rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, 30 November 2013

her wedding and after !

assalamualaikum w.b.t

kami. nampak muka aku? konon smile. tapi hati tak habis gugup. -_-

konon nak amik berkat pengantin. ahhaha :P

ALHAMDULILLAH. akhirnya kak hajar jadi hak milik kekal seorang suami.
^_^

nie dengan encik husband kak hajar. serupa kan? hik2.
semoga bahagia till jannah. abg fendi jaga kak hajar baik2 ok? :)
persahabatan yang terjalin tak kan mudah utk hana lupakan :')

after. kegilaan itu milik kami. -_-

aku. sedang melihat kesesakan dunia
tapi tak terbanding dengan kesesakan hati dan akal
kalau aku tahu ini bakal jadi aku akan ikut ibu ayah balik kampung
adakah ini kebetulan atau?
tapi yang pasti rasa marah itu kian pudar kerana apa ea?
arghhh macam lalang. benci nya aku
kau tak pernah tanya kenapa aku marah dengan kau sangat2
tapi kau hanya tanya "marah lagi ke"
kau nie pura2 atau memang tak tahu?
malam nie malam nie malam nie. i'm not ready yet.
penakut ! :'(

CPUV ke-10 !

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


lalalala. terima kasih terima kasih terima kasih . unexpected encik nuffnang sayang aku lebih nie. haha :D

#saat nie aku sedang ke kerja dan kemudian nak ke kenduri kawen jiran dan kawan sekelas aku. budak2 nie ajak main bowling pulak after wedding. nak tengok je ke main sekali? dengan baju kurung lagi. malas nak bawak baju spare lah. ok bye !

Friday, 29 November 2013

just quotes or...?

 

this foolish love hurts
i loved you selfishly
the words i'm sorry and i love you
you can't hear anymore
so now i'm shouting to you
the words i'll only see you
the words i love you
the words i'll see you
even if my eyes are closed
i'm telling you that i will only call out to you

#perasan tak apa yang lain dekat blog nie? perasan tak perasan tak? haha  ok. bosan asyik busy je. nanti gua jenjalan orite? -_-

anak-anak pe'ah yang comel !

assalamualaikum w.b.t

dekat ENTRY nie aku kata nak upload gambar pe'ah and anak2 dia kan. here for you. comel tak macam tuannya? haha :D

 cuba teka? berapa ekor jantan berapa ekor betina? cuba teka yang mana satu jantan yang mana satu betina? haha. disebabkan gila denga running man semua nak letak nama ikut nama dalam running man. -_-

#nanti aku blogwalking ok ! sibuk sikit. hik2. si AEFA comel nie merajuk. haha :P :P

CPUV ke-8 & ke-9 !

assalamualaikum w.b.t

holaaa. here again. tapi kenapa ada dua erk Xaxis ROS #0148? haha

terima kasih encik nuffnang dan pihak advertiser. pada korang2 yang tersangatlah rajin jenjalan dekat sini kan. sayang ketat2lah. haha :D

#tak ada post sebab malam tadi gua dah pengsan awal. tapi aku sempat jugaklah blogwalking gituuuu. ok bye !

Thursday, 28 November 2013

proses pembelajaran kereta !

assalamualaikum w.b.t

holaaa people. cewahh. nie ha aku baru balik dari muar. belajar kereta pada kali pertama pegang stereng. cuakk seyhh. dua kali mati enjen tengah jalan. nasib baik dalam litar je. haha


dah lah malam tadi tidur kemain lambat lagi around 12.30 am macam tu. time briefing memang ngantuk siot. berapa kali menguapp ! tapi nasib baik masa bawak kereta tak lentok. haha seronok weyh drive ! :D

#ok time for blogwalking dan edit apa2 yang patut lagi dekat blog +adila fateha  ! bye. ^_^

REVIEW : edit blog adik kesayangan !

assalamualaikum w.b.t
(auto post)

sorry utk kesibukan aku lately nie. aku edit blog adik aku +adila fateha. mengemol dia kemain suka lagi. jeles seyh aku. blog dia lagi cantik kau !! apa nie ? T_T

haha tak apa pown. janji aku rasa bangga plus happy sebab my dear sis sangat berpuas hati. hik2. simple but nice. kata dia lah. bukan angkat bakul sendiri ok. tema? sama seperti aku. biru2 gituu. adik beradik aku ni semua kaki biru. haha ^_^

edit by +asha hana.

so nie caption for her. baru lepas habis SPM dia nie ha. sibuk nak claim cerita running man dia tu pada aku. kah kah. dan 26 hb 11 baru je dua hari lepas. aku tak buatkan kek pown utk dia. hik2. tak ada masa bebeh. next time haaa? :D

#ok saat nie aku sedang otw ke muar utk belajar kereta. nanti dah free aku BW tw. rindu meyh :)

Wednesday, 27 November 2013

semakin sensitif !

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


sensitif apakah? peduli apa aku orang nak cakap aku sombong. nak berhye2 dekat laman sosial muka buku tu. SORRY tak kuasa mak nak layan. terus aku remove. aku ingat dulu dah remove sekor dua dah clean lah kan fb aku. nie ada lagi. annoying gila aku orang macam nie. nak2 yang ada awek lagi tu ha. bagi aku muka? aku nak seret dekat tar !

aku tak suka lelaki buaya ke lelaki gedik ke. sama je spesis. mintak tapak kaki haihhh siapa yang ada boyfriend ke kekasih gelap ke yang jenis macam nie? angkat kaki la weyh. nanti makan hati. haha ok jangan terpengaruh dengan hasutan aku. depend pada individu ok. tapi bagi aku "rubbish" seperti ini harus di vanish. amboi. kasarnya bahasa aku. haha ok bye ! aku sombong? peduli apa aku !!

#tapi dekat dalam blog aku sombong tak? tolong cakap tak tolong cakap tak. :D

cuci mata itu pasti !

assalamualaikum w.b.t
(auto post)

wanita memang suka cuci mata. cuci mata bila shopping cuci mata bilaaa jumpa lelaki kacak bergaya. aku yang mana? tekalah tekalah. haha

kan bagus kalau hari2 dapat customer hensem. baru semangat aku nak keje. gatal miang? haipp tak baik cakap aku macam tu. tak baik tak baik. bagi aku tak salah nak puji dan menghargai wajah yang awesome anugerah dari ALLAH tu kan. hik2. adakah ini alasan? tapi sememangnya mata ini akan diam bila dah tiba masa. hanya orang tertentu je yang tahu bila. kih2. :D

err tetiba kan nak stick gambar brader macho nie. ^_^

pe'ah pe'ah. lahai !

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


haihh. pe'ah nie kan tak sama macam kucing aku yang dulu nama dia sinchan tw. sinchan tu pandai jaga anak. pe'ah nie? dah beranak kali kedua pown macam tu jugak. haihh

tahu tak seekor kitty aku hampir mati tersepit kat tepi almari baju dalam bilik ibu. si pe'ah nie tahu nak pindahkan je keje. menyusukan tak nak. nasib baik la tergerak hati ibu aku nak check. nasib baik aku nampak dekat tepi almari dan disebab kan adik aku si fateha tu tangan kecik dapat lah capai si kecik tu haa.

ibu aku cakap patutlah agaknya si gemuk (abg kepada si kecik) menjerit2. mintak tolong rupanya. sebab dia sekor je ada dekat bawah. yang dua ekor tu ada dekat atas almari. yang sekor tu tersepit. nak nangis aku tadi. sebab takut apa2 jadi kan. haihh pe'ah pe'ah. so kurungkan kejap si pe'ah dengan kitty2 sebab dorang tak dapat susu dengan sempurna. dan ayah aku la yang tukang jaga sebab pe'ah takut dengan ayah aku. haha. kalau korang tengok memang kesian. rakus gila nyusu masing2. -_-

#ibu mana yang tak sayang anak. cuma dia nie tak tahu cara dan takut orang akan amik anak dia.

Tuesday, 26 November 2013

POETRY - aku tertanya

assalamualaikum w. b.t

Aku tertanya kenapa hati semakin kusam
Tertanya kenapa jiwa aku semakin kosong
Tertanya kerana apa aku menjadi kaku
Kaku menyakiti hati yang masih lembab berhembus

Adakah kerana aku yang membiarkan
Atau mereka yang mengambil kesempatan
Bila aku sakit harus nya aku menangis
Sebaliknya aku tenang
Tempiaskan marah pada sesiapa yang mendekati

Dekatlah dengan aku
Walau dekat tapi hati jauh tersadai
Bersedia untuk merasa kebekuan itu
Masih samar mencari puncanya apa
Kusam dan kelam itulah aku

p/s ikhlas utk aku kau dan mereka via facebook
kata ayah kepada anak perempuannya, "Lelaki bukan untuk DIBANDING-BANDINGKAN ketampanan wajah dan di mainkan hatinya sebaliknya untuk MEMIMPIN IMAN dan TAQWAMU "

kata ibu kepada anak lelakinya, "Perempuan itu bukan untuk DIREBUT CINTANYA dan DIMEGAH-MEGAHKAN kecantikannya , sebaliknya untuk kamu LINDUNGI MARUAH DAN KEHORMATANNYA" :')

lawak kampus !

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


apa yang sedap sangat cerita nie?? haihhh baik abang aku ke adik2 aku ke semua kata komik nie best. sanggup pulak tu beli komik nie dari jilid 1 sampai jilid 5 yang siap combine tu. -_-

aku boleh baca komik. tapi yang cintan cintun gitu. haha ok. aku memang brutal jiwa je agak keperempuanan sikit. :P :P

jangan main2 dengan hukum ALLAH !

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


sekarang tengok kecoh dekat fb pasal status yang dekat dalam gambar nie. aku tengok fb dia budak kolej rasanya tapi tak sure.

sebenarnya bak meh aku nak tekankan dekat sini. aku ingat lagi masa sekolah dulu bila kawan aku cakap hukum hudud kejam then terus ustazah aku suruh dia mengucap. tahu tak sebab apa? boleh jatuh hukum kafir dan murtad sebab kita seolah menolak hukum yang terdapat dalam SUNNAH dan AL-QURAN.

tolong jangan main2 tentang hal2 mcm nie. benda nampak remeh dekat kita tapi hakikatnya besar akibat yang akan kita tanggung nanti. kerana lidah sahaja mampu goyahkan iman dan hati. semoga dapat bermuhasabah diri. ^_^

Monday, 25 November 2013

Simple Segmen #2 by Sally Samsaiman

assalamualaikum w.b.t



KLIK BANNER UTK JOIN !

kak +sally nie seorang yang peramah. perangai pown gila2 even dia kawan dalam alam maya. suka singgah blog dia. first sebab yong hwa oppa second sebab dia geng biru aku. ahaha yang yong hwa tu err tak sangat sebenarnya (nak jaga hati kak sally). haha ok. blog beliau sangatlah cantik. sebab background biru dan menarik minat aku nak baca entry2 beliau. ehh nie serius ok. aku tak tipu ! ngeh3. terjah ler beliau ! sangat sporting dan pasti korang pown akan rasa senang dengan dia.  :)

gud luck pada korang yang join dah wish me luck ok ! :D

*ini adalah sticky post sehingga 25 nov nanti. sila scroll ke bawah utk baca entry lain. terima kasih*

kalau esok :')

assalamualaikum w.b.t

credit: encik google

"Kalau esok awak kejut saya , tapi saya tak bangun . Itu maknanya saya tengah PENAT . Bila awak tengok telinga saya ada kapas , itu maknanya saya nak hilangkan STRESS . Dan bila awak tengok hidungg saya disumbat kapas , itu maknanya saya SELESEMA . Bila awak tengok badan saya dibaluti kain putih , itu maknanya saya KESEJUKAN . Kalau awak nampak muka saya ditutup , itu maknanya saya SILAU . Kalau awak nampakk saya dimasukkan dalam kayu , itu maknanya saya nak main NYOROK . Bila awak tengok saya dikambus dalam liangg lahad , itu maknanya saya akan TINGGALKAN awak . Maafkan saya sebab saya tak mampu jadi yang terbaik untuk awak . semoga dia dapat membahagiakan awak.. :')"

p/s : mati itu pasti. aku copy paste lagi. dah tak ada keje asyik nak copy paste je. haha ^_^

learning how to use photoshop !

assalamualaikum w.b.t


dulu beriya-iya nak cari software photoshop nie. then bila dah dapat terkial2 nak belajar. jadi petang nie aku busy gila weyh sebab sedang dalam proses pembelajaran. ada masa free aku datang jenguk2 korang ok. haha

aku nak buat stamp atas gambar kan macam +encik pha is dan +cik mun nie. konon2 la. lepas nie boleh stick atas gambar dan tak payah la buat "no right click" lagi. haihh tapi tu la. naik pening aku ha. macam mana la dorang nie buat kan. -_-

aku cuba la ikut TUTORIAL nie. tapi still tak dapat nak catch up lagi. siapa yang tahu bab2 nie please tutor me. T_T

#sini siapa yang internet kemain laju lagi? transfer kat aku sikit. !!

HERO akhirnya pergi. :'(

assalamualaikum w.b.t

Masih ingat lagi dengan kisah Hero, kucing yang di potong kakinya akibat dari manusia yang tidak berperikemanusiaan? hero telah disahkan mengidap leukemia lebih kurang seminggu yang lepas. dan semalam akhirya hero pergi selamanya. walau dia bukan kucing aku tp dia lah salah satu haiwan yang banyak derita kerana sang manusia yang zalim. :'(

aku pernah cerita tentang hero dekat ENTRY nie. kucing yang dianiaya dengan kejam tapi telah dipelihara dengan penuh kasih sayang oleh papa hero. yang jahat itu ALLAH akan balas dan yang baik pown ALLAH akan balas dengan baik. hero dalam kenangan T_T

HERO adalah HERO. :')

cencaluk, budu, tempoyak??

assalamualaikum w.b.t

cencaluk. orang melaka kalau tak tahu makan cencaluk sila berambus dari negeri nie
haha gurau je ok ! tapi memang sedap weyh. haihh
siapa sini oghang melake sila angkat kaki ! :D

budu pulop dari kelate. aku tak makan. loya tekak.
tp ayah aku makan. sedap ke?
ikut tekak masing2 kan? hik2
ore kelate makan la ea dop?

yang nie tempoyak. asal dari nogoghi sembilan tak silap
tapi ibu aku kata perak pown ada jugak. haha
lagi tak boleh masuk anak tekak aku sebab masam
tp bila masak dengan masak lemak cili padi kan
sumpah sedap sebab dia tak rasa masam hehe ^_^

#entah kenapa rasa macam nak update pasal nie. sebab mak aku belikan cencaluk utk orang perak. siapakah gerangan itu? in sha ALLAH kalau ada jodoh. ehh bukan aku lah. serius bukan aku. haha abang aku ler. :D

Sunday, 24 November 2013

cintai aku kerana DIA :')

assalamualaikum w.b.t

Bila kamu miskin. Berjodoh pula dengan pasangan yang miskin. Jangan risau takut hidup makin susah. Cuba fikir positif. Mula hidup susah payah dengan pasangan. Susah. Tak cukup duit. Tapi tempuh dan jalani bersama-sama. Berperingkat-peringkat. Katalah 10 tahun pertama hidup susah, kemudian berkat usaha bersama dan yakin pada rezeki Allah, 10 tahun yang berikutnya hidup senang sedikit. Suatu hari nanti, bila duduk bersama dengan pasangan imbas balik masa zaman-zaman susah dulu. Bila tengok kerusi perabot, peti sejuk atau dapur yang ada di rumah kita tu, maka keluarlah soalan yang lebih kurang macam ni, "Ingat tak lagi kali pertama kita nak beli ni?" Susah. Miskin. Takde duit. Tapi percayalah. Fasa susah dan senang tu. Lebih manis dikenang. Diingati sampai bila-bila. Jika asas perkahwinan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bercerai jika EKONOMI dalam rumah tangga merudum dan MUFLIS.. Jika asas perkahwinan adalah kerana KEPUASAN NAFSU, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.. Jika asas perkahwinan kerana KECANTIKAN WAJAH dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.. Jika asas perkahwinan kerana ANAK, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.. Jika asas perkahwinan kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.. Jika asas perkahwinan kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi... Namun, Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya... Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya..

#sharing lagi dari fb.

:') :')

computer test done !

assalamualaikum w.b.t

ALHAMDULILLAH. hehe lulus ujian komputer dengan sekali sahaja. khamis minggu depan belajar bawak kereta pulak. perghh excited seyh aku. haha tp satu je takut nie ha. aku tak reti langsung bab2 drive kereta. T_T

dan aku nak share cket hari nie semua benda tak kena weyh. aku tak bawak I/C sampailah ke muar tu. cik nan mula2 dah tanya bawak tak I/C aku dengan yakin jawab YA. rupanya dah sampai muar cari2 ada dalam file masa intervew. haihh kesianlah cik nan pergi amik kan. dah la jauh. nasib baik aku lulus. kalau tak nangis cik nan sebab sia2 je la kan. haha dan nasib baik time tu dia nak pergi hantar budak balik. kalau tak rasanya aku tak amik la kot test komputer tu hari nie. cuai3 !! dan dengan kasut tak pakai. haihh -_-

#banyak gila komen yang terabai seyh. suggest cket kotak komenta yang memudahkan utk aku balas komen  yang siap mention nama sekali. adehh dan tak hilangkan page asal. serius aku nak try buat komen berantai ala2 wordpress mcm tu kan. tp tak reti gua. ok bye !

inang inang !

assalamaualaikum w.b.t


 yang nie inang2. siapa yang duduk melaka memang selalu makan lah kan.
sebab asalnya dari melaka
dekat negeri lain ada dok?
sedap weyh. hik2. ^_^

tetiba kan nak update entry pasal nie. sebab pagi nie ibu aku goreng inang2. even duduk melaka tapi sebab tak selalu keluar ke tempat2 yang selalu makanan2 mcm nie tu yang pagi nie awesome gila dapat makan inang2. haha sedap ! :D

#ok nak bersiap2 sekarang. mintak2 la sekali je aku buat ujian komputer. lahai.

Saturday, 23 November 2013

ciri2 lelaki tak guna?

assalamualaikum w.b.t



1. bertumbuk dengan wanita
2. banyak janji semua tipu
3. malas kerja tp kuat nafsu
4. derhaka ibu tapi taati kekasih
5. lari dari tanggungjawab

#copy paste sahaja dekat fb. kaum2 lelaki dekat luar sana. anda tergolong tak antara2 yang dekat atas nie? haha. ok. have a nice day. esok aku ujian komputer. wish me luck ok? T_T

CPUV ke-7 !

assalamualaikum w.b.t


hik2. no caption maybe? nak promote iklan inti rebranding campaign pown aku tak pandai.
so i just want to say syukran and ALHAMDULILLAH ;)

aurat ketika bersalin !

assalamualaikum w.b.t


Ringkasan dari "AURAT KETIKA BERSALIN" dari Semanis Kurma TV9:-

1. Suami WAJIB pelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan
2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat.
3. WAJIB mendahulukan doktor perempuan.
4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang.
5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran

Lagi satu pesanan 'mereka' dalam Semanis Kurma TV9... dalam keadaan isteri dah SAKIT sangat, hilang punca, tak boleh berfikir maka :-

1. PERANAN SUAMI sgt2 penting dan mustahak... suami yg kena bt keputusan utk aurat dan maruah isteri . if suami sendiri tak mampu nk bertegas utk buat pilihan, amat mgecewakan (merujuk kepada dlm keadaan yg tidak darurat serta masih ada pilihan.)
2. Suami WAJIB jaga & pelihara aurat isteri ketika dalam wad dll, jangan dah masuk wad semua terbang, tudung x pakai, kain terselak sana-sini, baju berlengan pendek sahaja, menyusu ikut dan. sbb kena ingt kadang2 ada juga staff lelaki, pemberi mkanan yg lelaki dll yg keluar masuk wad
3. WAJIB ada MAHRAM temankan ketika datangnya darurat yg mengizinkan aurat terbuka.
1)SUAMI
2)SAUDARA PEREMPUAN
3)Nurse perempuan dan seterusnya.

Namun keutamaan adalah SUAMI. Ini TITIPAN sayang buat semua WANITA dari pengalaman sendiri:-

1. NIAT- Niat dari AWAL even sebelum disahkan hamil ingin bersalin dengan disambut oleh doktor perempuan atau bidan wanita.
2. DOA - ISTIQOMAH dari remaja juga boleh - Doa moga Allah pelihara aurat dan maruah kita sekalipun dalam keadaan darurat khususnya kita wanita ketika saat kelahiran bayi.
3. AMALAN - Selarikan dengan niat dan doa- pemeriksaan ibu mengandung, scan baby dan sebagainya. WAJIB dilakukan dengan doktor perempuan dan bukan doktor lelaki. Malah jaga aurat dalam berpakaian juga selama mana bergelar muslim. Apa sekalipun berusaha dengan kudrat kita. Allah akan hitung tindakan kita.
4. YAKIN - In sya ALLAH - bila mana kita telah KUAT berusaha seperti di atas PASTInya DIA bantu kita, pelihara aurat dan maruah kita maruah suami kita

p/s : Moga Allah terus pelihara AURAT & MARUAH kita semua untuk proses kelahiran yang seterus-seterusnya. Untuk yang telah berlalu dlm keadaan tidak mampu BERTEGAS, TIDAK cukup bersedia dan sebagainya maka bartaubat dan muhasabah diri. Insyaallah DIA murah dengan keampunan. :)

#aku copy paste dekat fb sahaja ok. PENGALAMAN atas tu bukan pengalaman aku tw. haha. dan berharap perkongsian nie mampu buatkan kita sama2 mencari redhaNYA. ^_^

Friday, 22 November 2013

melawat :')

assalamualaikum w.b.t

malam nie aku sibuk sedikit tak boleh nak blogwalking. sebab aku pergi melawat kawan aku yang baru je kehilangan ayah.

dia nampak tough tapi dalaman tak ada siapa rasa. arwah akan dikebumikan esok. :')

#aku pakai tudung simpul bawah sahaja tak ada gaya kan sana sini masa pergi melawat tu. dan sekali lagi nak cakap wajah aku dengan najwa latiff jauh panggang dari api. nasib baik kau budak sekolah. sorry eh. aku tak suka disamakan dengan orang lain. !

ok done. nanti esok kalau free aku jalan2 ea. bye2. dan pesan aku. carilah aku bila rasa memerlukan. sebab aku sentiasa ada dan tak ada sebab untuk aku hilang dari pandangan mata. :'D :'D

takziah ika sayang. :')

assalamualaikum w.b.t

ya ALLAH berat dugaan sahabat aku. baru je hari ahad lepas keluar sesama and then dia sibuk cari mask utk ayah dia. tak sangka ALLAH lebih sayangkan dia. ika sayang. sabar banyak2 dear. aku tahu kau kuat. :')


sebelah aku nie lah sahabat yang baru sahaja kehilangan ayahnya. ALLAH kuatkanlah dia untuk harungi ujianMU ini. AL-FATIHAH. semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya. amin.

berjimba itu kami !

assalamualaikum w.b.t


last but not least. mereke sahabat? entahlah.
cuma ada satu benda yang buat kami serasi.
kata2 walau kasar tapi ianya kami anggap sebagai gurauan
perangai yang gila2
gembira tanpa air mata. semoga ianya sampai bila2. :')

 nie ika naim. comelkan kawan aku?
hik2. perangai gila2. sebab tu boleh masuk
kami sekepala. :)


 yang nie fiza zeri.
dia suka panggil aku orang iban. haha
nak tahu kenapa? tak boleh biarlah rahsia. cehh


yang nie siapa lagi kalau bukan aku si tuan tanah kedaung
aku dah gemuk. kata mereka yang mengenalilah.
hik2. yeay. akhirnya gemuk. kah kah.
nanti kau tengok kalau badan aku naik lagi siap lah nak diet bagai. -_-

"tuhan harun" si ajaran sesat !

assalamualaikum w.b.t


semalam tengok berita harian. kes ajaran sesat lagi. alahai alahai. nie pengganti ayah pin agaknya. -_-

ok. harun nie pernah ditahan pada April lalu kerana didakwa menyebarkan ajaran sesat. dunia semakin tua tapi terlalu banyak kes2 seperti nie. dunia dah sampai penghujung. ALLAH. T_T

BACA SETERUSNYA. dekat sini sumber yang full. ok bye. !

Thursday, 21 November 2013

hasrat terkubur atau...

assalamalaikum w.b.t

pernah before nie aku cerita tentang LAPPY FORMAT yang menyebabkan aku hilang dokumen2 penting dan gambar2 dalam tu kan.

dan pernah jugak sebelum nie aku cakap aku nak jadi macam kak damya hanna dan dalam pemprosesan penulisan kan. tapi sebab lappy format dan file2 semua tak boleh back up jadi word aku tu pown burn sekali. punah harapan nak jadi novelis.

aku dah mula give up. adek aku kata teruskanlah, start lah balik. ibu pulak kata macam mana nak berjaya kalau asyik menyerah kalah sebelum berjuang. aku pulak kata nak mula balik atau mengalah? buntu aku. :'(

tangga nie. haruskah aku dakinya dengan semangat. atau? T_T

letih semacam !

assalamualaikum w.b.t


ok. malam tadi aku letih semacam. tak tahu apasal. tidur pun awal. jadi sebab tu tak dapat nak update new enrty dan blog walking pown skerat jalan.

maybe sebab hang out dengan kawan2 gila2 gua kot.

nie pown sekarang kepala miung2. adehh ok. tu je nak cakap. ok bye. haha kol 2 nak masuk kerja balik. hik2. ^_^

highland tower !

assalamualaikum w.b.t



hari tu layan ler cerita nie dengan brader gua and adik gua kan. best ke erk cerita nie? boleh lah. tapi cerita dia agak lambat sikit. hik2. apa pendapat korang tentang filem nie? dalam klip dorang seteng part tu memang betul2 terjadi. siapa yang belum tengok silalah.

aku nak tengok pown sebab cameraman dia hensem. hik2. melting gua. dia pelakon baru tp bakat dia menyerlah. cewahh. gua kalau dah suka macam2 yang aku puji. haha :P


inilah pengganti aaron aziz dalam hati. :D
tp kim jong kook tetap di hati ok.
lelaki boleh qouta 4.
aku pown nak jugak. hahaha ^_^

Wednesday, 20 November 2013

5 moment hygiene !

assalamualaikum w.b.t


1. before touch patient
2. before do it a procedure
3. after procedure or body fluid exposure risk
4. after touching patient
5. after touching patient surrounding

HAND WASHING step. pernah update kan dekat entry sebelum nie? ramai jugak yang cakap banyak step. hik2. kalau dekat rumah tak apa pown. kalau dekat dalam hospital wajib amalkan. sebab dekat situ punca2 microb banyak. :)

penangan city hunter !

assalamualaikum w.b.t


cerita nie sebenarnya dah lama. baru berkesempatan nak tengok. dah lama ada dalam hardisk cuma beberapa episode je yang tak ada. sanggup gua donlod semata-mata sebab lee min ho oppa. haha

sebenarnya aku memang suka cerita2 yang thriller nie. nak jadi polis tak kesampaian. tu yang layan cerita2 mcm nie. hik2. haihh melting gua nengok dia pegang pistol dia, dia lawan2 mcm tu kan. daebak. ok mulalah aku berangan nak jadi macam lee min ho kan dalam cerita nie. pengaruh city hunter sangat hebat ! -_-

even aku layan banyak kali pown tak muak rasanya. sebab aku nak tengok gaya dia berlawan je. macho seyh. haha nie salah satu ciri2 lelaki idaman aku. sangat protector. hik2 ^_^

Tuesday, 19 November 2013

POETRY - jangan ditanya

assalamualaikum w.b.t


jangan ditanya dengan siapa aku sekarang
jangan ditanya hati aku punya siapa
jangan ditanya sesuatu yang kita belum pasti jawapannya
kerana setiap persoalan kadang menyakitkan
mampu juga mengundang perasaan yang tak mampu dihuraikan
suatu hari nanti pasti
bila ALLAH dah ketemukan aku dengan yang hak
pasti akan aku leraikan kekusutan
jadi fahamilah situasi aku yang sarat dengan rasa
dan bila saat aku tidak dengan dia
jangan ditanya kenapa
kerana perancangan Dialah yang terbaik

#aku tengah sakit hati. apa dalam kepala otak dia nie? aku dah kata hantar hantar hantar sebaik sahaja ada dekat rumah. benda tu penting tapi tak kan aku nak kena mintak banyak kali kot. malulah aku. aku pown ada gak muka. aku mintak hari tu pown dengan muka tebal. nie tak kan nak tebalkan lagi muka nie? haihhh
-_-

nasyid "macam cantik je macam comel je."

assalamualaikum w.b.t

sejak akhir2 nie macam idea nie makin kusam pulak. so tak tahu nak update apa. jd aku nak bg korang dengar nasyid dekat bawah nie. hik2 :)


aku terjumpa dekat fb then tu yang cari dekat youtube tu. best kan? rentak dia best makna pown mendalam. ^_^

Jadual imunisasi bayi dan kanak-kanak


assalamualaikum w.b.t

UMUR
IMUNISASI
JENIS PENYAKIT
Baru lahir
BCG, HEP B (pertama)
TIBI, radang hati type B
1 bulan
HEP B (kedua)
Radang hati type B
2 bulan
DTaP/IPV/Hib (pertama)
Sakit kerongkong, kancing gigi, batuk kokol, polio (lumpuh) dan radang paru2 dan radang selaput otak (meningitis)
3 bulan
DTaP/IPV/Hib (kedua)
Sakit kerongkong, kancing gigi, batuk kokol, polio dan radang paru2 dan radang selaput otak (meningitis)
5 bulan
DTaP/IPV/Hib (ketiga)
Sakit kerongkong, kancing gigi, batuk kokol, polio (lumpuh) dan radang paru2 dan radang selaput otak (meningitis)
6 bulan
Measles (sabah sahaja)
HEP B (ketiga)
Campak dan radang hati
12 bulan
MMR
Benguk, campak dan rubella
18 bulan
DTap/IPV/Hib (booster/semula)
Sakit kerongkong, kancing gigi, batuk kokol, polio (lumpuh) dan radang paru2 dan radang selaput otak (meningitis)
 Darjah 1
- DT (diphtheria tetanus)
- OPV (oral polio vaccine)- MMR
- BCG (kalau tak ada parut)

Tingkatan 1
- HPV ada 3 dos (utk perempuan sahaja) : utk penyakit kanser servix

Tingkatan 3
TT (tetanus toxoid). O.5ml dos.

  • D – diphtheria
  • T – tetanus
  • AP – acellular Pertusis
  • IPV – inactived polio vaccine
  • Hib – Heamophilus influenza type B
  • MMR – measles, mums, rubella (german measles)
  • DPT – diphtheria, pertusis, tetanus
#perkongsian ilmu. aku buat revision utk interview jd nak share dengan mereka2 dan korang2. nie apa yang aku belajar ok masa dekat kuim dulu. ibu2 preggy kalau nak belajar pown dialu-alukan. :)

Monday, 18 November 2013

interview done !

assalamualaikum w.b.t

hik2. nie before nak pergi interview. berbaju kurung gitu youuu.

serius aku dapat penemuduga yang sporting. yang interview aku tu doktor dan matron. siap boleh bergelak lagi dalam bilik tu. mereka cakap aku seorang yang kelakar. haha banyaklah. padahal aku gelak dan banyak cakap pown sebab nak hilangkan gugup.

SOALAN yang ditanya peranan masa jaga patient yang on iv drip, kiraan faktor titis, kod etika kejururawatan, peranan kkm, 7R dan apa yang dimaksudkan dengan right patient. yang paling aku tak puas hati dengan jawapan aku kod etika nurse tu !! padahal ada dalam buku hijau LJM tp aku tak baca. yang jawapan aku bg tu info yang dah lama seyh. hwaaa dan peranan KKM tu. malam tadi hafal bagai nak rak. tapi bila ditanya tak ingat. nak nangis aku. :'(

#ok semua dah settle. cuma tunggu jawapan sahaja. tak apa. kalau ALLAH dah tetapkan rezeki aku dekat sini tak ke mana kan. in sha ALLAH. ok. rindu tak? hik2aku dah boleh blogwalking sebab masa sekarang dah free sikit cuma nak fokus utk amik lesen je. hik2. ok jangan kacau ! aku nak BW ! bye !

Sunday, 17 November 2013

CPUV ke-5 & ke-6 !

assalamualaikum w.b.t

dah berapa lama aku tinggalkan blog kesayangan aku nie kan. tapi tak sangka nuffnang aku tetap berjalan. hik2. terima kasih pada penabung dan jugak pada encik nuffnang saya nie. hik3 ^_^


tak sangka masih ada lg yang singgah sini even tak ada sebarang entry pown. huwaaa terharuuu. haha :')

#haha. aku pasti akan kembali dengan cerita yang macam2 lepas nie ok? dan kalau aku tak BW tu bukan sebab aku semakin lupa daratan ok. haha interview nya esok weyh. perghh makkkk. getaran sangat2 terasa. !!! T_T

Saturday, 16 November 2013

kehidupan aku yang penuh liku !

assalamualaikum w.b.t


hari nie terasa aku nak cerita kenapa aku senyap selama seminggu kn? hollaa. aku belum kembali lagi. nie hanya jasad sahaja dan jari yang menaip tapi akal dan hati sedang jauh memikirkan apa yang akan terjadi ketika interview nanti. :(

sebenarnya dekat ENTRY nie aku ada bgtwu kan dokumen medical aku hilang sedangkan aku sangat perlukan utk interview isnin nie nanti. gambar2 yang berharga bagi aku pown lesap macam tu je. siapa tak sedih kan? terima kasih pada kawan2 yang support aku especially korang kawan ALAM MAYA nie. hik3. sekarang aku dah boleh move on sebab aku terpaksa buat2 tak malu dan mintak gambar tu pada dia. lantaklah. even "benci" aku tahap gaban peduli apa aku. lepas aku dah dapat apa yang aku nak, aku tak ada gelisah lg dan aku tak kan ada apa2 kaitan lagi dengan dia. mintak2 dia boleh kerjasama la kan. hik2.

ok. dan pasal lappy aku nie ha. guess what? aku guna windows 8 sebab lappy aku nie tak boleh nak guna windows 7 lg. siapa sini pengguna windows 8? mintak tunjuk ajar. sebab aku pening2 lalat lg. haha dan canggih gila windows 8. bagi aku yang masih baru la kan. sebab macam touch screen. ok aku berangan. haha tapi weyh. berita kurang baiknya aku kena berhati2 sebab Data D mungkin akan bermasalah lg so tak boleh nak save documen penting dan gambar dekat situ lagi. complicated kan? tapi tak apa. ujian ALLAH. :')

#sebenarnya dalam seminggu nie jugak internet aku buat hal. jadi tu salah satu sebab aku hilang kejap. terima kasih pada encik akim (kawan brader gua) sebab sudi rawat lappy lapuk aku nie haha. yang best nya dia masukkan software photoshop. memang aku dah lama cari. sebab kalau tak silap menatang nie kena beli tw. hehe ok. nak sambung stdy balik utk interview. rindu seyh nak blogwalking. T_T

Friday, 15 November 2013

hand washing steps !

assalamualaikum w.b.t

ok. proses pembelajaran bermula. 2 hari je masa yang aku ada untuk remind balik apa yang aku pernah stdy dekat kolej dulu. oh INTERVIEW. aku sangat gentar dengan kau.



so aku stick gambar hand washing nie utk aku dan utk korang jugak ok. jaga kesihatan kita. kerana salah step dalam hand washing pown boleh terkena jangkitan kuman. beware. setiap step tu 10 kali tau. !

#nanti aku blog walking eh. aku nak focus untuk interview je nie. wish me luck !

beware dengan carlsberg terbaru !

assalamualaikum w.b.t


Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE. Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc. Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut. Hati hati bila membeli air minuman.berkemungkinan ia adalah arak.

#aku copy dekat fb. sebenarnya aku pernah jugak terbaca dulu minuman nie memang tak boleh minum. tp tak tahu la fakta tu boleh pakai ke tak. nie fakta terbaru. so korang kena hati2 la ea. :)

Monday, 11 November 2013

semangat aku hilang !

assalamualaikum w.b.t


ya ALLAH dugaan apa nie. saat aku tulis entry nie mungkin aku tak akan ada semangat untuk terus melangkah dan melangkah. :'(

aku tak pernah rasa sedih macam nie weyh. dokumen2 penting dalam lappy gambar2 yang sangat bermakna  bg aku hilang weyh. mana aku nak cari balik?? mana?? terlalu banyak yang berharga satu persatu pergi dari hidup aku. lappy clean tapi everything is clear. tak tinggalkan secebis pown ! semuanya salah aku. T_T

seharian bertemankan air mata pown tak akan mampu hilangkan rasa kehilangan yang amat besar dalam hidup aku. aku tak ada semangat langsung nak pergi interview tu. nak pergi kerja tak ada mood. nak ke kelas memandu pown aku rasa tak nak dah sekarang nie. ! aku rasa down sangat2 nie. sorry, mungkin aku akan ambil masa yang lama untuk kembali. ALLAH kuatkan aku.

#pada kau, tolong jangan buang gambar2 yang ada pada kau. sebab satu hari nanti aku harap gambar2 tu akan kembali pada aku. kerana di situ terletaknya kenangan manis yang aku tak nak lupakan. malam nie aku rasa aku nak dial number kau dan luahkan pada kau semuanya. tolonglah tolonglah. :'(

Sunday, 10 November 2013

POETRY - antara hati dan akal

assalamualaikum w.b.t

aku punya pilihan
tapi mana satu harus aku genggam
yang bermain di akal
atau yang bermaharaja lela di hati kusam
sedang akal kata hapuskanlah
tapi hati kata jangan benarkan ianya terhapus
mana satu harus aku ikutkan
ditelan mati emak diluah mati bapak
perlukah aku berterus terang tentang kekeliruan
atau biarkan sahaja kemarahan mengawal hati dan akal
keliru aku
kalaulah keberanian tu ada
pasti aku luahkan semunya malam ini
ya pada kau yang sememangnya pelakon dalam drama aku
keberanian hadirlah walau sejenak
aku mahu berdepan dengan dia sang raja drama
yang melarikan diri ketakutan
sedang aku setiap malam fikirkan
mencorak langkah demi hapuskan silam

^_^

#kekeliruan ini tak akan aku hembuskan. biarkan sampailah ianya busuk bernanah di dalam. jangan bersimpati kerana aku tak perlukannya sama sekali. apa harus aku buat. aku sangatlah keliru. keliru. keliru. T_T

lately is busy. see you soon !

assalamualaikum w.b.t

ok hari nie pengalaman pertama attend kuliah lesen. cehh pengalaman la sangat. hari nie tak sempat nak update bebanyak. pg tadi je ada post. huwaaa habis la encik nuffnang aku. sobs sobs. haha

tadi masa dalam kelas memang mengantuk gila bhai. dapat pulak pengajar cina aku rasa nak dekat 100 kali aku menguap. masa waktu rehat aku amik kesempatan tidur dalam kelas. haha seronok dah la hujan. sejuk je rasa. sampai aku tak makan dari pagi pukul 8 tu sampailah petang pukul 4.30. padan muka aku dapat pening kepala yang menusuk kalbu dan jantung !!

so lepas rehat tu ada kuliah lagi. guess what? terus mata aku membesar dengan cepatnya sebab dapat pengajar yang sporting habis, sempoi, kelakar dan paling penting tak boring pown. sebijik macam zizan. hik3 pengajar lelaki muda lagi. tp aku rasa dia dah kawen. haha eh nie bukan egen cuci mata ok. tapi rasanya ya lah kot. haha :P


#maybe start dr hari nie aku akan jarang BW sebab busy gila dengan nak amik lesen dengan nak study bagai utk INTERVIEW lagi. haihh dengan lappy aku sedang dalam proses diberi rawatan oleh doktor komputer. serius. nie aku update pown dari PC. sebab adik kecik aku tak ada. kalau tak berebut ha. sorry again. kalau rindu panggil nama aku dan pejam mata. in sha ALLAH aku akan ada dekat sana. haha cehh perasan. tak ada siapa pown nak rindu. ok bye !
Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome