rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, 31 December 2013

kisah dari pagi sampai ke malam !

assalamualaikum w.b.t

ok hari nie aku sibuk jadi entry aku combine kan je la dari pg sampai ke malam punya ea. haha masa keje pagi tadi. aku tak tahu la weyh. lelaki gatal yang sorang nie. pekerja lori dulu yang dua ekor dok kacau aku tu just guna mulut je bersayang bagai. itu aku masih boleh except ! hari nie ada lg sekor pekerja lori yang menggunakan tangan. mula2 aku salah sikit dia cubit  bahu aku. aku mendengus then time aku nak amik pen dari dia, dia raba2 tangan aku pakai jari dia.

sorry weyh kalau aku termaki kau. sebab aku tak suka ! kau tak ada akak? tak ada adik perempuan? seriusly aku takut. dah la aku sorang2 je jaga situ. kan dah kena tempias hangin jantan aku. lepas nie adik perempuan aku pulak ganti aku. lahai ! awal2 aku dah pesan dekat adik aku. ibu aku suruh ngadu dekat madam. tengok la macam mana. kalau makian aku pown tak jalan jugak aku report la nanti. tu pown kalau madam jenis prihatin. -_-

ok petang pulak aku tak kerja sebab aku kerja half day sebab nak buat medical check up. then ALHAMDULILLAH. sebab aku medical check up done. cuma akuan sumpah je belum. nak jadi staff nurse dah aku nie. macam tak percaya. cuma penempatan dan lapor diri je tak tahu bila dan dekat mana. dan lg satu nak bgtwu dia dah balik malaysia. haha suka aku. dia tu makin lama makin pelik. sebab semakin penyayang aku tengok. mimpi ke apa aku nie? ke dia mengigau? haha

tadaaaa !! uniform nurse dah siap. exited kemain lg haku. haha

panjang kan entry aku? korang baca la kisah aku yang sangat2 merumitkan. cehh nak paksa2 pulak. haha ok have a nice day. ASSALAMUALAIKUM 2014. tahun yang penuh dengan cabaran demi masa hadapan. bila beruniform berpeganglah aku dengan tanggugjawab yang besar. semoga ALLAH permudahkan segala urusan. semoga aku jugak tidak mudah lupa aku pernah tersungkur dan aku pernah berada di bawah. semoga aku tak mudah lupa diri :')

pesanan penaja pada si penggatal : kalau masih rasa nak kena makian aku silakan menggatal lg. ingat aku jenis melayan tergedik2? lantak la nak cakap aku garang ke hape ke ! tolong erk. you do ur job i do mine ! no disturbing ok. sekian. !

Monday, 30 December 2013

pertikaian tentang tatu.

assalamualaikum w.b.t


gambar dari facebook.

lelaki yang bertatu tu dah masuk ISLAM. tp aku tak ingat nama dia. ada jugak kes yang macam nie tapi dia berkesempatan pergi rumah ALLAH di tanah suci makkah dengan kesan bertatu di tangan. tak tahu la orang yang sama ke tak.

sekarang soalannya, kenapa ada tatu? boleh ke? kenapa tak buang? dan bla bla bla. sebenarnya tatu tu kisah silam. kalau dia dah masuk ISLAM dan kembali kepada jalan yang benar serta dah mohon taubat pada ALLAH, tatu itu tak jadi permasalahan pown. kalau boleh buang kita buang. kalau ada caranya utk buang memang lah harus buang tatu tu. kalau ianya mendatangkan kemudaratan kenapa perlu buang? ISLAM itu mudah dan tak membebankan. jangan kerana sikap kita terlalu bertegas membuatkan orang bukan ISLAM memandang enteng pada kita yang sebagai muslim nie. take note. :)

#tak salah kan dalam bicara aku? kalau salah perbetulkan. kita sama2 ingatkan. :)

wordless #2

assalamualaikum w.b.t


renungan bersama. :')

apa makna arwah?

assalamualaikum w.b.t

Soalan:

Salam Ustazah, saya nak tanya kenapa bila org yg sudah mati sering disebut arwah? Apa makna arwah tu?
Trm kasih, ustazah.

Jawapan:

Salam. Arwah adalah jamak atau plural bagi perkataan roh. Jadi arwah bermakna roh-roh. Mereka yang memanggil orang yang dah meninggal itu arwah, mungkin disebabkan kefahaman bahawa orang yang mati itu sudah tidak ada di dunia ini, tidak hidup di alam yang zahir. Sebaliknya mereka hidup di alam ghaib atau alam roh.

Pada pendapat saya memanggil mereka dengan panggilan arwah tidak memberi apa-apa makna, malah tidak betul kalau orang yang meninggal itu seorang sahaja kerana arwah itu untuk ramai, sekurang-kurangnya tiga orang.

Lebih bermanfaat kalau disebut al-marhum bagi si mati lelaki dan al-marhumah bagi si mati perempuan yang bermaksud orang yang dirahmati. Jadi secara tidak langsung kita telah mendoakan untuk si mati tersebut.

Atau boleh juga disebut Allah Yarhamuhu ( الله يرحمه )untuk lelaki dan Allah Yarhamuha ) الله برحمها ) untuk perempuan.

Ataupun rahimahullah ( رحمه الله ) bagi lelaki dan rahimahallah ( رحمها الله ) bagi perempuan.

#petikan dari facebook. :)

:')

Sunday, 29 December 2013

apa motif mimpi nie??

assalamualaikum w.b.t


tadi siang aku tertidur la. maybe sebab penat belajar lesen bagai kan pagi tu. then lelap kejap mata nie. lepas tu terjaga sebab si bontong call dari sana. then lepas dah borak kejap terus datangnya mimpi seram menyeram !

suspen nya bunyi. haha aku ada program apa entah 2 hari 1 malam. pada pukul 12 lebih pada waktu tengah malam. aku sorang2 je masa tu dekat area taman rumah aku. yang paling tak boleh blah kawan dalam program aku tu dak afina pelakon dalam cita playboy itu suami aku hahahahha apa kejadahnya??

aku ternampak ada ponti tersangkut dekat pokok. terus aku berjalan cari arah tujuan. masa tu kaki aku menggeletar kemain lagi. then ktorang kena tangkap pulak ramai2 utk buat anak pakai tabung uji. apa nie?? karutnya ! lepas tu terlepas sebab ada sorang bidan nie tak nak bersubahat then lepas kan ktorang. balik je rumah aku cakap dengan ibu masa tu ramai2 dan aku perasan aku ada cakap lepas tersedar dari mimpi. rupanya aku sorang2 je dalam bilik tak ada ibu. -_-

nampak sangat mimpi yang mcm real tapi banyak mitos. korang tak faham sudah haha the moral of the story, jangan tidur waktu siang dan mimpi itu mainan syaitan.  :D

sudah berapa kali ku bilang aku 21 !

assalamualaikum w.b.t

ok. hari nie aku belajar kereta dengan motor lagi macam biasa. so tadi aku jumpa la sorang budak yang sememangnya peramah. umur dia 16 tahun. dia amik lesen motor la. aku borak2 dia. tanya dia umur berapa. then dia tanya aku pulak. aku cakap umur 21. kemain tekejut lagi dia. sebab tengok badan aku kecik macam umur 17. -_-

dah berapa kali dah jumpa dengan orang2 yang tak percaya dengan umur aku serta fizikal aku yang mcm nie. hari rabu nie aku nak masuk 22 dah. tolong percaya. sobs sobs.

ehh kejap. macam tak percaya aku dah nak masuk 22. hahahhaa yeayy dah semakin dewasa. ALHAMDULILLAH masih dapat hirup udara yang segar atas izinNYA. :')

cewahhh. jadi aku tak kisah pown. sebab aku special edition. hahha :P :P

Saturday, 28 December 2013

doodle muslimah made by asha hana !

assalamualaikum w.b.t


tadaaaa !! surprise !!!! hahaha aku ngadap nie je dah 2 jam lebih. biasalah tu erk? budak2 baru nak asah pisau bg tajam. adehhh

doodle lelaki je aku nak buat tak pro lagi tang rambut tu haaa. haa dengan vektor. sumpah banyak kali buat fail. last2 give up. T_T

nampak tak cop rasmi dekat gambar tu? tu antara cop yang dapat VOTE banyak la antara tiga2 tu. jadi aku pown amik buat cop rasmi. hehe ok nak masuk kerja balik. gua dah kenyang makan nasi briani. ok bye !

sebelum kahwin begini selepas kahwin begitu

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


ramai kebanyakan nya macam nie. terlalu mencari redha manusia sedangkan redha ILLAHI? ALLAH. kalau ya pown kau mampu atau terlebih mampu, bersederhanalah yang terbaik. membazir nie kawan syaitan. aku pown esok kalau selagi boleh save aku nak save. memang majlis kahwin nie sekali seumur hidup tapi kehidupan selepas kahwin nie pown sekali seumur hidup dan kena lalui sehingga akhir hayat. faham kan?

seronok kan alam selepas kahwin kita lalui susah senang bersama bukan susah sahaja. indahnya. cewahhh. hahah jangan tanya sekali lagi aku bila pulak. lambat lagi hokeyyyy. haha :)

Friday, 27 December 2013

cop watermark sendiri !

assalamualaikum w.b.t




hahaha kemain nak confidential lagi. tak ada ayat lain r. tak cantik erk?? mana satu ok? ke ada suggestion lain? owhh buat benda alah nie je dah sakit2 tengkuk bagai. -_-

#aku nie biru sokmo kan? haha. aku ada benda yang tengah sarat pendam sekarang nie. aku just tunggu dia balik malaysia je. it's ok. aku tak nak ganggu dia dengan apa yang ada dalam fikiran aku nie. :')

HS giveaway

assalamualaikum w.b.t







aku memang minat pakai dress ala2 gugurl gitu walau pown aku nie kasar. nampak tak? haha cuma ikut situasi la pakai dress nie. so korang kalau nak join boleh klik HS GIVEAWAY. jangan lepaskan peluang ! tarikh tutup 31 disember nie. :)

#wish me luck. semoga bertuah la ea aku nie hendaknya. haha

tolong hargai kami !

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


ini fakta bukan auta. benar kan? 

kami tak mintak balasan yang tinggi atas perkhidmatan kami. cukuplah sekadar penghargaan dan peringatan tentang hari jururawat kami. aku bakal bergelar salah seorang dari mereka dan aku turut rasa tempiasnya. :')

wordless #1

assalamualaikum w.b.t


aku? errr maybe. hahaha inilah perempuan. tapi bukan semua rasanya. anda bagaimana? lelaki ada tak macam nie? 

#salam jumaat guys ! :)

Thursday, 26 December 2013

"surat cinta" sampai ke rumah !

assalamualaikum w.b.t


surat tawaran spa sampai ke rumah. semakin berdebar rasanya. dekat sini dia nyatakan apa2 dokumen yang kena sediakan masa lapor diri nanti. tempat lapor diri dia tak nyatakan. tunggu je la surat lapor diri pulak nanti.

doakan aku dapat penempatan dekat tempat yang aku nak pergi tu ea. aku teringin. dan kalau boleh nak keluar dari melaka. aku nak pergi jauh2 tinggalkan segala memori hitam. hahaha kelakar pulak bunyinya. :D

have a nice day guys ! :)

kalendar 1947 dan 2014 !

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


tahukah anda? aku curi dr fb je. nampak tak persamaan? :)

Wednesday, 25 December 2013

sebab aku tahu hati dia ada siapa. :)

assalamualaikum w.b.t

malam nie aku tak tahu apa yang aku rasa. sakit hati? kecewa? utk apa? haha. aku tahu kau suka dia. aku tahu dari dulu lagi. tapi satu benda je aku nak bgtwu aku tak takut pown sebab aku tahu hati dia ada siapa. even kau satu kolej dengan dia pown aku tak takut dik.

sebab tu setiap benda dia post kau komen tak jemu2. kau update status pasal dia. aku tahu dekat laman muka buku ktorang tak tunjuk siapa aku siapa dia. dulu ya tapi sekarang aku nak tunggu dia dah capai impian dia dulu. dan kalau boleh aku dan dia nak tunggu sehingga tiba waktu yang tepat. sebab tu kau selalu je ada dekat fb dia. pelik sebab aku tak rasa cemburu. haha

#dia sekarang dekat tanah suci makkah. bila aku cakap aku rindu hari2 mintak ALLAH sampaikan salam rindu pada dia. aku tanya dia rasa tak salam rindu dari aku tu? then dia cakap kalau dia tak rasa dia tak akan contact aku sekarang. haha aku memang macam nie. tak boleh dia jauh. perasaan tu lain sangat. nie dia cakap nanti balik umrah nak jumpa. lagi la aku rasa excited. boleh pulak rasa mcm tu. -_-

mr bontong vs mrs bonsar. haha
dia cakap yang lelaki tu tak berapa nak jadi
memang betul pown. entah apa2 je la rambut dia tu.
macam karen pown ea. dengan badan keding lagi.
sesuai la dengan dia. haha :P

#jangan layan entry aku yang merapu nie. haha k bye :D

first trial buat doodle !

assalamualaikum w.b.t

ok dua2 nie hasil kerja aku masa kat tempat kerja tadi.


doodle keding nie via paint

doodle gemuk nie via paint. SAI

haha. buruk pown buruk la. pisau yang tumpul kalau diasah lama2 akan tajam jugak kan. so pengkhritik. -VE feedback aku terima +VE apatah lagi. hik2. :D :D

this is HARAM !

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


kaum2 hawa yang dikasihi, take note ok. ingat ! jangan nafikan yang wajib. dalam Al-Quran sudah tertulis. semoga kita sama2 dapat muhasabah diri. :)

Tuesday, 24 December 2013

apa yang kita ada sekarang tak bawak ke mati !

assalamualaikum w.b.t


bangga dengan apa kau ada? semuanya pinjaman. semuanya tak ke mana. bukan boleh bawak sampai ke mati. beringatlah kawan. pada akhirnya kita akan kembali padaNYA tanpa membawa apa2 pinjaman dari DIA. :')

#sebenarnya aku nak buat giveaway. tapi ada tak yang sudi nak jadi sponsor. haha aku dah dapat dah dua orang. tapi tunggu aku dah tak sibuk dalam persiapan ke kerajaan la kan. tp kalau ada la yang nak jadi sponsor. haha k bye !

pakai nasik kangkang ke hape?

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


SUBHANALLAH. mintak2 la kita semua jauh dari bahana nie. jangan. tak cium bau syurga. dear future husband, seandainya aku seperti ini sila berikan pengajaran yang setimpal. aku ingin kejar syurga ILLAHI. :'D

aku tak sure apa situasinya tapi yang pasti janganlah sesekali menggunakan sesuatu yang dilarang oleh ALLAH hanya utk menundukkan sang suami. plez take note !

terima kasih blogger adrianna syaz

assalamualaikum w.b.t


semalam i got something from someone and i dont know who. pencil box yang comel berwarna coklat. kalau tak silap aku sekali je aku pernah menang giveaway. tu pown segmen adrianna syaz. tapi dia kata kalau dia bagi dia akan bgtwu aku. hmm teringat pulak dekat kak lieya von jay. dia pernah cakap nak bg something sempena selalu singgah blog dia. tapi tak kan kak lieya tak bgtwu aku kot. so aku chat kak lieya semalam dia kata barang yang dia nak pos tu tak sempat nak pergi pos. adehh pening2.

dekat cop pown aku tak nampak dari mana. -_-

so kak lieya pown suruh aku pergi tengok dekat blog adrianna ada tak hadiah nie. kini segalanya terjawab. terima kasih bebeh adrianna. i appreciate hokeyyy. :) :)

Monday, 23 December 2013

aku dah ada cop sendiri !

assalamualaikum w.b.t


yeayy. aku dah ada cop sendiri. haha suka seyh. nampak tak apa yang tertulis? haihh mintak2 aku dapat kerja dalam wad dan bukannya klinik kesihatan je. sebab kerja dekat wad pengalaman luas dan mencabar. so kalau nak transfer ke klinik pown tak terkulat-kulat aku nanti. hik2. :D

#ok macam dah lama gila aku tak jenguk korang. nk BW kejap ! bye !

Sunday, 22 December 2013

kurang ajar nya kau !

assalamualaikum w.b.t

ok. tadi aku pergi mydin beli barang tudung nurse dengan pen bagai. aku datang dengan family aku. tengah khusyuk tunggu ayah aku ada sorang akak nie sorong troli yang ada anak dia sekali dalam tu langgar lah bahu aku and then hand bag aku pown terjatuh.

"owh kodok." tu je yang dia cakap then terus blah. bukan tahu nak mintak maaf. "tak ada manners. kurang ajar namanya." aku cakap macam tu. then bila jumpa lagi sekali aku jeling dia dalam2. geram aku weyh. lepas tu time beratur anak dia terjatuh kan beg balik kampung yang ada dekat susunan dia. terus dia hempuk dan cubit. alahai. kesian budak tu. bukannya sengaja. tak suka nya aku dengan orang mcm nie. -_-


pesanan penaja : janganlah kita jadi orang mcm nie. adab tak ada. kalau mcm nie la perangai dengan jiran2 kalau kita susah siapa nak tolong? aku pown garang jugak weyh dengan adik2 tapi harap2 tak jadi mcm nie. buat malu diri sendiri je. k bye !


CPUV ke-15 & ke-16 !

assalamualaikum w.b.t


ALHAMDULILLAH. nie rezeki bulan disember. terima kasih INTI dan nuffnang. dan terima kasih utk korang yang selalu klik2 tabung kawen aku. haha dan CPUV 13&14 aku tak ada pown share dekat entry sebab dah tak tahu yang mana. haha :D

ok. dekat ENTRY ni aku ada bgtwu happy nya hati aku dapat panggilan dari makkah kan. so pagi tadi dalam pukul 5.20 pagi kan. mr. bontong call aku lagi dari sana. happy gila. dekat sana pulak time tu pukul 12 lebih pagi. rupanya dia beli simkad dekat sana dan on dekat phone dia. aku tanyalah kenapa bawak phone. kata tak nak bawak. dia kata nanti risau ada pape hal yang urgent ke.

sebelum dia call mesti aku akan dapat rasa yang dia nak call even time tu aku tengah tidur. pelik tak? nak2 aku pakai ringtone utk dia lain dari ringtone utk member2 lain. so masa dia call aku dengar mcm ringtone utk dia tu berbunyi padahal ringtone lain yang berbunyi. pelik kan? haha

ya ALLAH. jika benar dia jodoh aku. dekatkanlah kami permudahkan perjalanan kami bersama. jika dia bukan takdir aku, jauhkanlah kami secara perlahan-lahan tanpa tinggalkan rasa benci dan dendam. in sha ALLAH. :')

#ok cerita dah lari dari tajuk. haha abaikan ok? :P :P

Saturday, 21 December 2013

panggilan dari makkah.

assalamualaikum w.b.t


ya ALLAH. terubat rindu aku seketika. siapa sangka dia call aku dari sana. sebelum dia call aku sedang menatap swether dia. ALLAH sedang mendengarkan hati aku. terima kasih ALLAH. :')

happy nya. tak sangka aku. jauh kot. tapi dia pakai no sana. dia memang tak bawak phone dia sebab dia nak fokus dengan ibadah dia di sana. tapi dapat bercakap sekejap je. sebab ada hal. itu dah kira ok. nanti dia kata dia nak call balik.

kalau sini malam, sana siang ea? huhu. terima kasih sangat2 wahai.mr bontong. :')

#ok perasan tak malam nie aku banyak join GA? SINISINI dan SINI. saja nak mencuba nasib. haha korang join la sekali tw ! mehh klik2. k bye. ^_^

Giveaway Peserta Bertuah

assalamualaikum w.b.t


KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:


Pemenang akan menerima sehelai blouse gojes menawan ni. Mungkinkah anda pemenang bertuah tersebut. Jengjengjeng... Jom! Sama-sama kita raikan GA simple ni.

TAMAT: 31 DISEMBER 2013

Segmen Slot Review By Mommy As Blog

assalamualaikum w.b.t


aku? blogger gadis cikai2 je. haha aku jenis cakap tak cover. perangai pown gila2. kadang brutal. kalau dalam nie je aku mcm malu miow2 je. acecehh perasan. haha aku banyak mulut. serius. kuat bercakap. tak percaya? meh datang melepak dengan aku. jangan tanya kenapa. sebab aku memang suka bercakap. -_-

sebelum nie aku pernah cerita. aku nak jadi novelis macam kak damya hanna. sebab tu aku minat nak berblog. selain tu (ayat skema) blog nie dah jadi macam boifren part time aku la. kadang time aku sedih ke touching ke happy ke aku melepak la dekat blog. hik2. dan dengan berblog nie lah aku jumpa kenalan2 yang awesome mcm korang2 nie ha. ada yang sporting. kadang2 dengan blog nie jugak aku boleh share info2 yang berguna utk semua. so kategori blog aku nie random la erk. personal ada, info ada, mcm2 ada. haha ok bye ! :D :D

#MAMA, hana join :)

Simple Giveaway by Izzati Amira

assalamualaikum w.b.t


Simple Giveaway by Izzati Amira !!
Tamat : 22 Januari 2014
Klik Banner Untuk Join! Sekarang !! Hadiah menarik untuk para gadis di luar sana sedang menanti!

mentaliti macam nie la yang aku nak hapuskan !

assalamalaikum w.b.t
(auto post)


ya ! aku student nurse swasta. dan ya ! aku bakal diserapkan ke kerajaan untuk menaburkan khidmat. yang budak nie cakap. terima kasih bg aku kata2 semangat dan satu cabaran buat aku. dan mentaliti macam nie la yang aku nak hapuskan. terus terang. pemikiran budak nie kolot. kalau korang salah seorang dari budak nie sila unfollow aku !

kalau kau takut nak dapat kan rawatan dekat goverment semata2 sebab budak SWASTA mcm aku nie dah bersepah dekat sana. dah tu kalau kau sakit, kau nak dapatkan rawatan dekat mana? hospital swasta? dah tentu2 lah student swasta jugak. sebelum nak bercakap nak menulis nak mengupdate status mcm nie, fikir dulu. kalau rasa akal tu masih cetek lagi sila tunggu penuh baru update ok sayang?! 

nampak tak marah nya aku dekat sini? peduli apa aku. -_-

Friday, 20 December 2013

preparation before being the real staff nurse !

assalamualaikum w.b.t

abaikan tulisan buruk dan typing error dekat atas.

ok buat cop done ! cuma tunggu nak amik je nanti. seronok je dah ada cop sendiri. haha yang lain? haihh sempat ke tak erk. risau2. tempah uniform yang aku takut nie. takut tak sempat bagai. ok another preparation? selak buku dan bukak nota2. owhh man. benda pertama yang aku akan buat. pandang dalam2 sampai tembus. haha dan mata akan mula kuyu bila aku membelek nota2 lama. -_-

terserlah muka tak semenggah aku. haha

#aku sibuk. tadi petang pergi teman member buat resume dia. pergi tolong dia apply kerja by emel. pergi cari cop untuk aku pulak sampai ke malam. nak blogwalking pown tak ada masa. banyak benda nak kena settle. sorry erk. nanti bila dah ada masa aku singgah ke blog uallsss. bye2 !

takut tanpa sebab. :')

assalamualaikum w.b.t

macam entry2 aku before nie banyak yang sentap kan? btw terima kasih semua yang bg aku semangat. haha semalam berbunga2 balik walaupown ada jugak la yang dia menyakat aku sampai aku sakit hati. annoying betul ni budak. annoying? si bontong tak suka aku cakap perkataan nie dengan disgusting. sebab nampak gedik sangat dengan gaya lagi. berterus terang tak dia? haha tp nak buat mcm mana. aku dah biasa. "dari biasa tu la kena ubah." kata dia lah. -_-

mungkin saat ini dia dalam persiapan nak ke sana. malam tadi dia tiba2 text aku. macam2 benda dia luah. mcm tu jugak aku. dia tanya kenapa dengan aku tiba2? jawapan aku. ya, aku takut hilang dia. 

"takut hilang orang? tapi orang tak takut pown sebab orang tau orang akan dapatkan awak." aku sebak bila dia keluarkan statement nie. terharu pown ea. lagi lah buat aku bergenang air mata nie ha. haha sebab aku mimpi macam2 nak2 dia on9 tapi tak inbox. pesan dia cuba belajar jadi sabar sayang. memang dia pada mulanya nak chat tapi aku terus hembus. malu aku. haha nie semua gara2 mimpi dan -VE. cehh nak salahkan dorang pulak.

in sha ALLAH. ALLAH, jagakan lah dia untuk aku. mr. bontong please semoga selamat pergi selamat balik. aku tunggu kau. :')

kisah aku dengan dia complicated. kalau aku cerita kan pown belum tentu akan ada sesiapa yang faham. kadang2 aku sendiri tak faham apa sebenarnya antara aku dengan dia. status kami apa dan ada jugak kawan2 yang bertanya. jawapan aku. entahlah. kalau ada jodoh adalah. jadi biarlah aku simpan dalam memori aku dalam2 tentang kami. bila dah sampai masanya aku sendiri akan beritahu siapa dia. amboi macam la korang nak sangat tahu kan. cehhh perasan betul aku. k bye !

Thursday, 19 December 2013

semoga ALLAH permudahkan urusan mereka. :')

assalamualaikum w.b.t


esok. sakit macam mana pown hati aku pada dia, aku tak pernah lupa berdoa semoga ALLAH jagakan dia untuk aku.

perjalanan dia ke umrah pada hari esok bersama keluarga tercinta semoga ALLAH permudahkan. dan aku berharap suatu hari nanti aku berpeluang menjejak kan kaki ke rumah ALLAH itu bersama keluarga tercinta dan jugak dia. in sha ALLAH kalau dia adalah takdirku.

sempat jugak aku berpesan pada dia kelmarin. doa2 lah semoga aku dengan dia berada dalam masa depan yang sama. doa2 lah semoga nama aku yang tertera di Luh Mahfuz untuk menjadi makmumnya. dan jangan lupa tentang cita2 aku untuk berkhidmat di seremban. kerana ada sesuatu yang aku mahu kutip dan cantumkan semula. doakan jugak semoga keluarga aku diberi kesejahteraan dan keberkatan dunia akhirat.

pesanku. tolong pulang ke malaysia dengan selamat bersama ibu ayah dan alang ok? aku tahu dia tak akan hantar apa2 mesej buat masa nie. mungkin sibuk dalam persiapan. atau.. entahlah. tapi tolong. sekurang2nya bgtwu aku bila kau nak bergerak ke sana nanti. sekurang2nya malam nie hantar lah apa2 inbox. asalkan hati aku lega. kalau tak memang tak la lepas kau balik umrah kita jumpa or lepak ke hape ke kan. aku mogok sampai bila2. -_-

#ALLAH. semoga aku tak lelah dalam merinduinya. semoga aku tak lelah dalam penantian. semoga. :')

kesinambungan kisah semalam~

assalamualaikum w.b.t


dekat entry SEMALAM aku tengah melayan perasaan yang berkecimuk. bangun pagi je aku rasa mata aku macam kena tumbuk. bila tengok cermin, macam mana boleh jd sembab macam nie. baru ingat. baru ingar apa yang berlaku semalam. bodohnya. just wasting ur time hana.

ada jugak yang komen mungkin aku je yang rasa macam tu sedangkan dia tak pown. kenapa tidak mintak penjelasan je pada dia. ok terimas encik afzalsukasuki. bukan aku tak nak mintak penjelasan tapi aku tak nak merumitkan lagi keadaan. esok dia akan bergerak ke umrah. walau terasa macam mana pown aku, aku kena pendam. aku nak dia pergi umrah dengan hati yang tenang tanpa rasa bersalah. sebab aku takut hanya aku sahaja yang salah faham.

masa aku tengah tulis entry nie pown aku masih tahan rasa. tekak perit. tahu kan macam mana rasa nya? sorry. gua memang nampak je brutal. lagi pown semalam aku ada mimpi dia. memang betul erk kalau sebelum tidur kita asyik ingat dia, akan terbawak-bawak sampai ke dalam mimpi? banyak kali dah jadi macam nie. tapi serius aku tak boleh tipu. hati aku saat nie memang sakit. nak2 inbox tidak dibaca tapi masih boleh tinggalkan jejak dekat group. macam2 benda -VE menerawang dalam kotak fikiran. oh hana, please do something with ur heart! u need medication ! k bye. gua nak masuk kerja. bila hati aku dah ok aku akan BW ea. :')

Wednesday, 18 December 2013

kenapa harus malam ini?


sorry guys. malam nie gua sentap dan segala macam lagi. time dia nak pergi umrah time tu la aku nak touching bagai.

serius tekak aku sakit sangat2 nie ha. tak tahan dahh air mata nie haa. foolish ! salah aku ke jadi macam nie?? kalau tak nak aku jadi macam nie. jangan lah bg aku harapan. i'm still waiting until i get hurt. tapi keadaan masih sama. owhh semalam tu cuma sementara kan? dah lama agak.

menunggu tu sakit. semua orang tahu. cuma aku tak pernah lelah. kalau boleh aku nak sentiasa ada walaupown jauh. sehinggalah tiba jumaat nie nanti. dia tak faham atau pura2 tak faham? ehh gediklah aku malam nie. mata nie degil siak. puas di sapu banyak kali still nak meleleh jugak. lencun dah baju aku. T_T

aku tahu benda nie akan jadi. sakit? memang dah biasa. ada yang tanya kenapa perlu bazir air mata. aku punya alasan kerana itu salah satu cara untuk aku tenangkan hati. banyak kali check inbox still nothing. ok i got it. gua nak chow ! doakan aku cepat sembuh erk. assalamualaikum :')

dulu atau kini, baru aku faham.

assalamualaikum w.b.t


dulu masa tengah belajar lagi dekat kuim aku berkira-kira sama ada patut atau tak aku teruskan langkah dalam bidang nurse sedangkan aku belajar penuh dengan khayalan, tak serius macam budak lain, pointer tak pernah memuaskan.

lepas aku dah habis belajar aku tetap dalam pemikiran yang sama sampaikan dorang suruh aku apply spa pown aku kata nak ke dorang ambik pelajar swasta macam aku nie. dah la pointer entah apa2. dulu aku terlalu expected yang spa hanya akan ambil pelajar kkm dan pelajar yang grab pointer yang awesome.

sekarang aku dah faham. ALLAH, terima kasih kerana tunjukkan sifat adil-MU dan kasih sayang-MU. semuanya bergantung pada rezeki dari ALLAH. bukan dari kepandaian, bukan dari pointer yang awesome, bukan dari status pelajar swasta atau goverment. tapi kerana rezeki yang ALLAH dah tetapkan. dan kalau aku terima sekali pown bukan sebab gaji tapi kerana ada wajah2 yang gembira di atas rezeki yang ALLAH dah limpahkan untuk aku kali in terutama ibu ayah dan keluarga tercinta. :')

cuma sekarang aku takut. takut untuk melangkah ke alam pekerjaan yang lebih serius. bekerja under kerajaan. takut aku tak mampu catch up. sebab dulu tahap keseriusan aku cuma 20%. tapi demi kehidupan yang lebih terjamin aku harus sahut cabaran. kan?? ^_^

#dan satu lagi bad news. anak kucing aku sekor dah mati sebab kurang susu dari ibu dia. si pe'ah tak pandai jaga anak. hmmmm T_T

sabda RASULULLAH SAW mengenai anak !

assalamualaikum w.b.t


anak itu anugerah. :')

Tuesday, 17 December 2013

button follower hilang?

assalamualaikum w.b.t

curi dekat encik google.

perasaan tak perasan tak. button follower tak ada? ramai blogger yang lalui benda sama dengan aku. kenapa erk? -_-

ok by now aku tengah buat dan edit blog mr.bontong. nanti ada masa aku review bila dah selesai. in sha ALLAH. hik2. adik aku kata kalau untuk dia semua kau boleh buatkan, kan? aku cakap kau pown macam tu jugak. aku editkan jugak. lepas tu jelir2 lidah kat aku. annoying punya budak. haha k bye !

status SPA jururawat U29 : lantikan tetap !

assalamualaikum w.b.t


ALHAMDULILLAH. akhirnya usaha 3 tahun selama nie membuahkan hasil. terima kasih ibu ayah. moga2 ALLAH permudahkan urusan aku nanti.

dan berharap aku dapat berkhidmat di negeri di mana aku nak cari sesuatu yang hilang. dekat manakah? dalam setiap doa aku berharap. tapi si bontong tak bagi aku kerja luar melaka. takut la tu hati aku berpaling. haha dia tak tahu situasi aku. tapi harap2 aku dapat kerja di situ.  :')

#terima kasih bontong sudi spend time dengan aku sekejap tadi. even sekejap kan. terserlah kegembiraan aku hari nie. dengan result spa yang awesome. dengan jumpa si bontong. huwaaa semoga kegembiraan ini kekal :')

Monday, 16 December 2013

aku pilih kamu movie !

assalamualaikum w.b.t


jarang betul aku post sekarang. cehhh maybe sebab tak ada idea kan. haha nie haa. try la tengok. sedih sentap. terbaik. bg aku lah. tak tahu la pada korang macam mana kan. 

haa nie haa ost untuk lagu nie. selamat menonton dan melayan perasaan. haha
cari dekat SINI. macam2 cerita melayu yang terkini ada.

#hari nie besday my bro yang ke 23. hik2. so banyak number ni ada free call. phone ibu aku phone abg aku. yang ibu aku tu haa simkad dia register pakai besday abg aku. so siapa nak aku call malam nie? haha ok. nanti free gua blogwalking. sebab sakit hati pasal semalam pown tak habis lagi. bye !

Sunday, 15 December 2013

aku di alam fantasi ! ^_^

assalamualaikum w.b.t

sesekali berangan nak berada di alam fantasi. haha background aku amik dekat encik google.

-VE feedback aku terima. +VE feedback pown aku terima. sebab banyak lagi yang aku kena belajar.

#KAK INA kata dah boleh amik tempahan nie untuk header. haha ada ke yang nak tempah kalau takat simple mcm header aku tu ha? haihhh so by now aku tengah belajar untuk buat background sendiri pulak. tadi aku belajar macam mana nak park kereta. sakit tangan gua nak pusing stereng tu haa. dan migrand sampai ke petang sebab tak makan tengahari. padan muka. -_-

Saturday, 14 December 2013

hasil kerja yang biasa. bila nak improve?

assalamualaikum w.b.t

yang nie memang suka2 je edit. hisshh suka hatilah nak curi ke hape ke. dah kata public kan? -_-

yang nie dia sendiri mintak lepas tengok aku update dekat fb. then aku terlepas cakap yang aku buatkan untuk budak dekat atas tu punya. terus dia nak. haha

haa yang nie. malam nie dia mintak lepas tengok cik ainey azhar tu post dekat fb. kata dia hasil tangan aku mesti cantik. hakikatnya aku masih tak puas hati dengan hasil kerja aku. tahu sebab apa? aku masih tak mampu buat doodle lagi dan masih lg dalam arena header yang simple macam nie. i want the improvement ! T_T

#ok malam nie aku sentap habis atas sebab2 tertentu. nak2 janji semua tercampak ke gaung. phone pulak "tidak berguna". aku jugak tidak dianggap penting oleh sesiapa. -VE? ohh after this? aku akan jaga hati aku sendiri. hati orang lain? pergi lantak ! marah sangat kan? bukanlah. nie lebih kepada terkilan ! ok bye !
Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome