rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, 31 March 2013

cinta dan benci~~


Bagaimana cara membuatmu bahagia
Nyaris ku menyerah jalani semua
T’lah berbagai kata ku ungkap percuma
Agar kau percaya cintaku berharga
Tak kuat ku menahanmu
Mempertahankan cintaku
Namun kau begitu saja
Tak pernah merindu

Sungguh aku tak bisa
Sampai kapan pun tak bisa membenci dirimu
Sesungguhnya aku tak mampu
Sulit untuk ku bisa
Sangat sulit ku tak bisa
Memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa
Apa kau mengerti ku sedih sendiri
Tanpa ada kamu ku merasa sepi
T’lah lama ku menantimu
Diam sendiri menunggu
Setengah hati mencinta
Ku sakit karenamu ;)


Friday, 29 March 2013

cukup beruntung~~

kita dah cukup beruntung bila kita kenal seseorang yang cuba berubah jadi lebih baik semata-mata utk kita. cukup beruntung. sekurang-kurangnya dia mencuba. dan kita dah cukup beruntung even kita banyak sangat sakiti dia, tapi dia tetap setia dengan kita. jangan pulak bila dia usaha bermati-matian utk dapatkan kita, tapi kita menganggap yang setia dia itu sesuatu benda bodoh. kita sendiri tak pernah tahu kan apa sebenarnya yang dia alami? kadang-kadang bukan dia sengaja cari salah kita, tapi hakikatnya kalau dia tak sedarkan kita, kita tak kan tahu sampai hari ini apa salah kita pada dia. kadang-kadang bukan dia sengaja utk membiarkan benteng ego tu berdiri teguh antara kita dengan dia, tapi cubalah cari salah kita apa sampai dia boleh jadi berubah sampai mcm tu sekali. bandingkan dia yang kita kenali dulu dengan dia yang kita kenali sekarang.

#bahagia itu akan datang kalau kita sendiri tahu salah kita apa dan cuba berubah dengan bukti yang kita betul2 akan berubah. cakap sepatah tak bererti apa-apa. berhati-hatilah pada hati yang dah mati. sekali dia pergi, tak kan ada lagi dia yang dulu. :)

Wednesday, 27 March 2013

doa perpisahan :')



Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku terhadap Ilahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Di atas perpisahan ini

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhai
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga tuhan berkatimu.

#bila dengar lagu nie sebelum ke praktikal, tenang hati. masuk wad pown tanpa fikirkan masalah dan kekusutan yang ada. :')



Tuesday, 26 March 2013

setia atau berpaling hati?

assalamualaikum w.b.t

mana satu pilihan kita? setia atau berpaling hati? bila kau setia orang akan cakap kau bodoh. bila kau tak setia orang akan cakap "baguslah. esok lusa orang buat kau pulak. hukum karma." kenapa mulut manusia tak pernah berhenti dari berkata sesuatu yang tak fikir otak? kalau kau nak orang faham situasi kau, cuba kau faham situasi org dulu.

bak kata syax, "kalau aku dah jadi lelaki itu, bila dah dapat perempuan setia, aku akan setia jugak macam mana perempuan tu setia. dialah bodoh. dapat perempuan punya baik tapi tak tahu nak jaga."

syax pown ada cakap dan pendapat aku sama macam syax. kalau nak tengok orang setia gila2 dengan pasangan dia, tengok sebelum nie. dia player atau tak. tapi kalau nak tengok orang jadi player sekarang nie dengan pasangan dia, tengok sebelum nie dialah orang yang pernah setia dengan pasangan dia dulu. cuma satu je aku nak cakap. bodoh. kau seolah-olah nak REVENGE. tapi yang jadi mangsa, pasangan kau yang setia tu. kesian pada hati yang hampir mati itu kerana kau.

tapi kalau dah situasi yang macam dulu orang tu setia tapi pernah dipermainkan dan sekarang dia setia balik bila dia dah jumpa orang yang betul2 boleh ubah dia jadi MANUSIA, then kesetiaan dia diperbodohkan dengan orang yang dia sayang tu. macam mana pulak? boleh bg pendapat?

one day kalau kau dapat tahu perempuan yang setia bagai nak rak dengan kau tu berpaling hati dari kau, jangan pulak kau tanya kenapa. memang manusia boleh berubah tapi kalau peluang yang diberi tu tak pernah dihargai, memang penat la derrr. penat utk jaga perasaan orang.

#kalau perempuan sudah berhenti cemburu, maknanya dia sudah mula kikis perlahan-lahan perasaan itu. BE CAREFUL. take note guys.

Sunday, 17 March 2013

kisah hari ini bersama mereka :')

assalamualaikum w.b.t

dah lama aku harap aku dapat keluar dengan dorang. dah 3 tahun duduk serumah, tak pernah berjimba seperti ini. alahai. terima kasih kawan2. :D

nak tahu sesuatu? masa karoke tadi, banyak lagu yang aku nak dedicatekan utk dia depan2. bukan post2 macam dulu. tapi itu semua hanya memori. :)

inilah penduet lagu teman pengganti aku.
cik ain. at last. lepas gian.
aku si raper vs malique. :)

kami. terima kasih pada mereka. merekalah penasihat pada hati ini. :')

aku.
senyuman tidak menggambarkan hati.
sepatutnya hari ini hari kita. maaf. bukan sengaja.
tapi hati ini terlalu.... mohon kau mengerti. :')

hari nie aku harap aku masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat ulang tahun kekasih. walaupown aku bukan orang pertama, tapi aku harap akulah orang terakhir dan list teratas yang ada dalam inbox kau. :')

sepatutnya hari ini aku ada kejutan utk dia tp sebab hati yang masih mengingati kata-kata itu sampai hari ini. terima kasih pada mereka yang sudi jadi penasihat cinta yang tidak berbayar. SelamatMalamKekasih. hanya mampu ungkapkan di sini.

#dan kau. aku tak nak jadi perosak rumah tangga oranglah. sebab kau, dia bermasam muka dengan aku. syax dah basuh kau pown, dah cakap dah aku ada siapa dalam life aku. tak faham bahasa lagi? TOLONG MENGERTI. sekian. :)


Sunday, 10 March 2013

kalau kawan~~

kalau kawan dia tak akan panggil kau sayang dengan nada yang berbeza
kalau kawan dia tak akan layan kau seolah-olah kau kekasih dia
kalau kawan dia tak akan sanggup cari kau macam org gila lepas dia dapat tahu kau akan pergi
kalau kawan dia tak akan berani untuk sentuh hati kau lagi dan memberi harapan
kalau kawan dia tak akan sungguh2 explain pada kau lepas kau dapat tahu dia ada "cheat" belakang kau
kalau kau hanya sekadar kawan
kalau semua yang tersenarai dekat atas nie kau buat pada dia yang hanya kawan bagi kau
beri dia penjelasan yang kukuh dan jangan lagi melayan dia seolah-olah kau memberi harapan.
perempuan hati dia lain.
sekali dah terusik sampai bila2 akan tetap ada parut.

#kawan itu indah. tapi kalau kawan yang masing2 simpan rasa cinta itu pahit. nak diluah ibarat ada emas dekat dalam mulut. alahai. kejap lagi dah nak balik kolej. selamat petang. :)


syiro. rest in peace :')

mungkin dia hanya haiwan
tapi dia dah sebati dalam jiwa dan hidup kami
dia tak pernah menyusahkan sesiapa
dia yang paling banyak berjasa
dia yang paling baik antara 3 ekor yang lain
dia faham yang kami hidup sederhana
sebab itu apa yang kami beri
dia terima dan tak mintak2 lagi

dia mungkin tiada galang ganti
mana nak cari yang sama seperti dia
patutlah "makbul" sakit.
sebab dia rasa yang syiro akan pergi.
syiro tinggalkan anak dia atas bumbung rumah aku
mungkin itu boleh membuatkan kami tak akan pernah lupa dia
syiro pergi sama seperti ayah dia
kurus tak bertenaga
dan perangai kau sama seperti ibu kau sayang
cuma kelantangan suara yang berbeza
sampai sekarang ibu kau masih dalam ingatan

syirolah pailang ayer molek
yang tak akan dilupakan sampai bila-bila
rest in peace my lil bro :')

dia kacak dan bergaya kan?
satu kampung satu taman kenal dia.
sebab dia dikejari dgn sikap dia yang menjadi tabiat
i will miss you dear.
SINCHAN. waris dari kau dah tak ada.
semoga kau bertemu dengan zuriat kau nie di sana :')

#salah satu tempat mengadu aku dah tak ada. cuma tinggal 3 ekor je sekarang. dan kau bontong. tak tahu nak cakap apa. terkilan sebab aku hanya nak mengadu pada kau. tapi kau? terima kasih. selamat pagi pada korang. pagi yang tak ceria. :')



Tuesday, 5 March 2013

ceramah oleh dato' dr haji mohd fadzilah kamsah :)


assalamualaikum w.b.t

siapa sangka at last aku berjumpa jugak dengan dr fadzilah. awesome. seronok dengar ceramah dari dia. jom. scroll ke bawah. terdapat ringkasan dari ceramah beliau.


Sebelum dr Fadzilah memulakan ceramah mengenai memperkasa integriti (ikhlas, amanah) di tempat kerja. Beliau menekankan mengenai golongan-golongan yang memberi syafaat kepada kita di padang mahsyar nanti. Antaranya :
i.         Rasul tanpa hisab
ii.       Al-quran
iii.      Ramadhan
iv.     Ibu bapa yang ada anak meninggal sebelum baligh

“Barangsiapa yang bersyukur Aku tambah-tambah nikmat.” – firman ALLAH.
“Hisab dirimu sebelum kamu dihisab oleh ALLAH.” – Umar al-Khattab.
“Barangsiapa yang tidak berterima kasih sesama manusia, dia tidak tahu bersyukur kepada ALLAH.” – Hadis riwayat Tirmidzi.

Antara perbualan Nabi dengan para sahabat :
“Kalau kamu lalu tepi taman syurga, jangan kamu tak singgah.” – Nabi
“Di mana taman syurga itu?” – tanya sahabat
“Di majlis ilmu.”

Dan apa yang dr. Fadzilah pegang sehingga hari ini adalah “APA YANG SAYA DENGAR, SAYA LUPA. APA YANG SAYA LIHAT, SAYA INGAT. APA YANG SAYA LAKUKAN, SAYA FAHAM. SAMPAI BILA-BILA.” – peribahasa cina. faham kan? :)

Setiap kali keluar rumah pasang niat iaitu nak cari ilmu. Maka, satiap langkah itu akan gugur dosa dan martabat dinaikkan. ALLAHUAKBAR ^^

“Barangsiapa kerja sampai waktu petang, kepenatannya akan cuci dosanya.” – sabda Rasulullah SAW.

“Barangsiapa yang ada ilmu tapi tak diamalkan dan disampaikan ibarat orang yang ada harta tapi tak dizakatkan.” Sabda Rasulullah SAW. Maka hukumnya adalah dosa besar.

Ok. Berbalik kepada tajuk asal ceramah. Kenapa perlu transformasi diri agar berkualiti dan jadi warga kerja yang integiriti? Supaya ALLAH sayang kita, makhluk sayang kita dan cemerlang dalam pekerjaan.

“Buatlah apa yang ALLAH suka, walaupown orang benci. Tetapi janganlah buat apa yang orang suka walhal ALLAH murka.”

Cirri-ciri orang bersyukur :
i.         Sentiasa patuh perintah ALLAH
ii.       Sentiasa berterima kasih sesama manusia
-          Semasa ceramah tadi dr ada berpesan hari ini jika kita jauh dari ibu kita. Telefonlah dia. Beritahu ibu kita. Ibu, terima kasih melahirkan. Ucapkan terima kasih sebelum ibu kita pergi lebih jauh untuk meninggalkan kita di dunia ini. Kalau yang dekat pown ucapkan jua sebelum semuanya terlambat. :’)
-          “MAKE YOUR MOTHER CRY FOR THE RIGHT REASON”
iii.      Sentiasa memaafkan orang lain

NILAI memaafkan orang lain :

1.  Hati bersih
2.  Kepala tenang
3. Badan sihat
4. “Wajah itu cermin hati” maka jika hati bersih, wajah pown akan mencerminkan bersih
5. Doa diperkenankan
6. ALLAH dan makhluk sayang
7. Rahmat dan hidayahNYA diturunkan kepada kita
8. Sentiasa doakan untuk orang lain
9. Maka doa itu akan berbalik pada kita :
-          Antara doa yang diaminkan oleh malaikat adalah; doa untuk kawan, orang yang sentiasa di saf pertama ketika solat, doa orang yang sedang sujud serta doa orang yang dalam keadaan bencana
-     ALLAH akan memaafkan dosa kecuali dosa yang memalukan orang dikhalayak ramai.
10. Sentiasa membantu tanpa berkira
11. Lakukan setiap perkara dengan terbaik
12. Elakkan melakukan maksiat
13. Bentuk sifat ehsan
14. Sentiasa tawakal

“Kita boleh memohon apa yang kita mahu tetapi tuhan akan memperkenan apa yang kita perlu, baik dan kita layak dapat.”

Dan pada mereka yang betul-betul ingin berubah, jangan takut mengalami perubahan. “Jika kita berubah luaran dan dalaman, tuhan akan ubah semua orang dan semua makhluk di sekitar kita.” Maksudnya dekat sini, kalau kita betul-betul berubah luar dan dalam, ALLAH akan ubah cara pemikiran mereka terhadap perbubahan kita. Kadangkala manusia sering memperlekehkan apa yang kita lakukan. Dan tabiat baru akan terbentuk dalam masa 40 hari.

ceramah dari beliau juga ada menekankan “JANGAN BUANG  AIR KECIL KETIKA BERDIRI BAGI ORANG PEREMPUAN”. Akan terkena jangkitan pada saluran air kencing kerana tidak mengikut sunah.”
ini adalah AMALAN UNTUK KAUM ADAM DAN HAWA. KALAU KITA TAK AMALKAN, ADA SIKSAAN KHAS DI KUBUR NANTI. “ketika buang air kecil bagi perempuan haruslah mengurut dari pusat sehingga ke bawah sebanyak 3 kali. Bagi lelaki pula haruslah berdehem sebanyak 3 kali.”

Tolong renungkan ayat ini. “Dalam diri haiwan tak ada manusia, tetapi dalam diri manusia terdapat banyak haiwan.”

Kenapa sukar untuk membentuk integriti?
i.         Tak nampak keperluan untuk kerjasama
ii.       Akal jahil
iii.      Hati keras
-          Tidak cium bau syurga pada mereka yang hatinya ada seberat habuk (takabur, riak)
-          Perkataan yang paling syaitan benci adalah ASTAGHFIRULLAHALAZIM. Maka sebutlah sebanyak mana pown biar hati kita lembut.
iv.     Sekitar yang kondusif
v.       Iman lemah
vi.     Getaran sumbang yang bermaksud bisikan syaitan
vii.    Kurang disiplin
viii.  Hidup tak seimbang
ix.     Tak kenal diri yang sebenar
-          “Kenali dirimu, kamu akan kenali TuhanMu.” – sabda Rasulullah SAW

Mengenali diri sebenar
Kata dr. Fadzilah, ikutlah perangai bayi. Itulah sebenarnya perangai kita. Contoh: kebudak-budakan.
i.         Nama pengaruh peribadi
-          Nama adalah doa harian
-          Nama bertindak sebagai ubat
ii.       Tarikh lahir cerminkan peribadi
iii.      Perawakan fizikal mencerminkan peribadi
iv.     Warna kegemaran mewarnai peribadi
v.       Aras amalan ibadah membentuk peribadi
vi.     Keberkatan rezeki
vii.    Aura (karisma kendiri)
viii.  Emosi ibu semasa hamil

Menghayati nilai integriti
i.         Jujur/ikhlas
ii.       Berdisiplin
iii.      Patuh undang-undang
iv.     Amalan terbaik
v.       Telus dan terbuka
vi.     Cakap = bikin
-          Amat besar dosanya apabila dia cakap tapi tak buat
vii.    Professional
viii.  Pegang amanah
ix.     Awal dan tepati masa
-          MENCURI WAKTU KERJA UNTUK SOLAT BERDOSA BESAR. Jadi seimbangkan J
x.       Tindakan disokong oleh fakta
xi.     Mesra alam
xii.    Pusat kawalan ialah dalaman
xiii.  Integriti adalah perjalanan bukan destinasi
xiv.  TANPA INTEGRITI, SEMUA NILAI LAIN TAK ADA MAKNA

“Orang yang menjaga kehormatan dan mendapat redha suami masuk syurga.” – gabungan dua hadis

Macam mana nak bentuk 1 hati?
i.         Doakan orang lain
ii.       Maafkan orang lain
iii.      Membantu orang lain
iv.     Ceriakan orang lain

SENYUM (banyakkan senyum)
i.         Lelaki – 8x sehari
ii.       Wanita – 63x sehari
iii.      Baby – 400x sehari
“Nabi hanya bermasam muka 4x sahaja seumur hidup.”

“Orang yang dimuliakan adalah yang sibuk cari salah sendiri dan cuba perbetulkan sampai tak ada masa untuk cari salah orang lain.”

JIKA kita inginkan lakukan perubahan tapi susah sangat nak lakukan. Ingat ayat ini dan amalkan.
“INALILLAHIWAINALILLAHIRAJIUN (aku redha ya ALLAH).”

#dah scroll sampai habis? sentap? bahagian yang paling hana sentap adalah tentang berterima kasih pada ibu. tadi baru je hana berterima kasih dekat ibu sebab melahirkan sampai hana dah besar jadi budak yang nakal. dan mengenai memaafkan orang lain sebelum tidur tu. mungkin hana tak pernah buat sebelum nie. tapi hana nak cuba buat. insyALLAH. hana nak cuba berubah. untuk masa depan tapi takut. bila dr fadzilah dah kata "Jika kita berubah luaran dan dalaman, tuhan akan ubah semua orang dan semua makhluk di sekitar kita." so pada korang yang takut untuk berhijrah tu, just move. ignore je apa yang orang cakap. insyALLAH. so muhasabah diri guys. selamat beramal :')



Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome