rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, 16 September 2013

POETRY - kesudahannya~~

bila akal menerajui sang hati
aku semakin terpedaya dengan mainan
kesudahannya aku rebah
engkau mungkin sedang berseronok melihat kejatuhan aku
engkau mungkin sedang berenang di lautan air mata aku
setitis rasa hati tidak engkau peduli
setitis hujan yang jatuh membasahi pipi
bagi kau aku hanya bersandiwara
mungkin selama-lamanya engkau tetap seperti itu
dalam mainan kau aku kalah
tidak
aku dah lama undur diri
atau mungkin juga kau sedang meraikan
dengan sang lain yang juga melihat aku seperti boneka hidup
takziah pada hati
tahniah pada engkau

#dah nak dekat 3 minggu. jadi aku rasa mungkin sangkaan aku tepat. bagi mereka. tunggulah kalau hati masih ada. ya. aku boleh tunggu. tapi sampai bila? sedangkan aku sendiri tak tahu aku sedang ditunggu atau aku sudah jauh dicampak dari hati. keyakinan sama sekali sudah tiada. jadi lebih baik aku menyerah. ASSALAMUALAIKUM ;)

*dah lama tak menulis puisi mcm nie. haha *

6 comments:

chicken_floss said...

jangan cepat menyerah kalah, khusnuzon dengan setiap apa yang berlaku, itu yang terbaik..:)caiyok hana!

mirza syazwina said...

kuat2!,yeeahh..:)
jangan cepat menyerah ok:)

Lieya Von Jay said...

sabaq ye hana.. walo apa pon hana jangan tunjukkan kekalahan dia. tunggu sampai satu hari biar dia yang jatuh tersungkur menyesali perbuatan nya..

asha hana said...

alamak ada feedback. haha chicken floss. in sya ALLAH. hana bukan menyerah kalah tapi mengalah dengan lakonan dunia. haha

asha hana said...

mirza : hahaha hana sememangnya kuat. terima kasih dear. aja aja fighting !

asha hana said...

lieya : alamak akak. haha hana tak la sampai fikir mcm tu. cuma kadang2 situasi kita orang tidak akan pernah faham. terima kasih atas keperihatinan akak. hana hargai. ;)

Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome