rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, 30 May 2012

untukmu wahai calon imamku :)



Assalamu'alaikum Warahmatullahi wabarakatuh

*•Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta, berfikir sebelum bertindak, santun dalam berbicara, tenang ketika gundah, diam ketika emosi melanda, bersabar dalam setiap ujian. Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq, sebijaksana Umar bin Khattab, sedermawan Utsman bin Affan, sepintar Ali bin Abi Thalib, sesederhana Bilal, setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin ya Rabbal'alamin.


Aku inginkan dia yang bisa bicara benar padaku dan bukan hanya membenarkan kata-kataku..

Aku inginkan dia yang bisa kembali menegakkan bahuku dan mampu membuatku menatap kembali kedepan, bukan seseorang yang hanya memberiku sandaran yang membuatku menyesali dan tengelam dalam kegagalanku..

Aku inginkan dia yang mampu menjadi imam dalam hidupku dan mampu membawaku mendekati pada apa yang aku yakini...

Aku inginkan dia yang tidak menghandalkan kata manis untuk membuatku luluh namun membuatku merasa sangat istimewa hanya dengan kemampuannya dalam memahamiku..

Aku inginkan dia yang mengajariku untuk terlalu sibuk berusaha hingga aku lupa meluangkan waktuku untuk terus mengeluhkan sesuatu yang belum kucapai...

Aku inginkan dia yang mampu mengingatkanku saat aku lengah dan terlena dalam keberhasilan yang kucapai..

Aku inginkan dia yang bisa menerimaku apa adanya, memberiku tempat disisinya sebagai teman berbagi dan menghargaiku sebagai seorang wanita yang ia cintai

Aku inginkan dia yang membuatku bangga, bukan karena betapa rupawannya ia, tapi karena kebaikan hatinya..

Aku inginkan dia yang bisa mengajakku sejenak menunduk saat aku terus menatap keatas dan lupa bersyukur untuk apa kumiliki saat ini..Aamiin.

#semoga bertemu wahai kekasih halal.

Tuesday, 29 May 2012

hati seorang wanita


-SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian .

-CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala .

-HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM .

-IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui .

- KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . WANITA amat tabah .

-PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam .

-MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA . suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesame kaum .

-EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai .

-CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus

-SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu . fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan .

reunion ke? :P

pergi reunion dengan budak kelas 5ik 2009. tapi reunion ke klu BF aku pown join sekali? haha btw terima kasih utk hari ini walaupun cuma sekejap. terima kasih guys dan kamu cinta. terima kasih. seronok enjoy dengan korang. main bowling, pergi karoke. dan tak paham kenapa dengan tangan aku hari ini. lom pernah rasa kalah sampai mcm nie sekali main bowling tadi. berlagaknya team lelaki bila beat dengan team aku, team perempuan. cett ! haha tapi tak kisah la. yg pnting aku enjoy. thnx for today. :)

Monday, 28 May 2012

thank you ALLAH.

ya ALLAH, kau permudahkanlah urusan kami pada hari esok. mungkin esok yang terakhir. semoga esok tiada aral melintang. :')

ALHAMDULILLAH tiada sebarang penyakit. terima kasih ALLAH. ^^,

seronok jugak jenjalan ngan cik mon nie. makcik nie jiran aku. haa dia melayan kerenah aku. pergi simen gigi. pergi check if aku ada sebarang disease ke. pergi check mata aku nie. haha semua aku check hari ini. dari hujung rambut sampai hujung kaki. ALHAMDULILLAH aku sihat tiada sebarang penyakit cuma aku pening kepala sebab stress je kot. so doktor juz bg aku ubat angin krim dengan analgesik. kena amik PRN la (bila perlu). hmm pergi check pulak mata nie. mana twu kot2 rabun nie makin teruk sebab sebelum nie pernah jugak check tp sikit je. hmm kakak dekat kedai cermin mata tu cakap rabun silau sebelah mata je. dan ada rabun jauh 50 la. kakak tu sarankan nak pakai cermin mata boleh tak nak pakai pown tak apa. tapi sebenarnya aku segan la sebab dengan semua org dia nak perkenalkan aku nie sebagai misi atau nama lain dia nurse. haa kat klinik gigi, kat kedai cermin mata, kat kedai nyonya masa dia beli barang pown dia nak perkenalkan aku nie misi. segannya. tapi tak apa la. yang pnting seronok sebab segala kemusykilan aku selama nie dah terjawab. aku sihat. yeayy ! terima kasih ALLAH.. ^^

Sunday, 27 May 2012

merinduimu T_T

ya. aku rindu. sungguh perasaan ini bukan satu penipuan. semoga kau turut merasakannya. cuti dua minggu menggugat naluri dan fikiran. :')

*aku merinduimu khairul faizi.

Saturday, 26 May 2012

need someone tonight.

i need someone tonight cause i know i'm not strong enough. T_T

Friday, 25 May 2012

hukum nikah ^^




Hukum nikah kebanyakkannya hanya ditaklifkan kepada kaum lelaki yang mampu membuat keputusan, berbanding kaum perempuan kerana perempuan tidak mempunyai banyak hak memilih pasangan. Hukum nikah terbahagi kepada beberapa bahagian.

Wajib : iaitu bagi lelaki yang berkemampuan dan tidak mampu menahan nafsu syahwatnya terhadap perempuan.

Sunat : iaitu bagi seorang lelaki yang berkemampuan dari segi hartanya dan nafsunya, dan ingin pula mendapatkan keturunan tetapi mampu pula mengawal nafsunya dengan baik.

Harus/Mubah : iaitu apabila seseorang yang berkeyakinan tidak akan jatuh dalam perzinaan jika tidak berkahwin, tetapi kalau berkahwinpun tidak akan mengabaikan kewajipan suami atau isteri.

Makruh : iaitu bagi lelaki yang apabila berkahwin akan memberi masalah kepada anak dan isterinya, kesibukkanya, keegoannya, kebodohannya, kekurangan sifat dirinya dan sumpamanya.

Haram : iaitu bagi lelaki yang tidak mampu membiayai rumahtangganya, anak isterinya dengan sebab kemiskinannya. Jika berlaku perkahwinan mungkin akan jatuh kepada berbuat kezaliman. Bagi golongan ini walaupun tidak mampu menahan nafsu tetap juga tidak dihalalkan baginya berkahwin, melainkan jika ada pihak-pihak tertentu membiayai dan membantu sehingga berjaya. Jika tidak maka dia hendaklah berpuasa sehingga dia mampu menahan nafsunya dari berbuat zina.

#Imam Syafi’e : Asal hukum harus, kemudian berubah menjadi wajib atau sunat tergantung kepada keadaan sesorang.

Wednesday, 23 May 2012

lukamu lukaku jua ~~


Tali yang cumalah sejengkal
Tak dapat kuhulurkan kepadamu
Cukuplah sekadar ku bertanya
Salahkah aku memikirkannya
Di kala kau dilanda duka

Aku datang bersama keikhlasan
Bukan terselit niat serong padamu
Balasannya juga ku terima
Dosa pun akan berlipat ganda
Jika ku tersalah pembawakan

Banyak sudah yang aku perhatikan
Ada yang tersembunyi di sebalik janji

Dan di mana adanya kemanisan
Di situlah ramai yang bertandang

Lukamu lukaku jua
Terhiris tak nampak mata
Sedihmu sedihku jua
Menusuk dalam jiwa

Lukamu lukaku jua
Tak sanggup ku melihatnya
Pedihmu pedihku jua
Biarlah ku bersama

Sejarah yang sering mengganggu
Biar berlalu tak usahlah dikenang
Seandai dikenang menyakitkan
Jikalau dibiar berpanjangan
Dan terbatas jua tiap bicara

Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus ^^






1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

( dipetik dari koleksi ceramah Ustaz Azhar Idrus )

Tuesday, 22 May 2012

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.

 

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Monday, 21 May 2012

6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.

#copy and paste :)


Monday, 14 May 2012

biar aku hipokrit.

maaf. aku dah cuba sedaya upaya untuk melupakan. dan hati aku bukan sekuat kau. mampu melupakan. dan gelak tawa aku hanya untuk menggembirakan hati sendiri. biar kau tidak nampak yang aku masih masih masih masih belum mampu melupakan apatah lagi hati ini masih lagi terasa sakit. biar aku hipokrit. tak apa. asalkan aku masih boleh melihat senyuman di bibir kau untuk aku. :')
Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome