rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, 5 March 2013

ceramah oleh dato' dr haji mohd fadzilah kamsah :)


assalamualaikum w.b.t

siapa sangka at last aku berjumpa jugak dengan dr fadzilah. awesome. seronok dengar ceramah dari dia. jom. scroll ke bawah. terdapat ringkasan dari ceramah beliau.


Sebelum dr Fadzilah memulakan ceramah mengenai memperkasa integriti (ikhlas, amanah) di tempat kerja. Beliau menekankan mengenai golongan-golongan yang memberi syafaat kepada kita di padang mahsyar nanti. Antaranya :
i.         Rasul tanpa hisab
ii.       Al-quran
iii.      Ramadhan
iv.     Ibu bapa yang ada anak meninggal sebelum baligh

“Barangsiapa yang bersyukur Aku tambah-tambah nikmat.” – firman ALLAH.
“Hisab dirimu sebelum kamu dihisab oleh ALLAH.” – Umar al-Khattab.
“Barangsiapa yang tidak berterima kasih sesama manusia, dia tidak tahu bersyukur kepada ALLAH.” – Hadis riwayat Tirmidzi.

Antara perbualan Nabi dengan para sahabat :
“Kalau kamu lalu tepi taman syurga, jangan kamu tak singgah.” – Nabi
“Di mana taman syurga itu?” – tanya sahabat
“Di majlis ilmu.”

Dan apa yang dr. Fadzilah pegang sehingga hari ini adalah “APA YANG SAYA DENGAR, SAYA LUPA. APA YANG SAYA LIHAT, SAYA INGAT. APA YANG SAYA LAKUKAN, SAYA FAHAM. SAMPAI BILA-BILA.” – peribahasa cina. faham kan? :)

Setiap kali keluar rumah pasang niat iaitu nak cari ilmu. Maka, satiap langkah itu akan gugur dosa dan martabat dinaikkan. ALLAHUAKBAR ^^

“Barangsiapa kerja sampai waktu petang, kepenatannya akan cuci dosanya.” – sabda Rasulullah SAW.

“Barangsiapa yang ada ilmu tapi tak diamalkan dan disampaikan ibarat orang yang ada harta tapi tak dizakatkan.” Sabda Rasulullah SAW. Maka hukumnya adalah dosa besar.

Ok. Berbalik kepada tajuk asal ceramah. Kenapa perlu transformasi diri agar berkualiti dan jadi warga kerja yang integiriti? Supaya ALLAH sayang kita, makhluk sayang kita dan cemerlang dalam pekerjaan.

“Buatlah apa yang ALLAH suka, walaupown orang benci. Tetapi janganlah buat apa yang orang suka walhal ALLAH murka.”

Cirri-ciri orang bersyukur :
i.         Sentiasa patuh perintah ALLAH
ii.       Sentiasa berterima kasih sesama manusia
-          Semasa ceramah tadi dr ada berpesan hari ini jika kita jauh dari ibu kita. Telefonlah dia. Beritahu ibu kita. Ibu, terima kasih melahirkan. Ucapkan terima kasih sebelum ibu kita pergi lebih jauh untuk meninggalkan kita di dunia ini. Kalau yang dekat pown ucapkan jua sebelum semuanya terlambat. :’)
-          “MAKE YOUR MOTHER CRY FOR THE RIGHT REASON”
iii.      Sentiasa memaafkan orang lain

NILAI memaafkan orang lain :

1.  Hati bersih
2.  Kepala tenang
3. Badan sihat
4. “Wajah itu cermin hati” maka jika hati bersih, wajah pown akan mencerminkan bersih
5. Doa diperkenankan
6. ALLAH dan makhluk sayang
7. Rahmat dan hidayahNYA diturunkan kepada kita
8. Sentiasa doakan untuk orang lain
9. Maka doa itu akan berbalik pada kita :
-          Antara doa yang diaminkan oleh malaikat adalah; doa untuk kawan, orang yang sentiasa di saf pertama ketika solat, doa orang yang sedang sujud serta doa orang yang dalam keadaan bencana
-     ALLAH akan memaafkan dosa kecuali dosa yang memalukan orang dikhalayak ramai.
10. Sentiasa membantu tanpa berkira
11. Lakukan setiap perkara dengan terbaik
12. Elakkan melakukan maksiat
13. Bentuk sifat ehsan
14. Sentiasa tawakal

“Kita boleh memohon apa yang kita mahu tetapi tuhan akan memperkenan apa yang kita perlu, baik dan kita layak dapat.”

Dan pada mereka yang betul-betul ingin berubah, jangan takut mengalami perubahan. “Jika kita berubah luaran dan dalaman, tuhan akan ubah semua orang dan semua makhluk di sekitar kita.” Maksudnya dekat sini, kalau kita betul-betul berubah luar dan dalam, ALLAH akan ubah cara pemikiran mereka terhadap perbubahan kita. Kadangkala manusia sering memperlekehkan apa yang kita lakukan. Dan tabiat baru akan terbentuk dalam masa 40 hari.

ceramah dari beliau juga ada menekankan “JANGAN BUANG  AIR KECIL KETIKA BERDIRI BAGI ORANG PEREMPUAN”. Akan terkena jangkitan pada saluran air kencing kerana tidak mengikut sunah.”
ini adalah AMALAN UNTUK KAUM ADAM DAN HAWA. KALAU KITA TAK AMALKAN, ADA SIKSAAN KHAS DI KUBUR NANTI. “ketika buang air kecil bagi perempuan haruslah mengurut dari pusat sehingga ke bawah sebanyak 3 kali. Bagi lelaki pula haruslah berdehem sebanyak 3 kali.”

Tolong renungkan ayat ini. “Dalam diri haiwan tak ada manusia, tetapi dalam diri manusia terdapat banyak haiwan.”

Kenapa sukar untuk membentuk integriti?
i.         Tak nampak keperluan untuk kerjasama
ii.       Akal jahil
iii.      Hati keras
-          Tidak cium bau syurga pada mereka yang hatinya ada seberat habuk (takabur, riak)
-          Perkataan yang paling syaitan benci adalah ASTAGHFIRULLAHALAZIM. Maka sebutlah sebanyak mana pown biar hati kita lembut.
iv.     Sekitar yang kondusif
v.       Iman lemah
vi.     Getaran sumbang yang bermaksud bisikan syaitan
vii.    Kurang disiplin
viii.  Hidup tak seimbang
ix.     Tak kenal diri yang sebenar
-          “Kenali dirimu, kamu akan kenali TuhanMu.” – sabda Rasulullah SAW

Mengenali diri sebenar
Kata dr. Fadzilah, ikutlah perangai bayi. Itulah sebenarnya perangai kita. Contoh: kebudak-budakan.
i.         Nama pengaruh peribadi
-          Nama adalah doa harian
-          Nama bertindak sebagai ubat
ii.       Tarikh lahir cerminkan peribadi
iii.      Perawakan fizikal mencerminkan peribadi
iv.     Warna kegemaran mewarnai peribadi
v.       Aras amalan ibadah membentuk peribadi
vi.     Keberkatan rezeki
vii.    Aura (karisma kendiri)
viii.  Emosi ibu semasa hamil

Menghayati nilai integriti
i.         Jujur/ikhlas
ii.       Berdisiplin
iii.      Patuh undang-undang
iv.     Amalan terbaik
v.       Telus dan terbuka
vi.     Cakap = bikin
-          Amat besar dosanya apabila dia cakap tapi tak buat
vii.    Professional
viii.  Pegang amanah
ix.     Awal dan tepati masa
-          MENCURI WAKTU KERJA UNTUK SOLAT BERDOSA BESAR. Jadi seimbangkan J
x.       Tindakan disokong oleh fakta
xi.     Mesra alam
xii.    Pusat kawalan ialah dalaman
xiii.  Integriti adalah perjalanan bukan destinasi
xiv.  TANPA INTEGRITI, SEMUA NILAI LAIN TAK ADA MAKNA

“Orang yang menjaga kehormatan dan mendapat redha suami masuk syurga.” – gabungan dua hadis

Macam mana nak bentuk 1 hati?
i.         Doakan orang lain
ii.       Maafkan orang lain
iii.      Membantu orang lain
iv.     Ceriakan orang lain

SENYUM (banyakkan senyum)
i.         Lelaki – 8x sehari
ii.       Wanita – 63x sehari
iii.      Baby – 400x sehari
“Nabi hanya bermasam muka 4x sahaja seumur hidup.”

“Orang yang dimuliakan adalah yang sibuk cari salah sendiri dan cuba perbetulkan sampai tak ada masa untuk cari salah orang lain.”

JIKA kita inginkan lakukan perubahan tapi susah sangat nak lakukan. Ingat ayat ini dan amalkan.
“INALILLAHIWAINALILLAHIRAJIUN (aku redha ya ALLAH).”

#dah scroll sampai habis? sentap? bahagian yang paling hana sentap adalah tentang berterima kasih pada ibu. tadi baru je hana berterima kasih dekat ibu sebab melahirkan sampai hana dah besar jadi budak yang nakal. dan mengenai memaafkan orang lain sebelum tidur tu. mungkin hana tak pernah buat sebelum nie. tapi hana nak cuba buat. insyALLAH. hana nak cuba berubah. untuk masa depan tapi takut. bila dr fadzilah dah kata "Jika kita berubah luaran dan dalaman, tuhan akan ubah semua orang dan semua makhluk di sekitar kita." so pada korang yang takut untuk berhijrah tu, just move. ignore je apa yang orang cakap. insyALLAH. so muhasabah diri guys. selamat beramal :')



No comments:

Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome