rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, 8 November 2013

holy water : fitnah terhadap kristian?

assalamualaikum w.b.t

Taip sahaja di internet berkenaan Holy water dan peranannya dalam memurtadkan orang Islam maka pasti korang akan menemui banyak sekali artikel mengenainya. Holy water itu kononnya merupakan air jampi yang amat hebat di mana sekali kalau terminumnya, nescaya tidak dapat mengucap dan menjadi murtad.
Jika bernasib baik, korang mungkin dapat mengucap kembali setelah minum air dari tujuh buah kolah masjid. Mengapa hebat sangat air ini? Ada yang mengatakan ia dibancuh khas dari Indonesia oleh Paderi Kristian yang berstatus tinggi. Sesetengah dari mereka pula mendakwa Holy water dibuat di Vatican City oleh Pope Kristian.
Fenomena Holy Water ini cukup menakutkan orang Islam. Tambahan pula, ramai penceramah yang menjaja kisah Holy water ini dalam ceramah-ceramah mereka di masjid-masjid. Kata mereka juga, Holy water bercampur dengan janin yang digugurkan  hasil dari persetubuhan haram paderi lelaki dan wanita.
SUBHANALLAH! Itu merupakan satu fitnah terbesar sekali yang dibuat oleh orang Islam terhadap sahabat kita orang Kristian. Mungkin, disebabkan kerana kurangnya ilmu maka kisah mengenai Holy water ini terus di forward melalui email dan diletakkan di blog-blog peribadi mahupun laman sesawang sosial. Ingatlah teguran dari Allah dalam al-Quran
"Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidil Haram, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." [Q5:2]
Sebenarnya, Holy water hanyalah merupakan air pili biasa yang dibacakan sedikit doa dan diletakkan di luar gereja. Apabila penganut Kristian beraliran Katholik ingin masuk ke dalam gereja. Mereka akan mengambil sedikit Holy water ini untuk membuat simbolik lambang salib pada badan mereka. Perbuatan ini merupakan ablution ataupun berwudhuk bagi orang Kristian. Holy water tidak pernah dibuat sebagai minuman. Orang Kristian sendiri tidak meminumnya, hanya sekadar digunakan untuk "berwudhuk".
Cuba fikirkan, jika benarlah ia begitu berkuasa, mengapa tidak sahaja dicampurkan terus ke sumber-sumber air utama penduduk dunia agar mereka semua terus murtad. Dan akhirnya, ingatlah bahawa dengan mempercayai Holy water mempunyai kuasa, maka anda telah berlaku SYIRIK. Jika benarpun ada kes terpencil yang berlaku, maka ia hanyalah kebetulan dan tidak lain dan tidak bukan melainkan tipu daya Syaitan yang amat lemah.
"...dan tiadalah bagiku (Syaitan) sebarang alasan dan kuasa pengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan aku tetapi salahkan diri kamu sendiri..." [Q14:22]
#ni entry lama. aku repost balik. semoga tak akan ada salah faham la ea berkenaan dengan entry nie. dipetik dari SUMBER. percaya atau tidak terpulang lah pd korang. semoga artikel ini memberi pencerahan pada kita semua untuk tidak lagi mempercayai cerita karut ini dan seterusnya berhenti 'forward' fitnah terhadap saudara kita yang beragama Kristian. AKU HANYA COPY DAN PASTE SAHAJA DI SINI OK. sekian. :)

8 comments:

TelingaBulat said...

kadang2 kn hana kebenaran xde pon lg tpda diforwed kn by email..ade yg suh forwed klu x akan turunnya musibah..merepek jee semua..cukup kite percaye pd pegangan kite..salam jumaat hana ;)

Lieya Von Jay said...

perkara ni pernah terjadi kat sekolah kak dulu. satu hari tu ada org mai kat sekolah juai ayaq penerang hati pastu ada sorg budak ni minum terus jadi xbetol sampai kena panggil ustaz. keadaan memang terok masa tu.. yg mai juai tu pn pakai tudung labuh so sapa nak bajet akan jadi mcm tu... takut sgt2 kot masa tu...

mirza syazwina said...

selalu dengar holy water ni tak baik la apa la..sekarang dah taw dah,thanks kak hana untuk ilmu ni :)

anajingga said...

suatu perkongsian yang baik hana..yang penting kukuhkan aqidah dalam hati..semoga beroleh keimanan yang utuh buat kita semua..

asha hana said...

@TelingaBulat yup TB. betul tu. yang turunnya musibah tu seakan tak percaya dengan apa yang ALLAH akan tentukan utk kita. hmm. salam sabtu. hehe :)

asha hana said...

@lieya ohh yeke akak? sebenarnya semuanya faktor hati dan pegangan kita. kalau kita percaya benda karut akan jadi karut la. in sha ALLAH selagi pegangan kta teguh ALLAH akan jaga kita :')

asha hana said...

@mirza sama2 dear. akak pown hanya berkongsi sahaja. :)

asha hana said...

@anajingga yup. akidah tu yang kita kena teguhkan. kalau tak lain jadinya. semoga kita sama2 dilindungi olehNYA. :')

Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome