rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, 22 April 2012

Tanda-Tanda Lelaki Serius Dalam Percintaan


  1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.
  2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.
  4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
  5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.
  6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
  7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
  8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
  9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
  10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
  11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
  12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.
  13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
  14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
  15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
  17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.
  19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
  20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
Tak kira mcm mana pun 'si dia' tunjukkan rasa cinta atau rasa sayang dia pada anda,hargai lah dan terima lah pasangan anda seadanya. Yang penting keikhlasan serta kejujuran dalam menjalinkan hubungan hingga ke ikatan yang sah.

#credit to him <3 !

Saturday, 21 April 2012

rindu~~

ya ALLAH rindu nya dekat si buncit dekat segamat tu. 2 mgu kau praktikal kat sana. bila la kau nak balik nie? seminggu lagi. tapi lamalah. sabar hana. sekejap je. :')

POETRY - kerana EGO

siapa kata ego tak boleh diruntuhkan?
siapa kata ego akan selalu menguasai?
siapa kata ego akan selalu menang?

EGO itu bukan selama-lamanya kekal
ego itu bukan selama-lamanya yang teratas
ego itu hanya bersifat sementara

hari ini kau menangkan ego kau
hari ini kerana ego kau
kasih sayang kau campakkan ke jurang dalam

aku pun punya ego
cuma aku bukan manusia yang selalu ingin menang
aku bukan manusia yang taksub dengan keegoan
hari ini detik ini saat ini kau kalah
kalah dengan kasih sayang aku

engkau teruskan dengan permainan kau
dan aku hanya mengikut rentak kau
sampai bila aku akan terus menunggu
tunggu ego kau tunduk dengan kasih sayang aku

cuma pesan aku
kerana ego itu kau akan hilang cinta kau
cinta yang hilang dari dunia kau
dunia kau yang cuma sementara

dan jangan disesalkan
bila satu hari nanti cinta kau tiada lagi
kerana hidup ini cuma sementara
esok lusa belum tentu aku masih ada

#assalamualaikum.
Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome