rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, 25 May 2012

hukum nikah ^^




Hukum nikah kebanyakkannya hanya ditaklifkan kepada kaum lelaki yang mampu membuat keputusan, berbanding kaum perempuan kerana perempuan tidak mempunyai banyak hak memilih pasangan. Hukum nikah terbahagi kepada beberapa bahagian.

Wajib : iaitu bagi lelaki yang berkemampuan dan tidak mampu menahan nafsu syahwatnya terhadap perempuan.

Sunat : iaitu bagi seorang lelaki yang berkemampuan dari segi hartanya dan nafsunya, dan ingin pula mendapatkan keturunan tetapi mampu pula mengawal nafsunya dengan baik.

Harus/Mubah : iaitu apabila seseorang yang berkeyakinan tidak akan jatuh dalam perzinaan jika tidak berkahwin, tetapi kalau berkahwinpun tidak akan mengabaikan kewajipan suami atau isteri.

Makruh : iaitu bagi lelaki yang apabila berkahwin akan memberi masalah kepada anak dan isterinya, kesibukkanya, keegoannya, kebodohannya, kekurangan sifat dirinya dan sumpamanya.

Haram : iaitu bagi lelaki yang tidak mampu membiayai rumahtangganya, anak isterinya dengan sebab kemiskinannya. Jika berlaku perkahwinan mungkin akan jatuh kepada berbuat kezaliman. Bagi golongan ini walaupun tidak mampu menahan nafsu tetap juga tidak dihalalkan baginya berkahwin, melainkan jika ada pihak-pihak tertentu membiayai dan membantu sehingga berjaya. Jika tidak maka dia hendaklah berpuasa sehingga dia mampu menahan nafsunya dari berbuat zina.

#Imam Syafi’e : Asal hukum harus, kemudian berubah menjadi wajib atau sunat tergantung kepada keadaan sesorang.

No comments:

Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome