rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, 31 December 2013

kisah dari pagi sampai ke malam !

assalamualaikum w.b.t

ok hari nie aku sibuk jadi entry aku combine kan je la dari pg sampai ke malam punya ea. haha masa keje pagi tadi. aku tak tahu la weyh. lelaki gatal yang sorang nie. pekerja lori dulu yang dua ekor dok kacau aku tu just guna mulut je bersayang bagai. itu aku masih boleh except ! hari nie ada lg sekor pekerja lori yang menggunakan tangan. mula2 aku salah sikit dia cubit  bahu aku. aku mendengus then time aku nak amik pen dari dia, dia raba2 tangan aku pakai jari dia.

sorry weyh kalau aku termaki kau. sebab aku tak suka ! kau tak ada akak? tak ada adik perempuan? seriusly aku takut. dah la aku sorang2 je jaga situ. kan dah kena tempias hangin jantan aku. lepas nie adik perempuan aku pulak ganti aku. lahai ! awal2 aku dah pesan dekat adik aku. ibu aku suruh ngadu dekat madam. tengok la macam mana. kalau makian aku pown tak jalan jugak aku report la nanti. tu pown kalau madam jenis prihatin. -_-

ok petang pulak aku tak kerja sebab aku kerja half day sebab nak buat medical check up. then ALHAMDULILLAH. sebab aku medical check up done. cuma akuan sumpah je belum. nak jadi staff nurse dah aku nie. macam tak percaya. cuma penempatan dan lapor diri je tak tahu bila dan dekat mana. dan lg satu nak bgtwu dia dah balik malaysia. haha suka aku. dia tu makin lama makin pelik. sebab semakin penyayang aku tengok. mimpi ke apa aku nie? ke dia mengigau? haha

tadaaaa !! uniform nurse dah siap. exited kemain lg haku. haha

panjang kan entry aku? korang baca la kisah aku yang sangat2 merumitkan. cehh nak paksa2 pulak. haha ok have a nice day. ASSALAMUALAIKUM 2014. tahun yang penuh dengan cabaran demi masa hadapan. bila beruniform berpeganglah aku dengan tanggugjawab yang besar. semoga ALLAH permudahkan segala urusan. semoga aku jugak tidak mudah lupa aku pernah tersungkur dan aku pernah berada di bawah. semoga aku tak mudah lupa diri :')

pesanan penaja pada si penggatal : kalau masih rasa nak kena makian aku silakan menggatal lg. ingat aku jenis melayan tergedik2? lantak la nak cakap aku garang ke hape ke ! tolong erk. you do ur job i do mine ! no disturbing ok. sekian. !

11 comments:

siti.syafiqah said...

uuu...nak jadi SN dah senior kite ni..goodluck!

Abak's Role said...

Selamat tahun baru..moga ianya leboh baik.. btw..nice unfrm..

ZalinZalina said...

Comelnya Hana pakai baju tu...good luck Hana...laksanakan tanggungjawab sebaik mungkin..Hana bolehhhh :)

QV said...

selamat menjalankan tugas dgn baik .

adrianna syaz said...

Slmt thn baru nurse hana..hehe :)

Niena Reen said...

Hish, memang sakit hati lah dengan orang begitu kan.. Memang patut pon kena maki.. Apa2 pon selamat bekerja dan selamat tahun baru ya! :D Seronoknya dia first time berkhidmat...

Akeyla Azmi said...

eeee siot je!!
Sbr ye kak hana <3
T_T
Huhu takpe post panjang pun hihihi qila baca sambil dgr lagu winter sonata lagi ni ha~

Fizalinolie said...

Selamat tahun baru Hana. Kena hati2 dgn orang mcm tu oke. Take care dear. Mesti suka tu si dia dah balik. Hehe... Tahniah juga dah nak start keja

aisya said...

Grrr. pantang betul dgn org yg macam tu. rasa mcm nak lempang dgn kuali je.. huhu..

p/s : selamat tahun baru. :D

Cikgu Norazimah said...

Tu baru driver lori..belum lagi pesakit2 yang miang keladi..selamat menempuh kerjaya yg mencabar...

mirza syazwina said...

bagus kak,biar garang dengan orang gatal macam tu,suka hati je dia nak pegang-pegang....

acecee akak hati berbunga sekarang ni..^_^

Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome