rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, 31 October 2012

POETRY - rencah dalam hubungan. :)


Hati , kenapa kau masih mengingati ?
Cinta , kenapa kau masih menantinya ?

Fikiran , kenapa kau masih lagi fikirkan dia?
Mata, kenapa setiap hari kau ingin melihat dia walaupun hanya wall FBnya yg sepi ?
Mulut , kenapa kerap sekali kau asik tersasul namanya ?
Jantung , kenapa kau berdegup kencang tatkala terlihat dia ?

# kalau dalam hati ada perasaan ingin meninggalkan dia fikir dahulu kebaikan dia. tolak ketepi keburukan dia. siapa tahu keburukan dia tu yang akan sempurnakan kehidupan dia utk hari esok. dalam perhubungan kena ada give and take. itu yang dinamakan adat berkasih. dan dalam perhubungan pasti ada rencah masam masin manis pahit tawar. itu baru namanya resepi berkasih. kalau tak ada semua tu, hubungan tak akan jadi lengkap untuk menyempurnakan apa yang kurang. Assalamualaikum. :)

setiap orang berhak.

ya. setiap manusia boleh berubah. syurga atau neraka. dosa atau pahala. itu semua bukan urusan kita. yang dekat atas sana. itu urusan DIA. kita hanya pelaku. setiap orang boleh berubah. ada hak untuk berubah dan ada hak untuk diberi peluang kedua ketiga atau seterusnya. tapi kenapa bila peluang itu kita dapat, tak pernah untuk kita hargai? setelah kita hilang peluang tu kenapa baru ada penyesalan? untuk aku. masih ada tak peluang kedua untuk aku tebus silap aku? kesilapan yang mampu meragut nyawa sendiri. aku hampir2 kecundang waktu itu.  tapi ALLAH beri peluang pada aku. dia beri aku nafas baru utk aku corakkan langkah baru. ALHAMDULILLAH. :')

misteri cinta~~


Kau bertanya padaku
Mengapa aku sangat mengasihimu
Dan sentiasa inginkan
Agar kau selalu ada di sisi


Bagaimana harus ku huraikan
Dengan kata misteri cinta
Kerna tuhan saja
Yang tahu jawabannya

Andainya aku mampu gambarkan padamu
Andainya aku mampu bercerita
Akan kulukis sebuah lukisan
Dan ku tulis novel cinta kau dan aku


Kau bisikkan padaku
Bahawa engkau juga rasa begitu
Dan berharap agar
Ku fahami cinta suciku


karya pertama mungkin. :)

assalamualaikum w.b.t

seronok berada di rumah. sebelum pergi ke perantauan baik meluangkan masa bersama family kan? cehh perantauan la sangat. sebenarnya, hana sedang menghasilkan karya pertama novel hana. tapi tak tahu nak hantar dekat publisher mana. tak tahu nak mula dari mana. inilah detik permulaan. harap2 ALLAH merestui. perjalanan baru hidup hana nie. INSYAALLAH. :) tapi ibu tak boleh tahu. sebab dah nak final kan? nanti kena marah. ngeh3. so kena slow2. dah2 jom layan cerita adam hawa jap. assalamualaikum. :D

Sunday, 28 October 2012

hingga hujung nyawa ~~


assalamualaikum w.b.t

tajuk entry je dah mcm sebak kan bunyi? huisyy. sedang menonton cerita hingga hujung nyawa kat tv3. tu yang tiba2 nak cari lagu nie. ceritanya best. lagunya lagi best. tripple best. terbaik. :D


Ku berjalan sendirian
Mengutip dosa silam
Ku Meniti perjalanan
Menghitung hari

Apa mungkin ada ruang
Untukku tebus dosa semalam
Dan bisakah kan terhapus
Kenangan yg lalu

Biarku sendiri
Merawati diri ini
Walau tiada arah ku temui

Biar ku sendiri
Melewati hari yg berduri
Terhukumlah diri
Tidak ku pasti....

Ohh tuhan..
Ampuni segala dosaku
Tidakku tersesat..
Mencari sinar mentari

Oh tuhan ampuni..
Segala dosa nan silam
Tidakku ingini
Hidup sengsara

Apa masih ada
Jalan yang hakiki
Inginku mencari
Cahaya diri ini..

Hingga hujung nyawa
Kan ku terus jua
Menanti serinya
Pudar permata..

Ku pergi untuk selamanya
Tinggalkan apa yg ada
Moga diriku damai di sana..
Hingga hujung nyawa


#dah2. esok dah start jarang on blog. nak balik kolej nie. tatata korang2 semua. i will miss u all. :D

luka lama berdarah kembali !

assalamualaikum w.b.t

cehh tajuk je dah gempaq kan? adoii. sakit tau tangan nie. tangan yang hari tu terseret dekat pintu berdarah balik. jadi akan berlakulah pembiakan bakteria di tempat tersebut kalau kita tidak merawatnya dengan betul. heuw3. tangan walau sakit jiwa blogger tetap ada. jadi si blogger2 tegar kat luar sana. sayangilah tangan anda. kerana di mana tangan anda berada di situlah post anda berada. haha merapu sudah. so jom layan video mat lutfi sekejap. gempaq weyh. assalamualaikum. :D


QUOTES - Things That A Perfect Guy Would Do


1. Known how to make you smile when you are down.
2. Try to secretly smell your hair, but you always notice.
3. Stick up for you, but still respect your independence.
4. Give you the remote control during the game.
5. Come up behind you and put his arms around you.
6. Play with your hair.
7. His hand would always find your hand.
8. Be cute when he really wants something.
9. Offer you plenty of massages.
10. Dance with you, even if he feels like a dork.
11. Never run out of love.
12. Be funny, but know when to be serious.
13. Realize he's being funny when he needs to be serious.
14. Be patient when you take forever to get ready.
15. React so cutely when you hit him and it actually hurts.
16. Smile a lot.
17. Plans a romantic date full of things he wouldn't normally do because he knows it means a lot to you.
18. Appreciate you.
19. Help others out.
20. Drive five hours just to see you for one.
21. Always gives you a kiss when you leave, even when his friends are watching.
22. Sing, even if he can't.
23. Have a creative sense of humour.
24. Stare at you.
25. Call for no reason

# most of the above. err err.. selalu buatkan aku tergelak sorang2 sebab perangai kebudak-budakan kau tu kapital K. huhh ini tak sepatutnya jadi.     -____-

-------> SUMBER

Saturday, 27 October 2012

QUOTES - Because of you




If you see me walking with someone else,
It's not because i want to..
It's because you weren't brave enough to walk by me.
If you see me smile,
It's not because i forgot you...
It's because i got tired of crying for you.
If you see me living again,
It's not because i've moved on...
It's because i hate the fact you can live without me
So if I fall in love with someone else,
It's not because i want to...
It's because you weren't there to catch me

#i love this quotes. it's a fact. maybe. :)

------> SUMBER

apa rawatan sakit selain dari ubat? so pain.. T_T

Assalamualaikum w.b.t

hye2. walau sakit2 mcm nie pown tetap nak on blog kan? sumpah sakit. tapi setiap kesakitan itu ujian kan? ALHAMDULILLAH. ALLAH sayang aku. sebab tu DIA bagi ujian macam nie. DIA nak uji sama ada kita ingat pada DIA atau tak kan? abdominal pain + headache + badan sakit2. aikk dah macam orang tua2 dah. kui kui kui

btw, esok dah start jarang on blog. haisyy disebabkan oleh alasan2 yang tak dapat dielakkan. cehh. tak ada la hebat nau pown alasan aku tu. actually sebab tomorrow aku dah balik kolej + next week dah pergi segamat. fuhhh. sangat2 buzy la der.

eh berbalik pada topik "SAKIT" tadi. perghh memang sakit yang tahap2 ghaban la beb. dengan penat baru balik kampung. mcm mana nie ? apa rawatan dia selain dari ubat? -___-

kui kui kui. hana memang penakut makan ubat. jangan gtwu cpe2 tau. syyyy haha selamat malam korang yang hensem dan cantik. doakan hana cepat sembuh ea? :'(

Thursday, 25 October 2012

happy anniversary ibu ayah. salam aidiladha untuk korang2. ^^

selamat malam blogger2 yang comel2 belaka. haa imej2 kat bawah nie bukan copy dr encik google tau. hasil titik peluh hana menyiapkan kek ini utk annyversary ibu n ayah.
fuhhh hasilnya sungguh memberangsangkan dan memuaskan. nyummy2. (0.o)

selamat ulangtahun perkahwinan ibu ayah.
tanggal pada 27/10/1989 cinta mereka bersatu. cehh. haha
semoga perjalanan hidup kita sentiasa diberkati
dan dipermurahkan rezeki
serta dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. :)


happy birthday to me. happy birthday to me.
happy birthday happy birthday.
happy birthday to me..... yeayyy !! haha
haritu celebrate kek kecik je. itu pown dengan roommate.
ini buat kek sendiri untuk birthday sendiri. baru rare !
sob2. tak rare pown. sangat seronok kalau dapat celebrate
dengan org yang tersayang -___-
kalau tak ada kek and hadiah pown tak apa.
yang penting tarikh yg penting nie diingat oleh org yg penting :')

#salam aidiladha untuk korang2 yang sedang pulang ke kampung atau yang sedang menyiapkan juadah utk hari esok. berhati2 masa balik kampung tu. sayangi nyawa anda. ingatlah orang yang tersayang. eh buat iklan pulak kat sini. haha btw kalau nak rasa kek buatan cik hana nie boleh buat tempahan. ehh nak berniaga ke apa nie? =..="

nanti kalau aku kahwin hantaran nak buat sendirilah. coklat buat sendiri. kek buat sendiri. baru betul2 rare. jimat pown jimat. dan sumbernya dari ibu saya yang menurunkan ilmu masak memasaknya. mcm2 yang harus dipelajari utk jadi isteri dan ibu yang berjaya mcm ibu saya. ngeh3. :D
selamat malam semua orang. dan salam aidiladha atuk, arai. :')



ALLAH lindungi mereka2 yang aku sayang. insyALLAH ;)

ya ALLAH, lindungi mereka2 yang aku sayang. sejahterakanlah ke atas mereka dunia akhirat. pelihara mereka di mana sahaja mereka berada. permudahkanlah urusan kami. AMIN YA RABB. :')

ibu dan ayah. tanpa mereka mungkin aku tiada
sehingga di mana aku berdiri sekarang. i love them
more than i love my life.

my siblings. walaupown selalu bergaduh tapi
demi dorang jugak aku bangkit sehingga hari ini. :')

sahabat sejati aku. pahit manis suka duka
segala-galanya tentang aku dia tahu.
from A to Z

cuba scroll ke bawah pulak.



|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|



tadaaa..

yang ini siapa? cuba teka. iye dia hamba ALLAH
yang aku sendiri tak tahu kenapa
tiba2 nak post gambar dia sekali. sibuk je kan? =..="
sebab dia mngkin tergolong dalam tajuk entri kali ini.
*mulut berkata lain, hati berbicara lain*


wahai bakal adamku ^^



wahai adamku, wahai bakal suamiku
bimbinglah aku menjadi wanita semulia hawa untuk adamnya
jadikan aku wanita penghuni syurga untuk mendampingi kekasih halalnya
izinkan aku menuntunmu bersama2 menuju ke jannatul firadaus
carikanlah aku sinar untuk aku temui jalan yang pasti

aku hawa yang perlu dibimbing
aku kekasih yang ingin dicintai hingga ke syurga
aku bakal jodohmu yang ingin dilindungi
walau siapa bakal jodoh yang telah ditetapkan ALLAH di Luh Makhfuz untukku
aku belajar MEMBERI dan MENERIMA

#cintailah aku kasihilah aku bimbinglah aku lindungilah aku kerana aku kaum yang lemah. walau siapa pown kau dari kisah silam kau, aku tiada hak untuk menghukum dan jangan menilai aku dari kisah silamku. dari situ kita belajar memberi dan menerima. ALLAH, aku cinta dia. ALLAH, aku akan terima dia, ALLAH aku ingin menjadi yang halal untuk dia walau siapa dia dari kisah silam dia kerana aku tahu aku tidak sempurna. aku tunggu kau wahai bakal imamku. dan untuk kau kapital K, hanya doa mengiringi semoga kau dilindungi ALLAH dunia akhirat. :)

hey 'orang2 bandar' jangan jadi kolot.

assalamualaikum w.b.t

ragam manusia kan? sepatutnya orang belajar tinggi2, ilmu tu patut dimanfaatkan. tapi ni lain pulak jadi. fikiran terlalu kolot sampai keluarga dianggap musuh. pernah lalui mcm nie? manusia2. ingin dihormati tapi tak tahu belajar menghormati yang lebih tua. mcm mana yang muda nak menghormati? aku ada ibu aku ada ayah. aku ada abang aku ada adik2. aku tak suka ada orang lain cuba nak 'cucuk' family aku jadi mcm "dorang2" tu semua. bersihkan minda, bersihkan hati. sebab ada orang lain yang sedang melihat tingkah laku kita kat dunia nie dari dunia 'sana'. iye. atuk. sedang melihat apa yang tak sepatutnya dilihat. hey korang orang2 bandar, akal jangan letak dekat tapak kaki sampai lupa asal usul.

#kau sedang blogwalking dekat sini? kau terasa? memang sengaja nak tunjuk. puihh !

siapakah jodoh untuk orang berzina?


Adakah seorang gadis yang pernah membuat zina, tetapi telah bertaubat dengan sesungguhnya (taubat nasuha) akan mendapat jodoh penzina juga? Sedangkan dia benar-benar telah bertaubat dan berusaha menjadi wanita solehah.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, jika seseorang sudah bertaubat dengan sebenar-benarnya (taubat nasuha), nescaya bukti nyata dan jelas akan hasil taubatnya yang tulen adalah dengan perubahan seluruh gaya hidupnya yang berkaitan hubungan lelaki dan wanita.

Jika seseorang mendakwa atau merasa diri sudah bertaubat, namun gaya hidup lamanya seperti : 
1. Rutin hubungan kawan dan rakan dengan lelaki masih aktif.
2. Masih keluar makan, berjalan berdua-duaan dengan lelaki samada urusan kerja atau peribadi.
3. Masih ber’boyfriend’ aktif dengan dating dan chatting intim di malam hari, cuma kononnya kali kini dengan seorang ‘ustaz’ atau seseorang yang ‘jaga solat lima waktu’.

Maka, peluang untuk mendapat suami penzina akan terbuka luas seperti dahulu. 

Taubatnya mestilah dengan perubahan ketara dalam semua gaya hidup dan cara hubungannya dengan lelaki. Cara pakaiannya juga sepatutnya berubah, mungkin dari membuka aurat kepada tutup, dari tutup separa kepada tutup penuh, dari tudung glamour munafiq (hakikatnya membuka aurat) kepada tudung muslimah sejati. Hanya dengan demikian, mata-mata lelaki soleh akan mula melihat dan masuk menghantar wakil kepada ibu bapanya.

Mata Lelaki Soleh 

Mata lelaki soleh tidak ingin melihat kepada wanita yang bercampur baur dengan teman lelaki sekerja, ‘bertepuk bertampar’, bergurau senda, berdating sana sini dan berdua-duaan. Kecuali mata lelaki ‘soleh’ luarannya (penampilan fizikalnya) namun ‘tidak soleh’ dalamannya, mereka yang seperti ini akan terus berminat kepada mana-mana jenis wanita.


Lelaki Zina Untuk Perempuan Zina? 


Allah s.w.t berfirman: “Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musyrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik.” (Surah An-Nur : 3)

Dalam ayat lain firman Allah s.w.t: “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.” (Surah An-Nur : 26)

Ayat di atas menyebabkan ulama berbeza pandangan dalam hal berkahwin dengan sesorang yang telah berzina. Ayat di atas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan kumpulan penzina ini kecuali seorang penzina juga.

Walaubagaimanapun, menurut pandangan yang terkuat; hukum ayat di atas telah di ‘nasakh’ kan dengan ayat yang mengharuskan berkahwin dengan semua muslim dan muslimah yang masih boleh berkahwin. Iaitu ayat surah An-Nur ayat 32 . Ia adalah pandangan majoriti ulama. (Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 6/112 ; cet Dar al-Kutub al-Ilmiah)

Perlu diingat juga, terdapat sesetengah keadaan Allah s.w.t memberikan jodoh lelaki atau wanita ‘jahat’ kepada individu yang baik atau amat baik. Ia juga tidak bercanggah dengan ayat di atas.

Hikmah yang Allah Maha Mengetahui. Amat besar kemungkinan yang soleh tersebut berjaya menjadi lebih soleh dan musleh (membantu menjadikan seseorang itu menjadi soleh) apabila mendapat pasangan kurang baik. Lantaran pengaruh dan kekuatannya, hingga beliau menjadi semakin tinggi martabatnya di sisi Allah manakala pasangannya yang jahat menjadi soleh dan solehah.

Tatkala itu, pasangan individu kurang baik boleh sahaja menjadi anugerah terbesar buat sebilangan individu yang terpilih menjadi lebih baik dengannya. Namun boleh berlaku juga sebaliknya, yang jahat bertambah ultranya, yang baik merudum jatuh. Nauzubillahi min zalik (semoga kita dijauhkan daripadanya).

#semoga dapat bermuhasabah diri ^^

----> SUMBER

QUOTES - that is love nothing less.

Love is when you can't be apart from someone for too long.
You're always thinking of them and when you're with them
you never want to say goodbye.

Love is far from simple.
It's quite complex.
It's a mix of about everything.
It's sadness, joy, passion, hatred, excitement,
it's almost every feeling you can imagine and more.

You know love when you find it,
it's that person that when they smile it brightens
up your day,

you can't stop staring at them for fear of losing them,
they're always on your mind,
you daydream of being with them,
even if they're less than 20 feet away
...and you
can't stand it when they're not with you,
the worst feeling you could ever feel is
when you know that person you love is not with you...
you can't tell when love will happen,
 you just know when it does,
that moment when you first lay eyes on that person,
and you never want to look away

...that is love. Nothing less.

#believe it or not, aku tergolong dalam mereka2 di atas. kadang2 kita sendiri tak sedar bila cinta itu hadir dalam hati kita. tapi bila cinta itu dah datang depan mata, selalunya indah khabar dari rupa. jadi hargai seseorang sebelum ketiadaan itu membuatkan kita menyesal seumur hidup. cinta itu MEMBERI dan MENERIMA. hayati, hargai. peace no war :)

malam semalam kenapa dengan aku.

malam semalam. aku rasa hati aku tak sedap. tiba2 rasa sebak. aku cari medex. suddenly sbb before nie aku tak pernah pown nak cari dia. hmm aku tanya dia dah tido ke? dia call aku. tak sangka dia dapat kesan suara aku semacam. suara aku bergetar. iya aku menangis tapi tangisan itu cuba ditahan. maaf ea medex. aku cuma nak teman. sori buat kau tertanya2 kenapa dengan aku. kalaulah mulut ini ringan bercerita mcm dia bercerita tentang aku dan dia pada kau. aku sendiri tak mampu nak luahkan sendiri. semoga mimpi indah semua orang :')

Wednesday, 24 October 2012

segamat here i come ^^

04 hb nie kena pergi segamat. aduhai. sebulan kat sana. hmm dulu berangan nak pergi segamat dengan kau. eh asal tiba2 teringat kat kau nie bongok? adoi. ok selamat berpraktikal di perantauan. cehh =..="

cinta adam dan hawa :')

muara hati :)

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Ke mana pun kan pasti kembali

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta

#aku nak jadi seperti watak dalam novel walaupun itu hanya mimpi. dunia fantasi lebih indah dari dunia nyata kerana kenyataan itu sentiasa menyakitkan. :')

setiap orang berhak dalam mencari REDHA ALLAH. ;)


"Pilihlαh pαsαngαn yαng MAHU mendαlαmi AGAMA, bukαn yαng sekαdαr tαhu αgαmα tαpi tidαk mαhu mendαlαmi, αpαlαgi mengαmαlkαn kerαnα yαng mαhu itu pαsti αkαn BERUSAHA yαng TERBAIK dαlαm membimbing keluαrgnyα demi REDHA ALLAH. "

Nαmun αlαngkαh bαiknyα αndαi bertemu yαng TAHU dαn MAHU


Menikahi orang yang kita cintai adalah suatu kemungkinan, Mencintai orang yang kita nikahi adalah sebuah kewajiban. ^^

# semua orang nak kan yang terbaik kan? mencari pasangan yang baik dan sempurna iman dan akalnya dalam kehidupan. tapi pernah terfikir kalau semua berfikiran seperti itu mencari permata untuk didampingi sehingga ke syurga, apa yang tinggal pulak untuk sang kaca? kaum hawa kaum yang lemah. kaum adam pulak kaum yang ditakdirkan melindungi bukan menindas. kalau ramai lelaki yang memilih untuk jadikan permata sebagai permaisuri hidup, sang kaca pulak tak ada hak ke untuk menggapai bahagia? setiap orang pernah melakukan kesilapan dan dari kesilapan itulah hadirnya masa depan kan. jangan menilai seseorang kerana kisah silamnya tapi nilailah dari masa hadapannya kerana dari masa hadapan itu lah hadirnya bahagia yang hakiki dan pasti. siapa tahu kisah silam yang berlaku tu mungkin bukan atas kehendaknya kan? ALLAHURABBI. muhasabah diri. selamat beramal. ^^

chatbox di blog. selamat datang :)

dah ada chatbox dekat blog nie. semoga pertalian persaudaraan Islam sesama kita semakin erat walaupun tak kenal kan. hee. salam maghrib si kacak dan si cantik sekalian ^^

Wednesday, 17 October 2012

deactived mungkin jalan yg terbaik. aku peng'stalker' ! :)

dalam diam aku stalker kau
dalam diam aku merindui kau
dalam diam jantung aku terus bergetar
dalam diam aku melihat bahagia kau
dalam diam..
tapi aku tak tahu sama ada perasaan ini rindu atau dendam.

#aku tak nak jadi macam budak2 bila ada masalah terus block, unfriend. jadi jawapan yg paling muhasabah adalah deactived akaun fb. memang melarikan diri dengan cara yg tak sepatutnya itu salah, tapi sekurang2 nya itu melegakan. stalker kau dalam diam wahai pembunuh hati. ^^

sejarah : the story of "Natrah" (Teater).



assalamualaikum blogger2 sekalian. pernah dengar sejarah tentang Natrah, cerita yg sangat2 menyentuh perasaan. wanita yang bernama Natrah ini atau nama Belandanya Maria Hertogh menjadi perebutan antara Che Aminah, ibu angkatnya dan ibu bapa kandungnya. atas dasar cinta, Natrah ingin berkahwin dengan Cikgu Mansor Adabi tetapi di sini berlakunya perebutan hak. dalam undang2 Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang2 Belanda, seorang anak yg berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. jadi hakim memutuskan Natrah tidak sah memasuki Islam. konflik agama dan isu penjagaan yg telah menyebabkan terjadinya rusuhan di singapura. ikuti kesudahannya dan Natrah dua sedang dibaik pulih. ^^

#kalau kita lahir sebagai seorang Islam belum tentu kita mati sebagai seorang Islam kalau kita tidak ikut cara hidup Islam. syurga dan neraka bukan terletak pada tangan kita sebagai hamba. :)

QUOTES - romeo and juliet..

when we're speaking about love,
it's never to late.

a love to leave loved one for,
a love cross oceans for.

i am madly, deeply, truly, passionately,
i love with you.

#how the happy ending, true love :)

Monday, 15 October 2012

sakit itu ujian kan? :)

bersyukurlah sebab hanya kemalangan kecil je. tak nak la sampai jumpa major kan. paling teruk pown tangan kena potong. hee yup. tangan makin membengkak menunjukkan tanda2 inflamasi. sakit hanya ALLAH yang tahu. dan tentang AS-SYIFA'. aku memang nak sangat pergi dengan keadaan kaki aku yang makin lebam sana lebam sini. tapi tak ada siapa yang boleh bawak aku. aku hanya ingin mencuba kan. sakit ini kan ujian ALLAH. kalau ibu dengan ayah tahu mesti dorang risau. harap2 keadaan macam nie tak ada lagi. dan tangan aku pown semoga cepat2 sihat dari bakteria yang makin membiak. ouchh. sakit tau. suruh sapu ubat takut. jumpa major pown takut. nama je nurse. selamat malam semua orang :')

Sunday, 7 October 2012

semua nie palsu ~

kebahagiaan ini yang sedang aku tunjuk depan kau. kebahagiaan yang pura2. sakit tak rasa bila tengok aku dengan dia? sedangkan dia BFF aku. sakit? sakit kau tak akan sama dengan sakit yang aku rasa. hanya kau yang tahu semua nie palsu. kau tumpang gembira tapi hakikatnya? sudah la dengan semua lakonan kau. hentikan. aku takut kita sama2 rebah dengan kebahagiaan yang hipokrit nie. aku takut kita kecundang sedangkan hakikatnya kita masih sayang. bila kau update status tentang isteri solehah, tersentap aku dari lamunan. mungkin aku tak layak untuk kau atau sesiapa kan? layak ke aku? aku terlupa tentang prinsip aku. tiada istilah layak atau tak layak dalam kehidupan ini kan sayang? muhasabah diri mencongak khilaf diri. :')

asha tunggu dia. tetap tunggu sehingga tiba waktunya nanti ;)

ibu nie. memang kitorang dah tak ada apa2. tapi kalau ada orang lain yang masuk minang cakap je yang buruk2 pasal asha. cakap asha tak mandai masak ke apa ke. sebab asha sedang menunggu seseorang dengan janji2 dia. sehingga dia berjumpa dengan orang lain yang mampu jaga dia dengan baik. asha nak dia belajar tanggungjawab dengan perasaan asha,, belajar tanggungjawab dengan janji2 dia, belajar tanggungjawab dengan apa yang ada dalam diri asha sebab ada sesuatu yang dah hilang dalam diri ini kerana dia. asha cinta dia kerana ALLAH. dan seandainya dia dah jumpa dengan perempuan yang lebih baik dari asha, barulah ibu pertemukan asha dengan mana2 lelaki pown. satu asha nak beritahu bukan senang nak ubah perasaan sayang nie. nak2 dia dah janji dia nak kahwin dengan asha. ALLAH saksi. ALLAH mendengar semua janji2 dia pada asha ibu. dan janji asha pada dia. asha tunggu dia dengan pinangan dia pada asha. asha tetap tunggu sampai tiba waktunya nanti. dia sedang cari kerjaya dia dulu. asha tak halang. asha berpegang pada janji. asha tetap tunggu. dalam kehidupan tiada istilah layak atau tak layak kan? ALLAH saksi. sungguh perasaan ini suci. ;)

#pada kau pembunuh hati, kau tengok lah apa kau dah buat dengan aku. banyak beban yang aku tanggung. dekat kolej, kawan2 kita, family aku lagi. banyak persoalan2 yang menyakitkan sayang. kau pulak kat sana? rilex je kan? sebab kau tak ada kawan2 kau yang tahu tentang kita. family kau memang tahu. tapi diorang ada tanya ke? macam tak je. aku yang tanggung sorang2. penat sayang penat. :(


Saturday, 6 October 2012

ini lebih sakit. :)

kadangkala terpaksa membenci ketika kita menyayangi lebih sakit daripada perasaan kau yang lebih rela memilih untuk tidak pernah mengenali dari harus melupakan. ;)

Friday, 5 October 2012

dup dap dup dap

jantung aku nie tiba2 nak laju la bila kau tiba2 chat aku. dari nak deactived fb terus tak jadi. kau pakai aura apa nie? kuat sangat sampai aku jadi macam nie. ;)

Monday, 1 October 2012

merindu pada yang tiada :')

merinduimu sayang setiap saat. setiap kali aku sakit mesti aku teringatkan kau. benci hanya di bibir. siapa yang kau kata lelaki yang mampu bahagiakan aku kalau hanya kau je yang aku harapkan? siapa lelaki yang kau kata dapat sehidup semati dengan aku kalau kau je yang aku perlukan? cinta tak boleh dipaksa. betapa banyak benci aku pada kau pown hati aku tetap sayang. kalau aku tahu sakitnya cinta, aku tak terima kau dulu dalam hidup aku. aku tak pernah menyesal cintakan kau. cuma yang aku kesalkan perjalanan kisah kita tak seperti yang aku harapkan. aku rindu kau bodoh. aku rindu kau mcm dulu. kau je lelaki tahu selok belok aku dari A sampai Z. macam mana kau boleh terfikir aku akan dapat lelaki yang lebih baik dari kau? hidup jangan terlalu pentingkan diri sendiri boleh? aku yakin belum ada siapa2 yang boleh terima aku seadanya mcm kau terima aku. kau tu 2 in 1sayang. kau kawan baik aku. kau kekasih hati aku. bila aku tersilap sikit kau yang betulkan. kau yang selalu bagi aku semangat. kau je yang selalu bg aku nasihat. mcm mana kau boleh terfikir aku akan bahagia tanpa kau? aku tak pernah lupa janji2 aku pada kau. mcm mana pulak dengan kau? masih ingat tak janji2 kau pada aku? aku rindu belaian kau. sumpah malam nie aku perlukan kau sayang. merindui kau walaupun itu semua hanya mimpi aku. semalam malam kekasih gelap. :')
Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome