rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, 30 November 2012

jangan jadi macam biskut. jangan treat macam baju.

hye alls. tajuk mcm menarik kan. ok. siapa je yang suka diperlakukan mcm bajukan? dan siapa yang suka bila orang yang dia sayang be like a biscuits right? sesaat kau datang. sesaat kau hilang. wahhh. kemain lagi. kan lagu ramlah ram dah keluar. 

janganlah jadi mcm biskut si handsome2 semua. tak elok tw buat si cantik2 nie mcm baju.
sakit perasaan tu. kalau betul sayang buat cara sayang.
kalau dah benci jangan bagi harapan.
kalau betul2 diri tak kisah pada dia jangan sesekali datang balik lepas dah buang dia dari hidup kau.
disguisting u know?

korang pernah rasa? dan korang pernah tak memperlakukan pasangan korang mcm nie?
kalau yg dah pernah rasa sabar ok. dunia nie mcm roda. kejap atas kejap kat bawah.
tapi jangan simpan dendam. tak elok tw. dendam tu penyakit hati yang tak ada pengubatnya.

dan pada yang pernah buat orang sakit hati tu pandailah fikir.
sampai bila korang nak buat org mcm tu?
akal ALLAH kurniakan utk kita berfikir macam mana menghargai apa yang ada depan mata.
hati ALLAH kurniakan utk kita rasa bagaimana perasaan indah menghargai dan dihargai.

see?? everything in this world is very fantastic if u really know how to appreciate the time before times make u appreciate what u had. indah sayang indah. kalau masing2 pandai berfikir dengan cara matang.
bagaimana melaksanakan tanggungjawab pada hati. assalamualaikum. :)

POETRY - dulu sekarang rentak yang berbeza

assalamualaikum w.b.t

dulu aku ikut rentak kau
sampai saat aku terjatuh dalam lurah itu
sampai saat aku hilang segala kekuatan aku
hilang segala dambaan aku

dulu aku adakan tari dalam permainan kau
titis air mata kekeringan sampai hilang kemilau
cahaya makin pudar suram
satu persatu rentak aku atur
di situ aku hampir tersungkur

sekarang rentak aku makin rancak
alunan irama makin laju
tak kan aku berundur
walau mata terpancar satu perasaan aneh
perasaan yang tidak pernah berubah

semakin laju rancak tiada noktah
ini sahaja cara untuk aku keluar dari lurah itu
dah tiba masa kau ikut rentak aku
bermain dengan tarian aku

sekali, dua kali, berkali-kali peluang diberi
tapi untuk peluang yang seterusnya masih layak atau tak
setelah berkali2 peluang dipersiakan
kalau ini kehendak kau
selama-lamanya akan hilang jejak ini
tak akan ada bayang2 lagi

rimas~~



Lari lari lari
aku lari tinggalkan semua ini
Untuk mencari-cari
cari ketenangan diri
Pergi pergi pergi
engkau pergi dari hidupku ini


Ku tak mahu mahu
engkau hadir dalam diri ini
Keluhan hatiku tak siapa yang tahu
Ku simpan semua sebak didada
Biarpun ku yang terluka
Pernahkah kau mengerti
caraku memujukmu


Pernahkah kau hargai
caraku mencintaimu
Lafasan kata dari bibir
Adakah ia dari hati
Mungkin kau tak fahami maksud yang tesembunyi
Titisan airmata dari pipi ke bumi
Pernahkah kau peduli betapa sedih diriku ini


Mengapa aku yang terluka
Aku yang merana
Aku yang menahan sisa baki cinta ini
Engkau yang meminta
Aku yang sengsara
Rimas rimas Aku rimas


Tinggalkan seorang kecundang
Istana jiwaku goyang
Roboh dan tumbang
Sawanku lantang
Tidak berpantang


Letupnya siang siang
Bukannya alang kepalang
Datangnya perang
Dan bawaku ke jurang
Pulanglah sayang
Janji ku tatang
Ku hapuskan dalang
Dalangnya sayang


Sayangnya hilang
Hilanglah garang
Garangku terbang melayang
Terbongkangku terbang kau terhoyong-hayang
Tak pandang belakang
Terkankang gilaku tak diundang
Ku rapuh semua tak bertiang
Janjiku kini kan bertulang


Lari lari aku
lari tinggalkan
Tuk mencari
Untuk mencari ketenangan
Aku pergi tinggalkan
Tinggalkan kau sendiri
Ku pergi..kini ku pergi
Tinggalkan mu sendiri



Tuesday, 27 November 2012

si bontong. !

"kau tak pernah pakai cantik2 setiap kali kita keluar macam kau keluar dengan kawan2 kau".

ini jawapan untuk setiap persoalan kau malam tu. tahu tak kenapa? aku pown ada cakap benda yang sama kan dengan kau. kau pown tak pernah pakai smart2 setiap kali kita keluar macam kau keluar dengan kawan2 kau. kau lelaki aku perempuan. mungkin itu jawapan kau tapi bukan jawapan aku.

sebab nya aku nak nampak sempurna pada pandangan mata kau bila dah tiba masanya. aku nak nampak sempurna pada pandangan mata kau bila kita dah kahwin. ??? kahwin?? haha lawaklah.

tapi....

semua tu tak akan berlaku kan? kita pown masih muda. masing2 belum puas hidup membujang. masing2 masih ada impian. dan aku beri kau peluang untuk kau cari yang lebih baik dari aku. ramai yang suruh aku semai balik kasih kita. ramai yang tanya kenapa tak sambung balik sdgkan masing2 dalam hati simpan rindu yang sama. memang betul kata kau. aku masih menanti yang lama. tapi aku simpan rindu nie dari jauh.

yang lama pulak? dahlah. benci aku lah. malas nak contact kau lagi. setiap kali aku contact kau ada je yang call. arghh cemburu ke? tak lah bongok. tengok tu kat wall. siap tag2 gambar. gedik. junior dah sangkut dengan senior ke? si bontong nie. aku betul2 geram dengan kau. ingat aku main2 ke? =="

isyyy. kenapa aku nak rasa macam nie ha? damn damn damn. dah fullstop. tak nak lagi contact kau. tak nak jumpa kau. tak nak angkat call dari kau lagi. sebab tak suka tengok wall kau yang agak2 menyakitkan mata. tak suka tak suka tak suka bila kau berkasar dengan aku macam kau dengan kawan2 kau. tak suka dengar kata2 kau yang menyakitkan. tak suka. bila ngadu kat atin dia cakap aku comel. eiyy aku tengah sakit hati dia boleh cakap aku comel pulak. huhh ! dah hana. tak patut dowhh kau nak rasa macam nie.

#ok dah. p solat hajat. harap2 buku pengalaman tu jumpa. itu yg patut kau risaukan. assalamualaikum. salam maghrib semua. :')

Friday, 23 November 2012

ALLAH selamatkan GAZA T_T

ya ALLAH. selamatkan saudara seIslam kami dekat sana.
tak sanggup melihat air mata darah bergelimpangan.
keluarga berpecah belah.
selamatkan mereka. amin. T_T

#boikot barangan keluaran israel. !!

kawan vs lawan~~

Assalamualaikum w.b.t
kawan makan kawan itu perkara biasa. tapi tidak bagi aku. siapa sangka kawan yang rapat dengan aku boleh mengata aku belakang2. sumpah. masa aku dengar dari mulut orang lain. aku menangis. mungkin sebab ini kali pertama jadi dekat aku. kawan yang biasa mungkin aku dah biasa. tapi situasi macam nie? tak.

iri hati. mungkin.
sebabnya time aku rehat lama sikit ada mulut yang mengata.
tapi time diorang rehat lama aku sikit pown tak kisah.
diorang boleh cakap aku tak buat kerja.
tapi diorang tak tahu time diorang rehat, aku buzy manjang.
diorang tak nampak. dan diorang hanya tahu judge judge judge.

"entah siapa yang lantik dia jadi ketua rumah".
terima kasih ea.
tak sangka. sumpah tak sangka.
aku pown tak nak jadi ketua rumah kat segamat nie.
aku terasa gila dengan kau.
orang lain pown tak sangka. sebab kita memang rapat.
kawan memulau. kawan berjimba.

nampak tak situasi sebenar?
time ktorang sibuk buat kerja korang boleh melepak kat bilik treatment.
aku sikit pown tak amik port.
tpi hal aku kejap je dah jadi bahan ngumpat.

dah lah. malas nak tambah dosa aku cakap hal kawan aku sendiri.
terima kasih ALLAH sebab bagi petunjuk dekat aku. sekarang baru aku nampak.
k lah. assalamualaikum. T_T

Saturday, 17 November 2012

tanggungjawab. tepuk dada tanya selera.

assalamualaikum w.b.t

selalu kita dengar tanggungjawab pada ALLAH kan? tanggungjawab terhadap isteri, tanggungjawab pada suami. tanggungjawab pada ibu ayah. tanggungjawab pada adik beradik kan? pernah dengar tanggungjawab pada pasangan yang belum ada ikatan apa2 tak pada kita? haa bunyi macam pelik kan? jom kita sama2 share pendapat masing2. :)

sebenarnya tak salah bercinta. semua orang ada hak untuk merasa indahnya cinta.
yang bahaya pada hubungan lelaki dan perempuan adalah jarak.
kalau kita nak kata pasangan couple semua pembawa virus zina hati, tak couple pown sama jugak kan?
pokok pangkal hati dan bergantung pada individu itu sendiri. selagi kita menjadi pasangan dia walaupun masih belum terikat dengan akad, yang paling penting adalah jarak.

hanya sebab jarak itu dekat. keinginan itu ada. dan berbalik pada tanggungjawab. sebenarnya nak diceritakan tentang tanggungjawab terhadap pasangan yang dah pown terlanjur. maaf kata2 ini agak kesat.
tapi hana peliklah manusia zaman sekarang.
habis madu sepah dibuang. masing2 dah rasa "BEST" kan?
kadang2 manusia kalau dah tersilap langkah mereka akan rasa gelisah tiap2 malam.
itu tandanya langkah yang khilaf itu bukan dengan sengaja.


tanggungjawab yang sebenar bukan bererti pergi tanpa alasan sebab perasaan malu yang digalas.
WAHAI LELAKI
andai rasa cinta yang ada tapi telah ternoda kerana nafsu
jangan pergi biarkan perempuan terkapai2 seorang diri.
kaum perempuan kaum yang lemah.
dia tak cukup kudrat utk menampung segala beban.
kau tak akan pernah tahu betapa deritanya dia fikirkan dosa2nya tiap2 malam.
WAHAI WANITA
sungguh untuk menggali sesuatu yang hilang bukan mudah.
ia memerlukan kekuatan di mana pasanganmu ada bersama mengharungi rintangan yang ada.
ini hakikat kan?
sejauh mana kita lari bayang2 tetap mengejar kita. sampai bila?
tepuk dada tanya selera.

kalau nak kata sebab tak ada duit
belum ada kerjaya
masih belajar lagi
memang alasan boleh diterima
tapi....
perlu ke itu semua dijadikan alasan untuk pergi tanpa pesan?
jangan bertindak kejam pada hati.

nak teruskan hubungan itu semula boleh.
yang penting adakan jarak. insyALLAH.
khilaf itu tak kan berulang untuk kali kedua.
pintu kemaafan sentiasa terbuka.
cuba selesaikan dengan cara yang matang dan sepatutnya. :)

menipu untuk menutup salah org lain..

ya. adik aku tak faham apa2 walaupown dah nak masuk 8 tahun.
"kak sanah, kak sanah. kenapa kak sanah tingalkan abg K......? kak sanah dah tak suka dia lagi ke?"
aku terdiam kejap. ya. dia tak faham apa2. biarlah dia fikir mcm tu dari dia fikir sebaliknya.
dia tak faham situasi ditinggalkan dan meninggalkan.
dan adik perempuan aku pown tak tahu.

yg dia tahu aku dan lelaki itu akan teruskan hbungan ini
selepas masing2 dah ada kerjaya.
dia yg suruh aku reply chat tu smlm.
kalau dia tak ada. mmg aku tak akan reply.
tapi yeke? adakah ego akan menguasai segalanya?
yg pasti...
hati bergetar. jantung berdegup kencang
bila tiba2 nama kau keluar dekat IM FB.

mulut ini dah banyak sangat menipu.
ALLAH maafkan aku.
aku menipu untuk menutup kesalahan orang lain.
biarlah di mata diorang aku yang bersalah.
maaf atas penipuan yang tak disengajakan ini. :')

#assalamualaikum. selamat pagi si kacak dan si cantik semua. ;)

Tuesday, 13 November 2012

1st time di segamat dpt demam yang teruk dan "penderaan".

Assalamualaikum w.b.t

hye korang2 semua. cik hana kembali sekejap. saja nak share gambar2 hana mse ada kat segamat dgn mmbr2 hana nie. cett. mcm top2 je kan. yela. 1st time keluar melaka. itu yg excited lebih itu. :D

ni dekat cafe hospital. hari2 ktorang minum ais kosong.
sampai tekak pown sakit. sampai suhu aku pown cecah 38.5
high fever. tapi takut makan ubat. macam mana nak baik :(

going back. fuhh penat weyhh praktikal. !

ini housemate hana masa dekat segamat. tak cukup forum act.
ktorang nak p kdai IOI. p makan menggemukkan badan.
sampai roomate hana cakap hana dah tembam.
senang hati mungkin. senang ke? =..="

ini kwn2 gila2 gua. haa mulut kesemuanya tak ada insurans.
pakai sebat je. bila dah gelak tergolek habis. :D

biru itu suci. biru itu kami.
walaupown aku tahu dia biasa2 je dgn warna biru
tapi datang segamat banyak baju dia warna biru.
dia sendiri pown pelik. haisyyy
we going to bandar segamat. UO.
sbb dua2 tak pernah pergi segamat. haha

haa yg ini siapa erk? pelahapnya tuan rumah nie.
cett tuan rumah tak serupa tuan rumah. muahahha.
tak dinafikan tomyam dekat kedai IOI nie memang sedap.
walaupown walaupown walaupown
MAHAL.

#walaupown dalam keadaan demam yg agak panas. sanggup datang cafe hospital nak online blog n cari asgnmnt punya pasal. doakan hana cepat sembuh ea. :')

#haa tentang "penderaan". mana ada kena dera dekat sini. dera utk kebaikan memang la patutkan. mana taknya. hana bibir kering. pengajar hana suruh minum air depan dia. habiskan satu botol tu. kalau tak buat pilihan sama ada air drip normal saline aka air garam or air masak. so kena habiskan minum air sebotol tu. hari2 mcm tu weyhhh.. lama2 perut pown buncit air. lepas tu hana kena diarhea aka cirit birit uncontrolled. kena paksa makan ubat. i hate medication ! tapi untuk kebaikan hana jugak kan. terima kasih puan Hairani n puan Aida. berada kat segamat selama 1 bulan kena make sure bibir tak kering n sntiasa sihat. alahai. =="
ok la. nak buat asngmnt nie. jom tolong2 apa yang patut. bye2 semua. :D

Saturday, 3 November 2012

hukum memutuskan silaturrahim.

assalamualaikum w.b.t


sambil tunggu cik wa kesayangan hana datang utk hantar hana balik kolej. hana ada sesuatu untuk share. ya. masalah sebenarnya simple. tapi sengaja dibesar-besarkan. hitam hati kau sebab dendam kan. hal orang2 tua tapi kenapa sampai libatkan anak2? macam mana lagi nak buat dengan orang macam kau? pak andak. kesian pak andak sampai demam sebab fikirkan kakak2 dia. dengan abang dia sekali. abang? tak layak untuk gelaran itu. pak andak cuba nak baik2 kan orang sana dengan orang sini. cuba kau tempatkan diri kau dekat tempat dia? dulu kau cuba nak 'cucuk' family aku kan? so tolong. jangan jadi kolot. fikiran mudah sangat dijajah oleh benda kotor. orang kata air dicincang tak akan putus. tapi yang sengaja memutuskan benda yang tak boleh diputuskan ialah korang.

berdosa besar apabila kita cuba memutuskan silaturrahim sesama kita. tak cium bau syurga. ikhtiar harus dicari. ya ALLAH. permudahkan urusan kami untuk merapatkan balik hubungan yang telah terputus ini. tak sanggup melihat perpecahan yg dulunya rapat. sekarang jadi kacau bilau hanya kerana satu hasutan. kesian nenek. kesian atuk dekat sana. tengok anak cucu dia berpecah belah macam nie. atuk. maafkanlah diorang atuk. maaf. sebab semuanya hanya tinggal kenangan. maaf. sebab semuanya dah tak sama macam dulu. :'(

“Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim”.
(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

    Sesungguhnya tidak rugi jika kita sentiasa mempererat tali silaturrahim, kerana ia menyebabkan dilapangkan rezeki dan dipanjangkan umur. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia memelihara hubungan silaturrahim”.
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Artikel seterusnya adalah salah satu artikel harun yahya
Salah satu sifat mulia yang dianjurkan dalam Al Qur’an adalah sikap memaafkan:
“Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.”
(Surah al-A’raf [7]:199)

Dalam ayat lain Allah berfirman:
“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
(Surah an-Nur [24]:22)

Mereka yang tidak mengikuti ajaran mulia Al Qur’an akan merasa sulit memaafkan orang lain. Sebab, mereka mudah marah terhadap kesalahan apa pun yang diperbuat. Padahal, Allah telah menganjurkan orang beriman bahwa memaafkan adalah lebih baik:
“… dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
(Surah at-Taghaabun [64]:14)

Juga dinyatakan dalam Al Qur’an bahwa pemaaf adalah sifat mulia yang terpuji.
“Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.”
(Surah asy-Syura [42]:43)

Berlandaskan hal tersebut, kaum beriman adalah orang-orang yang bersifat memaafkan, pengasih dan berlapang dada, sebagaimana dinyatakan dalam Al Qur’an,
“…menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain.”
(Surah ali-‘Imraan [3]:134)

#segalanya akan baik pulih seperti biasa. seperti dulu. insyALLAH. jangan putus asa dengan rahmatNYA. ALLAH kan sentiasa ada. kalau ikutkan medical line orang macam kau boleh didiagnoskan sbg pesakit mental. ya ALLAH jauhkanlah rasa benci aku pada mereka. aku tak nak putus dari rahamatMU. :')



esok ke segamat. tinggalkan jejak. :)

assalamualaikum w.b.t

esok akan berangkat la ke segamat selama sebulan. dah jarang untuk online. tak dapat nak share apa2 dekat sini selama sebulan. blogger2 yang comel nie tinggalkan lah jejak dekat sini ea. praktikal. here i come. :)

Tentera Fisabillillah (Bangkitlah Wahai Umat Islam)




1. Orang yang pertama menulis Bismillah : 
Nabi Sulaiman AS 

2. Orang yang pertama minum air zamzam : 
Nabi Ismail AS 

3. Orang yang pertama berkhatan : 
Nabi Ibrahim AS 

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : 
Nabi Ibrahim AS 

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : 
Nabi Adam AS 

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : 
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS) 

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : 
Nabi Muhammad SAW 

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : 
Abu Bakar AsSiddiq RA 

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: 
Umar bin Al-Khattab RA 

10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam: 
Al-Hasan bin Ali RA 

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: 
Thuwaibah RA 

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : 
Al-Harith bin Abi Halah RA 

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: 
Sumayyah binti Khabbat RA 

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : 
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA 

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : 
Saad bin Abi Waqqas RA 

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: 
Bilal bin Rabah RA 

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : 
Ali bin Abi Tholib RA 

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: 
Tamim Ad-dary RA 

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : 
Az-Zubair bin Al-Awwam RA 

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: 
Ibban bin Othman bin Affan RA 

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : 
Khadijah binti Khuwailid RA 

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : 
Imam Syafei RH 

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: 
Ali bin Abi Tholib RA 

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : 
Muawiyah bin Abi Sufyan RA 

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : 
Harun Ar-Rasyid RH 

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : 
Umar Al-Khattab RA 

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: 
Ali bn Abi Tholib RA 

28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : 
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH 

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry (Ahli Ibadat) : 
Mus’ab bin Umair RA 

30. Orang yang pertama masuk Syurga : 
Nabi Muhamamad SAW 

Thursday, 1 November 2012

berhutang adalah penghalang ke syurga.



assalamualaikum w.b.t

duit. kalau bercerita pasal duit. besar mata masing2 kan. ya. duit itu macam air. kejap je dah lesap. aku makin kering nie. poket aku makin tak ada isi. nak pergi segamat nie. duit pulak fuhhh. tak bape sen je nak tunggu sampai sem depan.

hey si penghutang ! erk?
siapa pulak yang pinjam duit aku kan? haa time2 tak ada duit. macam2 jalan yang kita akan cari sampai mencari2 siapa yang pernah berhutang dengan kita tapi tak langsaikan hutang tersebut.
mana duit aku? pernah pinjam duet tak? bagi balik. !!! huhh tapi kan2.
kalau situasi macam nie jadi dekat aku. aku tak suka mintak2 pada orang yang meminjam tu. berani pinjam berani bayar la ok? berani buat berani tanggung *tak ada kena mengena*.

the moral of the story. jangan meminjam kalau tak reti nak bayar. hutang2 nie jangan buat main. siapa nak tolong bayarkan kalau tiba2 esok lusa kita mati? ayat sopannya meninggal dunia. tak sempat nak langsaikan hutang kan. keluarga jugak yg susah nak tolong bayarkan.

BERHUTANG ADALAH PENGHALANG MASUK KE SYURGA 

Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :
i.    Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
ii.   Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.
iii.  Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
iv.  Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

#so pada peminjam atau nama teruknya penghutang sama ada hutang duit dengan sesama kita ataupun PTPTN atau pown yg sama waktu dengannya. bayarlah ea. tak elok menzalimi orang. mana tahu time kita tak bayar hutang tersebut, orang yang kita pinjam tu dalam kesusahan. dah tanggung satu dosa. aku tengah dalam kesusahan nie. nak bayar farewell. nak bayar itu nak bayar ini. dah nak sem 6 lagi bertambah beban. duit owh duit. kenapa kau macam air. zzzzz...
assalamualaikum.

minda jangan sampai dicabul oleh fikiran negative.

assalamualaikum w.b.t


fahamilah beza antara menasihati atau mencari kesalahan orang lain. bukak minda kita luas2. jangan sampai dicabul oleh fikiran negative. aku ada pernah dengar ceramah. tertarik dengan satu ayat tentang menerima pandangan orang lain. manusia yang tak mampu menerima nasihat orang lain adalah manusia yang hitam hatinya. tahu kenapa kita sendiri tak boleh terima pandangan orang lain? sebab ego kita letakkan kat tempat yang paling teratas sekali. sebab kita takut untuk menghitung kesalahan yang kita sendiri lakukan antara sedar atau pown tak.

manusia.
kalau ada yang berbicara buruk tentang kita dan perubahan kita, jangan terlalu fikirkan apa orang cakap. semua tu ibarat tin kosong. tapi seandainya ada yang berbicara baik tentang kita tapi ada sedikit kiasan tentang kesalahan kita, jangan salah anggap tentang apa yang cuba disampaikan. siapa tahu sedikit sebanyak kita terima pandangan dia dan pandangannya kita ambil sebagai iktibar.

mungkin ini salah satu sebab tu kita tak ada kawan. MUNGKIN. pernah terfikir? sebab setiap kali kita dinasihatkan apa yang akan kita fikirkan? "ahh dia bukannya baik pown. buat apa nak dengar nasihat dia?"
"eleh. tunjuk baiklah tu."
"aku tahulah.. aku itulah.. aku inilah."
setiap masalah berpunca dari kita sendiri. sekeras-keras hati manusia yang dapat dilenturkan adalah dengan menerima nasihat tanpa PHD. tahu apa dia? Perasaan Hasad Dengki.

tunding jari. apa maknanya? kau yang salah. eh mana ada. kau yang salah. kau yang buat macam tu. nampak tak permainan dia? tunding jari maknanya mati-matian dia mencari salah kita tanpa mendorong kita untuk menjadi lebih baik. pernah tak kita duduk sorang2 fikir, renung ke hadapan mungkin kita pernah melakukan kesalahan yang tak mampu dilupakan oleh mangsa kesalahan kita tu. dan saat kita nak berubah orang tak percaya dengan perubahan kita. tahu kenapa? mungkin sebab kita bercakap tanpa bukti yang ada. ALLAH pown nak bukti perubahan kita apatah lagi kita sebagai manusia. dan mungkin juga hati kita takut untuk terima kenyataan. sebab itu nasihat kita abaikan.

#ALLAHURABBI. seandainya esok masih ada. jauhkanlah aku dari menjadi manusia yang zalim pada diri sendiri. give and take. insyALLAH. bahagia dunia akhirat. salah pada manusia, maaf adalah jalan penyelesaian. salah pada ALLAH, pintu taubat sentiasa terbuka. :)

#selagi hayat masih dikandung badan minta maaflah pada mereka yang pernah kita khianati dulu. mungkin ini salah satu sebab kita tak bahagia sehingga ke hari ini. oleh itu hana nak mintak maaf kat korang2 yang hana pernah buat salah sama ada sedar atau tak. maaf ea bebanyak. assalamualaikum :)

tabah~~



Pertemuan ini pertemuan terakhir
Dari dua insan yang sedang berkasih
Kerna esok hari kita tidak lagi
Digelarkan pasangan bercinta

Sudah ku menduga kau akan berubah
Cuma tunggu masa untuk kau meluah
Tapi hari ini terbukti semuanya
Kau pinta ku melupakan dirimu

Tak apalah... ku tak kisah
Kerna itu keputusanmu
Memang itu nasib aku
Sering terluka dan jiwa tersiksa

Biar hitam sejarah hidupku
Namun aku tetap tabahkan hati
Kesal memang kesal hatiku tercalar
Siapalah yang inginkan perpisahan

Andai suatu hari ada orang yang bertanya
Mengapa kita tidak lagi bersama
Jawablah bahawa jodoh kita tiada
Dan kita tidak pernah sengketa... oh

Moga engkau... berbahagia
Di sampingnya yang engkau puja
Cuma satu yang aku pinta
Undanglah aku di hari bahagiamu

#lagu nie terbaik la awok. nanti nak karoke lagu nie la. hahah :P

Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome