rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, 31 July 2013

akustika ramadhan :)

assalamualaikum w.b.t

ada pertanyaan dari audience. apa hukumnya seorang isteri berpuasa tanpa pengetahuan suaminya? jawapan ustaz. haram hukumnya apabila seorang isteri berpuasa sunat sedangkan suami ada bersama2 dan tanpa pengetahuan suami kerana "hak" suami itu lebih diwajibkan. TETAPI dibolehkan berpuasa ketika suami berada di luar negeri. 

dengar lagu sumayyah from hijjaz. cari kisah detail mengenai sumayyah dekat en. google. beliau wanita pertama yang mati syahid dan keluarga yasir adalah golongan pertama yang memeluk ISLAM. cerita yang sungguh menyayat hati. kematian sumayyah dengan nama ALLAH dimulutnya demi mempertahankan agamanya dan melihat kematian suaminya dihadapan mata kerana diseksa oleh abu jahal. kalau nak tahu cerita lebih lanjut klik SINI. :')

lagu nie lagu kegemaran aku start lagu nie dimainkan di radio.
kalau zaman jahiliyah seperti zaman dahulu ada pada zaman sekarang.
adakah kita semua akan jadi seperti sumayyah? :')

#dan pada kau. apa motif follow aku dekat fb. apa motif like2 gambar2 yang aku post. can we share? -_-. selamat malam semua. ASSALAMUALAIKUM. :)

Tuesday, 30 July 2013

kucing kesayangan aku der !

assalamualaikum w.b.t

hallo people. haha mood aku hari ini kurang baik tapi saja nak hepikan diri sendiri. kalau tak siapa yang akan hepikan kita. ea dok??

ok. aku tak tahu kenapa aku sayang gila2 dekat kucing2 yang ada lah dalam dunia nie nak2 yang ada dekat rumah aku nie. one of the reason why aku suka kucing. sebab itu haiwan kesayangan RASUL kita. lagi satu kucing la haiwan paling comel sekali. :')

yang nie senior dalam rumah nie. nama dia pe'ah. dan digelar mak tiri
sebab dia selalu dengki si utih a.k.a snow white. tp dia memang suka jugak
mendengki kat adik2 dia yang lain. tp yang lain jantan.
utih sekor je betina. tu dengki lebih. haha.
cpe tu utih? scroll je kebawah. cte belum habis lagi. :D

yang nie makbul pulak. senior bawah pe'ah.
adakah dia bakal menggantikan jejaka malaya ayer molek
a.k.a syiro? siapa tu? sat ag aku cerita pasal dia.
die nie memang manja. asal mintak makan meleseh leseh dekat orang.
dan nie jugak pernah 'kitai' dak utih tapi utih kecik lagi.
belum nak jadi 'dara' lagi la. adehh abul abul. -_-

haa lepas abul datang uning pulak menyinari rumah nie.
aku rasa uning nie la yang paling tak pernah menyusahkan.
tp bab makan? dia no satu. tengok je la badan dia. mak aihhh.
dan dia nie kencing berak dalam jamban. ;)

kau tngok. pantang nampak bakul pantang nampak kotak.
si utih pown sama. alahai. tp uning dengan abul nie
digelar 'homoseks' oleh aku dengan adik pmpn aku. haha
asal erk? sebab si uning nie main2 dengan abul boleh pulak dia buat adegan lucah.
si abul pown dah macam betina tergedik2 lepas kena kitai. tp ibu aku cakap.
uning nie baru nak belajar. heheh :D

the little cat. nie la dia snow white yang pe'ah selalu dengki tu.
suci kan muka dia?? dia nie memang manja dengan aku.
dengan semua orang pown dia manja tapi kalau nak mintak makan.
time aku tengah main lappy dia meleset leset, duduk atas pangku,
tundukkan muka then pandang aku. tunduk muka pandang aku. hahaha siyes comel.
yang nie pown sama. kencing berak dalam jamban. mungkin.
sebab bila dia berak atau kencing dekat luar nyawa pasti terancam
oleh mak tiri. hahaha ^^

yang nie? arwah baik orangnya. nie la kucing yang paling lama. 7 thn.
syiro a.k.a jejaka idaman ayer molek.
adakah makbul akan menggantikannya? ya.
kucing jantan nie nak buktikan dia tak mandul dia akan pancut
bersepah sepah bila dia dah meningkat dewasa. -_-
tp dah tak ada dah. pergi meninggalkan yang masih hidup. :')

#jiran aku nak bagi sekor anak kucing parsi. ibu aku tak nak. aku tanya asal? jawapan ibu. kalau nak betul2 bela biar yang jalanan tu kita amik. tu baru betul2 bela. mulia hati ibu. memang betul pown. semua kucing dekat atas kucing amik dari jalanan nie. bela dari kecik. cuma syiro je amik dari baka sinchan. siapa pulak nie? haa nie satu2 nya kucing parsi aku. tapi dah buang lama dah sebab dia asyik mengandung je. dulu tak tahu cara macam mana nak mandulkan dia. memang dosa sebab dah langgar fitrah sekor haiwan. tapi janji ada baka dari dia tu dah ok. kalau nak anak dari dia tak payah bg ubat. senang. so tak salah rasanya. banyak sebenarnya kucing2 aku nie. cuma malas nak show gambar. haha ok guys. selamat berbuka. hana nak p susun kuih raya. bukan untuk juadah tetamu ok. awal lg kot. haa tp utk yang meng'order' la.

*dan lelaki kalau dah buaya buaya jugak. dah ada relay dekat fb masih nak menggatal. memang semua lelaki macam tu ke? nasib baik ler aku bukan jenis melayan. ehh sori. aku tak suka dicop sbg perampas or perosak hubungan orang. so suka hati nak cakap aku sombong kejadah bagai. ok? nak2 yang aku tak kenal nie. main sort je kat fb. ADA KOT yang macam tu. dan pada kau. kau saja nak bg aku sakit hati semalam kan? kenapa erk? padahal kau tak fren pown dengan dia kat fb. tp memang aku tahu niat kau. kan aku cakap. depan2 aku nampak. belakang2? suka hati kau. yang penting aku dah rasa 'kosong'. ASSALAMUALAIKUM. -____-

Monday, 29 July 2013

siput sedut !

assalamualaikum w.b.t

siput sedut. kompem ada yang ingat aku sedang memarah marah. ehh bukan. nie ha. aku nak update entry pasal siput sedut nie sebab semalam makan siput sedut. teringat kat nenek aku kat kampung. abg aku punya pasal la tetiba cakap pasal nenek aku. nenek aku seorang yang expert ! scroll ke bawah lagi.


*curi dekat en.google. :D

aku sebenarnya nak cari la manusia2 kat luar sana yang sama macam nenek aku nie. expert tu. siput sedut kan ada benda kecik yang bulat tu? aku tak tahu nama dia apa. search kat en. google tak jumpa. alaa yang ada masa kita sedut isi dia tu. benda tu tak boleh makan. boleh bayangkan??

ok. apa kena mengena nenek aku dengan "benda" tu. aku atau sesiapa pun la family aku ke kan. bila sedut isi siput sedut, benda bulat tu ktorang tarik satu2 then letak kat tepi pinggan. tapi nenek aku nie. perghh. dia simpan bebanyak dalam mulut dia tu then baru keluarkan. nie bukan benda yang mengotorkan atau disguisting ke kan. tp unik kot. aku pun tak tahu macam mana dia buat. hebat. hahah kalau aku ler simpan dalam mulut dah tertelan mati tercekik gamaknya. ok done. tu je nak cerita ke"power"an nenek aku nie. heheh have a nice day. :)

#16 days left. menghitung hari. adakah dia juga mengingatinya atau orang lain yang sedang terawang2 di ingatannya. aku rasa malam nie aku rasa puas. why? she's unblock me. then? apa yang aku buat? biar aku sorang je tahu. aku pulak block dia. sebab? aku tak nak dia sibuk2 amik tahu perkembangan relay aku macam mana. budak rupanya. ingat dah besar manalah. patut senang kena play. hye2 bye2. ;)

Sunday, 28 July 2013

sukarnya penghijrahan. :')

assalamualaikum w.b.t

ya selalunya begitu. bila ada yang berniat mahu berhijrah jadi lebih baik. ALLAH akan beri kita ujian yang pelbagai. sebab DIA nak tengok keikhlasan hati kita, kekuatan hati kita dari pelbagai segi.

pada mereka yang hanya tahu mengherdik. biarkan. biarkan. mereka tak akan tahu hakikat sebenar. mereka tak akan tahu tujuan sebenar kita. bangkitlah sayang. kalau bukan sekarang. bila?


Yaa Robbiy sudilah pandang kami
Terangi jalan gelap ini
Jangan biarkan aku terus sendiri
Mencari mendaki dan berduri

Yaa Robbiy dengarlah doaku ya Robbiy
Hadirlah dalam kehidupan kematian kami
Coba dan uji kan kulalui
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rokhim

#penghijrahan memang susah. kalau tak mampu jadi tulang belakang. jangan cuba jadi batu penghalang. 17 hari lagi. tapi segala-gala harapan punah. kenapa baru sekarang aku nampak? dear adik. aku tahu apa dalam hati dia. siapa dalam hati dia. terima kasih mengingatkan. aku lebih percaya dia berbanding kau yang aku tak tahu asal usul dari mana. :) :) senyuman ini utk kau. biar kau tahu aku sekarang nie bahagia. sebab ini sahaja senjata utk jatuhkan kau dan beringat apa yang kau inbox aku tu sama sekali kelakar. terima kasih adik. :)

Saturday, 27 July 2013

how can people respect you if you don't? "nasihat" untuk puteri awani??

assalamualaikum w.b.t

aku nak cakap pasal hormat each other la. macam mana cara korang hormat orang erk? ikut umur eh? ke tengok bangsa apa? atau pangkat?

selama aku hidup dah 21 tahun nie. memang susah nak jumpa. hanya sebab umur tak jauh beza? aku nak tngok. kau hidup dengan masyarakat kat luar sana macam mana. macam mana orang nak hormat kita kalau kita pown tak hormat orang lain.

dan the latest nie. masih ingat pasal PUTERI AWANI?? video couple seminggu? aku tak tahu apa pasal aku suka tengok budak tu padahal mula2 annoying. tp serius dia memang comel. dan dia dah mohon maaf dah dekat blog dia pasal video tu. PUTERI AWANI <----- klik sini kalau nak tahu pasal apa yang dia cakap dekat blog dia tu.

ha berbalik pada tajuk asal. aku tak faham lagi sorang budak nie. penyakit IT semakin berleluasa sekarang. zaman dulu dengan zaman sekarang lain benau2. tadi baru kejap on keek. baru sign up. semata2 sebab nak tngok si awani. dan the word "batak" for awani? oh man. kalau korang tngok video nie -----> "NASIHAT" UNTUK AWANI?? korang akan fikir cpe yang act batak. hak orang kot. lantak la dak awani tu nak buat apa pown. sumpah aku cakap. aku salah sorang yang kata awani disguisting dulu. tp aku fikir balik itu hak dia. sebab kalau korang tahu mcm mana story mory mcm mne video dia boleh tersebar, korang akan jadi mcm aku. -_-

korang tengok. aku yang dewasa nie dah terjebak dengan dunia budak2. sebab apa? sebab aku menyampah dengan video budak yang bash dak awani nie ha. kadang2 kelakar jugak. nasib baik lah aku dulu tak terdedah sangat dengan dunia IT. hahah dik. akak nak nasihatkan nie. esok, kalau kau tngok balik video nie. kau akan nyumpah diri sendiri balik. itu normal.

#ehem2. dia ada keek rupanya. dan tngok following. kecik besar kecik besar mata aku. tengok followers tak ada pulak. maknanya? pandai2 fikir ! -_-

semua orang dah berganjak. aku?

susahnya nak jadi normal macam dulu. susahnya nak buang semua benda negative dan amik benda positive. susahnya nak ubah sesuatu yang kita biasa untuk jadi yang lebih baik. susahnya.

kenapa sejarah berulang lagi bahkan keadaan jadi lebih teruk dari yang dulu? kenapa? inikah yang dinamakan "addicted"? semua orang dah berganjak. aku bila lagi? takutnya aku bila tak dapat terima rahmat dariMU ya ALLAH.

percubaan aku gagal dan gagal. aku sepatutnya pandang ke hadapan bukan toleh ke belakang. aku sepatutnya bersihkan silam bukan cemari apa yang sedang menanti. 



bila aku dengar je lagu nie. tersentak. apa yang aku baru buat nie?
dalam 3 hari nie. T_T

#patut ke aku cuba lagi? atau aku mengalah di pertengahan jalan? semuanya tak mudah. ASSALAMUALAIKUM. :')

Friday, 26 July 2013

aku ingat dia dah lupa :')

malam nie malam mengimbau kenangan2 lama. tiba2 je dia send gambar hadiah dari aku. masih lagi ada dalam simpanan dia. ya ALLAH lajunya jantung aku. sakitnya kerongkong aku. nak menangis ibu aku ada sini.

first song yang dia dedicatekan untuk aku. dan jugak ringtone untuk dia.
so setiap kali dia call, lagu ni yang akan keluar. :)

yang ini. frst song aku untuk dia.
aku cuba ingatkan dia tapi tak sangka dia tak pernah lupa. :')

#aku tanya kenapa tiba2 macam nie? jawapan dia. biasalah. kalau simpan lama2 jadi busuk. itulah yang jadi pada aku. busuk menahan rindu. ALLAH, 19 hari sahaja lagi. masih adakah saat seperti dulu? aku tak nak terlalu berharap. tapi sungguh itu yang aku nantikan dari dulu. ASSALAMUALAIKUM. :')

Thursday, 25 July 2013

hawa, jika benar kasihnya dia. adam, sila titiberatkan tanggungjawab !

assalamualaikum w.b.t

bila mana manusia saling cinta tp tidak dimanfaatkan sebaiknya maka timbullah sebab musabab kenapa harus wanita ditinggalkan dan lelaki meninggalkan.

hawa, jika benar dia sayang pada awak
dia tak akan menyentuh awak sebelum lafaznya akad
jika benar dia sayang pada awak
dia akan sama2 membimbing awak menuju ke syurgawi
jika benar dia sayang pada awak
setiap kesalahan2 awak dia akan tegur dengan gentlenya
bukan dengan meninggi suara bukan dengan naik tangan pada pipi mulus itu
jika dia benar2 cinta pada awak
bila awak cuba berubah jadi lebih baik
dia akan beri support bukan mengherdik bukan menjatuhkan awak
jika benar kasihnya dia pada awak
dia akan rasa bertanggungjawab bila dia dah sentuh awak
walaupun hanya "ringan2" walaupun keadaan sesulit mana sekalipun ketika itu
jika dia benar cinta pada awak hawa
dia akan jaga maruah awak seperti mana dia jaga maruah dia dan keluarganya
jika benar hatinya milik awak
dia tak akan tinggalkan awak dengan berbagai-bagai alasan
sedangkan tubuh kecil awak sudah menjadi santapan si lelaki

ketahuilah hawa, jika ada adam yang mendekati mu dan katakan dia cinta sedangkan dia cuba menjatuhkan maruahmu dengan menyentuhmu sebelum akad, jauhi dia. kerana itu bukan cinta. tapi nafsu. jika benar awak pernah ada kisah2 silam seperti ini, yakinlah ALLAH sentiasa ada. kisah silam kita bukan untuk dihina tapi untuk dijadikan pengajaran. yakinlah awak masih punya sinar harapan.

dan adam. kalau perempuan melarikan diri selepas semua nie berlaku bukan bererti mereka tak nak dipertanggungjawabkan tapi sebab dorang nak gali balik harga diri yang hilang kerana cinta nafsu itu. jadilah lelaki sejati. even kau masih begelar student pun atau kau masih belum bekerja itu bukan alasan untuk kau tinggalkan dia. aku tahu ramai di antara kalian si lelaki2 kat luar sana yang masih memilih perempuan suci untuk dijadikan isteri. tapi kalau 1000 orang lelaki macam tu dalam dunia, apa yang tinggal untuk kaum hawa? adilkah itu namanya? ingat ! what you give you get back !

#aku tiba2 nak buat entry ini sebab aku terbaca artikel mengenai soalan lelaki nie pada ustaz. SOAL JAWAB: MENINGGALKAN KEKASIH KERANA TIDAK SANGGUP BERGELUMANG DENGAN DOSA. <----- korang klik sini kalau nak tahu soal jawab tu.

maaf utk siapa2 yang terasa. aku update apa yang aku rasa je. thnx for reading. happy thursday. dan aku. sedang menghitung hari. 20 days left. :')

Wednesday, 24 July 2013

POETRY - bukan bererti aku sudah melupakan~

sejauh mana aku lari
aku tak mampu jadi penipu
penipu pada perasaan sendiri
setiap saat akan aku ingati
ingati setiap peristiwa itu

senyuman yang terukir
bukan bererti aku sudah melupakan
tp aku berharap dengan cara itu aku mampu melupakan
sebab kau tak mampu bantu aku untuk melupakan

aku tidak menyalahkan sesiapa
kerana aku hanya manusia biasa
aku bukan tuhan yang bisa menentukan semuanya
aku hanya bahagian kecil dari masa lalumu
yang hingga kini entah masih kau kenang
atau sudah kau buang jauh di pertengahan laut

hawa, tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tpi dekat dibahu untuk dilindung
dekat jua dihati untuk dikasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi

#aku sedang menghitung hari. menutupi kisah-kisah silam dengan selimut penyesalan. menghitung hari untuk tiba saat hati aku dimiliki. 22 hari sahaja lagi. andai aku diberi pilihan. aku memilih untuk lari sejauhnya biar aku dan kau tidak punya perasaan yang sama. kak aida, takziah kakak sayang. abah pergi menghadap ILLAHI. ALLAH lebih sayangkan dia. ingat. hana sentiasa ada untuk akak. :')

ASSALAMUALAIKUM semua. semoga esok masih ada. in sya ALLAH. :)

golongan syiah - haddad alwi

assalamualaikum w.b.t

syiah ialah mazhab kedua terbesar dalam Islam selain daripada ahli sunnah wal jamaah. muslim syiah mengikuti Islam dengan cara berbeza dengan apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW dan ahlul baitnya kerana menolak hadis yang berlawanan dengan kepercayaan mereka.

syiah menolak kepimpinan khalifah ahli sunnah wal jamaah dan menghina khulafa' ar-rasyidin yang merupakan para sahabat baginda. syiah jugak pengikut dari ahlul bait dan imam ali. tetapi ali bin abu talib dan ahlul bait sendiri telah menolak kepercayaan syiah. kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai syiah. klik sini (SUMBER).

haddad alwi. sekarang baru aku tahu dia tergolong dalam syiah. SUBHANALLAH. kalau korang nak tahu apa yang menyebabkan aku cakap mcm tu. view video bawah nie.

ada Ali ditambah dan lihat pada masa 1.50. seorang budak solat dengan beralaskan batu. sekarang punya zaman banyak yang terikut dengan golongan syiah. indonesia sahaja dah banyak. SUBHANALLAH. mintak kita semua dijauhkan. :)


lagu nie memang best. aku selalu dengar masa kecik2 dulu tapi tak sangka pulak haddad nie tergolong dalam golongan nie.

golongan syiah di malaysia.

syiah sudah tiba di malaysia. berpeganglah pada ahli sunnah wal jamaah.
syiah ketika nyanyi nasyid dia tepuk2 badan sendiri. sebab bg dorang kalau dorang cederakan diri dorang dianggap hebat. korang search la dekat youtube.
azan syiah dan wudu syiah macam mana. semoga kita tak terikut2. in sya ALLAH.

#itu sahaja yang aku nak bagitahu. kalau salah tolong perbetulkan. kita sama2 mengingatkan. ASSALAMUALAIKUM. :)

Tuesday, 23 July 2013

MAT LUTHFI - masalah !

assalamualaikum w.b.t

yeah ! here video mat luthfi again. sesuai utk mana2 student IPT tak pun untuk semua orang pun ok jugak.

video kat bawah nie serius pernah jadi dalam kehidupan aku masa aku masih lagi bergelar student IPT. serius. masa tu aku terasa macam arghhh ! semak lahh ! korang view ok !


#satu hari nie langsung tak update blog. malam nie baru dapat jengah sini. sebab buzy dengan buat kuih raya. ALHAMDULILLAH. ALLAH murahkan rezeki. sesiapa yang nak order, tahun depan bolehlah. haha selamat menonton !

Monday, 22 July 2013

rupanya.

patutlah ada yang bertanya. apa dah jadi tentang kita. rupanya ada statement yang menguatkan naluri mereka untuk bertanya. tak salah apa yang kau cuba buat tapi terkilannya aku. aku masih merahsiakan sedangkan kau menghebahkan.

kak aida. hana nak cakap. tentang pertemuan kita selepas raya. biarlah hanya kita sahaja. janji hana pada dia. abaikan. dah tak ada guna. semuanya tiada makna. apa yang hana cakap pada akak. tolong lupakan. andai sahaja akak mengerti perasaan apakah ini. adakah akak jugak dah tahu tentang ini? 

harapan aku kini tinggal harapan. mencari mana hilangnya cahaya rupanya tandus di telan kaburnya malam. 24 hari sahaja lagi. pergilah hana. pergilah. cari kekuatan diri. pergi cari peti dan kuncinya yang ada dalam simpanan dia. sebab dalam tu terdapat hati kau. 

#tak salah apa yang kau buat. at least kau ada azam. tapi aku. azam tu dah lama terkubur. not easy to be easy. aku janji pada kau. even selepas kau dah habis pun. kita tak akan bertemu lagi. ASSALAMUALAIKUM. :)

lagu nie. dengarlah. sedap menjadi santapan telinga.
tak dapat nak cari lagu nie bersama maknanya.
tapi hayatilah. :')

Sunday, 21 July 2013

MAT LUTHFI - sayap sebelah !

assalamualaikum w.b.t


hye MAT LUTHFI. siapa dia? si blogger a.k.a pengupdate video yang tegar di youtube. subscribed him. sebab video2 dia semua banyak bg manfaat dan nasihat.

view video bawah nie. banyak sangat yang kita boleh pelajari. bila seseorang kata dia nak berubah. berilah dia peluang. bukan condemn dia lagi. yang penting suport dr org sekeliling.

TAPI manusia zaman sekarang mudah sangat menilai dan menghukum. even kau pakai tudung labuh pun kau belum tentu jadi ahli syurga. dan orang yang tak tutup aurat tu jugak belum tentu jadi ahli neraka. kita bukan tuhan untuk menghukum. 


jika agama gagal menawarkan harapan,
ia bukan dr TUHAN.

"hope and fear is like a pair of wings,
you need both to fly." - Imam Maturidi

#aku dah beli baju raya. tema? warna biru2 coklat gituuu. apa dah jadi dengan tema kuning aku? tak jadi der. sebab tak jumpa yang melekat di hati. huwaaa. apa2 pun. terima kasih pada ayah. pakai biru2 blink2 la mak jemah tahun nie. retis gitu. TAPI aku tak semangat raya tahun nie. hmm tetiba kan tetiba kan. aku rindu. perasan apakah ini? lupakan lupakan lupakan. ! happy sunday uollss. selamat menonton ! ;)

Saturday, 20 July 2013

Mati Dalam Kalimah Allah :')

assalamualaikum w.b.t :')


ustaz Abdullah Khairi. mati dalam kalimah ALLAH. semua hambaNYA inginkan kematian dengan penuh iman.

"ya ALLAH, ampunlah dosa kami seperti mana gugurnya rambut kami ketika kami tahlul ya ALLAH."

dengarlah ceramah ustaz nie. kerongkong aku terasa sakit. sebak. tersentuh. meninggal di kota Makkah akan dikebumikan dengan para sahabat. untungnya pakcik nie. semoga kita semua berpeluang mati dalam kalimah ALLAH. SUBHANALLAH. :')

#selamat berbuka. ALHAMDULILLAH aku masih bernafas ya ALLAH. ASSALAMUALAIKUM. :)

Ramadhan Al-Mubarak Giveaway

assalamualaikum w.b.t



Ramadhan Al-Mubarak Giveaway from NANA. klik banner untuk join. !!

cepat! tamat pada 30 / 7 / 2013. semoga berjaya. wish me luck too! :)

lost temper again !

assalamualaikum w.b.t

yes. today i'm lost temper again. aku masih lagi dalam proses pembelajaran menahan diri dan cuba untuk mengawal temper aku. tp gagal lg. betul la orang kata susah nak jadi sesuatu yang kita tak biasa.

im trying im trying im trying ! SUBHANALLAH. maaf pada mereka yang aku dah tertinggi suara tadi. tak sengaja. aku cuba jadi yang terbaik. sungguh.

inilah aku. perempuan yang banyak khilaf dan cuba memperbaiki diri. bukan nak tunjuk baik apatah lagi untuk tunjuk hipokrit. aku cuba. tapi jangan condemn aku bila aku cuba jadi yang lebih baik. aku perlu dibimbingi. sebab aku tak kuat lakukan seorang diri. :')

kaki aku. hematoma again. punca tidak diketahui. dan hematoma itu besar seperti kena tumbuk. mula2 tak perasan pun timbulnya hematoma tu. tiba2 gatal dan terasa sakit bila tekan. aku tengok. ya ALLAH. mana datang nie? besarnya. T_T. macam2 hal lah kan.

ibu ayah. lagu ini khas buatmu. tetiba kan? dengarlah.
tenang menusuk dalam kalbu. :')

#mana aku dapat tahu pointer kau, tak perlu kau tahu. yang penting teruskan lagi. nak berjaya jangan mengeluh. aku cakap macam nie, bukan sebab aku dah qualified tp sebab aku nak kau sentiasa wake up. walau keadaan kau sesusah mana sekalipun. dont ever give up sebab kita sendiri yang mencongak masa depan kita. dan aku. agak kepelikan di sini. kau ada save my link dekat dalam lappy kau ke? sebab aku dah private kan rasanya link aku. dan aku even di condemn sekalipun. aku tetap berterima kasih. terima kasih pada yang memberi aku masalah. sekarang aku dah nampak siapa yang sudi kongsi susah senang dengan aku dan siapa yang condemn aku saat aku lalui kesusahan seperti ini. ALHAMDULILLAH. :)

Thursday, 18 July 2013

alasan lelaki, langit dan bumi !

assalamualaikum w.b.t

holla guys. minat tngok video budak brutal nie? siapa nama dia erk. err. fatin kot. haa fatin ! wahh excited gila aku nak show. view video bawah nie. "alasan lelaki, langit dan bumi."


aku tak pernah muak tnngok video2 budak nie. semua masuk akal. to all the girls yang kena tinggal oleh lelaki dan diberi alasan "macam langit dengan bumi". korang bagitahu mcm nie. weyhh ! langit dan bumi tu need each other. pernah ke kau pergi bumi yang tak ada langit? cakap je mcm tu. kau dah curang dengan 6, 7 orang perempuan and then bg alasan macam tu. jadi lah LELAKI bro ! tell the truth. apa masalah ha pada korang2 utk setia? tak jadi masalah pown rasanya. ok. aku tak focus pada lelaki je. perempuan pown ada yang mcm tu. ok. sori gua terEMO sikit. -_-

#and to the girls yang tak habis2 ganggu hidup aku. pada bulan ramadhan pulak tu. terpulang apa kau nak buat. i still have my ALLAH. if u do somthng yang boleh jatuhkan pride aku such as fitnah memfitnah dgn menggunakan gambar aku. terpulang. aku tak tahu apa yang membuatkan kau buat sesuatu yang UNMATURED macam tu. semoga ALLAH bukak pintu hati kau. terima kasih pada kawan2 yang support aku dari belakang. dan pada kau. kalaulah kau tahu tentang nie. mesti kau akan marah2 macam dulu kan? btw i miss u. gud nite everyone ! selamat menonton dan selamat tidur. zzzz..

tabahlah wahai dayana. :')


Sedihnya hati nurani seorang wanita.

copy paste!!

sedihnya baca nukilan Dayana.

"Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand "

Sungguh ! Beratnya memegang kasih dan cinta pada seorg suami ! Berdoa agar jodoh dia mmg milik aku seorang smpai mati dan sungguh ..andai jodoh dia tetap ada bersama org lain , aku akan terima dgn terbuka dan terus kuat mcm yg mami lakukan !!

Percaya pada jodoh ! Percaya pada ketentuan ! Menangis air mata darah pon kalau takdir dah begitu..kita ada dua pilihan, terima atau menarik diri !!!

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan.


#tiada seorang wanita pown yang rela dipoligamikan walaupun pada pengakhirannya akan dikurniakan payung emas buat si isteri yang sanggup berkongsi kasih sang suami. ya ALLAH, sungguh rencanaMU adalah yang terbaik. semoga kau tabahkan hati wanita ini. amin. :')

Wednesday, 17 July 2013

batas !

assalamualaikum w.b.t

berbuka done. terawih je belum done. aku? aku tak berterawih lagi hari ini. reason? sebab dah hari ke 7 bulan datang tak balik2 ke tempat asal. harap hari ini last la.

firstly. jaga batas nie ada banyak kategori. memang kita tak perasan persepsi orang pada kita. tapi kalau kau hidup sorang baru kau buat dono je. ok tak? itu memang life style gua la dr dlu sampai hari ini. terlalu mementingkan persepsi manusia pada aku. sebab tu aku remove gambar aku dengan member2 lelaki aku. cuma gambar aku dengan dia je aku tak buang. aku juz hide kan je. mana sanggup nak buang. uhuk2. bila keadaan dah ok mcm dlu baru aku unhide tu pown kalau dia ada uplod la gmbr aku kat fb dia. itu pown KALAU semua dah ok ! -_-

ok. aku ambik contoh random la kat sini. mcm2 pemikiran kan zaman nie? sampai kadang2 boleh timbul fitnah. bermula sahaja dalam gambar. aku memang tak pandai sangat bab agama nie. tp aku selidik la jugak sebab nak tahu kan halal haram takot terbuat secara diam2 nanti. parahh ! tp nak cakap terus terang nie. aku bukannya baik nau. :')

membebel pulak aku nie. ok. gambar. memang tak sengaja. duduk rapat2. aku pown memang bantai je. sebab tu memang aku. tumbuk2 sana sini. tepuk tampar. tapi aku fikir balik. sampai bila? ada perasaan yang aku harus jaga. CONTOH. mak bapak aku, balak aku. even dia cuma bf TAPI kalau dia ada dalam future aku, aku takut aku terbiasa dalam ber'sosial'. nie kau post gambar dengan member2 kau. bontot bertemu bontot. lelaki dengan perempuan pulak tu. duduk rapat2. so? nak salahkan pasangan yang cemburu? melainkan kau tak fikir yang kau mngkn ada future dengan dia. sebab tu kau amik tak endah.

sorry to say siapa yang terasa. tp the fact is. memang benda nie boleh bawak gaduh. kalau nak berubah kena la mula dr awal. jangan kau cakap nak berubah bila kau dah kawen nanti. JANGAN. penghijrahan bukan senang weyh. lagi satu topik. kau hidup bermasyarakat weyh. jangan sombong dengan nasihat orang. kau berdakwah sana sini dekat fb tapi perbatasan kau sendiri kau tak jaga tak guna weyh. memang tu urusan kau dengan ALLAH. aku manusia aku cuma mampu advice. HIPOKRIT? tak cantik der ada fe'el mcm nie. orang nasihat maknanya orang sayang. ;)

#ok. ceramah aku dah habis. pada siapa yang terasa. sori. aku cakap for public. hmm. btw congrats for u dear. dapat 3 pointer. im happy for u. ;)

ya ALLAH, tenangnya hati.
harus kau percaya dengan pasti.
dunia tidak kekal abadi.

ASSALAMUALAIKUM. :')

Tuesday, 16 July 2013

Syeikh Ammar Bugis. tolong share. :')

assalamualaikum w.b.t


Tahukan anda siapakah insan istimewa ini?

- Beliau ialah Syeikh Ammar Bugis

- Lahir di Amerika Syarikat 22 Oktober 1986

- Lumpuh sejak usia 2 bulan

- Hafaz 30 juz al Quran ketika usia 13 tahun dalam tempoh 2 tahun

- Seorang Pendakwah

- Lulusan dari Jurusan Kewartawanan King Abdul Aziz Universiti

- Wartawan sukan Harian Al Madinah yang terbit di Jeddah

- Kolumnis Harian Ukaz terbitan Riyadh

-Pensyarah di Universiti Dubai sambil menyambung pengajian di sana

Kata-kata yang menyentuh hati dan perasaan dari Syeikh Ammar:

“Jemaah, tolong doakan saya,agar Allah memberi kesempatan 10 detik saja tubuh saya bisa bergerak normal sehingga saya bisa bersujud kepada-Nya”

Allahu akbar..Sungguh saya merasa malu dengan kondisi masih sempurna namun tidak mampu memaksimakan ibadah kepada Allah dan masih tidak mampu menghafaz al Quran..


*************
“YA ALLAH BERIKAN LAH KESEMBUHAN ATAS DIRINYA..YA AllAH,BERILAH APA YANG DIHAJATI OLEH SAUDARAKU ITU..YA HAYYU YA QOYYUM”

#mohon kalian share supaya beliau disembuhkan. amin amin ya rabbal alamin. :')

Monday, 15 July 2013

permata yang dicari :')


ya ALLAH. jika dia benar untukku.
dekatkanlah hatinya dengan hatiku.
jika dia bukan milikku
damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu

tidak sekali dinodai nafsu
akan kubatasi dengan syariatMU
jika dirinya bukan untukku
redhakanlah hatiku dengan ketentuanMU

ya ALLAH ENGKAULAH tempat kubergantung harapanku
kuharap diriku sentiasa di bawah rahmatMU

*teringin aku nak jadi salah satu permata yang adam cari. bukan dikejari hanya kerana nafsu atau harta. tapi kerana demi cinta ILLAHI. semoga satu hari nanti. in sya ALLAH.*

#sebulan sahaja lagi. akan adakah saat2 bahagia seperti dua tahun lalu? ya ALLAH, bantu aku. i'm not strong enough ! ASSALAMUALAIKUM. T_T

hari ini. :')

assalamualaikum w.b.t

hari ini. apa yang ada pada hari ini? 15 hb. lagi sebulan sahaja lagi. tapi apa yang kau harapkan tak kan menjadi cik hana. kau hanya berharap pada yang tak pasti. please WAKE UP idiot !

aku terasa. seperti aku merindukannya. aku tak tipu. adakah dia jugak merasakan benda yang sama? ALLAH. tak kuatnya aku. kenapa susah sangat nak kikis perasaan nie? aku perlu dia. tapi dia tak dengar. aku nak dia sama2 rasa apa yang aku lalui. tp dia tak kan tahu. ALLAH, sampaikan salam rindu pada dia. tolong hadirkan aku dalam setiap mimpi2 dia agar dia tak lupakan aku dalam setiap doa2 dia.

sebab tu aku cakap aku nak teruskan macam biasa. sebab ini yang aku takut. ada yang akan mengganggu. macam apa yang berlaku pada aku. ada yang ingat aku FREEDOM. sebab tu tak jenuh2 nak try. kalau aku cakap aku TAKEN takut dia pulak cakap dia FREEDOM. takutnya. alahai. kak aida pown tanya aku dengan dia mcm mne. aku cakap ok je la. kak aida aku dah anggap mcm akak aku sendiri. :)

SUBHANALLAH. mata aku masih dalam keadaan yang sama dan aku rasa keadaan jadi lebih teruk. sweet dream dearest. "HAPPY MONTHLY SARY" :')

Saturday, 13 July 2013

oh my eyes T_T

assalamualaikum w.b.t


see condition mata aku mcm mne? serius sakit gatal mengenyau. aku tonyoh2 sampai aku puas. disebabkan tu melecet sekeliling mata aku nie. apa lagi aku nak buat? bila aku letak eye mo. ya ALLAH. pedihnya. dengan pinggang aku lagi. macam2 kan? bila aku kenyit mata pown dah sakit.

ayah marah. mata tu bukan boleh bawak main. ya. kalaulah boleh dibuat pilihan. aku memilih untuk jadi buta. aku nak tengok siapa yang sanggup terima aku seadanya dalam keadaan aku yang buta. tapi aku xnak. sebab aku tak nak menyusahkan sesiapa yang ada di sekeliling aku sekarang.

#get well soon hana. guys, pray for me. selamat malam. semoga mimpi indah. :')

Friday, 12 July 2013

ujian bulan ramadhan :')

assalamualaikum w.b.t

hye guys. how your fasting? ok? ALHAMDULILLAH kalau ok. tp aku tak berapa nak ok la. why? the first thing sampai hari nie. pinggang aku still lagi dalam kondisi yang sama. aku tak tahu la apasal. yang second pulak mata aku. i got sore eyes. tetibe teringat vdeo sore eyes yang dapat 5 days MC. *sambil buat mulut itik*. haha opss bulan pose nie. tak baik tak baik. -_-

mata aku. aku tak tahu asal. dia merah. gatal. perit. kena marah dengan my mom. "tulah. mengadap laptop tu 24 jam. memang la jadi macam tu." tp sebelum nie asha ngadap kat kuim tu tak tidur2 ok je. masih tak puas hati lagi tu. bila belek kotak eye mo tu. dah tertera terang2. mata boleh jadi kering bila ngadap lappy. terdiam aku. -_-

tapi sumpah sakit. and petang tadi masa aku nak hiris bawang utk masak for break the fast. tahu apa jadi? terhiris tangan aku nie masa tengah basuh pisau. wahhh perit. mcm tu ke sakit kelar tangan sendiri bg yang suka nak bunuh diri? huwaa. tapi sebenarnya fikiran aku melayang tempat lan tadi. pada muka kau hana. T_T

but mengeluh buat apa. ALLAH bg ujian sebab ALLAH sayang la. aku tak tahu bila pinggang aku akan baik seperti sedia kala, tapi mata aku nie. dah macam kena conjunctivitis pulak. cepat la baik sayang. mama nak update blog, layan movie pown susah. :(

#ok guys. tak ada motif sebenarnya. cuma nak pesan. bila buat kerja yang menggunakan benda tajam. fikiran jangan melayang sangat. tolak ketepi masalah yang ada. kan dah diri sendiri terluka. ouchh ! tapi tak mampu tandingi luka di hati. acecehh. gedik je. ok. nak p rehatkan mata. have a nice dream uolllsss. :D



Thursday, 11 July 2013

yakinkan aku, ALLAH

ALLAH, seandainya aku tersungkur di jendela waktu demi mencari kekuatan diri. yakinkanlah aku bahawa aku masih punya ENGKAU. yakinkanlah aku bahawa ENGKAU sentiasa menemani aku. malam aku kali ini lenanya panjang. hanya berbekalkan doa, aku harap lena itu bukan selama-lamanya. air mata itulah peneman paling setia sebenarnya. :')

sukar untuk aku teruskan dengan hanya lakonan. kesilapan terbesar aku. memberi tapi tidak dipertanggungjawabkan. i'm dissapointed. i'm regret to myself. satu sahaja aku mohon. ALLAH, hapuskanlah memori2 itu. hilangkanlah ingatan aku terhadap peristiwa itu. lenyapkan bayangan yang berkaitan dengan dia. biarkan aku lupa. aku dah tak sanggup nak ingat apa2.

kini baru aku tahu. aku tersalah pilih jalan. langkah aku tersasar jauh dari matlamat sebenar. janji2 hanya ada atas kertas. tapi tak ada hitam putih. tiada titik noktah. kini di sini aku berdiri dengan harapan yang tulus suci agar terbitlah kembali mentari pagi setelah malamku berkalut benci.

#if you know the truth behind my smile, you will know exactly who can make me the real laugh. who can guide me. who can win my heart. only if you know.

demi cinta suci. hear this song. tenang hati. :)

aku menghitung hari. detik2 yang berlalu.  i'm promise you. you can't see me anymore in my eyes :')

Wednesday, 10 July 2013

jadual waktu imsak dan berbuka puasa 2013

assalamualaikum w.b.t

jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi tahun 2013 untuk setiap negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia. selamat menjalani ibadah puasa sahabat2 :)

bagi negeri2 di malaysia. (klik pada negeri anda di bawah untuk waktu berbuka dan imsak)


bagi wilayah persekutuan


------> SUMBER



#jangan ponteng2 ok. semoga ibadah kita diterima ALLAH S.W.T. untuk kamu perempuan. anda dikecualikan sebab dapat "MC" dari ALLAH. pada lelaki, jaga mata, jaga hati dan yang paling penting ! jaga nafsu merokok. haha ASSALAMUALAIKUM ;)

POETRY - pesan pada diri :')

pesan pada diri siapa aku
pesan pada diri angan2 tak kan jadi kenyataan
pesan pada diri situasi tetap tak sama
dulu adalah dulu sekarang adalah sekarang
pesan pada diri
dia yang sekarang tetap dia yang sekarang
dia yang dulu bukan dia yang sekarang
pesan pada diri kau hanya bermimpi
pesan pada diri masa tetap akan berlalu
pesan pada diri
dia tak halang dia tak halang dia tak halang!
pesan pada diri maknanya dia betul2 merelakan
pesan pada diri terimalah hakikat
dia boleh teruskan kenapa kau tak boleh?
pesan pada diri masa tak boleh diputarkan kembali
pesan pada diri dahulukan hati itu.
hati itu berhak rasa nikmatnya bahagia.

#pesan pada kalian juga. tak ada kena mengena antara yang hidup ataupun yang tiada. Jangan cari Pasangan yang tahu jaga batas sahaja TAPI carilah diri yang tahu jaga batas sekaligus mampu menjaga hati pasangan kita yang kita sayang. peace no war. ;)


Tuesday, 9 July 2013

dah lama aku tunggu !

assalamualaikum w.b.t

esok dah start berpuasa. yeay. so excited. yeah excited but the fact is my hearts feeling weird now. why? it's all because of u la. dah lama aku tunggu saat2 macam nie. berpuasa. kau wish. macam dulu2. mengimbau kenangan lama. selamat berbuka. selamat bersahur. blahh blah blahh. selamat hari raya. macam2 yang kau post.

yes! memang mulut aku lancang ungkap kata2 tu. tapi aku tak tahan. that's why aku cakap jugak. but u didn't stop me. yeah. memang kau tanya kenapa tapi dalam keadaan macam mana? pergi tengok balik punca2 nya dan tengok 'jarak'nya. why i feel like THIS! i don't blame u. i blame myself. sebab terlampau takut pada kegagalan. tapi aku gagal jugak. gagal pulihkan keadaan macam dulu.

dah tak guna dah aku cakap. it's too late. sebabnya apa yang aku harapkan tak kan jadi. dah lambat. sekarang nie. lebih baik aku jadi mcm dulu. sebelum kau kenal aku. aku rasa aku tak kan rasa mcm mana aku rasa sekarang. -_-

#but i'm really2 hoping ! hye2 bye2 guys. :(

Monday, 8 July 2013

assalamualaikum ramadhan :')

assalamualaikum ramadhan. lagi dua hari lagi kita bakal bertemu. adakah saat itu aku sempat merasa nikmatnya barakahmu ramadhan. atau ketika ini daun2 di syurga sedang menanti keguguran bermakna akan tiba ajalku? ya ALLAH. semoga aku sempat. sempat melakukan ibadahMU.


masih adakah maknanya ramadhan buatku untuk kali ini? aku masih berharap ramadhan kali ini mendatangkan lebih banyak makna walaupun aku tahu itu semua hanya harapan yang kosong. atuk, ramadhan kali ini tanpa atuk lagi. :')

tadi balik kampung kejap. teringat zaman kanak2. dekat situ aku berlari ke sana ke sini sampai tangan aku pernah barbalut. rindunya aku pada kenangan lama. rindunya. nak bermain kejar2 dengan....mereka.

aku takut. ramadhan kali ini. macam mana? masih ada lagi ke saat2 gembira seperti itu lagi? atau aku hanya angan2 kosong. atau hanya aku sahaja berharap semuanya akan kembali seperti sedia kala? ALLAH. tolonglah kembalikan zaman itu pada aku. :(

dan masih ada lagi ke wishes seperti dua tahun lalu setiap kali berbuka dan bila tibanya raya? hana, stop dreaming.! dan akhir dari nota tangan ini. pada mereka2 yang tidak pernah lalui apa yang aku sedang lalui. tolong jaga saat2 manis itu jangan sampai jadi kenangan yang pahit. terima kasih pada pengalaman. kerana kau. aku bangkit hari ini. ASSALAMUALAIKUM :')


mohon kemaafan dari semua orang. sekiranya aku ada khilaf yang sengaja atau tanpa disengajakan. aku cuba perbetulkan mana yang kurang. mohon dimaafkan. semoga ramadhan kali ini lebih bermakna. in sya ALLAH. :')

QUOTES - i'm tired !

I'm not even upset, hurt or angry anymore.
I'm just tired.
Tired of putting in more effort than I receive.
I'm tired of holding on for nothing.
I'm tired of believing all your lies.
I'm tired of you proving me wrong all the time.
I'm tired of getting my hopes up and being disappointed again.

-----> SUMBER

#yes ! if i can return back the time, i'm sure i will not allow this happen again. please. help me to restart my life. please. pelase. please. erkkk -_-



Saturday, 6 July 2013

tiada niat~

malam ini tidur berteman air mata. maaf tak terhingga. rindu kasih sayang ini masih utk kau. apakan daya. aku tiada kudrat. maaf sekali lagi. tiada niat untuk menyakiti meninggalkanmu sendiri. mata ini hati ini kalau kau tak mampu jagakan, aku yang bertanggungjawab menjaganya. biar aku sendiri yang menjaganya.


SUBHANALLAH aku mencintainya
SUBHANALLAH aku menyayanginya
dari ufuk timur hingga ke barat
selalu di hatiku :')

#lagi 4 hari kita akan bertemu ramadhan. tiada lagi wishes macam dulu. tiada lagi post2 macam dulu. padahal itu yang aku tunggu2. banyak yang aku cuba ubah pada yang lebih baik tapi hakikatnya tiada apa sebenarnya yang boleh diubah. aku hanya mimpi di siang hari. berharap pada yang tak pasti. semoga berjumpa lagi kekasih hati. ASSALAMUALAIKUM :')

api2 steamboat ^^

assalamualaikum w.b.t

selamat tengahari guys. housewife again. haha bukan nak mengeluh tapi terasa bangga pulak sebab aku berjaya masak asam pedas tanpa ibu dekat dapur dan hanya dibantu oleh si adik. kemas rumah done. basuh baju done. sidai baju done. so update blog je belum done. ^^

api2 steamboat. orang asyik sebut je. at last dapat jugak aku merasa walaupun tak pakai duet aku. haha 

tu dia. sister gua. dia tukang melayan aku amik gambau semua. haha ;)

si gadis biru. senyuman tak menggambarkan hati.
hati yang dah kosong mungkin. :'D

daging + sotong + apa lagi. macam2 la.
ketam ada, kupang ada wahh excitednya aku. haha

yang nie pulak. cendawan ada jagung ada fish ball
bebola ketam macam2 la. haha promote sikit. 

tu diaa. nampak tak ketulan2 daging tu?
sedap weyh. cuba try. ;)

muka kenyang. erkkk ALHAMDULILLAH. ;)
syukran jazillan pada ayahanda dan jugak encik bos.

#ya ALLAH, banyak betul dugaan dan masalah. masalah tu datang dari kelalaian sendiri. rasa nak nangis je rasa nie. huwaaa. hantar resume by post tp tak pergi letak HR department dekat alamat. memang kena hantar lagi sekali la gamaknya. dengan resume2 kena print lagi sekali. duit habis kat sini je. aku lagi tengah kering kontang nie. dengan duit lesen bagai. dan hati aku nie. kenapa dah lain macam lately nie? dah macam kosong. kosong kosong. -_-

Friday, 5 July 2013

jangan cabar aku lagi !

setiap orang ada tahap kesabarannya kan. selagi aku mampu kawal aku kawal. bila tercetusnya kemarahan aku ke tahap maksima, masa tu tak ada siapa boleh hentikan aku.

jangan cabar aku lagi. kelembutan aku pun ada terhadnya. jangan sebab aku dah mula berlembut, ego aku dicabar2. 

jangan mimpi aku akan bidas seolah2 aku macam yang dulu. sampai bila aku nak hidup dengan api. itu yang aku fikir. sebenarnya ada sesuatu yang aku nak sangat twu. apa sebabnya kau selalu fikir aku layan kau macam "tu". padahal merajuk tu sifat perempuan. kita sambung balik pun dari hati bukan kerana terpaksa. rupanya layanan itu terkena pada yang disebaliknya. baru aku faham.

sekarang aku ada azam. azam besar. aku berharap aku dapat kerja di senawang. aku nak kembalikan balik apa yang telah hilang. ALLAH knows everything. semoga ALLAH merestui.

#pinggang masih lagi dalam kondisi yang sama. dan kau kau kau dan kau semuanya. tolong hentikan sahaja hasad dengki tu. aku sampai dah kering air mata menanti sampai bila. aku percaya satu hari nanti semuanya akan pulih. selamat malam. :')

Ibu bapa atau isteri siapa keutamaan di beri nafkah?

Hukum pemberian  Nafkah keutamaan  suami antara isteri dan ibu bapanya.

Soalan; Assalamualaikum. Sy ada beberapa soalan.

1
. Apakah hukum suami yg selalu mengabaikan nafkah anak isteri kerana mengutamakan keluarganya di kg? - Suami bukanlah anak lelaki sulung @ anak lelaki tunggal.

2. Bolehkah keluarga di kg terutama ibu & ayah meminta duit (terlalu kerap) dari anak lelakinya padahal anak lelakinya jg perlu bertanggungjawab pada anak isteri? - Ayahnya masih berkerja tetap selalu mengalami masalah kewangan.
Syukran jazilan atas jawapan yg diberikan.

Jawapan;

1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

2. Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.


b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.


Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak. 

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan.
Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome