rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, 3 June 2012

utusan hati untuk dia. :')

      Assalamualaikum sayang. malam ini aku rasa sunyi. kau tahu kenapa aku tak nak balik kolej esok? bukan aku tak nak jumpa kau tapi aku tak nak jumpa someone yang aku tak suka dalam kelas tu. kau still tak faham2 lagi kan? dan kau desak2 aku beritahu kau apa yg terbuku dalam hati aku nie tadi. kau ingat senang nak luahkan mcm makan gula2 ke? aku perlukan kekuatan. kekuatan untuk aku berhadapan dengan situasi. situasi di mana aku harus berterus-terang. berterus-terang tu perkara yang paling susah kan? mcm mana kau berterus-terang dengan aku dulu pasal "masalah besar" kita. tapi kau berterus-terang dengan cara yang tak sepatutnya. kau tahu tak aku masih tak boleh lupa perkara yang menyakitkan tu. aku cuma nak kau tahu. i'm not strong enough to face it alone sebab sebelum ini aku pernah lalui dan kau sendiri tahu kan? sebab tu aku nak kau sentiasa ada supaya aku dapat lupakan tapi apa yang berlaku tak seperti yang aku harapkan. aku nak sangat luahkan apa yang terbuku dalam hati aku nie tapi aku tak boleh sebab aku tak nak dituduh sebagai pengungkit.

      Tapi aku berterima kasih pada ALLAH sbb Dia hadirkan kau dalam hidup aku sebagai seorang sahabat, sebagai lelaki yg aku sayang. kau beri aku bahagia dengan perangai gila2 kau, kau ceriakan aku setiap kali aku sedih, kau ada setiap kali aku perlukan kau walaupun masa tu kau jauh. kau tahu kenapa bagi aku kita serasi tapi tak sefahaman? sebab sebelum kita jumpa, kisah hidup kau sama mcm aku. kau pown pernah ckp mcm tu kat aku kan. sebab tu bagi aku kita serasi walaupun kadang-kadang kita tak sefahaman. tapi aku tak kisah pown sebab bagi aku "serasi tapi tiada persefahaman dan dari ketidaksefahaman itulah kita belajar untuk menghargai dan di situ cinta akan saling melengkapkan".

      Kau lelaki yang terima aku seadanya, yang melengkapkan apa yang kurang dalam diri aku. sungguh, belum pernah ada lelaki yang mampu buat aku bahagia sama mcm kau. kau tahu tak kenapa aku kekalkan sifat "ngada-ngada" aku walaupun sebelum kita couple perangai aku kasar? firstly, aku takut bila aku still dengan perangai kasar aku, aku tak dapat beza kau kawan atau BF aku. secondly, kau sendiri boleh rasa kenapa aku mcm nie. dan aku tak nak terus dengan perangai kasar aku sama jugak macam kau. cuma aku harap kau yang mampu ubah perangai aku, kau lelaki yang aku cari selama ini. itu yang aku harap.

      Cinta, aku rindu. aku tak pernah tipu dengan perasaan aku sendiri. ya aku rindu saat masa kita dekat PD dulu. janji2 kau pada aku. ada orang kata janji boleh dimungkiri. tapi sumpah kau pada aku? jangan pernah lupa apa yang pernah kau ungkap pada aku dulu masa dekat PD, masa kita punya "big prob" dulu. sebab tu aku tak nak kau bersumpah atas rasa bersalah pada aku sebab aku takut kau tak mampu nak tunaikan. aku pown pernah janji sesuatu dengan kau kan? tapi aku tak akan mungkiri sebab aku berpegang pada janji. dan kau perlu tahu sesuatu yang aku tak pernah sesal dengan apa yang aku sedang lalui dengan kau sekarang sebab masa hadapan sedang menanti kita. itu yang patut kita kejar. :')

memang jodoh itu rahsia ALLAH. andai sudah tertulis di Luh Makhfuz yang aku bukan wanita yang akan mendampingi kau di Syurga nanti, berjanji dengan aku sesuatu. carilah perempuan yang mampu bahagiakan kau di setiap deru nafas kau.


#ya ALLAH, seandainya lelaki yang bernama kekasih itu sedang membaca nota tangan ini, sampaikan salam rindu dan salam kasih padanya agar dia mengerti hati aku tulus. dan aku berharap aku mampu jadi hawa setabah Sumayyah utk onak dan duri yang bakal aku lalui untuk esok hari. terima kasih ALLAH atas kehidupan ini. :')

No comments:

Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome