tak disengajakan ini. :')

#assalamualaikum. selamat pagi si kacak dan si cantik semua. ;)

Tuesday, 13 November 2012

1st time di segamat dpt demam yang teruk dan "penderaan".

Assalamualaikum w.b.t

hye korang2 semua. cik hana kembali sekejap. saja nak share gambar2 hana mse ada kat segamat dgn mmbr2 hana nie. cett. mcm top2 je kan. yela. 1st time keluar melaka. itu yg excited lebih itu. :D

ni dekat cafe hospital. hari2 ktorang minum ais kosong.
sampai tekak pown sakit. sampai suhu aku pown cecah 38.5
high fever. tapi takut makan ubat. macam mana nak baik :(

going back. fuhh penat weyhh praktikal. !

ini housemate hana masa dekat segamat. tak cukup forum act.
ktorang nak p kdai IOI. p makan menggemukkan badan.
sampai roomate hana cakap hana dah tembam.
senang hati mungkin. senang ke? =..="

ini kwn2 gila2 gua. haa mulut kesemuanya tak ada insurans.
pakai sebat je. bila dah gelak tergolek habis. :D

biru itu suci. biru itu kami.
walaupown aku tahu dia biasa2 je dgn warna biru
tapi datang segamat banyak baju dia warna biru.
dia sendiri pown pelik. haisyyy
we going to bandar segamat. UO.
sbb dua2 tak pernah pergi segamat. haha

haa yg ini siapa erk? pelahapnya tuan rumah nie.
cett tuan rumah tak serupa tuan rumah. muahahha.
tak dinafikan tomyam dekat kedai IOI nie memang sedap.
walaupown walaupown walaupown
MAHAL.

#walaupown dalam keadaan demam yg agak panas. sanggup datang cafe hospital nak online blog n cari asgnmnt punya pasal. doakan hana cepat sembuh ea. :')

#haa tentang "penderaan". mana ada kena dera dekat sini. dera utk kebaikan memang la patutkan. mana taknya. hana bibir kering. pengajar hana suruh minum air depan dia. habiskan satu botol tu. kalau tak buat pilihan sama ada air drip normal saline aka air garam or air masak. so kena habiskan minum air sebotol tu. hari2 mcm tu weyhhh.. lama2 perut pown buncit air. lepas tu hana kena diarhea aka cirit birit uncontrolled. kena paksa makan ubat. i hate medication ! tapi untuk kebaikan hana jugak kan. terima kasih puan Hairani n puan Aida. berada kat segamat selama 1 bulan kena make sure bibir tak kering n sntiasa sihat. alahai. =="
ok la. nak buat asngmnt nie. jom tolong2 apa yang patut. bye2 semua. :D

Saturday, 3 November 2012

hukum memutuskan silaturrahim.

assalamualaikum w.b.t


sambil tunggu cik wa kesayangan hana datang utk hantar hana balik kolej. hana ada sesuatu untuk share. ya. masalah sebenarnya simple. tapi sengaja dibesar-besarkan. hitam hati kau sebab dendam kan. hal orang2 tua tapi kenapa sampai libatkan anak2? macam mana lagi nak buat dengan orang macam kau? pak andak. kesian pak andak sampai demam sebab fikirkan kakak2 dia. dengan abang dia sekali. abang? tak layak untuk gelaran itu. pak andak cuba nak baik2 kan orang sana dengan orang sini. cuba kau tempatkan diri kau dekat tempat dia? dulu kau cuba nak 'cucuk' family aku kan? so tolong. jangan jadi kolot. fikiran mudah sangat dijajah oleh benda kotor. orang kata air dicincang tak akan putus. tapi yang sengaja memutuskan benda yang tak boleh diputuskan ialah korang.

berdosa besar apabila kita cuba memutuskan silaturrahim sesama kita. tak cium bau syurga. ikhtiar harus dicari. ya ALLAH. permudahkan urusan kami untuk merapatkan balik hubungan yang telah terputus ini. tak sanggup melihat perpecahan yg dulunya rapat. sekarang jadi kacau bilau hanya kerana satu hasutan. kesian nenek. kesian atuk dekat sana. tengok anak cucu dia berpecah belah macam nie. atuk. maafkanlah diorang atuk. maaf. sebab semuanya hanya tinggal kenangan. maaf. sebab semuanya dah tak sama macam dulu. :'(

“Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim”.
(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

    Sesungguhnya tidak rugi jika kita sentiasa mempererat tali silaturrahim, kerana ia menyebabkan dilapangkan rezeki dan dipanjangkan umur. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia memelihara hubungan silaturrahim”.
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Artikel seterusnya adalah salah satu artikel harun yahya
Salah satu sifat mulia yang dianjurkan dalam Al Qur’an adalah sikap memaafkan:
“Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.”
(Surah al-A’raf [7]:199)

Dalam ayat lain Allah berfirman:
“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
(Surah an-Nur [24]:22)

Mereka yang tidak mengikuti ajaran mulia Al Qur’an akan merasa sulit memaafkan orang lain. Sebab, mereka mudah marah terhadap kesalahan apa pun yang diperbuat. Padahal, Allah telah menganjurkan orang beriman bahwa memaafkan adalah lebih baik:
“… dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
(Surah at-Taghaabun [64]:14)

Juga dinyatakan dalam Al Qur’an bahwa pemaaf adalah sifat mulia yang terpuji.
“Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.”
(Surah asy-Syura [42]:43)

Berlandaskan hal tersebut, kaum beriman adalah orang-orang yang bersifat memaafkan, pengasih dan berlapang dada, sebagaimana dinyatakan dalam Al Qur’an,
“…menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain.”
(Surah ali-‘Imraan [3]:134)

#segalanya akan baik pulih seperti biasa. seperti dulu. insyALLAH. jangan putus asa dengan rahmatNYA. ALLAH kan sentiasa ada. kalau ikutkan medical line orang macam kau boleh didiagnoskan sbg pesakit mental. ya ALLAH jauhkanlah rasa benci aku pada mereka. aku tak nak putus dari rahamatMU. :')



Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome