rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, 25 February 2013

Maulidur Rasul 2013 :)

assalamualaikum w.b.t

salam maulidur rasul. salam ukhuwah. ini cerita hari jumaat yang lepas. baru nak update. ada perarakan dari stadium sampai ke masjid. dan setiap langkah kita berjalan kaki akan mendapat ganjaran pahala seperti yang dijanjikan oleh Allah. subhanALLAH.

kemain lg dak umai. riang dapat brgambar dengan aku. haha :P

ha tu diaa.. di mana ada mereka di situlah terselitnya wajah ayu ini.
aceceehhh.. ;)

ain, ika, aku :)

mus dan aku membuka topik tentang bilalah kita nak jadi macam tu sambil tu
mata terpandang ke arah perempuan bertudung labuh.
mus dan ain cakap aku dah ada ciri-ciri dah. pakai inner dalam siap stokin lagi.
ALLAH. semuanya bersebab. pakai stokin sebab takut kaki melecet.
pakai inner dalam pulak sebab baju aku jarang.
ain mulut celupar. "sekali dia cakap sudi tak kau mengahwini aku."
tettttt. choi mulut tu ain woii. -..-

aku pown tertanya-tanya jugak bilalah nak dapat hidayah nie. WALLAHUALAM. :')

FADILATU HASANAH ZAINAL.
milik ibu dan ayah sepenuhnya.
salam maulidur Rasul :)

#dalam masjid aku dengar ceramah ustazah jemputan. tiba-tiba hati ini merindui nabi junjungan kita RASULULLAH S.A.W. jom selawat ke atas baginda. 


#bila dengar balik kisah2 baginda yang dahulunya terlalu banyak sangat dugaan dan cabaran tapi baginda tak pernah mengeluh walaupown sesaat. hebatkan ? bak kata uztazah jemputan tu, tak salah mencari harta dunia bahkan itu digalakkan tapi kita diwajibkan menyeimbangkan duniawi dan akhiriah supaya kita dapat kesenangan dan ketenangan. itu yang kita cari. *sebenarnya tak berapa nak ingat. tapi sikit lebih kurang lah nie,* oklah. assalamualaikum :)

Saturday, 23 February 2013

wedding saturday :)

assalamualaikum w.b.t

this is was my frst time keluar dengan syax dengan BF dengan kengkawan diorang. haa pergi wedding kakak and abang hamdi. 3 sekaligus. buat kat dewan weyh. mcm best je. tp tu la bajet kena masyuk bhaii. 

sebelum pergi wedding. perempuan melayu terakhir. kriok3. :D

aku kos lain tp melorat join kos lain pergi wedding.
pown boleh. dr bosan dok rumsis. lgpown bukan aku tak kenal hamdi.
hamdi pown kenal aku.
so tak ada yang haram pown kan? ;)

antara couple2 yang attend ke event nie.
yang berbaju merah bersongkok tu la adik pada pengantin. haha

nie syax dengan BF dia. kemain lg. :D

aku dan syax. dia selaku roomate aku jugak. :)

haa yang nie aku. sempat posing kan.
siapa tak kenal aku yang enterframe nie.
pantang nampak camera depan mata :P

#hari nie berfikir sejenak. dah besar sekarang dah pandai pergi wedding2 kan? kalau dulu mana nak pergi event2 macam nie. btw, wedding kakak2 and abg hamdi memang cntik. selamat malam guys. :)

Tuesday, 12 February 2013

QUOTES - a special friend is....


someone who can tell how you're feeling
just by the sound of your voice,
and understands what you're saying,
even when there aren't any words....

a special friend is someone...
you can trust with your secrets,
hopes and dreams....

someone who accept you just as you are,
forget your mistakes and celebrate your successes....

a special friends is someone who knows you better than anyone else....

upah dan santai :)

assalamualaikum w.b.t

setelah penat membantu cik wa utk kenduri akhirnya dapatlah jugak upah utk penat aku dan adik aku nie. tak ada lah aku harapkan sangat upahnya. kang cakap aku tak ikhlas. hahaha gurau je cik wa. tapi aku memang nak sangat makan abc tanjung yang diorang cakap2 kan sangat tu. so semalam aku dah dapat rasa. boleh tahan la. terima kasih cik wa, cik murad, ibu, ayah. :)

sebelah kanan aku tu lah cik wa. sebelah kiri aku pulak busu dan ibu :)

bapak2 dan adik aku. fulamak. ;)


muka budak lapau. seperti biasa aku dan adik aku
pantang nampak camera :P

nie diaaa. budak2 comel. baju belang2 tu adik aku.
yang 3 org nya lg anak cik wa. comelkan mcm aku? hahah perasan :P

ok then. after that ktorang p shopping dekat giant. haiyaa manyak selonok maa. ok lah. nak kemas2 utk balik kolej sat lagi. TakNakBalikPenjara tuu. go go hana go. :(

Monday, 11 February 2013

kenduri dan interview? -..-

assalamualaikum w.b.t

ok. 3 hari dua malam aku dan adik aku bermalam di rumah cik wa iaitu makcik aku. sebab nak tolong utk kenduri akikah adik sepupu aku yakni anak cik wa la kan. penat weyh. aku cabut rumput sampai ibu ckp lepas nie boleh cabut rumput dekat rumah pulak. haha

ok then pada hari knduri pagi tu aku potong buah mangga muda. sumpah keras sampai aku ketuk mangga tu menggunakan lesung batu. hebat tak hebat tak? kejang tros tangan aku. haha

tangan siapakah ini? nak ketuk mangga nie semata2 nak buat
paceri mangga buatan ibu. ;)


haa ini ibu aku. yang dalam periuk tu mangga yang aku
potong tadilah. 

wanita2 ini yang mampu memberi senyuman termanis. haha
tapi masih tak cukup forum. cik wa aku busu aku nenda aku adik perempuan aku
tak ada dalam gambar nie. masih belum mencukupi
sorilah tuan rumah. gambar tuan rumah tak ada pulak. haha :P

dan ini err siapakah? haaa inilah pemilik blog nie.
wajah ini anugerah DIA :)

dan sesi interview bermula. haa cuba teka apakah? punyalah dedau aku. macam majlis semalam tu mjlis org datang merisik aku pulak. macam aku nie pengntin perempuan pulak. cuma ini hanya pra. dah boleh prepare nie. bak kata mak andak la. haha si kapital K datang masa mjlis semalam. aku tak tahu ler apa yang pak andak ckp dengan dia sampai masa aku amik nasi semalam pak andak ckp dengan aku asha, masih belum lulus sepenuhnya lg. ALLAH, aku dah cakap dah. dia tu kawan aku je. payah nau nak faham.

yg si kapital K nie pulak mkin berani nak panggil ibu aku mak. ehh mengada. kan dah kena ngan ibu. "jangan hari ini cakap lain esok cakap lain pulak." padan muka. tapi aku tak boleh blah pak itam aku tu. "asal kau tak cakap dengan aku yang dok atas motor tu pakwe kau? klu tak aku nak gegau je dia." haha kelakar la. ibu cakap klu pak itam dah ckp mcm tu maknanya dia restulah tu. dah siap panggil ibu mak lagi.  -..-

haisyyy mcm mana aku nak bg faham kat dorang erk? yang aku dengan kau nie kawan2 je dulu? ini semua kau punya pasal. kan aku cakap jangan lebih2. yang menanggung segala persoalan dekat sini aku. geram3 ! tapi yang pasti semalam sangat penat. melayan kerenah kau. melayan segala persoalan. dan kerja2 membantu cik wa sampai aku tertido lama siot..tapi sebenarnya aku seronok ;). ALHAMDULILLAH segalanya berjalan seperti biasa. :)

Friday, 8 February 2013

derita si kecil berakhir. adik ahmad meninggal dunia.


14 September tahun lepas, Mynewshub ada menyiarkan berita mengenai adik Ahmad Adam Syukri (klik sini).
Ketika itu Adik Ahmad baru berusia 5 bulan.
Hari ini kami menerima satu khabar yang menyedihkan. Adik Ahmad telah kembali ke Rahmatullah semalam.
Berikut adalah bahan yang dipetik dari sumber Facebook mengenai adik Ahmad.

Assalamualaikum w.b.t..
Innalilillahi wainnailaihiro jiun.
-Al-Fatihah
semoga ibu & bapa adam redha & tabah dgn ujian ini, insyaAllah Allah swt akan menggantikan dgn yg lebih baik, sesungguhnya DIA mengetahui & menentukan segala2nya .


Takziah buat ibu bapa dan keluarga adik AHMAD ADAM Syukri, Adik Adam telah pergi menghadap ILAHI. Sayu hati admin apabila mengetahui berita ini, SYURGA tempat kamu duhai anak, Allah swt lebih menyayangi adik adam.

“AHMAD ADAM SYUKRI LAHIR PD 4/3/12 DAN TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED (SEVERE HIE) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PD SARAF OTAK…"

“ADAM LAHIR SECARA VACUUM PD 4/3/12 DAN SEWAKTU KELAHIRANNYA ADAM KELUAR DALAM KEADAAN FLAT DAN KEKURANGAN OKSIGEN.SCAN MRI PD 9/3/12 MENUNJUKKAN OTAK ADAM MENGALAMI KEROSAKAN YG AMAT TERUK..ADAM TIDAK PANDAI MENELAN AIRLIUR DAN BERGANTUNG PADA MESIN OKSIGEN UNTUK TERUS HIDUP.ADAM JUGA PERLU BERGANTUNG PD MESIN SUCTION KRN TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR UNTUK SEDUT AIR LIUR DLM RONGGA HIDUNG DAN MULUTNYA. MATA KANAN ADAM MENGALAMI INJURED,BEGITU JG DGN TELINGA SBLH KANAN YG TIDAK DAPAT MENDENGAR KRN KROSAKAN PD BHGIAN DALAM TELINGANYA."

“DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK..”

*Dari Allah Kita Datang, dan kepada Allah Kita Kembali.

Berikut adalah kenyataan daripada keluarga Adam yang dipetik dari facebook AHMAD ADAM Syukri;
Kepada semua yg mndoakan kesihatan adam selama ni terima kasih diucapkan..kami selamat sampi malam tadi di kampung saya di kabong sarawak tepat pukul 1130mlm..selepas solat jumaat arini allahyarmah putera hatiku akan dikebumikan ditanah perkuburan islam kabong.semoga semua urusan dipermudahkan..

#adik adam sedang menanti ibunya di syurga. dia menjadi ahli syurga. lebih baik awak pergi dik dari awak hidup terseksa. selamat malam korang. :')

------> SUMBER

CERPEN: mana mak?


MANA MAK ..... " Before baca, sila sediakan Tisu"

Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

#Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab? renung-renungkanlah. :')


-------> SUMBER

Wednesday, 6 February 2013

dah tua kena pandai masak. !

assalamualaikum w.b.t

"kau tu dah tua kenalah pandai masak." haa tu diaaa. bila ibu sudah berbicara. amboi. ada betulnya jugak apa yg ibu cakap kan tu. sampai bila?? haa tu yang aku belajar masak nie. tp the word of "TUA" tu yang tak tahan tu. aku baru 21 kot. hahha 21 pown dah boleh fikir pasal kawen la der. jangan perasan muda ok? 

menu utk hari nie. jeng jeng jengg. kuah asam pedas. perghhh perfectoo....

oh mann. gambar dalam kuali je aku amik.
panas lg tuu..

menu dua hari lepas pulak aku masak sotong masak kicap. sedapp wooo. tp gambar tak ada lah. telan air liur je la ea. :)

#disebabkan hari ni aku menjadi suri rumah tangga yang berjaya dan ibu pergi ke pasar menemani nenek, so sebab tulah masak agak lewat. pukul 4pm baru siap. beserta dengan cencaluk.. perghhhh. korang makan tak? sedap weyyhh.. rugi tak makan.. ok then. selamat menjamu selera. :)

apabila adik berkata-kata~~

assalamualaikum

ketika dalam perjalanan pulang dari menjemput my little brother from school. amboi. dah macam bahasa rojak dah aku tengok. tapi tak apa. janji korang faham ea dok??

aku: arip, akak rasa akak dah jatuh cinta la dengan ikram. akak nak kawen dengan dia. ok tak?
adik aku: tak ok.

haa curious la tu kan siapa ikram. layan cerita Setia hujung Nyawa tak? scroll ke bawah.
|
|
|
|
|
V

haa nie la dia. Hairul Azreen. hensem kan? omeyy angatt.. :P
aku je minat dia. berangan. dia bukan kenal aku pown haha
opss sori abam Aaron Aziz. awak dilupakan bt sementara waktu :P

ok continue perbualan....

aku: kenapa arip tak suka?
adik aku: dia tu bangsa keling. *opss sori. adik aku tak faham apa2. mungkin sebab hairul nie alaa2 mamak cket kan*. lebih baik kawen dengan K****** F****.
aku: (dengan kening berkerut, dengan muka tercengang) kenapa pulak?
adik aku: dia lg hnsem dr ikram keling tu.
aku: sebab hensem je ke? ikram hnsem apa?
adik aku: tak la K****** F**** lg hensem.
aku: (dia kalau dengar kompom kembang, dalam hati aku cakap la) dia baik tak? *dah kenapa mulut aku nie  tanya adik aku soalan bengong nie?*
adik aku: baik. kita suka dia.
aku: mana arip tahu dia baik? -..-
adik aku: kita tahulah.
ok motif dr cerita nie. geram pulak bila adik aku yg kecik tu cakap macam nie. ehh rasa nak bom je si malaun tu tw. macam mana aku nak bg peluang dekat org lain utk mengisi kekosongan hati yang lara nie. amboii ^^ haha

ok. aku ada idea. aku nak cakap dekat arip yang si malaun tu jahaattt sangat3. haisyyy then biar adik aku tak suka dia. amacam?? hahahhaha *gelak jahat* -____-

memang dia jahat. sebab dia dah curi hati aku dan bunuhnya dengan kejam. dia sangat kejam. !
ok jom lihat hobi adik aku yang comel nie. hanya mahu sharing :)

haa mesti korang ingat kek kan? lapar letteww.

tu diaaa.. kumpul pemadam bebanyak. katanya nak lawan la hape la
macam aku zaman bebudak dulu. ;)

doktor cinta~~

assalamualaikum w.b.t

ehem2. doktor cinta? adehh. mcm pakar segala pakar cinta pulak aku nie kan sampai ada org tanya aku about love. woo hooo ~~

yeahh someone yg dah mcm adik aku a.k.a my ex patient. tanya kalau ex dia text dia balik tiba2 apa dia kena buat erk??

haa the answer from me is biarkan dulu. tengok sejauh mana dia cari kau dik. then bila dah lama sangat tp dia masih lg text dan tak jemu2, barulah tanya dia kenapa cari kau balik. yeahh that's it.

heyy ladies and gentleman. setiap kata-kata haruslah diiringi dengan perbuatan yang boleh membuktikan yang kata-kata tu adalah benar bukannya dusta. :)


best quotes: Don't come to my funeral to show how much u cared about me.
show me how much u care about me NOW
...while i am alive. :)

#ok. hari ini aku jadi suri rumah tangga yang berjaya. why??? sebabnya ibu pergi teman nenek p pasar kat MC tuuu sebab nak buat kenduri arwah pak long esok malam. lepas dah kemas rumah, basuh baju, bg kucing makan dan segala macam. alahai. next duty, i want to fetch my brother from school. tata titi tutu. -..-


Friday, 1 February 2013

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.


Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit? 

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang? 

Maka, sayangilah rahim kita. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga bi bawah tapak si pemilik rahim.

*Gambar di bawah adalah salah satu RISIKO kepada ibu bersalin czer iaitu jangkitn pada tempat pembedahan.


#TakeNote dear Adam dan Hawa. selamat malam. :)

-----> SUMBER
Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome