rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, 30 September 2013

POETRY - takut dengan lena~~

takut ke kamar sunyi malam ini
kerana kelmarin aku dapat mimpi
mimpi mereka kembali
aku merayu pada ILLAHI
jadikanlah ia sebagai realiti

mungkin bagi mereka itu hanya mimpi
tapi aku yakin satu hari nanti
keajaiban akan muncul dengan pasti
jangan biarkan aku seorang sahaja yang menanti
kerana kekuatan tiada dalam diri

#dalam mimpi aku menangis dengan gembira. berharap satu hari nanti pasti muncul sebagai realiti. pasti. pasti. :')


dehydration !

assalamualaikum w.b.t


nama je graduated nurse. aku nie pown boleh dikira dehydration jugak tw. sebab aku kurangggg sangat minum air putih. bukan air putih je, air manis pown kadang2 masa sarapan. tu je ! tp nasib baik makan cukup. dalam makanan pown terdapat air jugak. cuma rasanya macam tak mampu nak topup balik air yang kurang dalam badan aku nie. alahai.

so nak tahu kau tu memang ada dehydration a.k.a kekeringan kan kau tengok bibir kau. bibir aku nie memang toksah la kau cakap. tangan suka merayap nak kopek. selalu kena marah dengan member aku, dia dengan family aku kan. sebab kopek bibir sampailah berdarah. geram kot. lantaklah. janji puas. haha -_-

then kau selalu pening. macam aku. hmm ya, dari zaman dekat kuim lg aku selalu pening kepala. ini salah satu simptom tp kerana kedegilan aku kan, aku hiraukan semua tu. nak tahu cara lain utk mengesan dehydration boleh singgah SINI.

bahaya dehydration nie. bila kita kurang air secara automatik kita tak dapat supply oksigen ke otak. jadi kita tak kan dapat berfikir dengan baik. dan dehydration jugak boleh menyebabkan penyakit lain contohnya kerosakan pada organ2 dalaman kau yang sememangnya sangat memerlukan air yang secukupnya mcm buah pinggang. lihat SINI utk lebih lanjut.

#haihh aku tak tahu la info2 nie berguna ke tak utk korang kan cuma satu je nak pesan. jangan jadi degil mcm aku nie ha. sampai sekarang memang aku mengaku pening tu selalu muncul. so minum la air secukupnya 2-3 liter per day. cehh cakap org pandai aku nie. hahha :D

masam pengubat loya !

assalamualaikum w.b.t

hye peeps ! semalam aku rasa nak muntah benau2 la kan. aku tak tahu la pasai apa. makan banyak ke perut masuk angin ke. T_T


ternyata benda masam nie boleh hilangkan loya2. dulu ada gak org ckp dengan aku cuma aku tak pernah nak try. so semalam aku minum air kotak kiwi. rasanya masam woo. lepas tu terus tak jadi nak muntah. bila tak jadi nak muntah kau tengok. perasaan nak makan tu berkobar2 balik. budak kuat makan !! -_-

Sunday, 29 September 2013

"hak aku. dosa aku yang tanggung" !

assalamualaikum w.b.t

ada sorang hamba ALLAH dekat fb nie. letak DP nampak lah lurah sana sini. bila ada hok jatee kata barang baik dimarahnya pulak. dikatanya hak dia dosa dia yang tanggung.

meh sini cek nak habaq kat hang. kau sure dosa kau sendiri kau yang tanggung? dah tu function bapak kau, adik laki kau, abang kau apa erk atas bumi nie? jadi pengikat jamin dosa kau? gitu?

kalau rasa masa mati nanti kau mandi kan jenazah kau sendiri, sembahyang kan sendiri, kapan kan sendiri, tanamkan sendiri masa tu baru kau boleh cakap hak kau.

sebab tu lah jangan marah kalau ada lelaki mata keranjang. salah siapa? sedangkan perempuan sendiri berpakaian telanjang.

jadilah perempuan yang tahu jaga harga diri. bila kau dah berfikiran matang satu hari nanti kau sendiri akan rasa menyesal sangat sebab masa kau baru belajar erti dunia kenapa mudah sangat maruah kau diperlekehkan dipergadaikan. :')

"maruah" saya bukan utk sang ajnabi. tp untuk yang berhak
in sya ALLAH. ;)

banana boat !

assalamualaikum w.b.t

saja nak mengimbas kenangan lama kan. rindu seyh nak naik banana boat. time nie masa aku dengan budak kelas nursing aku join farewell kelas.

terpaksa akau letak gambau kecik bertanda soal tu. tak kan
aku nak publickan dorang tak pakai tdung.
jd kan dah berdosa n berdosa jugak dia kalau aku
letak gambar tak bertudung dgn sengaja pada pandangan public?
sori ea kawan2. bukan sengaja. harap korang faham. :)

aku tetap aku. ALHAMDULILLAH masih lagi bernafas dengan baik
sehingga hari nie. tahu kenapa? sebab aku tak tahu pown banana boat
dekat PD pernah ada orang meninggal gara2 naik menatang nie.
haha tapi tak kisah lah. janji safety diri sendiri.
lg pown kalau masa tu dah tiba ajal maka ALLAH
akan tarik nyawa kita. bukan sebab banana boat ok? :)

banana boat best !! cuma yang tak best hati aku jauh dari tempat tu. pada seseorang yang jugak sedang merasakan "sakit" pada dalaman.

terima kasih la pada penyelamat aku encik tak ada nama tu dengan john member kelas aku. sebab selamatkan aku dari lemas. hahahhaha sebab aku pendek. malu siot nak ngaku pendek. lepas nie nak lompat banyak2 kali lah ! nak kasik tinggi sikit. ! bukan aku sorang je. si pika kecik lg kecik dari aku. dia pown lemas jugak. tapi ALHAMDULILLAH selamat. kalau ada peluang nak naik lg tp in sya ALLAH dengan encik jodoh aku. ngeh3. tak serik2 lagi tu dengan lemas. bye3 ! :D

POETRY - jangan kuak kesalahanku, tutupilah keburukanku :')

assalamualaikum w.b.t



Mereka menyangkaku baik, padahal aku sama sekali tidak punya kebaikan,
Aku sebenarnya hanyalah hamba yang zalim seperti yang Engkau saksikan!
Engkau telah menyembunyikan seluruh keburukanku dari mata mereka,
Dan Engkau telah menganugerahkanku pakaian indah yang menutupinya.

Kerananya mereka mencintaiku, padahal aku tidak layak dicinta,
Mereka menyerupakanku dengan orang lain yang memang layak dicinta.
Kerana itulah pada Hari Kiamat jangan kuak kesalahanku,
Dan di Hari Pengumpulan, wahai Tuhanku, tutupilah keburukanku

(Syair Arab, diambil dari buku “Mensufikan Salafi dan Mensalafikan Sufi”, Dr Yusuf Al-Qardhawi)

*intai entry lama terjumpa entry nie. so update pada new entry. :)

motor feveret gua !

assalamualaikum w.b.t

RXZ ! tak kisah la jenis macam mana kan. janji RXZ ! besar kot motor nie !

125ZR ! pergghh nie memang sejak azali lagi berangan nak motor nie.
haha tp memang tak kan tercapai lah. huwaa :(

kawasaki ! nie lagi besar bapaknya pun aduii. tengok dari jauh je.

perasan tak semua warna biru sebab aku suka warna biru. hahah nasib baik lah aku perempuan weyhh. kalau aku hok jateee dah lama dah aku tibai motor nie tw. geram je tengok.

aku suka lelaki yang pakai motor2 mcm nie. bukanlah suka tangkap cintan tu. tp suka suka suki je. haha tp kalau bakal "laki" aku ada salah satu dr motor nie. lagi aku suka. muahhaha. jgn nak ckp aku materialistik pulak ok. aku suka motor2 nie memang dah berkenan. tp aku pelik kawan aku pendek tw. tp dia boleh bawak RXZ. ok chow !

MINI GIVEAWAY by T-SHIRT MUDAH TERENGGANU PART 2

assalamualaikum w.b.t

klik banner utk join !!

hana join ! wish me luck korang2. :D


Saturday, 28 September 2013

QUOTES - friend "CHEAP" is nothing !

assalamualaikum w.b.t


berkawan biar sejati. jangan sampai tikam belakang terguris hati. pijak semut pown tak mati.

kalau dah namanya sahabat jangan depan baik belakang macam superbb haremmm. menggunakan kawan untuk kesenangan. dan bila dah jumpa kawan yang boleh memberi lebih kesenangan kawan lama ditinggalkan terkontang-kanting.

sahabat is share hard time and easy time together. erkk. bukan nya friend CHEAP like nothing ! cerita keburukan kawan rapat kau sendiri dekat org lain. then bila dah dapat kawan "hot" kawan "cool" dicampak.

jadi, carilah kawan yang tahu menghargai kita sama ada dalam keadaan susah mahu pun senang. bukannya kawan yang mengajak kita untuk jadi bongkak dengan kelebihan yang ALLAH dah beri. kecantikan tu memang HOT di dunia. tapi belum dapat menjamin kita ke syurga. salam isyak. :)

rezeki masing2 tak sama !

assalamualaikum w.b.t


 rezeki masing2. ALLAH dah tentukan sejak azali lagi. cuma cepat atau lambat sahaja. jadi jangan mengeluh. yang penting usaha doa dan tawakaltu.

sama jugak seperti aku yang kini terlalu banyak peluang depan mata terpaksa aku tolak. tapi aku tidak menyesal. kerana aku yakin rezeki ALLAH tu ada sedang menunggu aku.

cuma terkadang manusia seperti aku tidak lari dari rasa cemburu melihat kawan2 aku yang sudah pown bekerja sama seperti course masa belajar dekat kuim dlu. TAPI cepat2 aku beringat. nasib baik org sekeliling aku memberi aku semangat dan mengingatkan aku tentang rezeki ALLAH berada di mana2. doakan hana ea korang2. :')


Friday, 27 September 2013

kisah konvo :')

assalamualaikum w.b.t

terima kasih ALLAH. terima kasih ibu ayah. perjuangan asha selama tiga tahun tamat di sini. doakan lah yang terbaik buat asha semoga perjalanan hidup asha di alam pekerjaan nanti ALLAH permudahkan. in sya ALLAH :')

ibu. ibu engkaulah ratu hatiku. penguat semangat !
gambar ayah tak ada lah. jadi gambar ibu pown jadilah. :')

semoga jumpa lagi rakan2 seperjuangan.
yang lain entah mana tercampak. nak amik gambau sesama
pown tak dapat! :(

kak seha yang perangai annoying tp gila2. rakan seperjuangan
yang akan bernikah tak lama lg. haha
semoga jumpa lagi kakak. :')

nie adik junior yang bakal menduduki LJM.
setahun rasanya lagi.
dia jugak YDP fakulti utk tahun nie. gud luck dear. :)
abaikan muka aku yang agak selekeh ! -_-

nie member gua. member kuim lain course. annoying ini budak.
tiba2 nak bergambau sesama. haha si keding nie !
comot nya muka aku. lantak lah erk ! natural ok ! :D

hari konvo yang ceria bg org lain tapi aku?
but i still thank you for everything what my mother
done to me. love her more than my life. :')

pemberian abang aku. dia janji nak attend hari bersejarah aku.
tp dia tak ada.
pandai dia nak amik hati aku balik kan? :')

tahniah hana. tahniah pada rakan2 seperjuangan. pada
rakan2 kuim. perjuangan kita sudah berakhir. :)

#terima kasih pada makcik2 pakcik2 sedara aku, nenek2 atuk2. rindunya pada arwah atuk. atuk, asha dah berjaya bawak pulang segenggam diploma utk atuk. atuk pergi tak sempat utk asha banggakan atuk. asha nak atuk. :'(

dan kawan baik aku atin. walaupun aku masih lg ngajuk pd dia. terima kasih selalu ada utk aku. rindu atin sangat2. hmm terima kasih jugak pada si bontong. dia tak dapat hadir tapi dia tetap beri aku sokongan dan berbangga dengan kejayaan aku. i miss him. i hate him ! :')

sekali lagi penganiyaan terhadap kucing !!

assalamualaikum w.b.t


layakkah mereka digelar manusia? sedangkan kucing haiwan kesayangan nabi. tp dorang nie melayu. mana letaknya akal? gurauan apa mcm nie??

dulu ada kes dekat china rasanya. awetkan kucing dalam balang kaca utk dijadikan perhiasan. lepas tu ada kucing di gantung dengan wayar di cucuk kat telinga, ada dengar kan? baru jugak news nie. hmm haiwan secomel ini dianiaya. :'(

Thursday, 26 September 2013

POETRY - pesan dia :')

kata dia kekuatan ada pada diri kita sendiri
tp kita yang membiarkan ia terus jd lemah
saat aku tidak berbangga dengan apa yang aku miliki
tp dia tetap berbangga
dia memberi aku semangat dan kekuatan
saat hati aku sudah mula tawar

dia tetap tersenyum walau aku dingin
tika aku menangis di hari kejayaan aku
dia menceriakan walau dia tiada
dia mendoakan dr jauh
hanya itu yang aku perlu
semoga ianya kekal bukan sementara

kerana dah terlalu biasa dengan kecewa
jadi aku berpesan pada hati
jangan terlalu berharap pada manusia ciptaan ILLAHI
kerana mereka tidak lari dari mengecewakan

#mata aku bengkak sebab terlalu banyak menangis mungkin. alahai. kenapalah hati perempuan aku tidak mampu mengawal perasaan yang sedang berombak. pesan dia. bersabar dan berdoa. in sya ALLAH. tak apalah kalau dia tak dapat attend konvo aku. kelas dia padat kot. tak kan lah aku nak suruh dia cancel class semata-mata utk konvo aku? ibu aku ada gak tanya. alahai. apakah? ibu ayah. dia ajak lepak pengkalan balak. haha :)

Wednesday, 25 September 2013

malam graduan ;)

assalamuaaikum w.b.t

malam graduan di hotel ramada plaza melaka. dinner utk meraikan mahasiswa mahasiswi yang graduate. hari nie raptai. esok pulak konvo. lahai. tapi aku rasa seperti apa erk? orang lain hepi je. kenapa aku macam nie?

duduk semeja bersama kawan gila2 sampai meja pown jadi wanted.
sebab mulut yang tak boleh kunci. haha :D

di antara kakak2 yang bakal mendirikan rumah tangga. semoga hubungan
mereka dengan bakal suami sehingga ke jannah. in sya ALLAH. ;)

peace no war. snap snap snap sampai lapau.
berucap lama nau. adehh. -_-

si panjang umai yang gila2. cita rasa sama. kaki enterframe.
kaki bising. hahaha dan ktorang sangat tak puas hati tentang cabutan bertuah
sebab tak dapat. pergh grand2 siot hadiah.
vacuum la TV lah samsung S4 lah ! asal aku tak bertuah ! ahaha -_-

nie perangai pown asal boleh je. hahaha semua bedal.
gila2 sama ini budak. :D

kami boleh jadi kawan mungkin sebab mulut yang seperti kak nam. :P

tak dapat nak gambar sama2. fall in love dengan suara merdunya. aku dambakan
suami yang mampu dodoikan aku dengan zikir. in sya ALLAH. :')

wahh john. dikelilingi gadis2 jelita. haha :D

zubir ber'kot' siot. frst time tengok. semoga malam ini bukan malam terakhir
kawan2. semoga jumpa lagi di masa akan datang. :')

aku berkebaya. malam graduan yang simple.
tapi hati aku tak ada dekat sini. jauh jauh dan jauh.
ketawa hanya untuk menutup hati yang tiada. :(

#semalam kau ada. esok lusa tak ada. sampailah sebulan dua bulan ke kan. lepas tu muncul balik. mungkin sudah biasa sampai tiada lagi air mata. dan abg afiq. maaf. sebab mulut nie terpaksa tipu. jawapan ok tu sebenarnya bertentangan bang. hana nak orang nampak hana ok padahal apa yang berlaku lain dari apa yang keluar dari mulut. kalau nak kan kepastian pergi lah tanya dia sendiri. jawapan dia lebih banyak jujur dari hana. salam maghrib. :')

Tuesday, 24 September 2013

KAROKE ! berteman sepi !

assalamualaikum w.b.t

rindunya nak karok. siapa kaki karok? kita sama. bilalah dapat mengarok mcm dulu2 lagi. rindu dengan budak2 aku. korang dengar lagu nie ok. khas utk korang yang sedang hangat dilamun cinta atau pown yang sedang sejuk dilanda badai. cehh macam DJ siot aku nie. hahah



Penaku menari mencoretkan sebuah puisi kelukaan
Gurindam jiwa cinta dan airmata
Di kamar hati ini masih ada sembunyi
Kenangan yang tak mampu ku lemparkan jauh

Penaku menari melakarkan gambar kesayuan masa silam
Tinta bersulam biru warna kerinduan
Berkaca jernih ingatanku
Biarpun dikau telah jauh
Dari pandanganku

Manisnya pertemuan pahitnya perpisahan
Segala kini tidak dapat untukku bahasakan
Semua kini kaku tiada lagu merdu
Setiap madah baris kata bukannya lagi buatmu

Kini berteman sepi kini aku sendiri
Suka dan duka dalam meniti gelombang kembara panjang
Jauh melangkah pergi tidak menoleh lagi
Kenangan silamku tinggal tertulis kini
Dalam sebuah puisi

Penaku menari membariskan puisi sebuah pengalaman
Gurindam jiwa cinta dan airmata
Di kamar sepi ini titisan membasahi
Dan aku tidak tahu
Pada siapakah untukku luah rasa

diet kurang sihat !

assalamualaikum w.b.t

aku nak diet? toksah ler korang harap. hahah aku kuat makan tw ! pantang nampak makanan depan mata. cewahhh. tak ada lah sampai macam tu sekali. tapi istilah diet nie tak ada dalam kamus hidup aku. kalau nak besar tu besar jugak. jd diri sendiri je. siapa nak kita so kena terima seadanya. badan cecantik pown esok lusa makin berkedut gak. jahat erk mulut aku? hahah depend situation lah. aku tak cakap semua. :)

ok. nak diet tak salah weyh ! cuba kau amalkan mcm piramid makanan tu. ambil dalam kuantiti yang sepatutnya.

faham kan? tak perlulah nak terangkan ea dak? pemalas punya budak dak hana nie. haha

ok. jangan ambil sebarangan ubat. memang kesan terdekatnya kau akan kurus mendadak. TAPI kesan masa kau tua nanti? pernah kaji? bila tua nanti kesan pada ginjal dan organ2 dalaman. wanita terlalu obses dengan kecantikan. kalau perlukan supplement utk kurus dapatkan nasihat dari doktor. tanya yang lebih pakar bukan main bedal je ! dan pastikan pakar tu telah berdaftar di bawah KKM ! bukan ciplak punya ok.

lepas tu diet yang mungkin dia tak ambil supplement kurus tapi dia sanggup ikat perut tak makan. see? alahai. kalau nak diet sekalipun jangan sampai abaikan kesihatan. nanti masuk hospital siapa yang susah? dalam ISLAM pun ada cakap jangan sesekali menzalimi diri sendiri. jadi jom ikut diet yang sihat kerana diri anda begitu berharga ! cewah ! haha ^_^

Monday, 23 September 2013

sampai bila nak jadi penipu hana !!

manusia kadang2 dia terpaksa menipu untuk tutup aib orang lain. kadang2 dia terpaksa jadi penipu demi menjaga hati orang lain. kadang2 manusia harus menjadi hipokrit demi mencapai sesuatu yang lebih baik. itulah aku yang selayaknya digelar penipu.

penipu pada perasaan sendiri. menipu demi menutup lurah yang ada depan mata. kak seha. even dia perangai gila2 sampai boleh buat orang annoying tp dia selalu bg advice. nak2 berkenaan dengan aku n si bontong. sebab tu aku selesa jugak dengan dia. ditanya sama ada aku dengan dia ok ke tak. kalau goyah masih boleh teguhkan semula. kalau terputus talinya sayang seribu kali sayang. pasangan ini dikatakan sweet. kak seha suka tengok relay aku go on dengan bontong. jadi jawapan aku akan jadi seperti apa agak2? dan akhirnya tafsiran dari kak seha sendiri. "ok" pada dia. puan aku pulak. hanya nak tunggu aku dengan dia bila lagi akan ikut jejak langkah kak seha.

ya. kawan. family yang juga tak pernah tahu keadaan sebenar. sakitnya bila asyik ditanya tentang relay tentang itu tentang ini yang semuanya berkaitan dengan dia. pernah tak tanya pada dia sendiri. dalam fikiran dia masih ada tak bayangan aku? jangan semua soalan dicampakkan ke arah aku. akal perempuan cuma satu. jadi 9 akal lelaki fungsinya sebagai apa?!

aku mintak maaf sekali lagi untuk penipuan ini. aku akan jujur bila dah sampai waktunya. masa tu mungkin aku akan restart balik my life atau shut down sampai bila2. ASSALAMUALAIKUM :')

cukuplah tu mengabdikan diri pada manusia !

assalamualaikum w.b.t


bukan mahu membuka aib sesiapa. bukan juga mahu menilai dan menghukum sedangkan aku cuma hamba pada DIA yang menjadi penghakim dunia akhirat. cuma mahu berkongsi cerita pengalaman aku yang hidup selama 21 tahun atau pown mungkin tak sampai 21 tahun saat aku masih lagi baru mengenal erti dunia dan kehidupan. adoii. dah mencarut pulak aku nie. hahah

sedar tak? tahu tak kenapa even kau dah berubat macam2 tak kiralah dengan siapa ke guna teknologi yang macam mana ke. perasan tak kenapa kau selalu sakit? tak sedar kan?

ALLAH ada. tapi kau terlalu berharap pada manusia sedangkan kau lupa DIA yang menghidupkan dan pada DIA jugak kita akan kembali. utk apa? sedangkan kehidupan, kesihatan bukan terletak di tangan kita yang hanya sebagai hamba. kita hanya pelaku takdir yang ALLAH sedang aturkan.

cukuplah tu mengabdikan diri pada manusia yang tidak menjanjikan kebahagiaan kesihatan dunia akhirat. bukan nak cakap berubat tu salah. TAK ! tapi jangan terlalu yakin sampai kau alpa dan lupa untuk berdoa semoga disembuhkan. kalau ALLAH beri kau penyakit bukan DIA tak sayang. tapi DIA nak tengok sejauh mana kau ingat pada DIA. heyy. jangan sampai kejahilan diri sendiri menjatuhkan air mata orang sekeliling kau. ingat !

#ok. baru sampai rumah. settle sudah semua. bila lagi aku akan sampai masjid tanah dengan kuala sungai baru kan? sumpah sebak tadi nak melangkah meninggalkan kawasan yang terlalu banyak memberi memori indah dan jugaa.. pahit. :')

Sunday, 22 September 2013

kerana cili padi !

assalamualaikum w.b.t

seronok jumpa kawan2 lama. esok dah nak berambus dah dr sini. sehari je. lepas tu balik rumah aku naik bas pulak tu. turun msjid tanah yang terlalu banyak kenangan. arghhh ! :'(

 

ok. gua sumpah sakit perut nie. kerana dek cili padi. siapa suka makan cili padi? kita geng !
even perut aku meragam macam nak pecah je nie. aku tetap makan cili padi. abg aku sampai marah aku kalau aku makan sambal banyak ke kan. "hari nie kau makan dia. esok lusa dia makan kau balik." adehh.

sedaplah. kadang tu aku buat ulam je. orang melaka kalau tak makan pedas pergi main jauh2. malu nak anggap senegeri. haha gurau je ok !

#kenapa kenapa kenapa. aku perlu rasa rindu sedangkan aku sudah tak dianggap penting. chow !!

aku si buta jalan !

assalamualaikum w.b.t
perghh tajuk mcm komsas pulak kan. ha jangan pelik aku boleh pulak on9. aku dah selamat sampai kuim. esok balik rumah balik. haha. pakai berukband member aku je kat sini. muahhaha.

ada tak yang macam aku buta jalan? even dah banyak kali jalan dekat somewhere ke kan still tak ingat jalan tu. adehh.

tu la lain kali orang lain drive kau tengok lah jalan tuuu. bukan membuta sepanjang jalan. bukan main handsett jee. haisyyy bengong gak gua nie. haha jadi jangan jadi macam aku.

#ok. nak turun pergi kedai mak kejap. rindu seyh. nak makan kedai makk. rindu jugak pada yang selalu tolong mak. arghhh. aku benci ! dah nak blah. salam maghrib. ;)

terima kasih for wish besday ! ;)

assalamualaikum w.b.t

korang !! blog !!! rindunya. dah lama tak update entry kan? cehh padahal baru 2 hari. tp tetap rindu. sebab internet gua tak boleh pakai. sedih guling2 gua. haha

terima kasih ea pada yang wish besday aku semalam. nak2 yang mesej aku semata-mata sebab nak wish kan. terima kasih pada cik ain orang pertama wish antara kawan2. lepas tu cik mun, amy yang wish pada pagi2 buta masa aku tengah membongkang. mana taknya pukul 1 lebih kan? haha terima kasih pada sharil kawan kolej n cik kila yang wish masa aku tengah kerja. padahal sharil call malam tu sebab konon2 nak ajak hang sesama la kan. aku mana boleh kuar malam. bru perasan besday aku. apa daa. haha terima kasih jugak pd yang post dekat fb. may ALLAH bless u all too. :')

dan mungkin sebab kawan baik aku nak final sampai lupa tarikh penting aku. serius gua touching dengan dia. even dia say sorry. tak pe la. aku tak nak hal kecik nie kacau final dia. :(

ha yang nie first try adik perempuan aku. pengajar ibu aku. ada pulak time besday girl
dia suruh aku ajar. tak nak lah aku. haha tp sedap weyh.
kopek2 dah haa sebab kena cungkil dengan aku. :P
kalau nak ikut overall fateh org first wish masa pukul 11 lebey.
excited nak jadi org pertama. haha

yang ini pulak adik aku yang kecik belanja. haha comel kan adik aku? ;)

eh2 mcm mana budak ngada2 nie boleh masuk dekat sini nie. kau tengok atas mana dia bersandar?
atas perut aku nie haa. geram pulak aihhh ! -_-

ibu aku cakap "sorilah asha. ibu masak nie je untuk besday girl. tangan ibu sakit." sebak aku dengar ibu ckp mcm nie. tahu kenapa? sebab masih lg fikir nak masak utk aku padahal tangan sakit2. tak apa. sambal ayam pown sedap ibu. bila tangan ibu dah sembuh masak kanlah. masih ada masa lagi dengan izin NYA. :')

semalam aku dapat free call. memandangkan tak ada siapa pon yang sudi utk aku call. cik mun je la jadi tempat gosip aku semalam. banyak benda yang ktorang pass report dan soalan yang membuatkan lidah aku terkelu dia tanya aku relay aku dengan dia mcm mana. aku tahu mun akan salah faham dengan jawapan yang aku bagi semalam. sebab banyak dolak dalih. mungkin. hmm

#ok guys. petang nie aku gerak tido kuim sampai esok. nak amik baju konvo punya pasal. jadi agak kurang lah entry yang akan aku update nanti. haha :D

Thursday, 19 September 2013

kisah benar : penangan mencabar ALLAH !

assalamualaikum w.b.t

Copy n paste ..

Berita : Sep 18 Wed 11:31 **
SANI MOHD NOOH: *Ini suatu kisah benar~ (kejadian di tmpt saya- johor. Tmpt & nama2 terlibat x perlulah ditulis di sini...)

Penangan mencabar Allah !

Sepasang couple, dinasihat oleh kluarga & kwn2 agar jgn suka buat maksiat... Semua nasihat hanya dibalas dgn kata2 perli oleh mrk berdua..

Nak jd cerita smlm.. Terluncur kata2 dari mrk brdua, "Kalau Tuhan berani , meh kita jumpa... Tgk sapa lg kuat ! " Sambil ketawa. Kedua2nya gelak...

Kira2 jam 11.30 mlm (tanggal 16 sept 2013), mrk brdua berkenderaankn motosikal memecut laju di highway tepi kg kami. Tiba2 brdentum bunyi accident. Kedua2 pasangn itu terpelusok didpti terpelosok ke bwh lori 16 tayar. 

Menurut saksi, mrk cuba memotong tp ada kereta brgerak perlahan d dpn, lalu terbabas ke lori semula, x dpt dielak lg.. 

Apa yg terjadi kpd mereka ?

Kedua2nya digelek hancur oleh lori yg sarat dgn muatannya itu....

Menurut saksi , tidak ada satu bahagian dari bdn kedua2 yg tidak hancur. Yg dpt dicam hanya 4 batang tulang (kaki) yg dagingnya telah tiada langsung, bagai dikikis habis...

Bomba yg mengutip mayat2 itu hanya dpt mengutip sisa2 itu dgn penyodok sahaja. Oleh kerana mayat2, mati berasingan, maka dpt la diasingkn jgk antara keduanya..

Di hospital, kedua2 mayat dimandikan dlm tapis, bagai membasuh daging cincang ( daging tetel ?), tiada jln lain.

Mayat itu kemudian dikafan bagai mengulung 'kueh popia' & dikerandakn. Kpd keluarga msg2 dipesan supaya jgn dibuka lg keranda itu.. 

Maka siang td (17 sept 2013), telah ditanam hamba2 Allah yg sombong itu... Hamba2 yg begitu berani mencabar Allah ! 

Apakah nasib mereka mlm ini wahai kawan2 ku !?

#Wahai saudara2 ku, wahai hamba2 Allah. ambil pengajaran dengan kisah yang berlaku. SUBHANALLAH. :')

kerana baran !

assalamualaikum w.b.t


nie yang menyebabkan aku tak nak kawen nie ! weyh syaitoonnn ! nyah kau dari sini. jangan nak hasut orang jadi panas bersifatkan kau.

kerana baran weyh ! aku takut. sumpah aku takut dapat suami panas baran. takut dapat suami yang senang naik tangan. :'(

tengok tak cerita jannah si sufian tu? bini tengah pantang di layan macam binatang. itu manusia ke hape? lepas tu manusia sekarang. asal gaduh dengan family ke dengan sesiapa ke update sana sini. tu nak buat apa? bukak aib? nak bg orang nampak? kemond r. sometimes gua rasa nak nanges bila ada situasi mcm nie. aku pown baran jugak. tapi tak kan kerana baran sampai mengaibkan keluarga sendiri sampai sanggup menganiaya bini mcm cerita cinta jannah tu. -_-

#tak nak kawen r macam nie ! T_T

segmen tambahkan follower & isi tabung

assalamualaikum w.b.t

klik banner utk join !

baru perasan segmen nie. haha gd luck pd siapa yang join. ;)



tahu buat kerja kampung kau awesome lelaki !

assalamualaikum w.b.t

nak cari suami jangan takat handsome je. bajet sana sini. alah kena gigit nyamuk. pergh berbulu aku dengan laki macam nie. haa.

ada tak lelaki zaman sekarang tahu buat kerja2 kampung? even kerja dekat bandar pown kau kena tahu weyh nak buat kerja2 kampung. bukan lah aku suruh kau tebang semak. tapi tahu nak kutip kelapa. bukak durian. pergh untung seyh kalau dapat kawen dengan laki yang tahu kopek durian. sedapnya ! haha

aku curik gambar nie dekat en.google je. hehe

serius aku suka lelaki mcm nie. bila orang dok kat sungai tangkap ikan dia pown join sekali. bukan dok dalam uma terperap mcm anak dara. 

style la pakcik nie. curi kat en. google gak. haha

so korang macam mana? sama pendapat macam aku ?? since aku dok kampung. so aku dah biasa dengan kampung. orang bandar nie kalau tahu mcm mana nak sesuaikan diri dok kampung ikot cara kampung kau tak akan dipandang serong. dah. nak masuk kerja. bye ! :D
Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome