rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, 14 September 2013

kerana inilah wanita perlu cari lelaki yang faham & amal ilmu agama. !

“Abang...hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi,
dah solat. Tapi harini keluar balik...kira period balik ke bang?”

”Maybe kot. Try search kat google...”

"Dah tapi macam tak paham sangatlah bang.
Erm, akak Erma ada cakap dekat masjid belah pagi ada
kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”

“Buat apa...cari ja kat Youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu.
Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”

Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan,
isu yang sama berulang. Si suami pula terus menerus
memberi alasan.

Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami
menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak
mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid,
nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang
akan menanggung dosanya?

Bukankah mengajar isteri fardhu ain
itu suatu perkara wajib bagi suami?

Apa maksud PERKAHWINAN?

Perkahwinan bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua.
Bukan juga sampai tua. Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin mesti fahami peranan masing-masing
dalam perjalanan panjang tersebut.

Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar KETUA.
Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi
seorang ketua. Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar
mesra (kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah kemana. 

Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang
tidak perlu diketahui oleh lelaki. Sebab itu tidak pelik, ada suami
menengking isteri bila disoal tentang itu.

”Awak kan perempuan? Hidup dah
bertahun-tahun takkan awak tak
pandai-pandai lagi bab tu?! ”

Sebenarnya suami yang bertanggungjawab tidak akan
mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya,
ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari
dari TANGGUNGJAWAB !


#copy paste dr page facebook. ;)

6 comments:

Lieya Von Jay said...

tq untuk perkongsian ini. kebanyakan suami zaman sekrang memang jahil bab agama. Sembahyang pon tidak ini kan pulak nak bercakap hal hukum agama...
nauzubillahminzalik!

Cik Mun said...

itulah..harap2 dapat la jodoh yang baik2 :)

asha hana said...

lieya von jay: wlcome sis sayang. yup. memang betol pon. kadang isteri jd kurang agama bergantung pada suami.alahai.

asha hana said...

cik mun. in sya ALLAH. semoga kita dapat jodoh yang baik2 ea. ;)

chicken_floss said...

Tapi sy juga tak salah kan lelaki bila kurang agamanya, setiap orang dapat peluang yang berbeza, mungkin isteri ada ilmu lebih dari suami, maka isteri patut bimbing suami juga..apa yang penting dalam marriage life r cooperation and patient. Then everything will be easy to handle. Terima dia seadanya dan minta dia terima kita seadanya. Saling melengkapi.Itu yang terbaik.

asha hana said...

ea dear chicken floss. pendapat yang awesome dr awak. agree 100%. tapi sememangnya tanggungjawab laki soal agama dan didikan lebih besar. lainlah kalau perempuan tu kawen dengan mualaf yang perlu dibimbing. hehe in sya ALLAH perkahwinan yang indah harus datang dr kesabaran dan kerjasama. ;)

Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome