rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 31 October 2013

POETRY - mamai !

assalamualaikum w.b.t

mamai
alasan untuk tutup kesalahan sendiri
atau lebih kepada rasa bersalah?
sebab aku dah mula rasa menyampah
hormat?
semuanya hilang
kerana apa
kerana kau tak pernah anggap aku manusia yang punya hati
mamai?
hanya alasan
mana pergi munasabah?
bila kau buat sesuatu sehingga kau lupa kewarasan
saat itu aku harap kau hilang dari mata
jadi tolonglah aku yang ketandusan
aku masih punya hati dan rasa
aku tidak lagi sekejam kau
bantulah aku yang penuh dengan harapan
kerana aku tidak sanggup lagi dengan benci yang tiada sudah

'detik terindah' by damya hanna !

assalamualaikum w.b.t




karya kak DAMYA HANNA melalui on9. serius. aku dari hari tu nampak banner nie dekat page beliau tapi aku ingat bukan karya dia. so bila aku belek balik page beliau, aku miss something ! rupanya beliau ada terbitkan karya dekat ILHAM. so setakat nie dah ada 3 bab yang beliau muat naik kan dekat situ. bak kata beliau in sha ALLAH esok akan publishkan bab 4.

aku baru nak start membaca. yeayy. korang silalah baca karya2 beliau. sebab karya2 beliau sangat menarik dan tak bosan. ok bye ! :)

masalah lappy semakin berleluasa !

assalamualaikum w.b.t



lappy oh lappy. kau sangat pandai atur masa kan? time aku ada duit time tu la kau nak buat hal. kau tak sayang kat tuan kau ke ha :'(

aku tak tahu apa masalah lappy aku nie. aku ada dua account. satu ada password satu tak ada. account yang aku selalu guna tu yang ada password. tu memang khas utk aku. account lagi satu tu aku cipta utk orang lain.

then bila aku nak bukak je account, aku enter password betul tw tapi dia cakap accoount aku nie failed to log on dan failed to load. kenapa kenapa kenapa? ada virus ke ha? siapa pakar computer. jelas kan pada aku. sebab dekat local disk (D:) pown aku tak boleh bukak bila aku bukak dekat account yang tak ada password tu. ok local D tu memang aku letak pasword sekali so bila aku bukak local D dekat akaun tak ada password aku kena mintak izin dekat account yang ada password (admin). dia cakap 'the system cannot find the file specified.'

local D tu dah la banyak dokumen penting. ada gambar2 dan entertainment ! semua benda penting ada dalam tu ! apa seyh maksud nya? apa seyh semua nie?? nak nangis lah rasanya !! haihhh !

pendidikan ISLAM !

assalamualaikum w.b.t



ok. jangan anggap aku nak bongkak. tapi aku nak bercerita pengalaman sekolah bila hidup bersaing demi subjek pendidikan ISLAM yang sangat2 meralatkan. lahai. ok masa sekolah dulu aku suka score sebab senang gila nak score kan. tapi bukan sebab tu je. aku memang suka subjek nie nak2 banyak yang berkaitan dengan hidup. contoh, pasal adab2, perkahwinan, tertib2 pergi haji dan macam2 la kan. tapi aku lebih suka pasal kisah2 zaman dahulu yang banyak sangat timbulkan kesan sedih. zaman abbasiyah bagai kan. siyes. :')

aku pernah bersaing dengan kawan kelas aku lelaki. sebab nak dapat higher marks kan. masa exam biasa aku kadang tinggi dari dia, kadang dia tinggi dari aku walau pown dalam grad A+ yang sama. tapi bila spm memang aku hampa gila rasa nak nangis sebab dia lebih dari aku ada + tapi aku tak ada. lahai. tak apa. benda nak jadi. kita dah usaha sebaik mungkin kan? T_T

mak itam aku sampai suruh aku apply jadi ustazah sebab pendidikan ISLAM aku selalu score. tapi aku TAK NAK ! sebab apa? sebab aku tak minat mengajar. yang kedua sebab aku bukan perempuan yang baik dan tak layak rasanya digelar ustazah. i mean it. :(

#ok, timbul topik nie sebab adik aku bukak cerita pasal haji dan umrah. "kalau betul pro...". pro? tidak. kalau aku pro aku tak kan kalah dengan kawan aku tu. alahai. benda dah lepas tapi aku tetap rasa ralat. -_-

Wednesday, 30 October 2013

POETRY - aku terikat !

assalamualaikum w.b.t


walau aku tertawa
walau senyuman aku girang
tapi tidak bererti aku berjaya menggapai impian kita
senang tertipu bukan?
tapi aku tidak pandai menipu diri dan hati
aku terikat
antara noda dan barakah
aku terikat
antara cerita atau cita
terikat aku antara kenyataan atau fantasi
langkah mana harus aku jejak
kerana setiap perjalanan aku taburan dosa keliling
puas aku fikir apa caranya untuk aku tebus
walau darah mengalir dari mata
yang hitam tetap hitam
leraikan aku dari ikatan yang menghunus ke dasar daging merah
ikatan itu sakit leraikanlah

rank blog aku di malaysia !

assalamualaikum w.b.t


erkkk. aku saja je nak test kan. sebab tengok dekat entry MAMA hari tu. ohh. aku salah nampak angka maybe? atau ALEXA ada masalah line kot time nie. -_-

#betul ke? haha. korang try la. ok bye !

ikan keli/sembilang !

assalamualaikum w.b.t



memang ramai yang tahu aku suka ikan nie. fav aku. kalau dekat kolej dulu aku kalau ada lauk ikan nie lauk lain aku dah tak pandang dah.

aku pernah suruh ibu aku beli ikan nie dekat pasar. tapi ibu aku tak nak sebab geli nak makan. nak2 yang hidup2 memang geli nak siang. tahu sebab apa? kalau dekat pasar tu kebanyakan nya ikan bela tw. ikan bela nie dia bagi makan benda entah apa2 contoh makanan dia la kan. so bila siang memang sangat la hanyir lebih hanyir lebih busuk dari tangkap sendiri. sebab tu ibu aku geli.

jadi seronok ada ayah yang tahu menjala ikan sungai nie. kadang2 tu aku ada la rezeki makan ikan keli tw. lauk lain memang tak la aku sentuh. haha percaya tak fakta tentang ikan sungai lebih sedap dari ikan laut? parents aku lah selalu cakap. tapi bagi aku sama je. :D


milik en.google. pinjam kejap saja.
sedap kan? betul. ikan keli masak berlada memang superb
huwaa rindu nak makan ikan keli kuim ! :(

doodle !

assalamualaikum w.b.t

setelah dua hari aku bz, hari nie aku nak kembali seperti dulu. update bertimbun-timbun sampai muntah ok. sebab nak catch up nuffnang aku balik. haha

ok. aku teringin nak belajar mcm mana buat gambar jadi doodle nie. puas la aku try guna paint SAI tapi haremm tak reti2. haha

bukanlah kedekut duit nak pergi order bagai tapi aku nak belajar ! minat sangat nak tahu. siapa yang ajar aku sampailah aku faham aku bg.....errr bagi apa erk.... nanti aku fikir dulu. haha cewaahh siapa je yang sudi ajar aku nie? muahha ok bye !

Tuesday, 29 October 2013

REVIEW : design blog member done !

assaamualaikum w.b.t

ok. settle sudah tugas gua sebagai designer blog kawan aku nie. haha ada kan aku update entry yang aku bz dekat SINI? ok. sumpah gua rindu blog gua. cehh padahal baru sehari dua tak bersua. haha dan terima kasih pada kak LIEYA sebab sudi bantu dalam memberi idea dan pendapat. ^_^

aku tak tahu hasil aku mcm mana kan? well aku pown tak pro sangat. dia newbie here. pergi lah follow dia. tak ada entry baru. dan dia cakap kalau blog dah ubah baru dia semangat nak update. haha


sila klik banner nie dan terus ke blog dia. dia sangat peramah dan comel orangnya. haha aku design as her wishes. design yang simple. dia tak ada entry baru. soon maybe? jadi korang berilah tnjuk ajar pada dia jugak ok. so here we go ! :)

blog berwajah baru !

assalamualaikum w.b.t

cewahhh ! hahahha. tak ada la baru nau. cuma template je aku tukar. ok tak korang? kalau tak ok aku tukar lain? hehe ok. nak sambung design blog kawan aku yang terbengkalai. bagi masa aku kejap tw. kejap je. :)

kenapa blue again? sebab aku memang fanatik dengan biru sejak azali lagi. sekian. ngeh2. korang sabar tw ! jangan rindu2 aku. muahahha. nanti bila aku dah habis dah free aku BW lah. sabar tw. :D

#entry paling pendek aku rasa nie. ok bye. ^_^

pembaharuan !

assalamualaikum w.b.t

alamak. semalam hari bz gua. hari nie pown sama. nie pown curi2 update tw. perghhh mcm mana nak catch up encik nuffnang sayang aku nie? haha tak apa. in sha ALLAH hari nie hari last aku bz orite?

so aku nak buat pembaharuan jugak weyh. since aku design blog member aku nie, aku rasa mcm nak ubah angin jugak. jadi nak tukar template. so tunggu je ok bebeh? haha haa nanti aku review blog member aku yang aku edit tu tw. ohh design dah siap cuma nak tambah2 gadget apa yang patut. :)

jadi bila aku betul2 free aku akan BW habis2 sampai aku muntah hijau. haha jadi itu cara aku nak tebus kesalahan aku. ok tak? ok bye !

Monday, 28 October 2013

auchakk ! here i am !

assalamualaikum w.b.t

sorry sorry sorry. aku bz sangat semalam sampai tak dapat nak blogwalking. korang rindu aku tak? ahhaha ok. aku perasan. -_-



dengan tenet lembab mcm kura-kura. nak buat auto post pown tak dapat. + + + tak sempat. haihh aku bz kan sebab telah diberi amanah oleh kawan kelas aku masa kolej dlu utk edit dia punya blog. adehh. aku tak pandai sangat. jadi aku hanya tolong apa yang mampu. nanti aku review blog dia nanti ok. korang wajib follow tau ! hahah ok bye !

Sunday, 27 October 2013

komen dari kak damya hanna !

assalamualaikum w.b.t


siapa yang ada baca dekat SINI? beliau komen dekat situ la. huwaa. terharu lah weyh. siapa tak kenal dengan beliau yang sangat hebat dalam penulisan. beliau inspirasi aku. dan aku teringin sangat nak jumpa dia, dapatkan tandatangan dari dia dekat novel2 beliau yang aku jadikan koleksi.

mula2 aku tak percaya. takut ada orang nak aniaya aku ke kan. adik aku pown ada tanya aku. betul ke tu damya hanna? jadi aku fikir +VE balik it's up to them. apa motif kan nak buat mcm tu? yang penting aku tak kisah. oh kak damya hanna. akak inspirasi ! :)

kalau lah BLOG beliau boleh follow. huhu. lalalalala. amboi girangnya hati. ok bye korang. :D

naluri haiwan lebih mulia ! :')

assalamualaikum w.b.t

milik en. google.

sebenarnya tiada siapa tahu. time aku menangis time aku sedih aku mengadu pada kucing2 aku. dorang seakan faham apa yang aku rasa. bila aku menangis dia akan pandang tenung ke dalam mata aku. kecomelannya mengubat perasaan sakit yang ada.

mereka faham. pasti faham. walau hanya haiwan yang tidak boleh bercakap dengan bahasa kita tapi naluri yang mereka ada lebih mulia dari naluri seorang manusia. kerana apa aku berani bicara seperti ini? sebab kalau tak, pasti tak akan ada ibu buang anak, pasti tak akan ada kes penderaan, pasti jugak tidak akan ada manusia yang selalu lupa pada janji dan hanya menyakiti tanpa ihsan.

sedangkan ibu kucing ada yang sanggup jaga anak ayam. ALLAH. bersyukurnya aku. kerana KAU masih menjaga apa yang aku ada. ALLAH, semalam hanya KAU yang tahu apa yang aku rasa apa yang aku lalui. tidak kah dia juga mengerti? jadi, tolong faham kan dia tentang situasi aku ALLAH. sebab aku tak sanggup untuk ulangi kesilapan yang sama. kesilapan di mana jika aku menangis air mata darah sekalipun pasti tak akan mampu ubatinya. pasti. :')

happy anniversary ibu ayah !

assalamualaikum w.b.t

semalam anniversary parents kesayangan aku. abang aku belanja makan satay dengan mee bandung. terima kasih bro sayang. dan nie jugak sempena dengan kenaikan grad kerja dia. tapi gambar tak dapat diambil utk tanyangan. haha ^_^

to MOM and DAD :
i love u till jannah. thank you for raising me with love. although to many troubling you with my naughtiness. i never regret with what i have. you are my everything. :')

Saturday, 26 October 2013

POETRY - berhentilah air mata

assalamualaikum w.b.t

pandai nya engkau
bertanya aku apa masalah aku
kau tidak tahu
atau hanya pura-pura
lakonan kau menyakitkan
air jernih mengalir dari kelopak mata
berhentilah
puas aku sekat
tapi degilnya bukan kepalang
air mata itu pengubat
akhirnya lega aku 
pernah aku katakan
kalau tiada lagi rasa jangan pernah toleh ke belakang
walau kau menapak selangkah teruskan
kerana aku takut aku tidak mampu tahan rasa lagi
tergamakkah kau melihat aku begini
merasa seorang diri
kau tidak faham situasi di sini
kau tidak akan faham hati aku berdebar
berdebar bila aku mulakan pena untuk tatapan kau
walau kita bertelingkah
apa maksudnya
aku pasti hanya aku.
cuma aku sahaja yang merasa
kerana pena kau yang terakhir
seperti orang yang tidak berperasaan

url change !

assalamualaikum w.b.t

pernah rasa mcm nak tukar url/link aku nie. tapi risau korang tak dapat cari blog aku lagi kan. haha bajet siot aku nie. haihh jangan layan aku yang tengah sengal2 ubi. -_-


so, siapa yang pernah tukar url nie orang dapat cari kita balik tak? sebab before nie ada sorang blogger yang aku follow then dia tkar url. bila aku nak cari dia, dah tak dapat. mcm gambar atas nie. ohh konpius2. sebab url aku yang sekarang nie mcm budak2 cket. tu yang rasa nak tukar tu. sebab time aku buat blog masa tu kematangan tu tak sampai lagi. wakakakaka. jadi sila beri tnjuk ajar ea sunbae2 semua. :)

Mini Giveaway #2 By Nabila Medan

assalamualaikum w.b.t


CLICK BANNER!!

teringin nak ada satu baju i am blogger nie. jadi aku pown join la. haha. wish me luck korang. korang pown gud luck. ^_^

miang seyh !!

assalamualaikum w.b.t

nie semalam punya cerita dan auto post. aku memang nyirap gila. aku dah tak tahan dah nie. sumpah aku cakap kau. rasa mcm nak sumpah seranah je. kau kalau bekerja nak ajak borak tak apa weyh. tapi jangan nak menggatal boleh? memang teserlah lah muka miang kau tu weyh. lepas tu panggil2 sayang bagai. guess what? aku rasa mcm nak muntah hijau !

tak faham2 lagi ke kalau aku dah tak layan. kau pown cakap aku sombong kan. means aku tak nak kau becakap dengan aku lah stupid! kau datang tempat aku just nak ambil barang kan? so just take out the thing la. time aku balik siap cakap nak hantar bagai. rimas mangkuk. gua rimas !!!


kau nak ke kena tendang ke mcm dekat gambar nie? nasib baik ler aku kerja sorang2 weyh. kalau ada geng kuasa singa aku keluar la gamaknya ! bukan sorang je pekerja mcm nie. tapi dua orang. huwaaa. apa aku nak buat nie !! nak berhenti terasa mcm sayang. mana nak cari duit kalau tak kerja. tak apa hana tak apa. sabar. ALLAH pasti tolong. :')

gambar konvo atas stage !

assalamualaikum w.b.t

hyee peeps. semalam abg aku pergi amik gambar konvo dekat pejabat pos besar sebab masa posmen hantar envelope ke rumah aku, tak ada sesiapa pown yang ada. tu kena amik dekat sana tu.

ALHAMDULILLAH. syukran ALLAH. terima kasih pada semua yang sentiasa doakan aku. :)

errr. muka kurang bermaya. senyuman terpaksa. kerana hari itu ada terpalit kelukaan. :')

dan ini. jelas muka yang entah apa2. nyirap aku. amik la gambar tang aku tengah senyum. haihhh.sangat tak senonohlah muka aku nie. -_-

Friday, 25 October 2013

POETRY - rimas !

assalamualaikum w.b.t


Benci aku dengar namanya.
Benci dengan sikap pura-puranya
Rimas dengan persoalan tentang dia
Apa tidak ada lelaki lain yang menjadi sebutan
Kenapa harus dia?
Aku rimas
Mahu saja aku lemparkan semua kemelut dada
Dia hidup dia mati dia sakit dia bahagia
Itu bukan urusan aku serasanya
Mahu saja aku katakan pada mereka
Pada kau juga
Kebencian ini di tahap maksima
Aku hanya diam tanpa bicara
Walau sakit telinga walau sebu di dada
Aku benarkan kata-kata
Inilah aku yang keberaniannya mati tanpa punca
Tidak, kau lah penyebabnya
Hakikat kau juga sama
Pengecut tidak berani menjelma
Hanya tunduk dengan kelelakian palsu
Tunduklah sampai bila-bila
sampai akhirnya aku tiada lagi rasa.

couple rare jangan bangang abadi.

assalamualaikum w.b.t



omo omo omo. kemain lagi. muahaha bukan marah ok. tapi aku nak ketengahkan isu rude of the couple yang selalu orang tak nampak.

bergurau guna bahasa gua lu memang stylo memang rare. aku pown dulu mcm nie. tapi ada sesetengah tak suka sebab nampak kurang ajar. so bg aku boleh cuma jangan terlampau. nanti esok lepas dah kawen jadi terbiasa. aku update pown pasal terjumpa dekat fb post mcm nie.

jadi apa kaitan dengan bangang abadi nie? sebab couple yang memaki hamun memalukan pasangan sendiri depan public itu lah bangang abadi. jadi nampak tak dekat sini aku cuba kaitkan dua2 nie? so kalau dah terbiasa sangat bergurau cara mcm tu nanti timbullah spekulasi dalam minda yang jahat iaitu akan anggap pasangan seperti kawan. ingat ! kawan dengan sahabat jauh beza !

so kalau ada pasangan korang yang macam nie, korang akan buat apa? sebab sayang nak keep tightly? atau juz step away from him/her? ingat jugak ! kalau sebelum kawen dia dah boleh layan kita macam sampah, tak mustahil lepas kawen dia akan lakukan yang sama. pilihan yang terbaik ada dalam tangan kita sendiri. bahagia atau derita? cewahhh. kemain lagi aku. haha ^_^

rindu nak beruniform ! T_T

assalamualaikum w.b.t

yang nie baju lama. dari sem 1 sampailah tengah2 sem 3.
jadi gambar nie masa aku sem 3. 
aku silent killer ! sebab tu pakai mask. haha
tak ada lah. time nie aku nak buat dressing (cuci luka). :)

yang nie pulak dari start pertengahan sem 3 sampailah sem 6.
gambar nie masa aku sem 4. argghh aku memang suka bergambau
tak kira la dekat mana. praktikal ke kelas ke berjimba ke. ^_^

#rindu weyh. rindu sangat. kalaulah masa boleh diputar kan kembali. aku akan pastikan banyak benda yang aku akan buat untuk dijadikan memori indah masa akan datang nanti. serious. aku rindu segala-galanya. tapi sekarang. semua dah lain. ketara sangat. :')

novel keluaran terbaru damya hanna !

assalamualaikum w.b.t



kak DAMYA HANNA ada publish novel terbaru. huwaa. nak beli. tp mesti awal2 nie mahal. ada tak sesiapa yang sudi belanja novel kak damya hanna? alamak. terserlah muka tak malu aku. haha

aku memang simpan semua novel2 beliau untuk dijadikan koleksi. minat gila dengan beliau. beliau inspirasi aku. antara sembilan-sembilan novel beliau cuma novel berikan aku bahagia dengan ilham hati je aku tak dapat nak beli lagi. bilakah akhirnya mampu miliki semuanya? ^_^

Thursday, 24 October 2013

POETRY - mengalah.

assalamualaikum w.b.t

bila permata ada depan mata, ditidak-tidakkan
bila dah tiada, dicari-carikan
bila ada masalah jangan pula ditunding-tundingkan
manusia memang mudah mencari salah orang lain
sedangkan salah sendiri disorok-sorokkan

semakin kita berlari, kita dikejar-kejarkan
bila ada depan mata, kita dihina-hinakan
mungkin sebab itu kalau ada yang menghilang
jangan disalah-salahkan

perubahan yang kita tunggu-tunggukan
kadang-kadang itu yang sering dipertikaikan
apa yang janjikan
tak seperti apa yang diharapkan
atau kita yang terlalu berharap pada yang mungkin belum pasti
aku mangalah
aku dah kalah
mungkin itu yang kau mahukan


#kadang-kadang kesalahan yang kita tundingkan pada org lain sebenarnya ada pada diri kita sendiri tanpa sedar. hakikatnya kita takut untuk berhadapan dengan kenyataan dan kesalahan kita. aku mengalah. mungkin yang terbaik itu, jalan dari aku. biarkan. biarlah dikatakan pengecut, mudah mengalah atau apa2 sahaja. mungkin kau sendiri yang akan mengerti. biarkan. :')

dear, pinggang ! please be nice to me !

assalamualaikum w.b.t



woo woo. pinggang aku bermasalah lagi. aku pernah cerita tak dekat entry before nie pasal pinggang aku asyik sakit je lepas kena hempap dengan periuk belanga? tak? nie ha aku nak cerita.

masa aku praktikal dulu, masa tu sem 6. waktu tengah rehat kan means tengah mencekik la kan. ada la kawan kelas aku lalu belakang aku sebab nak basuh tangan so nak pergi la dekat sink kan. dekat belakang aku tu ada la troli yang ada cerek besar. ada 3 ketul saiz yang sama. bila dia lalu je kat belakang aku tu tiba2 periuk belanga atas troli tu tiga2 jatuh atas badan aku !

sejak dari tu pinggang blah kiri aku selalu sakit. aku tak pernah pergi berurut. X-Ray apatah lagi. sebab aku takut sangat nak tahu keputusan. la nie sakit tu datang lagi dekat tempat sama. aku dah tak boleh duduk lama sikit. nanti pinggang aku sakit belakang aku lenguh2. :(

#jadi. dear pinggang please. be nice to me. aku masih sayang pada tubuh badan aku. please. :')

big bang !

assalamualaikum w.b.t


tu diaa. big bang mari. aku tak obses sangat dengan group nie.
tp yang G-Dragon dengan daesung tu aku cair kejap. haha


G-Dragon. fall in love dengan dia nie masa dalam running man lah.
haha. aku suka cara dia lari. style gila. rasa ringan je badan dia tu.
aku rasa kan dia nie serupa dengan hero he's beautiful.
ke memang dia yang berlakon erk? tapi smart dok. !


yang nie daesung. muka biasa je kan? dia nie sengal2 perangai dia.
dalam family outing orang panggil dia dumb&dumber dengan jaesuk.
korang tengok tak? cerita dia tak sehebat RM la.
tp bg aku dia comel ! :)

blood donation !

assalamualaikum w.b.t


ramai yang tahu aku takut jarum. ramai yang tahu aku tak takut dengan benda2 macam nie termasuklah ubat. tapi bila pertama kali aku derma darah sebab aku nak cuba sesuatu yang baru. masa tu aku sem 2 rasanya. lepas tu terus aku rasa mcm wahhh seronok nya. serius. nak2 kalau niat kau sebab nak tolong. pasti ALLAH akan kurangkan rasa takut tu. takat nie aku dah dua kali dah derma tu pown masa dekat kolej. so kalau ada campaign aku nak pergi lagi.

ada benefit tau derma darah nie. korang kalau pernah derma kan mesti dapat buku kecil warna merah kan? haaa belek dekat muka surat belakang buku kecik tu. dekat situ dorang dah paparkan benefit2 nya. dan ada jugak kan cakap berat badan naik lepas donate blood? bagi aku tak pown. ayah aku derma darah mcm tu je. kawan aku cubby derma darah mcm tu jugak. betulkan nawaitu ok? ^_^


aku darah jenis O. boleh derma pada semua jenis darah tapi hanya boleh terima darah yang sama jenis je. ada orang pernah kata dengan aku. tak sayang ke? dah la susah nak dapat darah kalau darah jenis O nie. mungkin mereka lebih memerlukan. siapa tahu? korang try lah. :)

Wednesday, 23 October 2013

bloglist hana !

assalamualaikum w.b.t


aku dah buat bloglist. disebabkan dorang yang selalu singgah tp kadang2 aku tak sempat nak menyinggah, tu yang aku pown wujudkan bloglist dekat sini.

jadi nak claim ketidakkesempatan tu aku boleh belek2 bloglist kan. cehh kemain lagi ayat. ayat tunggang terbalik ! ok. korang tengok lah dekat blah kiri blog aku nie. malas nak re-enter link korang dekat entry. pemalas kan aku? -_-

sebenarnya aku nak devidekan female blogger dengan male blogger tapi disebabkan lelaki2 hensem yang selalu singgah sini cuma berapa kerat je. tak jadilah aku. cehhh kembang hidung la tu kan. haha :P

sorry jugak pada yang selalu singgah tapi aku tak letak link korang ke kan. mungkin aku tak perasan. siapa2 yang tak tersenarai tp selalu bersantai di sini cepat2 gtwu ok? nanti aku boleh letak link korang dalam bloglist awesome aku. :)

min ho !

assalamualaikum w.b.t

haa tu dia korean mariii. bawah nie antara min ho min ho yang berjaya mencuri hati. cehh !

choi min ho. terpikat dengan dia nie masa aku tengok running man lah.
dalam ep. olimpic. hebatnya penangan RM nie. haha
bagi aku dia sangat comel. :)

lee min ho. dia nie pulak start ter'melting' dengan dia nie masa tengok BOF.
then personal taste. handsome weyh. haihh -_-

payung emas !

assalamualaikum w.b.t


macam yang kita tahu. payung emas nie akan diberikan pada sesetengah wanita yang rela dirinya bermadu. tapi perempuan mana yang nak? 1 dalam 1000 kan.

aku? jangan tanya. sebab kalau ganjarannya payung emas sekalipun, hati aku tak kan pernah ikhlas. betul. tak tipu. future husband, bakal imam. walau pun banyak ujian yang bakal kita lalui, aku tak kan rela dimadukan. jadi, tolong ea. kerana perempuan ini sememangnya bukan wanita sempurna. :')

morning sickness !

assalamualaikum w.b.t


wahh kemain lg tajuk nya kau. aku belum kahwin lagi ok. aku cerita pasal random. hari tu ada lah tengok cerita melayu. entah apa entah tajuk. bini dia yang pregnant tapi laki dia yang bluerkk bluerkk.

haha seronok tw kalau dapat suami yang macam nie. baru lah 'kongsi' susah senang namanya. haha :P

ada tak yang berpengalaman suami dia yang dapat morning sickness? nak kesian atau nak tergelak? haha sebab selama nie perempuan je rasa kan. sesekali tak salah bg suami rasa. :D

Tuesday, 22 October 2013

POETRY - kata mereka pedulikan

assalamualaikum w.b.t


kata mereka
jangan simpan dalam dada
mereka siapa
mereka manusia juga yang tidak pernah sempurna
kata mereka pedulikan
nak jadi apa jadilah
aku benci pada mereka seolah mereka penentu syurga neraka
seolah menjadi penilai dosa pahala
asalkan beringatlah kita
kegagalan kita bukan untuk selamanya
kejatuhan kita jangan kita mengalah
senyuman saat kita jatuh tersadai
itulah senjata kejatuhan mereka
maka tersenyumlah sayang.
kerana apa
kerana kita bukan manusia senang mengalah.

3000 SLE Supporters Giveaway

Assalamualaikum.


klik banner untuk join !


Senarai hadiah:
Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5

3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, GreenAmila, CikkMira

Tamat 24 Oct 2013, 12malam.

nescafe satu !

assalamualaikum w.b.t



sedapnya kan air nescafe nie. fav aku tw. cehh. mesti korang meluatkan sebab aku asyik post fav aku itu fav aku ini. peduli apa aku. haha betul. masa ibu aku buat satu jug air nescafe kan. ayah aku baru secawan. aku dah 4-5 cawan. sampai ibu aku cakap ehh kang ayah kau punya air tak ada. baru aku perasan dah tinggal seciput je. haha

tp tak elok sebenarnya terlalu obses dengan minuman bercaffein mcm nescafe nie. banyak kesan dia pada sistem badan kita. tapi ada jugak baiknya dalam perubatan. korang boleh terjah SINI dan baca ok. aku malas nak re-type. cehh pemalas nya kan. adehh sebab penat weyh dengan tenet asyik slow je. -_-

ok ! bye !

uning uning ! haihh

assalamualaikum w.b.t


haihh. nampak apa benda dekat mulut dak uning tu? anak burung dia terkam buat main. dah bape ekor anak burung mati sebab dia nie ha. dak makbul pown sama. genyah betul dua2 ekor nie.

pernah try nak amik anak burung tu dr dia nie tp aku kena marah blik dengan uning. garang weyh. kuku tajam. kesian dengan anak burung tu. haihh

dah la anak ayam atuk aku mati sebab dak uning. atuk aku ada kira anak ayam dia hilang tw. tp aku dengan family aku senyap je. haha kau tengok betapa nakalnya kucing2 aku nie. geram3. dah lah gemuk ! -_-

do not fool around with my right hand !

assalamualaikum w.b.t


kecacatan? tidak. mungkin lebih kepada ketidaksempurnaan. masing2 ada kekurangannya kan? yeah. tangan kanan aku dulu pernah bebalut. masa kecik2. aku nakal sangat. nakal? tak. lebih kepada genyah rasanya. terima kasih pada nenek. sementara dia masih lagi ada, aku nak balas jasa dia. sebab masa dekat hospital nenek yang jaga aku. ibu rasanya tengah jaga adik aku yang kecik kot. ayah pulak pergi jepun rasanya sebab demi tugas kan.

tangan aku berbalut masa tu sebab main2 dekat serambi dengan sedara2 kesayangan aku. rindunya zaman tu. kalaulah masa boleh diputarkan kembali. :')

rasanya aku masa tu dalam umur 5 atau 6 tahun tw. sebab tu aku marah bila ada orang terpukul ke terjentik ke tangan kanan aku nie. memang masa tu taring aku pown mula keluar la kan. jadi peringatan lagi sekali. jangan main2 dengan tangan kanan aku. kalau tak, kau ibarat gali kubur sendiri ! ok. TakeNote. :)

Monday, 21 October 2013

POETRY - jangan bermain dengan hati.

assalamualaikum w.b.t



hati
jangan main-main sama hati
kalau tersilap langkah bisa mati
itukah yang engkau sedang rencanakan
masih lagi berpura-pura
memang engkau hidup hanya utamakan kepentingan sendiri
hati orang lain seolah racun kau curahi
sudah aku berusaha menjauhi
dengan cara apa lagi asalkan kau puas
khabarkan supaya aku bertindak dengan seawalnya
pelbagai rentak engkau aku turuti
hanya permintaan sebesar zahrah ini
kau endahkan tanpa simpati
masih lagi bermain dengan hati
sampai nantinya kepuasan kau kecapi
baru akhirnya engkau berhenti menzalimi

berbasikal !

assalamualaikum w.b.t

kepunyaan en. google.

huwaa. dah lamanya gua tak naik basikal. dulu masa aku kecik2 aku macam jantan tw. naik basikal pown sampai nak lepas2 dua2 tangan. haihh sebab tu la kepala lutut aku dah macam kepala 'tempurung' !! geram dengan diri sendri weyh. genyah sangat masa kecik. -_-

tapi sekarang sejak dah semakin dewasa kan. cehh dewasa la sangat. tapi memang betul kan aku dah dewasa? kah kah kah. ok memang aku nie sangat rindu nak ber'bike'. bilalah dapat tunjuk kan kejaguhan aku semula kan. muahahah ok tak lawak ! bye !

buah koko !

assalamualaikum w.b.t


kawan aku ada yang tak pernah makan buah nie. kawan adik aku ada yang tak pernah tengok buah koko nie. tapi aku dah puas makan masa kecik2 dulu. koko nie boleh buat koko serbuk tu tw. cuma kena ada mesin pengisar dia la.

buah dia sedap. tp nak kemas daun2 dia tu payah sebab bersepah. memang penat nak kemas. dekat kampung aku banyak. atuk aku siap buat pangkin bawah pokok koko nie. huhu ingat nak bawak balik utk kawan kelas aku kak ecah tapi di sebabkan dia jauhh nun mungkin lain kali la kot. sebab dia tak pernah makan. tu yang nak bagi dia rasa tu. ^_^

#korang pernah makan? :)

berkubang ! specialnya sungai asahan !

assalamualaikum w.b.t


cehh macam besau sangat la kan gambau. haha saje masuk kan gambau kecik2 nie. malas aku nak masukkan yang besau. malas nak edit. gambau kecik tak nampak ea dok. kang kalau gambau yang besau nak kena tutup apa2 yang patut. sebab belakang rumah nenek aku je. :D

tahu tak apa special sungai nie? bila kau melangkah sekaki je ke seberang sana dah masuk sempadan zohor. then sungai nie banyak ikan besar2. time hujan susah la nak dapat. aku pernah tengok sendiri orang asli dari seberang sana turun sungai nie tangkap ikan besar lengan aku menggunakan mulut sahaja dan mematikan lintah pakai gigi sahaja. percaya tak? hebat kan? haha

err malu sebenarnya nak cerita tapi nak jugak cerita sebab pengalaman nie perit weyh. haha dekat sungai nie ada bahagian2 yang ada lintah tw. dekat tempat aku tengah berkubang tu tak ada la. dekat empangan blah atas. masa kecik dulu aku mandi situ sambil ayah aku menjala ke mancing entah kan. ada lintah hinggap dekat betis aku. apa lagi. menjerit lah aku panggil abg aku sambil peluk ketat2 dia. haha dia pown buang ler lintah tu pakai kupang yang adik aku kutip dekat sungai tu. meh la datang. syok. macam2 ada. kangkung ada sayur tangki ada siput keling buai ada gemis ada ikan besar2 pown ada. cehh promote la pulak. haha :D

#sungai nie la aku nak ajak junior aku berkubang. dia pown dah lama tak masuk kan. haha nt radzi balik gua nak suruh dia rodger gua !

atuk dan kecik nya dunia !

assalamualaikum w.b.t

ok. even atuk masuk hospital pown sempat bergambau. nasib baik atuk sporting. haha semalam entry aku dua je kan? perasan tak? cehh. tak la tu kan. haha ok. hari nie aku nak buat 5 auto post. in sha ALLAH kalau larat. haha :D

si gemuk! ^_^

twin? eh tak tak. my dear sis. :)

haa atuk sayang. satu2 atuk yang aku ada.
dengan melepaskan rindu pada arwah atuk blah ibu
aku lepaskan rindu pada atuk blah ayah.
diagnosis demam denggi. alahai. semoga cepat sembuh atuk.
comel kan atuk aku? comel macam aku. haha perasan ! -_-

#ok. kecik nya dunia ! tak sangka. junior aku dulu masa dekat kuim si radzi nie sebenarnya nenek dia berjiran dengan atuk nenek aku dekat asahan. aku dah 21 tahun aku baru tahu weyh. puas ler bercerita dengan dia semalam dekat fb. pasal zaman kanak2. puas ler cuba nak ingat mcm mana boleh tak kenal. padahal aku selalu main buaian pokok kat halaman rumah nenek dia. dia pown selalu datang lepak kat pangkin atuk nenek aku. tapi masa zaman kanak2 la kan. adehh tapi yang dia kenal abg sedara aku je dengan nenek atuk aku. haha kalau dak radzi nie balik asahan dan aku pown sama balik. aku nak ajak dia berkubang sungai belakang. dia pown dah lama tak masuk sungai tu. perghh syok tu. nt aku update gambau time aku tengah berkubang. haha :D

Sunday, 20 October 2013

POETRY - senja

assalamualaikum w.b.t


pernah dulu mengangankan
alangkah mata yang dianugerah ini
mampu menancap senja yang terbentang luas
mampu memandang tika terbitnya fajar
bersama sang arjuna hati
hanya berdua menjadi pemerhati pada keindahan ciptaan ILLAHI
angan hanya angan-angan
tapi bolehkah ianya jadi kenyataan
tolong aku yang sangat-sangat menginginkan

#ya, dulu aku pernah berangan nak tengok matahari tenggelam, matahari timbul. berdua. in sha ALLAH dengan bakal imam nanti. :')

daun kering.

assalamualaikum w.b.t



erkk. aku ada satu tabiat. tabiat yang pelik gila. kalau aku nampak daun kering bersepah. aku akan pijak. kalau aku tak dapat pijak aku akan rasa tak puas hati. sebab kan bunyi dia. macam rangup. haha mcm bunyi kau makan keropok ikan tu. krekkk. pelik? ada tak korang yang tabiat nya mcm aku? -_-

#itu je la aku nak cakap. nie auto post. dan saat ini aku sedang ada dekat kampung halaman. atuk aku dijangkiti demam. doakan dia cepat sembuh ea. :')

Saturday, 19 October 2013

POETRY - tin kosong !

assalamualaikum w.b.t


haa tahu maknanya apa
ibarat tin kosong
macam siapa
macam engkau
ya, engkau
cakap banyak tapi pointless
lebih baik diam dari banyaknya bicara kosong
kata2 kau
dah macam embun yang menitik jatuh ke bumi
bila mentari tu muncul
tak ada guna duduk atas dedaun
yang akhirnya bila matahari terpacak
embunan tu akan hilang
lagaknya seperti pengecut
hanya tunduk pada apa yang akan muncul
tanpa dapat berbuat apa2

kesampahan apa yang kau cuba buktikan
aku dah tak nampak apa2
gelap gelita
jalan yang harus aku percaya kelam
kerana engkau yang aku sangka berani
akhirnya tertunduk mengalah dengan ego
Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome