rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 1 November 2012

minda jangan sampai dicabul oleh fikiran negative.

assalamualaikum w.b.t


fahamilah beza antara menasihati atau mencari kesalahan orang lain. bukak minda kita luas2. jangan sampai dicabul oleh fikiran negative. aku ada pernah dengar ceramah. tertarik dengan satu ayat tentang menerima pandangan orang lain. manusia yang tak mampu menerima nasihat orang lain adalah manusia yang hitam hatinya. tahu kenapa kita sendiri tak boleh terima pandangan orang lain? sebab ego kita letakkan kat tempat yang paling teratas sekali. sebab kita takut untuk menghitung kesalahan yang kita sendiri lakukan antara sedar atau pown tak.

manusia.
kalau ada yang berbicara buruk tentang kita dan perubahan kita, jangan terlalu fikirkan apa orang cakap. semua tu ibarat tin kosong. tapi seandainya ada yang berbicara baik tentang kita tapi ada sedikit kiasan tentang kesalahan kita, jangan salah anggap tentang apa yang cuba disampaikan. siapa tahu sedikit sebanyak kita terima pandangan dia dan pandangannya kita ambil sebagai iktibar.

mungkin ini salah satu sebab tu kita tak ada kawan. MUNGKIN. pernah terfikir? sebab setiap kali kita dinasihatkan apa yang akan kita fikirkan? "ahh dia bukannya baik pown. buat apa nak dengar nasihat dia?"
"eleh. tunjuk baiklah tu."
"aku tahulah.. aku itulah.. aku inilah."
setiap masalah berpunca dari kita sendiri. sekeras-keras hati manusia yang dapat dilenturkan adalah dengan menerima nasihat tanpa PHD. tahu apa dia? Perasaan Hasad Dengki.

tunding jari. apa maknanya? kau yang salah. eh mana ada. kau yang salah. kau yang buat macam tu. nampak tak permainan dia? tunding jari maknanya mati-matian dia mencari salah kita tanpa mendorong kita untuk menjadi lebih baik. pernah tak kita duduk sorang2 fikir, renung ke hadapan mungkin kita pernah melakukan kesalahan yang tak mampu dilupakan oleh mangsa kesalahan kita tu. dan saat kita nak berubah orang tak percaya dengan perubahan kita. tahu kenapa? mungkin sebab kita bercakap tanpa bukti yang ada. ALLAH pown nak bukti perubahan kita apatah lagi kita sebagai manusia. dan mungkin juga hati kita takut untuk terima kenyataan. sebab itu nasihat kita abaikan.

#ALLAHURABBI. seandainya esok masih ada. jauhkanlah aku dari menjadi manusia yang zalim pada diri sendiri. give and take. insyALLAH. bahagia dunia akhirat. salah pada manusia, maaf adalah jalan penyelesaian. salah pada ALLAH, pintu taubat sentiasa terbuka. :)

#selagi hayat masih dikandung badan minta maaflah pada mereka yang pernah kita khianati dulu. mungkin ini salah satu sebab kita tak bahagia sehingga ke hari ini. oleh itu hana nak mintak maaf kat korang2 yang hana pernah buat salah sama ada sedar atau tak. maaf ea bebanyak. assalamualaikum :)

2 comments:

Fendy said...

suka entri ni...keep it up

asha hana said...

terima kasih fendy. :)

Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome