rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, 26 June 2012

POETRY- seribu kali maaf. :)

assalamualaikum korang2 semua. dah lama sgt tak berpuisi. how i miss that. here for u guys. :)

Seribu kali maaf
Bukan aku tidak sudi menjenguk hatimu
Membuka pintu hati aku untuk kau
Memberi kunci hatiku padamu untuk kau simpan
Tapi aku tidak sanggup merasa sakit sekali lagi

Sekali lagi maaf
Cinta rindu yang terucap di bibir itu nista
Berkali aku ucap tapi hati aku masih belum bersedia
Dan terima kasih menerima aku apa adanya
Walaupun hakikatnya kau tahu hati aku seperti apa
Walaupun kau tahu aku masih meragukan kau

Dan sehingga kini
Jiwa aku kosong semakin kosong
Rasa tawar semakin hambar
Apa yang aku rasa semakin keliru
Keliru dengan perasaan sendiri

Jangan lepaskan genggaman aku
Kerana hanya kau yang mampu
Yang mampu membuka gerbang baru dalam hidup aku
Yang mampu melebarkan senyuman dalam laman hati
Setelah kisah silam itu meninggalkan onar yang perih

No comments:

Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome