rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, 31 August 2013

fizikal merdeka. mental??!

assalamualaikum w.b.t

merdeka. hanya fizikal sahaja yang merdeka. korang pasti mental korang dah bebas dari dijajah? hati korang sudah merdeka 100%? aku sendiri tidak yakin dengan kemerdekaan itu sendiri.

sedangkan mat rempit dekat luar sana bersepah-sepah. masih ada lagi gadis menyerahkan dara pada yang tiada hak. itu yang korang cakap merdeka??

kita sudah lama bebas dari penjajah. itu merdeka. tapi kita masih lagi dijajah oleh syaitan dah bisikan iblis. itu bukan merdeka. sedar atau tidak, mental kita masih dijajah. hati kita masih belum merdeka.

wujudnya perbalahan sesama kita. wujudnya pertengkaran antara keluarga sehingga sanggup memutuskan silaturrahim. siapa yang pergi dataran malam tadi? untuk apa bersesak sesak? sedangkan di mesir, syria, palestin menghitung berapa ramai sanak saudara yang telah terkorban di jalan ALLAH. tapi korang menghitung saat bunga api dilepaskan. sedar atau tidak??



walau apa pun dan siapa pun kita. terima kasih malaysia. selamat ulangtahun yang ke 56. kerana kau sudah bebas dari penjajah. dan aku sedang menghitung hari bilakah aku akan dibebaskan 100% dari penjajah laknatullah. SUBHANALLAH. :')

#semoga ALLAH permudahkan urusan kakak aida hari nie. sebab aku nak jumpa dia sangat2. tapi brek kereta dia ada prob. so, tgu dia betulkan dulu. yeay. in sya ALLAH. ;)

Friday, 30 August 2013

rahsia aku kurus?

assalamualaikum w.b.t

bukan tak nak update entry baru tapi tak ada idea. kui3. cik blogger tegar sis LIEYA VON JAY nie rajin sangat blogwalking dan tinggalkan komenta. so aku pown jadi rajin stalker blog sis nie. sis liya ni ada tanya tak ada entry baru ke. hehe tak ada idea la sis. nie baru datang idea. ^^

aku bukan ler nak kembang hidung sangat bukan nak hidung tinggi sangat tapi kalau korang nak tahu dulu aku tak kurus macam dalam gambar2 dekat atas tu. haha

so semalam ada open house dekat taman. open house tapi bawak makanan sendiri la. but happy kot. bila anak anak dara se'BADGE' dengan aku bak kata kak syuhadah la. bila dah berjumpa kecoh satu ayer molek. haha kak ija cakap. sanah, dah kurus. drastik sangat. apa rahsia? makan hati ke? sharelah. ok. sebab gadis-gadis ayer molek rakan sepermainan aku membesar dengan sihatnya. dulu dorang lebih kecik dari aku. sekarang terbalik. jom transfer lemak korang. sebab aku tak suka kurus sangat. -_-

ok. rahsia ea. makan hati pun boleh jadi faktor jugak. tapi tu bukan faktor hana jadi kurus sebab time hana start kurus dulu hana happy sangat sangat. muhahaha tp faktor utama is bila aku sakit demam dan nak2 time tu bulan puasa. kalau tak silap akulah. sebab aku senang sangat berat badan turun tapi susah nak naik. tak tahu la kan kalau lepas kawen. haha :D

so tak ada makan pil tak ada pakai apa apa. just use cara semulajadi mungkin. itu sahaja. tapi ada kawan2 aku cakap aku diet! tidak ok! sebab selagi aku boleh makan aku makan. tak kuasa mak nak diet2 nie. gemuk pown gemuk lah. janji aku sihat. dah. dan haisyy. gua dah 2 hari sakit perut nie. makan cili padi banyak sangat agaknya. :(

#bila aku masih cemburu maknanya dalam hati aku masih ada kau tapi kau sepatutnya tahu cara untuk elakkan dari buat aku rasa cemburu. dan bila aku dah berhenti cemburu maknanya aku dah berhenti sayangkan kau. kau patut tahu tu. chow !

Wednesday, 28 August 2013

alahai ibu alahai bontong !!

macam mana ya cara nak beritahu ibu pasal kau bontong? dan terima kasih pada statement ibu yang sangat memukul jiwa raga aku. choii !

"nanti esok kau kahwin sama tarikh dengan kak sanah je la fateh. pakwe dia pun belum kerja lagi nie." wahai ibu, asha tahu doa seorang ibu tu selalu dimakbulkan. tapi ibu betul2 serius ke? dia tu belum tentu serius. tengok je la dekat fb dia.

"kawan-kawan kau dah ramai dah tunang." dah banyak kali kot ulang cakap benda yang sama. alahai ibu aku sorang nie. biarlah dorang ibu. dah sampai jodoh dorang. asha nie kahwin ke tak kahwin ke itu semua kerja ALLAH. janji asha ada kerjaya sendiri itu dah cukup. asha dah malas nak fikir pasal kahwin.

kalaulah ibu tahu apa yang kau cakap dengan atin. kau ingat aku tak nampak? tak baca? jangan risau. atin tak tahu hal nie. dan ! confirm ibu aku tak kan sebut nama kau lah! sekali lagi ibu sebut nama kau. biar aku terus terang je. aku nie. penakut sangat nak bg tahu hal sebenar. arghhh ! aku menyampah setiap kali family aku sebut2 nama kau !

#aku rasa aku nak bagitahu kawan2 aku semua pasal aku dengan kau macam mana yang kau show dekat fb blueekkk kau tu . ketepikan malu aku. peduli apa. janji dorang tahu hal sebenar. tak ada dok sibuk2 tanya aku dengan kau macam mana. sibuk jaga tepi kain orang. dah. chow. ASSALAMUALAIKUM !

Tuesday, 27 August 2013

nota dari hawa :')

assaamualaikum w.b.t

apa yang berlaku malam ini dan malam sebelumnya. hanya aku dan ALLAH sahaja tahu. ALLAH. kenapa sampai hari ini aku masih sama. kenapa sampai hari ini aku masih membenarkan rasukan iblis. sedangkan nawaitu itu masih segar di ingatan

khilaf lagi dan masih adakah ruang untuk aku perbetulkan kesilapan dan hati yang semakin lama semakin hitam dek bisikan syaitan. aku masih punya waktu. ya ALLAH. jangan pernah menutup pintu taubat untukku kerana aku tidak sanggup hilang rahmatMU.

apa lagi yang harus aku lakukan supaya aku mampu membenarkan penghijrahan itu. tanpa ada tulang belakang. yang ada hanya caci maki. aku tahu bahawa aku sememangnya tidak layak ke syurga ALLAH tapi yang melemparkan kata caci juga harus ingat. kita bukan TUHAN utk menilai dan menghukum.


#nota tangan dari hawa. mungkin aku copy mungkin jugak tidak. tapi percayalah perempuan ini berharap untuk berubah jadi lebih baik. tak ada siapa yang menyokongnya dari belakang. mungkin nasihat dan doa dari kalian boleh membantu. wahai hawa, yakinlah bahawa engkau masih punya ALLAH. :')

Monday, 26 August 2013

first day experience !

assalamualaikum w.b.t

perghh. memang seronok nya bekerja yang kena mengadap customer cerewet dan bajet2 education la kan. gua tak boleh mengeluh. sebab before nie pown aku pernah ngadap yang lbih teruk dr nie cuma bezanya dalam wad. bukan patient tapi relative ! adehh.

nasib baik la madam dengan anak2 dia baik. terima kasih lah pada mereka. dan !! anak perempuan madam yang form 3 tu tak percaya aku dah 21. sebab badan aku kecik. hahah malu iteeww. kui3. tapi kan sumpah bosan. sebab tu bawak lappy. aku tak boleh dibiarkan mengelamun sebab nanti tak sedar je air mata akan jatuh. argghh ! jangan nak gelakkan aku. sebrutal brutal aku pown. hati aku lembut maa. muahahha =P

tapi memang tak dapat dinafikan. even aku layan cerita expandable sekalipun, fikiran tetap melayang. aku tak tahu macam mana supaya aku tak ingat benda tu !! dan bila dengar bunyi pistol dari movie tu baru aku tersedar. tak kira la siri 1 ke siri 2 ke. macam tu je la. aku ngadap telefon office. takut jugak kalau2 ada yang call kan. haha gerun weyyhh ! tapi expandable 1 dengan 2 awesome !! aku rasa yang 3 pown akan diterbitkan soon. haha

#31 nie cuti. mintak2 la tak ada halangan nak keluar dengan kak aida. aku nak berdua je dengan akak. tak nak ada sesiapa. sebab hati aku dah sakit sangat2 ! lantak lah. nak cakap aku mungkir janji ke dusta ke. ini baru satu je aku tak kotakan. tapi aku takut nak cakap dengan akak sebab takut akak detected apa yang jadi. macam mana nie?? hmm dah. gua nak cari mood balik. choww ! doakan gua hilang ingatan ok? :'D

Sunday, 25 August 2013

random hati !

assalamualaikum w.b.t

memang harapan nak keluar dengan kak aida. berharap sangat2 janji aku pada kau nak bawak akak dengan kau keluar sama2 dapat ditunaikan. tapi boleh tak aku nak cakap pada kau. aku tak nak teruskan plan tu. sebabnya biar aku sorang je tahu.

aku tahu. dikira sebagai dosa kecik sebab mendustakan janji dan dikategorikan sebagai munafik dalam firman ALLAH. tapi atas sebab2 perasaan aku yang boleh menerima lepas tu rasa sakit hati balik. jadi? tak kan nak dibiarkan ianya terus bernanah. aku benci kau. itu kenyataannya. ! dan hakikatnya. kau la pembunuh si bontong. ea. aku benci kau. sebab janji kau nak pulangkan dia berlalu dibawak dek angin macam tu je.

atin pulak. sumpah aku tchng dengan dia. dia kata nak datang rumah. nie tahu2 je dah ada dekat kolej dia. memang dia ada say sorry dan dia akan usahakan utk datang rumah aku. tapi entahlah. aku tak pernah tw touching dengan dia. so bila jadi macam nie. aku rasa macam kecik hati r !

dia text aku macam biasa. tapi aku tahu dia detect aku marah dia sebab aku macam nak tak nak je. sorry sayang. sebab aku takut kau tak tunaikan janji kau. :')

mengingati sehingga terbawak dalam mimpi !

assalamualaikum w.b.t

sebelum aku tidur. aku selalu berfikir akan kematian. berfikir tentang kiamat yang semakin hampir. cara aku mati nanti dalam bentuk macam mana. terbuka ke aib aku atau aku mati dalam kalimah ALLAH.

sehingga terbawak bawak dalam mimpi. datangnya makhluk yang menyerupai dajjal. aku tidak tahu sama ada itu hasil dari pemikiran aku atau mimpi. tapi aku yakin. bila aku tersedar dari lena aku. semua itu hilang. SUBHANALLAH. ini bukan cerita rekaan. terpulang apa yang difikirkan oleh si pembaca. :')

dan sebelum aku tidur aku akan baca AL-FATIHA dan letakkan di dada. supaya ALLAH titipkan rindu aku pada dia dan berharap dia akan turut merasakan benda yang sama. see? aku mimpikan dia. ea kenyataan. tapi bukan selalu pown aku akan mimpi dia. kadang2 je. aku pernah bermimpi yang buruk2 tentang dia. cuma aku abaikan dan berharap ALLAH jauhkan kami dari mimpi2 tu. :'D 

aku ada jugak mimpi. mereka kembali. dah banyak kali. sebab sebelum aku tidur. aku sentiasa mengingati. dengan berjuta harapan. sampai kadang2 air mata jadi peneman sehingga aku terlelap dalam lena. amboi. haha ^^,

so apa yang aku cuba nak sampaikan dekat sini. kalau kita terlalu asyik memikirkan something tu. pasti akan terbawak bawak dalam mimpi dan kebanyakan mimpi itu adalah mainan syaitan. jadi sebelum tidur baca la doa tidur, 4 QUL, AL-FATIHA supaya dijauhkan dari mimpi2 yakni gangguan syaitan. in sya ALLAH. :)



#kalaulah kau nampak apa yang aku cuba sampaikan. kalaulah kau tahu apa yang terkandung dalam isi hati aku. tapi aku takut kau tersalah faham. dan semakin hari semakin aku merindui. dan setiap kali aku dengar lagu2 kita. aku rasa aku semakin dekat dengan kau. setiap malam aku dengar biar rindu terlerai. tapi apa yang aku baru nampak nie seakan kau sengaja memberi aku rasa sakit yang mendalam. kau kata kau nak pulangkan bontong aku. tapi hakikatnya kau semakin membunuh dia.! tak boleh ke bagi aku rasa bahagia sekejap sahaja. tak boleh kan? kau la si pemungkir janji yang paling tegar. ! 

Saturday, 24 August 2013

FAKE gila bila aku dengan kau !

assalamualaikum w.b.t

hye la badan. tak diangkat call. sanggup pulak tu buat super saver utk aku. bila aku angkat macam nie la jadi nya. mcm mana tu. pagi2 buta dalam pukul 3 pulak tu. ambik. nasib baik aku belum tidur masa tu. kalau tak. sia2 je la super saver kau kawan. muahhaha

motif aku update entry nie. sebab aku tak suka. sumpah aku fake gila bila dengan kau. tapi bila aku dengan bontong. ya, itulah aku. nampak kan perbezaannya? aku dengan kau hanya kawan. kau sendiri pown tahu tu tapi simpan sahaja kredit tu utk yang lebih berhak ok.

arghh sebenarnya ianya lebih kepada geli. ! haisyy. tak ada feel weyh. asal ler aku bukan macam orang lain dekat luar sana. berkawan je ikut suka hati tak kisah pown dengan sesiapa. ada jawapan tak pada persoalan aku nie?? aku FAKE sangat2. jadi FAKE aku nie buatkan aku rasa nak muntah ! -_-

#ok. malam nie malam cinta RASUL. dan habib syech assegaf datang melaka. aku tak dapat pergi. ralat jugak. tapi sebab tak ada kesempatan kan. hmm hai la isnin. please be nice to me. aku takut nak p kerja nie. ok. selamat malam. ;)

Friday, 23 August 2013

lahai resume !

assalamualaikum w.b.t

so i will start working next week hari isnin. even though kerja lain dari bidang aku. tak apa. janji aku nak pengalaman. dan tolong doakan hana tak lupakan skill practise ea. alahai.

lahai resume. tu la kerja kelam kelam kelam kabutttt lagi. pergh nak menangis seyhh ! mu tahu dok. resume yang selama nie penat lelah aku menghatar rupa rupanya bertarikh 03 JUN 2012. apa hal tarikh diletakkan masa aku akhir sem 4? salah aku. tak recheck balik. huwaaaa :'(

TAPI yang aku pelik tu. dapat pulak interview dekat mawar hospital. interview dekat JINHO. dorang tak tengok tarikh ke.? arghhhh cakap pasal interview dekat mawar hospital lagi membuatkan aku nak melalak air mata darah. sebab aku melepaskan peluang depan mata. !

hari ini. aku pergi hantar balik resume by emel by hand. so by hand 3 tempat aku dah settle. mahkota, pantai, putra. next week klebang pulak. wish me luck ea. aku tak la diman sangat tapi nak sebenarnya dapat dekat seremban sana. atas sebab2 tertentu la. walaupun aku tahu risiko sangat tinggi. tak apa. janji keadaan seperti dulu lagi. :') so that's why la aku ralat sangat tak pergi interview dekat mawar hospital sana. :(

#bukan senang nak senang. jadi utk hamba yang bukan dilahirkan dalam dulang emas seperti aku. semua kena usaha sendiri dan berbekalkan doa ibu dan ayah. jadi aku tak pernah mengeluh dan tak akan. ALHAMDULILLAH ya ALLAH. sebab KAU masih memberi aku kesihatan yang cukup utk aku cari rezeki aku sendiri. ;)

Wednesday, 21 August 2013

peluang ada tapi keadaan menghalang !

assalamualaikum w.b.t

susahnya nak dapat kerja. tapi bila dah dapat peluang pekerjaan susah pulak nak pergi untuk interview. hye mawar hospital. kalaulah aku dekat dengan kau. mesti hari nie aku dah pergi interview tu. in sya ALLAH rezeki aku kat tempat lain tu. tapi ralatnya sebab tak dapat pergi interview tu !! :(

tapi buat masa nie. aku kerja part time dulu dekat area rumah aku nie. sabtu nie aku start. aku risau. skill practice aku nanti berkurangan. silap hb aku boleh jadi lupa dengan apa yang aku belajar dekat KUIM dulu. ibu aku suruh aku duduk2 nie belajar balik. tapi teori tak sama dengan praktikal. lahai lahai lahai.

tapi support aku ea. sebab aku sedang create novel. mungkin permulaan lambat sikit. dan nak hantar pown tak tahu dekat mana. banyak sangat publisher sekarang. ada idea tak? wish me luck ea korang. :')

#ok. bukan senang nak senang. itulah kehidupan. nak senang kena usaha tahap maksima. kalau tak. korang akan berada tahap yang sama sahaja tanpa ada improvement. yeahh ! the FACT ! sekian. ;)

ok. member fiza work here. dekat JJ lama. ktorang singgah je.
nak beli barang2 gym mai la sini. haha promote sat.
teringin seyh nak jadi budak gym. nasib baik aku girl. haisyy
tapi badan fergie smart kot. pernah tengok?
tang perut tu. awesome. search la kat en. google. dah lah. bye2. :D

Tuesday, 20 August 2013

memukul isteri dalam islam !

assalamualaikum w.b.t

aku terbaca entry en. BEN nie. memandangkan isu penjawat kerajaan memukul isterinya sedang hangat diperkatakan. so aku rasa macam nak huraikan sikit la cara macam mana nak menghukum isteri mengikut syariat ISLAM bila aku terbacalah ada feedback someone pada en. ben nie

Photo.

"  Salam..abg ben..
sy nak suarakan psl isu suami pukul isteri dlm lif tu..bkn apa abg ben sy sedih plak suami dia ditomah n dicaci walahal kesalahan tu bkn 100% berpunca dari kslahan dia pn.. dia dh la pnt dtg nak jmpa anak dia isteri dia plak dgn lantang membebel mcm2 dkt suami dia tu marahkan suami dia tu dgn mcm2 perkataan..kami menyaksikan sndiri mcm mana perangai isterinya itu...
Sori abg ben luahkn ketidak puasan hati ni kat abg ben.. sori mengganggu abg ben..just nak explain kat abg ben sbb tlalu sakit ati tgk smua yg dok komen2 dkt gmbr tu. ". korang baca pulak feedback yang lain dekat komenta blog en. ben dekat SINI.

ok. berbalik pada tajuk. memukul sebagai pengajaran dalam ISLAM. Ayat al-Quran sendiri telah menerangkan bahawa hanya dibenarkan memukul isteri yang nusyuz (derhaka) setelah melalui beberapa peringkat mengajar. Peringkat-peringkat yang dinyatakan di dalam ayat tersebut adalah seperti berikut:

1. memberi nasihat :

Firman Allah tersebut (Surah an-Nisa, ayat 34) menerangkan:

"Perempuan-perempuan yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka".


2. pulaukan atau pisahkan tempat tidur :

Jika mereka masih berdegil maka peringkat yang berikutnya adalah dengan memulaukan atau memisahkan tempat tidur berdasarkan firman Allah (Surah an-Nisa, ayat 34):

"…dan (jika mereka masih berdegil) pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka."

3. pukulan yang tidak bersangatan :

Setelah melalui dua peringkat tersebut sekiranya isteri terus menderhaka maka suami boleh memukulnya dengan pukulan yang tidak bersangatan berdasarkan firman Allah (Surah an-Nisa, ayat 34):

"…dan pukullah mereka"

TAPI memukul bukan ketika sedang marah atau utk melepaskan geram. memukul jugak bukan sampai mencederakan tubuh. dan hendaklah memukul dengan cara yang lembut tapi memberi kesan pada hati sang isteri.

dipetik dari SUMBER :)

#so para suami jangan jadikan alasan nak mengajar isteri dengan cara seperti mana lelaki tu ajar isteri dia. ada hadnya ok. dan dear future husband. mengajar la saya mengikut cara ISLAM. jangan pukuli saya hanya utk melepaskan geram. acecehh. semoga para para isteri semua dijauhi dari sifat baran suami yang menzalimi tanpa kira had. ASSALAMUALAIKUM. ;)

QUOTES - tak kan mampu!

sedari awal lagi aku tahu niat kau
usai kisah kita
usah kau pamerkan riak seolah olah kau masih kisah
kau tak kan mampu pulangkan dia
dia aku sematkan ke dasar paling dalam
dalam hati aku yang masih ada dia
walau aku tahu dia tak mungkin kembali


#bontong. gelaran itu utk orang yang lebih berhak. bonsar. hanya orang yang layak sahaja yang memanggil aku dengan gelaran macam tu. rindu terlerai sebenarnya malam ini. ALHAMDULILLAH. ASSALAMUALAIKUM. :')

Sunday, 18 August 2013

terima kasih classmate DK dan housemate ;)

assalamualaikum w.b.t

walaupun sekejap tapi amat bermakna. tiada gambar utk dipost tapi cukuplah hanya ungkapan syukur dan kegembiraan bertemu dengan mereka. UNEXPECTED. si medex, ika naim, fiza boleh pulak datang rumah aku sekali gus dengan kak yaya and cik ain. plan ke apa. ALHAMDULILLAH. nasib baik tak lari badjet mak aku masak. ehh diam eh. aku tak reti masak yang utk ramai2 orang punya nie ok. haha utk sikit orang punya boleh la. haha

to housemate. cik ain, kak yaya, cik kila dan syax serta bos2 mereka aka driver la. haha thnx ok. ain nak sangat jumpa syax dengan kila. syax pulak nak sangat jumpa ain dengan kila. tapi ain dah balik awal. so kila, aku dengan syax je sempat bergosip. macam2 topik. kalau la dapat berkumpul ramai2 mesti horreyyy. :')

to classmate pulak. kemain ika naim. mintak aku tambahkan bihun. dia nie memang kuat makan. tapi pelik badan tak naik2 pown. kurus kedengking jeee. medex pulak. cantik baju dia. berkenan di hati. haha haa dak fiza. harap rumah je dekat. tapi baru datang rumah aku hari nie. nak buat resume dekat rumah aku ntah bila la lagi. adehhh. gasak kau la nak. resume kau. haha

#pada bontong. ibu dah tanya. "kau punya pak** tak sampai rumah ke tahun nie?" ok. nice question. macam mana nak terus terang pada ibu nie. aku ada gak tanya. "ibu, kalau dia datang dengan family boleh?" jawapan mak aku. kau baca betul2 eh. "ehh segan ibu. ibu dah la tak pandai berbual. lainlah ayah kau ada. nie ayah selalu keje. kalau nak datang dengan family datang bawak cincin terus." nampak tak permainan dia? nice answer ! apa seyh semua nie. dan kan bagus kalau kau ada sekali tadi. aku tahu. memang tak kan lah kan. dan aku nak beritahu nie. aku tersangat lah rindu. ASSALAMUALAIKUM. salam maghrib. :')

terima kasih classmate 5ik ;)

assalamualaikum w.b.t

hye. ini kisah semalam. saja mahu cerita hari ini. terima kasih pada din, yus and zihan. sanggup tunggu aku habis interview dekat fahana optometrist semata-mata sebab nak bawak aku pergi open house rumah si wawa nie.

din kata aku kebudak budakan. abg yong kata dia akan percaya kalau ada yang cakap aku budak sekolah sebab badan aku kecik tak macam umur aku. abg yong kata lagi aku kuat makan tp badan kurus. paling tak boleh aku lupakan. mereka membongkar masa laluku haha. korang tak boleh tahu. diam ok. dan benda pertama yang mereka cakap pada aku bila macam pertama kali jumpa aku. "hasanah, dah kurus!" ok. apa cara nak gemuk balik? kasik tahu aku. -_-

yus, zihan, din. dekat mana nie? haa. depan rumah aku la
sambil tunggu aku salin baju.
tak suka. sebab mereka enterframe TANPA aku. haha

jambatan sudah roboh sudah roboh sudah roboh.
euuww budak dua ekor nie macam modelling pulak
dekat depan rumah aku nie. haha

ha yang nie. aku suka. macam kawasan perkampungan kan.
but it looks nice. well depan rumah aku kan. haha
nak jugak :P

yess kami. dulu tak pernah rapat dengan dia.
dengar suara dia pown susah. sekarang keletah kemain.
macam aku jugak bisingnya. hahah :D

di antara gadis gadis seluruh dunia. nie dekat rumah wawa.
yang berbaju ungu tu la empunya open house tu.
yang berniqab tu pulak ripa. lain dia dulu dengan sekarang.
tapi perangai tetap sama. never change.
aku. bila lagi? :')

nie dekat rumah nazrey. dia sorang je ada dekat rumah.
apa lagi ktorang pown shoot la.
dan dia ada jugak tanya pasal ehem2.
"kau dengan budak pakai cermin mata tu lagi ke?"
aku tak tahu nak cakap apa la der. -_-

muka mintak kaki masing2. haha amboi banyaknya kuih raya dia.
walaupun dah raya ke sebelas nie kan.

depan rumah nazrey. bak kata zihan. setiap rumah mesti akan snap.
peace. ;)

1 2 3. klik. snap again. XD

alamak. zihan memang suka gambar candid. tak senonoh kot muka aku.
hahah menu rumah zihan pulak. ketupat soto.
yus sampai kembung perut minum air banyak
dengan tahan pedas. tak boleh kalahkan aku la budak2 nie. haha

even dekat rumah orang pown perangai aku sama je.
nasib baik family zihan semua dekat dapur tengah makan jugak.
aku pown tak ada la cover. naz sampai tak percaya nie aku.
dia mana rapat dengan aku dulu.
dekat kelas dia ingat aku tak bercakap padahal aku la pling bising.

haa yang nie dekat rumah aku. yus, din dengan nazrey a.k.a abg yong.
sebab dia pinggil aku kak yong sebab aku ganas kot. haha
susah betul nak jumpa si naz nie.
kata si naz, "macam mana la kau nie depan pakwe kau.
perangai macam budak2. gila2. mesti control"
aku cakap direct je. depan dia aku tunjuk perangai sebenar aku.
tak hipokrrit ok. hahha

#terima kasih weyh. aku happy tak terhingga sangat jumpa korang. sebab susah sangat nak jumpa. bila dah jumpa macam2 la pulak nak dijadikan bahan. gelak kan orang. perangai gila2. sebab tu boleh masuk. terima kasih. semoga jumpa lagi. :)

Thursday, 15 August 2013

post RANDOM! - kisah hati dan hari ini.

assalamualaikum w.b.t

hye. yes. hari nie hari yang sangat sangat sangat menyedihkan. sebab gua demam teruk. tp tak dak sapa pown tahu. gua tanggung sendiri. terbarai pown sendiri sendiri. gua buat biasa je walaupun hidung sok sek sok sek. apa? ingat aku suka ngadu yang aku sakit bagai kat orang? dekat sini bolehlah. sebab korang tak kenal aku. muahhahah. tak suka r nak susahkan orang. lepas tu bising suruh makan ubat. walaupun aku nie qualified sebagai cik misi. tapi aku nie penakut nak makan ubat or yang berkaitan dengannya la. sekian. -_-

weyh !aku tengah sakit sakit nie kau boleh nak canang cerita yang entah apa apa tuh. kau tahu ark sebab apa aku tak bagi kau datang rumah aku? aku tak nak r kau tu tunjuk depan mak aku family aku konon konon kita nie ok. lepas tu siap nak datang dengan family. gila eh? aku lagi nak terus terang dengan dorang kisah sebenar pasal kita. kau lagi nak sulitkan keadaan dengan memberi harapan. kalau ada benda nak cakap, cakap dekat luar. tak pown inbox. benda yang kau tak tahu pokok pangkal aleh2 kau boleh cakap benda yang sama. aku layan kau macam tu ea. aku dah tak kenal la kau siapa.

curious mcm mana aku boleh tahu? tak payah kau cari kawan2 aku dan salahkan dorang. dorang tak bercerita apa2 pown kat aku. dan tolonglah hentikan kata kata yang boleh buatkan aku makin menjauh. kau tengah ada masalah kan. aku doakan dari jauh biar ALLAH permudahkan urusan kau. kau pown tengah kejar kan ilmu dunia dan aku pown ada matlamat. matlamat dunia akhirat. ibu tanya busu tnya pasal kau. tak kesian ke?

*nie ha lagi sorang. kau nak bergurau dengan aku tak perlu lah bergurau dengan cara mcm nie. nak masuk minang otak kau. sori guna kata2 kasar. tp aku tak suka. memang tak akan suka sesiapa la. haisyy. aku dah marah macam mana pown kau tetap tak faham bahasa. aku taklah tergamak sampai nak cari orang lain sebagai jodoh atau suruh parents aku cari kan jodoh utk aku sedangkan kunci hati aku ada pada orang lain. mohon terasa. yang lagi sorang nie ha. perkenalan dekat fb? kau ingat aku nak percaya? haram jadah. kebanyakan lelaki cari awek dkt fb tu nak buat mainan je. sori. aku tak cakap semua. tapi memang ada yang macam tu. mohon terasa sekali lagi. muahhaha*

ASSALAMUALAIKUM !

Wednesday, 14 August 2013

GILA BOLA.

assalamualaikum w.b.t

dah lama kot aku cari movie gila bola nie. cerita zaman aku sekolah menengah rasanya. ea. kerana duit kerana nak kan nama, seorang lelaki sanggup buang kawan buang segala galanya. korang pernah tengok cerita nie? dalam keadaan sakit macam nie sanggup aku tengok. sedih kot. aku baru lepas melalak la nie. muahhaha

here full movie. korang download la kalau nak tengok.

nak2 bila dengar lagu nie. lagi meleleh.
hey. here for u. maybe. listen this song ok? :')

Tiada lagi nada berlagu 
Tiada lagi senyum bibirmu 
Tiada lagi syair yang indah 
Oh kasih 

Rintik hujan jatuh ke bumi 
menitis rembunan memori 
Disinilah kita bertemu 
Berjanji 

Cerita yang lalu itu 
Cerita engkau dan aku 
Hanyalah igauan yang lara 

Cerita berbalut sepi 
Mengusik jiwa meronta 
Cerita yang punah akhirnya 

Suria takkan bersinar lagi 
Gerhana menghantui kini 
Langit pun terpaku merintih 
Oh Kasih 

Ceritakan kepada semua 
Aku kau anggap berdosa 
Cerita asmara yang musnah 

Renung wajahku oh kekasih 
Sebelum ku berlalu pergi 
Percintaan kita 
Tinggallah akhirnya 

#ESOK. ESOK. ESOK. akulah perempuan yang paling takut untuk menghadapinya. keseorangan dalam menghitung hari. menyesal itu tak pernah ada. tahu kenapa? bcoz im leaving everything for our future. i leave to forget my past. but you never know. u will never know. :')

*aku dapat interview sabtu nie. ya ALLAH. takutnya. dulu, dia selalu jugak bagi support. haha apa daa. toksah dok pikiakk pasal semua tu lagi. kan dah pekena loghat utara. ehh utara la kot. haha pada blogger2 yang follow aku dan nak aku follow back. tinggalkan lah link. mcm mana aku nak follow balik. adehh. ok selamat bersantai. ;)

Tuesday, 13 August 2013

asmara ini~~

assalamualaikum w.b.t

penyanyi asal. dah lama tak dengar lagu nie. tetiba nak layan. here for u all. ;)

Asmara ini yang hanyutkan kita
Asmara ini yang hanyutkan aku
Biar seribu kali kuucapkan
Takkan goyah
Oh kebenaran

Tiada kuduga tiada kupinta
Semuanya berlalu sebegitu saja
Dan kini ku disiksa dalam api ini
Sungguh aku telah mengerti

Takkan kuberlari salahkan sesuatu
Agar tak dihantui oh dosa-dosaku
Dan sememangnya mudah untuk kulepaskan
Seandainya kukatakan…

Asmara ini yang hanyutkan kita
Asmara ini yang hanyutkan aku
Biar seribu kali kuucapkan
Takkan goyah
Oh kebenaran

Asmara ini yang hanyutkan kita
Asmara ini yang hanyutkan aku
Walaupun seabad kupertahankan
Takkan goyah
Oh kebenaran

Inilah balasan untuk yang bersalah
Pedihnya kurasakan dan hanya berserah
Cukup dengan sekali aku mengotori
Cinta kita hancur sudah
Hancur kini

cover by CUMI. terbaik kan suara dia. 

#i'm SORRY but i miss u. i can't stand anymore. aku cuba tapi aku gagal. gagal lupakan semuanya. aku tak sihat weyh. ingat tak. time2 macam nie la kau datang rumah aku masa raya dan cakap, "demam rindu ehhh." siap nak bawak aku p klinik masa tu kan. aku tetap menghitung hari. walaupun mungkin sememangnya kau sedang berseronok dengan keseronokan dunia. atau mungkin juga kau sedang berperang dengan perasaan yang sama seperti aku. memperbaiki apa yang sepatutnya diperbaiki tanpa ada tulang belakang. siapa tahu. :')

*SUBHANALLAH. pinggang aku masih sakit. dahi aku bengkak sebab kena pukulan paling hebat dari kucing jiran aku. masih lagi tak kebah2. mungkin sebab tu kot aku demam. sok sek sok sek hidung aku. kepala pown miung. ok. selamat malam T_T

cancer non-hodgkin lymphoma ! ya ALLAH ! :(

assalamualaikum w.b.t

aku tak pernah kan update pasal medical nie. tiba tiba nak update entry pasal lymphoma sebab salah seorang yang aku sayang didatangkan dengan ujian yang besar macam nie. :')

lymphoma nie nama penyakit bagi kanser darah. ada dua kategori. hodgkin dengan non hodgkin. dan dia dapat cancer non hodgkin lymphoma. aku cuma terangkan sikit je ea pasal non hodgkin. sejenis kanser yang berasal dari sistem limfa. dan sistem limfa nie pulak adalah sebahagian daripada sistem pertahanan badan dan membantu melawan jangkitan dan penyakit lain. tanda tanda bagi penyakit nie. noda limfa membengkak, demam, hilang selera makan, berpeluh pada waktu malam, rasa penat, berat badan menurun dan ruam.

komplikasi pulak. mungkin melibatkan kecemasan klinikal kerana pembesaran nod limfa atau pengumpulan cecair di lokasi lokasi yang ada dalam badan di mana boleh menyebabkan halangan, termasuk halangan saluran udara, menghalang urat utama daripada mengembalikan darah kepada jantung, pemampatan jantung dan tekanan pada saraf di kepala atau tengkorak kepala. siapa yang kurang faham boleh cari sendiri dekat google. banyak lagi info. aku cuma olahkan sikit2 je.

#dan nak tahu siapa yang aku cakapkan nie? kak aida. dia yang memberi aku semangat. dia yang menjadi inspirasi utk aku berubah jadi lebih baik. kalau ALLAH tak boleh makbulkan doa aku atas alasan2 tertentu yang hanya DIA sahaja tahu. mana tahu doa dari kalian termakbul dan mampu buatkan dia bersemangat untuk teruskan hidup. kita sama2 doakan dia ea. sebab aku tak nak hilang dia. aku tak ada kakak. cukuplah hanya dia sahaja. bila aku dengar sahaja tentang keadaan dia yang latest nie. aku jadi semakin takut. :(

*perkara paling aku takut. aku hilang mereka2 yang aku sayang. kenapa? sebab aku susah utk terima kenyataan. time atuk dulu pown lama sangat baru aku boleh accept nie semua ketentuan tuhan*

bontong! dua hari lagi. dua hari lagi. selamat malam. :')

Sunday, 11 August 2013

maria elena?! siapakah?

assalamualaikum w.b.t

"hye assalamualaikum. tak jawab dosa. kalau jawab sayang." ha nie la style dia kalau buat video ke tutorial ke. dia nie blogger terhebat. klik BLOG MARIA ELENA kalau nak followlah. bagi aku semua video dia bukan annoying pown. sumpah tak. dia natural. semula jadi ok ! sebab tu aku subscribe dia dekat youtube. view MARIA ELENA. dan sweet betul dia dengan husband dia. korang tengok la. tak paksa pown. tapi tak rugi kalau tengok. muahhaha XD


masa nie dorang belum married lagi. tapi husband dia gila2 jugak macam dia. layankan aje perangai dia. tu yang best. masing2 tak hipokrit. aku suka part dia kenakan wifey dia. haha cute! btw, husband dia pown cakap she's totally different. apa yang lain? dulu dan sekarang. siapa yang follow dia dari mula2 sampailah dia dah kahwin. pasti akan tahu apa yang lain. kan bagus kalau aku ada semangat macam dia. penghijrahan yang sangat sangat sangat besar. ;)

well. lagi satu aku nak cakap. sumpah aku jeles dengan english dia. woww. awesome kot. happy reading! happy watching! ASSALAMUALAIKUM. ;)

#ya ALLAH. rindunya aku pada dia. sihat ke dia? tolong jaga dia untuk aku yang masih mengingati dia. sebab tu aku tak nak topup. tangan akan rasa gatal je nak call nak mesej. ALLAH, kuatkan hati kuatkan hati aku. tp aku tetap menghitung hari. adakah dia pown sama jugak? haha :')

bakar bakar !

assalamualaikum w.b.t

yeah.! thanx pada pak andak mak andak untuk bakar2 malam nie.

tangan siapakah si pembakar ikan itu?
sudah semestinya my beloved mom !

dan bersama encik husbandnya. waahh macam chef pulak bapak aku nie.
siap pakai apron lagi. hahah :D

yang nie pulak. err goreng sotong kunyit.
mak andak aku yang goreng. 

wahh meriahnya makanan bebanyak nie.
sumpah raya nie. aku makan banyak. sampai perut aku sakit2. :(

inilah small family aku. kalau semua bercampur pasti
suasana meriah kan. hahah :')

adik perempuan aku. si tukang melayan kerenah aku.
amik gambar aku bagai. thnx my beloved sis. ;)

masa itu ibarat roda. semakin kita kejar. semakin
pantas ia berlari. begitu juga aku. hanya melihat waktu
terus bergilir walau hakikatnya kenangan tetap tak kan berulang.
akulah wanita yang takut pada masa hadapan.
akulah wanita yang sentiasa mencongak
waktu hingga tiba saat yang sangat2
memberi makna dalam kehidupan aku. 3 hari lagi. :')

Friday, 9 August 2013

my EID :')

assalamualaikum w.b.t

sedang kita bergembira, pasti ada yang sedang menitiskan air mata. kita beraya cukup makan pakai kita. kadang2 aku terfikir macam mana orang2 susah tu menyambut rayanya, macam mana anak2 yatim yang ketiadaan ibu bapa semasa mereka masih lagi kecil.

dan ALHAMDULILLAH. aku masih punya ibu dan ayah. masih mencukupi makan pakai aku. cuma abang aku seperti biasa tidak beraya dengan kami di kampung. sedih jugak tp gua control macho bhai. haha :')

tapi yang tidak mencukupi itu hati dan akal aku yang jauh merantau. sejauh mana pun dirintih, the past will never come back. rupanya itu semua mimpi dan mimpi itu mainan tidur. jadi sebelum tidur basuh kaki, selawat, baca 4 qul. biar mimpi itu tak akan hadir dan memberi harapan kosong lagi.

teringat pada atuk. selamat hari raya atuk. asha rindu sangat. tahun nie tanpa atuk lagi. asha mintak maaf kalau atuk sedang menanggung kecewa. asha cuba. doakan kami ea. dan arai. selamat hari raya bro. rindu bro kat kau. bila lagi dapat jumpa kau. kali terakhir dia yang bawak dan aku takut itu yang terakhir. T_T

senyuman tidak menggambarkan hati. setiap malam perempuan dalam gambar nie menatap handphone. ada sesuatu yang sedang dia tunggu. dan ibu pada gadis ini. bertanya lagi. menyebut lagi. dan aku, apa boleh buat selain dari berlagak macam tak ada apa2 berlaku. sebab tu aku tak nak kau datang. aku sedang cuba memberitahu kisah sebenar seperti mana kau lakukan pada mereka2 yang mengenali kau. cuma tunggu saat api dalam dada meletus bila nama kau disebut2 lagi. walaupun sebenarnya kehadiran kau yang aku harap2 kan. tatap wajah kau tanpa jemu. bahagia tengok senyuman pada bibir kau. comel DP tu. :)

#aku yang memilih jalan ini. jadi aku tak akan pernah berhenti. menyesal itu pasti. tapi atas alasan2 tertentu, aku kuat untuk teruskan semua nie. walau hakikatnya hati ini rindu setengah mati. selamat malam. semoga tiada lagi mimpi ngeri. :')

Wednesday, 7 August 2013

salam aidilfitri ! ;)

assalamualaikum w.b.t

di kesempatan ini hana nak ucapkan selamat hari raya pada korang2 yang kenal hana. especially semua family hana tak kira lah yang jauh mahupun dekat, kawan2, blogger2, facebooker2, HATER's HATER's dan jugak dia yang entah masih lagi mengingati atau pun tak. syawal bakal menjelma ramadhan kian pergi.


"zahir tak terucap batin tak terluah
maaf mudah diungkap tapi sukar dilupakan
senjata paling tajam adalah mulut
maaf untuk setiap kata kata sengaja atau tidak sengaja
juga perbuatan yang mengguris hati
semoga kita berkesempatan bertemu ramadhan akan datang." :')

raya kali ini mungkin tidak bermakna bagi aku tapi mungkin bermakna bagi mereka yang masih memerlukan aku.

#06 hb 08. tarikh ini mungkin bukan tarikh keramat sebenar. tapi tarikh inilah dia mintak sesuatu dari aku. dan aku mintak diberi masa seminggu untuk beri jawapan pada dia. postpone punya postpone rupanya bukan seminggu tp nak dekat dua minggu. haha aku tak pernah lupa. hey. im still countdown the day. 7 days left. walau pun aku pasti kau sedang fikir yang aku dah jauh berpaling dari kau. mulut aku sahaja yang pandai menipu. ASSALAMUALAIKUM :')

Tuesday, 6 August 2013

hanya ingin kau tahu ;)

assalamualaikum w.b.t


Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

*lagu nie pown not bad. dah lama kot tak karoke. karoke?? banyak sangat memori yang kalau boleh aku aku nak lupakan tp hakikatnya aku tak mampu T_T*

#tadi busu tanya. aku dengan kau macam mana. macam biasa jawapannya tetap sama. dan ada jugak dia tanya kau datang raya tak tahun nie. entahlah busu. kalau dia datang, datanglah. gelak aku mampu tipu mereka yang tak tahu apa apa. hmm kenapa mana2 aku pergi ada je yang tanya pasal kau. . sememangnya aku la si penipu yang pandai menipu tentang perasaan. aku buat2 benci kau padahal aku rindu kau. aku buat2 seolah hati aku dah tak ada kau padahal aku perlukan kau. tapi aku takut nak dengar satu kata pown dari mulut kau. penjelasan tak memberi apa apa makna bagi aku sekarang. aku tidak menyalahkan kau 100% sekiranya kau bukan lagi yang aku kenal jadi jangan salahkan aku seandainya aku bukan lagi yang kau kenal. tp aku tetap menghitung hari. 8 hari sahaja lagi. selamat malam. :')

Monday, 5 August 2013

Tegar. siapakah??

assalamualaikum w.b.t

siapa yang tak kenal dengan penyanyi kecik molek dr indonesia nie. asalnya hanyalah penyanyi jalanan. even dia dah berjaya, dia tak pernah lupa asal usul. suara dia pown boleh tahan. comel pulak tu. haha view SINI kalau nak tahu life style dia macam mana. ;)

lagu bawah nie. bila dengar sumpah sebak. nie bukan lagu pertama dia. klik SINI kalau nak dengar first song dia. dan macam mengisahkan kisah hidup dia. keep it up tegar. :D

mengapa begitu berat
jalankan segala perintahMU
begitu banyak rintangan
utk mengarahkan wajah
bersujud kepadaMU tuhan :')

#raya tahun nie tanpa semangat. kami sedang menanti sesuatu yang besar. in sya ALLAH. dan aku pasti semua tu tak mustahil. :') dan kauuu ! aku dah tak nak jumpa dah la. suka paksa paksa. benda boleh cakap by fb. call pown boleh. saja je nak bg aku debar2 kan. boleh tak kalau aku nak cakap aku benci kau? benci la dengan kau. kau tak nampak ke? dah la gedik. nyampah. ! -_-

Saturday, 3 August 2013

TRIBUTE P.RAMLEE - tunggu sekejap

assalamualaikum w.b.t

bila mana perempuan dilahirkan dengan sifat lemah lembut tapi ditindas sesuka hati. memang emo sikit bila tengok cerita nie. mula2 kau rogol dia sebab dia tolak pinangan kau. lepas tu kau kahwini dia sebab nak bertanggungjawab la konon. tapi kau layan dia macam boneka hidup je. dilayan macam orang gaji. lepas tu tinggal serumah pulak dengan perempuan simpanan kau yang kau layan macam bini.

no wonder dalam realiti kehidupan ada bersituasikan seperti dalam cerita nie. sebab tu awal2 lagi perempuan kena warning lelaki kat luar sana. kalau sebelum kahwin dia dah berani naik tangan dengan kau, dah berani curang sana sini, berfoya-foya enjoy semua. no wonder after kawen nanti dia akan lakukan yang sama


nie full punya. sila download kalau nak tengok. :)

#hari ini serius penat beb. mengemas dari depan sampai dalam bilik semua. hari nie jadi lelaki kejap. memanjat tangga sebab nak gantung langsir besar punya. haha dan aku dah tak sabar nak tunggu BFF aku atin datang rumah. haa cik kila dengan cik ain pown in sya ALLAH tahun nie sampai. dari msjd tanah ke rumah aku. macam mana nak bg map kat pakwe kila nie. aku sendiri tak tahu jalan sangat dari rumah dia tu. ahha ok. happy watching ! ;)

Friday, 2 August 2013

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

assalamualaikum w.b.t

cara wanita berjalan

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

*Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam. dan bagi aku pulak, cara jalan no 3 dengan no 4 tu macam betul. haha ;). dipetik dari SUMBER*

#ha bagus. sebut2 nama dia. kalau boleh aku nak je cakap. ibu, yan. asha dah tak ada feeling nak fikir pasal married. tak kisah la asha dah umur berapa sekarang. nak2 bila dengar nama dia. ya. diorang tak tahu apa2. yang aku tahu, aku tak nak sesiapa pun sebut2 nama yang aku dah tak suka. TOLONG ! ASSALAMUALAIKUM.

Thursday, 1 August 2013

POETRY - terima kasih :)

aku mencari segenap ruang untuk digali kekesalan itu
tapi yang aku dapat hanyalah satu pengukapan tanpa noktah
terima kasih mengingatkan.
terima kasih menyedarkan
terima kasih kini aku tahu siapa aku
terima kasih kerana kau juga sama seperti mereka
kerana dahulu kaulah yang pertama bersuara
tika aku dijentik dan ditikam dari belakang
sekarang kau tergolong dalam mereka
terima kasih utk setiap kata-kata
terima kasih kerana kau berjaya menghunus tajam
walau hanya sekadar ucapan
akan aku ingat sehingga hembusan nafas terakhir
mungkin lebih tepat lagi
tika jasad aku terkujur kaku di hadapan mata kau
walau hakikatnya aku seperti mayat hidup saat ini
yang hatinya mati tanpa pusara

bukan kerna aku tak mencinta
cuma kerana ku tak mampu menatap matamu
tapi bukankah semua rasaku
sedia kau tahu tanpa ku perlu
menggapai pena dan menulis apa yang ada di hatiku. :')

#aku tak kisah pun kalau viewer2 nak cakap aku asyik update pasal cintan cintun puisi puisi bagai. ini memang aku. kalau tak suka unfollow. kalau suka keep it up dear. tp aku memang suka berpuisi. sejak zaman dahulu kala lagi. so plez support me sebab aku nak jadi seperti DAMYA HANNA. owhh kalau diberi peluang la kan. bukan nak kejar glamour tp sebab aku minat menulis. puisi tempat meluahkan rasa bosan mungkin. ASSALAMUALAIKUM :)

...

tiada niat membandingkan. cuma aku mahu kau sendiri membandingkan hati aku dahulu dan sekarang. kalau kau tahu apa yang sedang bermain2 di fikiran aku saat ini. senang sangat bicara itu ini tapi sekali pun kau tak pernah letakkan diri kau ditempat aku. kau tahu tak aku nie "berbeza" dari yang lain? kau sedar tak tu?

fokus pada matlamat kau. hati aku yang keras nie tak perlu amik peduli. lama2 dia akan lembut seperti dulu. seperti perempuan yang kau kenal. cuma aku perlukan masa. kalau kau ada matlamat. aku pun ada matlamat. mungkin ia lebih besar.

jangan guna kata-kata yang akan aku ingat sampai aku hembuskan nafas terakhir. berbaik. itu yang aku nak. tapi kita tak boleh. sebab akal aku hati aku kata. aku nak kita lebih dari itu. kau baik. jangan membandingkan diri dengan sesiapa. sebab kau lelaki pertama selain family aku yang suruh aku tutup aurat dengan sempurna, yang memarahi aku bila aku pandang lelaki lain selain dari kau. usah diingatkan kisah lama. :)


#dear HACKER. siapa kau, apa motif kau. terima kasih. kalau kau mengharap aku melawan seperti dulu. sama sekali salah. dalam 10 RAMADHAN terakhir ini kita diberi peluang mencari malam lailatul qadar. tp kau mencari sebab untuk menfitnah aku dan menjadi penghacker pada fb aku. semoga ALLAH membalas "JASA" kau. :)

*malam ini angin kuat dari selalu. adakah malam ini malam lailatul qadar? semoga kita semua berkesempatan bertemu dengan malam itu. dan aku. masih lagi tetap menghitung hari. 13 hari sahaja lagi. ASSALAMUALAIKUM :')
Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome