rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, 29 June 2013

nota tangan untuk kaum hawa :')

Assalamualaikum w.b.t

JANGAN terkejut. Kerana ramai anak-anak muda yang pernah tergelincir melakukan kesilapan kerana desakan nafsu yang seketika.

Cantik-cantik lagi, tak kira yang bekerja mahupun di universiti, ada titik hitam yang dirinya sendiri tahu, berdosa 'ringan-ringan' yang pernah dilakukan, malah ada sehingga tahap berat

Jika kata-kata ini terkena dengan anda, percayalah Allah takdirkan anda membaca tulisan ini untuk menyedarkan diri. Saya pun tak tahu kenapa saya tergerak untuk menulis, tetapi rasa terpanggil untuk mengatakan setiap dari kita ada kisah silam yang hitam, dan sekarang masanya kita putihkan!

Mulakan langkah pertama di bulan menuju Ramadhan yang mulia, kita benci kepada maksiat, berazam tinggalkan perkara yang menggerakkan kita ke arah itu, dan JANGAN BERHENTI MENANGIS MEMOHON TAUBAT DALAM DOA.

Semoga masa depan kita terpelihara kerana taubat kita hari ini. - penulisan dari PAKAR DIARI HATI (Aidil Sahipaludin).

#nota tangan ini untuk peringatan kita semua. semoga ianya berjaya menjentik hati kita wahai hawa. in sya ALLAH :')

memang hanya nampak diluaran !

chat dengan dengar suara tak sama. fakta kan? perempuan sanggup save kredit dia semata2 sebab tak nak berjauhan dengan pasangan dia even dia boleh contact kat fb, dia boleh web came. dengar suara jugak yang mampu mengubat rasa rindu yang ada.

walaupun walaupun walaupun akhir penilaiannya akan dikata macam2. kedekut, berkira. lagi? apa lagi?
dan perempuan mana suka dikata mcm tu hoii. haa nak tengok perempuan mengamuk. cakaplah macam tu. jangan pulak masa tu nak salahkan perempuan. -_-

kenapalah aku dilahirkan dengan hati selembut kapas. nampak je gangster. tapi bila orang yang disayang tu cakap macam2, cepat sangat tersentuh. macam ibu kita. ibu cakap sikit je cepat sangat touching. cuma aku tak tunjuk je.

ouchh ! nak2 apa yang baru jadi nie la. nak menangis menangis menangis ! tp orang susah nak percaya. sebab aku nie kasar. maybe :(

only if you know a way to change me, i will show you who i'am before you know me. pandai pikir sendiri lah!

#apa pun yang dinilai dan dihukum. memang hanya nampak diluaran tapi dalaman sakit woo. lagi satu pesanan dr cik hana. jangan mengungkit sebab itu sahaja racun yang boleh buat kita jatuh tak bangun2. ASSALAMUALAIKUM :')

Wednesday, 26 June 2013

world war Z :)

assalamualaikum w.b.t

today is the best day walaupun tak ramai yang dapat attend reunion DK2/2010. world war Z. cerita dia best walaupun agak sedikit bosan. tapi terkejut banyak maa sama itu zombi. rawrrr.

berjimba itu memang sudah menjadi hobi apatah lagi semua kaki enterframe. kui kui kui. :D

hey ladies jangan mau dibilang lemah.
gadis2 ini bakal bergelar STAFF NURSE. in sya ALLAH :)

dia nie kawan gila2 gua. kalau nak berjimba cari dia.
confirm dia boleh teman. haha :D

sambil tunggu budak2 laki lain sampai.
sambil tunggu waktu nak masuk panggung.
kami memang suka berposing. sekian. :)

walaupun tak ramai yang berjimba. tapi cukup memeriahkan suasana.
sampai dalam wayang pun ktorang yang conquer.
tapi kalau lebih ramai lebih seronok. alahai.
maklumlah. ramai yang jauh2 ramai yang tak ada transport.
aku pun tumpang orang. haha ;)

I am for u. HIM.
gaduh2 baik. itu yang aku suka dengan dia nie.
cara dia. entahlah. susah nak dirungkaikan. haha <3

dan aku. milik ibu ayah. masih dalam dilema nak cari kerja apa.
dan aku jugak berharap aku masih lagi bernafas utk hari esok dan esok :')

#wahai pinggang. tolong jangan mengada-ngada sangat. pinggang aku nie je la satu2 yang aku ada. selamat malam. semoga esok masih ada. :)

cinta setengah mati :)


setiap hari ku bayangkan
setengah mati ku korbankan
apa pun akan ku lakukan
demi kamu (demi kamu)


setiap hari ku harapkan
setengah mati ku korbankan
apa pun akan ku berikan
demi kamu demi kamu


sya la la la lai la la la la lai
seribu kali ku mati ku rela tuk dirimu
sya la la la lai la la la la lai
sekali pun ku takut kan kehilanganmu


setiap hari ku bayangkan
setengah mati ku korbankan
apa pun akan ku lakukan
demi kamu demi kamu

#kalau la dapat karok lagu nie. dan aku tunggu saat dibunuh sebentar lagi. siapkan parang, pisau, kapak, senapang dan sebagainya. sekian. ASSALAMUALAIKUM :')

Tuesday, 25 June 2013

menanam uri anak. PENTING !!

assalamualaikum w.b.t

SEMUA LELAKI MESTI TAHU ILMU INI!!!! JANGAN TAHU DAPATKAN ANAK JE 

Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.

MENANAM URI ANAK

Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.

Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.

Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.

Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar. 

Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

***mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti 

Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

#Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat. :)

Perbezaan Hukum Hudud dan Hukum Sivil


[Image: image001.jpg]

SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah

===============================================
===============================================

[Image: image005.jpg]

[Image: sebatsivil1.jpeg]


SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

#kalau ada yang masih kata hukum ISLAM itu kejam, memang patut kena sebat je orang tu. ianya seolah-olah menafikan hukum ALLAH. baik mngucap bila dah terlanjur berkata hukum hudud itu kejam. ASSALAMUALAIKUM :)

sanggup :')

sanggup aku pergi lawat ayah dia dekat wad hari tu berkali2 semata2 sebab entah bila lagi dapat jumpa walaupun ayah dia tak kenal siapa aku. sanggup aku suruh ibu ayah amik aku dekat kuim lambat sikit hari tu masa aku dah last semata2 sebab aku harap dia nak jumpa aku walaupun sekejap. sanggup aku tahan mata malam nie sampai ke pagi semata2 sebab nak tengok dia online lagi ke tak. semuanya bersebab. lepas nie aku harap semua nie tak akan jadi sebab untuk aku tahan rasa sakit merindu nie lagi. semua akan berakhir bila perempuan dah berhenti berharap. ASSALAMUALAIKUM :')

#tomorrow. kuantan. here i come. dan mengingatkan diri sendiri jugak. bukan semua benda boleh dibeli dengan kata2 maaf. TakeNote. :)

Monday, 24 June 2013

ALHAMDULILLAH. akhirnya. :')

assalamualaikum w.b.t

at last aku dah jadi penduduk ayer molek semula. setelah penat berhumpas pulas dekat kuim tu. tapi ada sesuatu yang tengah sarat di fikiran. hati aku pown memang tak berapa nak sedap dari hari tu lagi.

ujian datang bertimpa2. siapa sangka usaha aku membuahkan hasil selepas 3 tahun. ALLAH, terima kasih. kpd ibu, ayah, abg, adik2, semua big family aku, kawan2 aku, my beloved CI and lecturer dan khairul faizi. terima kasih kerana mendoakan. atas berkat doa mereka. :)

pada atuk. asha tahu atuk gembira dengan kejayaan ini. ALHAMDULILLAH. asha tak hampakan imipan atuk. pada arai, aku lulus bro. aku tahu kau mendoakan aku dari sana. terima kasih, :')

saat2 happy aku, aku masih berharap yang dia ada untuk berkongsi kegembiraan ini. i miss him every single time. tapi sebab hati aku nie dah tak mampu nak tahan rasa sakit hati. kenapa? tanya diri sendiri kenapa.

#3 hari. dah 3 hari pinggang aku masih lagi sakit. aku tak tahu sama ada kesan dari cerek air yang besar jatuh kat belakang aku hari tu atau aku terlampau buat kerja berat masa dalam wad last week. duduk bersandar tak sakit. tp bila tak bersandar tak sampai 5 saat dah sakit. member aku suruh pergi x-ray. tapi rasa macam tak la teruk sangat. nak pergi berurut takut sakit. alahai. doakan pinggang hana tak ada pape ea. ASSALAMUALAIKUM :)

Sunday, 16 June 2013

farewell dk 2 2010 :')

assalamualaikum w.b.t

siapa sangka aku akhirnya berjaya sampai kemuncak. dan siapa sangka group kami yang nakal nie diraikan walaupun tidak la semeriah sem2 lepas sebab semuanya berpraktikal. terima kasih pada exco2 PSK sanggup arrange kan semuanya utk kami.

13 Jun 2013. persembahan dari kami. kau sahabat kau teman. berlinang air mata. aku terlalu rindukan dia. dia yang jauh telah pergi tinggalkan kami. arai. sungguh. kau tak ada galang ganti.

telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
kau sahabatku kau teman sejati

tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
memori indah kita bersama terus bersemadi
kau sahabatku kau teman sejati

sudah ditakdirkan kau pergi dulu
di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
ku pasrah diatas kehendak yang Esa

ya ALLAH, tempatkannya di tempat yang mulia
tempat yang kau janjikan nikmat utk hambaMU
sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
walau ku tahu kau tiada di sisi

perjuangan kita masih jauh beribu batu
selagi roh masih dijasad hidup diteruskan
sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
bagai semalam kau bersama kami

moga amanlah dan bahagia dikau disana
setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
moga di sana kau bersama para solehin
kau sahabatku kau teman sejati


#14 Jun 2013 aku jumpa dia. lepas rindu aku. lepas nie aku dah jauh. kena tunggu aku ada transport sendiri baru dapat jumpa dia lagi. sebenarnya banyak yang aku nak ceritakan pada dia. sebab aku kejar2 masa. terlalu banyak cerita duka sepanjang kau tak ada. apa2 pun. ingat tau pesan aku. btw, i will miss u dear fren. :’)

Wednesday, 12 June 2013

konflik. -_-

assalamualaikum w.b.t

salam maghrib guys. gua baru lepas berperang. war for future. sekarang hanya tinggal doa dan tawakal. seterusnya aku berserah pada yang ILLAHI.

KONFLIK. kenapa aku dilahirkan dan ditakdirkan menjadi seorang perempuan? ALLAH hidupkan benih2 dalam rahim ibu. wujudnya aku utk menjadi yang terbaik sbg anak ibu ayah. DIA tahu apa perancangan terbaik utk aku.

kalau tak tahu apa yang aku sedang buat, jangan cuba nilai dan pertikaikan. aku dah penat menjaga hati sampai hati sendiri terusik tiada siapa pown yang amik peduli. kiri kanan kawan tapi ada yang lebih memerlukan. semoga aku tidak tersilap langkah dalam membuat keputusan. :')

#bila aku dah keluar dari sini, aku akan bebas dari belengu nie. saat itu yang aku tunggu. walaupun pasti aku akan rindukan dia pada si kekasih hati. selamat malam dan selamat menempuh hari esok. ASSALAMUALAIKUM :)

Monday, 10 June 2013

saat saat terakhir. :')

assalamalaikum w.b.t

perancangan masa depan tu memang perlu. tapi kadang kadang benda yang paling kita takut apa yang kita rancang tu tak ada dalam masa depan kita. 12 JUN 2013. tarikh keramat seperti sedang berperang di jalan ALLAH. ya. demi masa depan. Lembaga Jururawat Malaysia. please be nice to me. :")

profesion of nurse. bukan senang nak jadi nurse. mampu ke aku. alahai. 

lepas nie. aku dah tak ada dekat sini. kenapa ea. malam nie. aku rasa lain. padahal tak lama lagi aku dah bebas dari kolej. pergh nak menangis pown ya jugak nie.

dia. memang la senang dia cakap. "tak apalah. nanti orang datanglah rumah." berani ke nak jumpa ibu ayah dari masjid tanah tu ke ayer molek? jauh kot. semata-mata sebab nak jumpa. aku yang takut derr.

aku nak jumpa saat2 terakhir. macam nak pergi mati pulak aku nie kan. itu yang aku fikir. siapa tahu apa yang ALLAH sedang rancangkan utk kita. ALLAH, tolong jaga hati kami dari berpaling. :')

#sumpah aku takut. aku takut hampakan ibu ayah. aku takut. aku tak mampu tunaikan harapan atuk. aku takut. pada mereka yang aku pernah buat salah, maaf atas semua. halalkanlah apa yang tak sengaja tu. semoga aku peroleh ketenangan ketika dalam dewan peperiksaan tu nanti. selamat malam. :)

Sunday, 2 June 2013

dear blog. :')

assalamualaikum w.b.t 

dear blog, sorry for all. terlalu lama aku abaikan kau. terlalu lama aku tak luangkan masa bersama kau atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, aku sibuk dalam persiapan LJM. i miss u every single time my dear blog. 

dear blog, sementara ada masa. aku nak pinjam kejap utk aku luahkan apa yang aku lalui selama kau tiada di sisi sayang. :')

ayuh kembali ke sekolah ayuh. ^^
sukaneka utk nurses day. berpakaian sekolah. sekian. -..-

HAPPY NURSES DAY.
pertukaran hadiah sesama classmate.
cantik kan? warna fav aku pulak tu.
daripada hazwani ali. terima kasih sayang.
walaupun tanpa rancang. kenangan. :')

#dan pada kau. siapa cakap aku tak kisah pasal kau? setiap saat aku rindu kau. kalaulah boleh, malam nie aku nak call. tp entahlah. alahai. blog, hanya kau yang faham aku. :(

#LJM. here i come. aku takut. tolonglah ada dekat sini beri semangat pada aku. atuk, rindu. doakan asha dari jauh ea. asha mintak maaf kalau asha tak dapat nak tunaikan harapan atuk. arai, rindu kau. doakan aku jugak ea bro. 

leganya hati. semoga esok masih ada. masih ada. dan masih ada. ALLAH bantu hamba. ibu, ayah, abg, adik2. restu perjalanan asha dan jugak LJM. semoga tiada yang gagal bila tiba saat itu. ASSALAMUALAIKUM. :')

Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome