rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, 7 October 2013

QUOTES - 99 kali rindu :')

assalamualaikum w.b.t

rindu? rindu itu anugerah. kurniaan dr Tuhan. setiap insan berhati nurani punya rasa rindu. cinta dan rindu itu bermula dari adam dan hawa. dikisahkan yusuf dan zulaikha. diabadikan shah jahan dan mumtaz nya. diperikan pula romeo dan juliet. diceritakan rama dan sita. dilakonkan oleh laila majnun. dan kini kita pula meneruskannya.

sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta dengan rindu sejati. ibarat tasbih dan pengikatnya. terajud menjadi untaian. yang akan selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia. yang bibirnya basah akan cinta kepada Rabbnya.

kata-katanya adalah penawar yang kalau disentuh, kaca jadi permata. biarpun dia diam, nafasnya berbicara. bukti sebenar cinta adalah kita menghargai orang yang kita cintai dengan perbuatan agar ia rasa terselamat dan terhormat. disaat kita ingin melepaskan seseorang, ingatlah saat kita mendapatkannya dulu. disaat kita tidak merindukannya, ingatlah saat pertama kali kita melafazkan cinta padanya. di saat kita mulai bosan dengannya, ingatlah saat2 indah kita bersamanya. bicaralah dari hati nescaya ia akan jatuh ke hati.

hidup ini umpama pedati harus memberi manfaat di dunia dan bererti di akhirat. untuk yang masih menanti dengan hati, menantilah dengan cinta. cinta yang akan membuatmu menerima apa jua kehendak Tuhan kelak. tanpa kita sedar, cintamu kepadanya akan membuatkan penantian itu suatu yang tidak sia2.

ya RABB bukan aku tidak redha dengan apa yang telah tertulis di Luh Mahfuz, tapi tak mungkin aku ulangi kekhilafan dulu. hidup ini akan aku teruskan. biarlah ALLAH yang menyusunnya dengan sebaik2 keindahan. terimalah aku menjadi hambaMU, terimalah aku menjadi perinduMU. di setiap namaMU, ada 99 kali rindu. :')

hijrah itu penawar. tidaklah ALLAH menghilangkan sesuatu dari dirimu kecuali kerana DIA hendak menggantikannya dengan yang lebih baik untuk mu.

#cantik bahasa yang terungkap dalam cerita 99 kali rindu. sebab tu lah aku tulis di entry kali nie biar sama2 aku mengingatkan hati yang semakin alpa. ceritanya banyak yang boleh dijadikan tauladan. terasa dengan penyampaian mereka. kini baru aku faham. adakah kau juga merindukan aku sama seperti aku rindukan kau? sememangnya aku masih lagi menanti kerana aku berharap akulah tulung rusuk kiri dari kau yang sepatutnya kau cari. assalamualaikum. :')

10 comments:

Lieya Von Jay said...

wah pjg entry kali ni yer .. ^_^ perasaan rindu tu mesti ada pada setiap insan kan.. cuma kita kena kawal perasaan rindu tu sebaik nya. jgn sampai perasaan rindu kita itu membawa padah bila rindu pada yang tak sudi... kak rasa mcm dah lama x rindu pada sesapa pon.. mcm xcaya ja boleh jadi cm ni

asha hana said...

lieya : haha panjang tapi amik dari cerita 99 kali rindu je. hee hmm bestnya jadi akak. kita tukar hati jom. :(

Cik Mun said...

memang cantik bahasa dia :)

asha hana said...

cik mun : cantik kan ? hana sebak bila dia bagi ceramah masa malam cinta RASUL. :')

Sally Samsaiman said...

hati tu mmg susah nk paham...kadang dia baik, kadang dia sakit...cuba terima kenyataan dan move on ye dik :D

asha hana said...

sally : rasa mcm akak dah salah pengertian nie. dalam entry nie hana petik dekat cerita 99 kali rindu lah. heee tak ada kena mengena dengan hana pown. hee :)

Lieya Von Jay said...

hati akak ni dulu bukak takat remok redam sampai kena blender hancur leboq... lepas tu nasib baik dpt cantum balik pastu akak jemoq tengah panas sampai kering. tapi kdg2 bila ujan turun basah jugakk. ^_^

asha hana said...

lieya : dalam maksud akak tu. haha perempuan kak. even dia tahan panas sekalipun bila dah sampai satu tahap dia dah tak tahan, hujan akan tetap turun. :)

TelingaBulat said...

indah bahasa dia ;)

asha hana said...

TB : sejuk telinga dengar kan? :')

Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome