rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, 24 November 2013

cintai aku kerana DIA :')

assalamualaikum w.b.t

Bila kamu miskin. Berjodoh pula dengan pasangan yang miskin. Jangan risau takut hidup makin susah. Cuba fikir positif. Mula hidup susah payah dengan pasangan. Susah. Tak cukup duit. Tapi tempuh dan jalani bersama-sama. Berperingkat-peringkat. Katalah 10 tahun pertama hidup susah, kemudian berkat usaha bersama dan yakin pada rezeki Allah, 10 tahun yang berikutnya hidup senang sedikit. Suatu hari nanti, bila duduk bersama dengan pasangan imbas balik masa zaman-zaman susah dulu. Bila tengok kerusi perabot, peti sejuk atau dapur yang ada di rumah kita tu, maka keluarlah soalan yang lebih kurang macam ni, "Ingat tak lagi kali pertama kita nak beli ni?" Susah. Miskin. Takde duit. Tapi percayalah. Fasa susah dan senang tu. Lebih manis dikenang. Diingati sampai bila-bila. Jika asas perkahwinan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bercerai jika EKONOMI dalam rumah tangga merudum dan MUFLIS.. Jika asas perkahwinan adalah kerana KEPUASAN NAFSU, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.. Jika asas perkahwinan kerana KECANTIKAN WAJAH dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.. Jika asas perkahwinan kerana ANAK, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.. Jika asas perkahwinan kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.. Jika asas perkahwinan kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi... Namun, Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya... Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya..

#sharing lagi dari fb.

:') :')

4 comments:

Lieya Von Jay said...

semoga kita mendapat cinta yang sentiasa di berkati Allah kerana Allh adalah perancang yg paling tepat ^_^

Azhafizah Md Nor said...

niat kerana Allah SWT semuanya akan baik baik sahaja :)

asha hana said...

@lieya semoag kak lieya. ya. DIA lah sebaik2 perancang. :')

asha hana said...

@azhafizah in sha ALLAH fiza. :)

Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome