rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, 31 January 2014

POETRY - kekasihku. besok harinya.

assalamualaikum w.b.t

aku dah sampai melaka
negeri tercinta
tidak ingin diganggu sesiapa
waktu untuk rehatkan minda
tapi waktu cuti banyak kenduri pula
hari yang sibuk melanda
macam mana?
ini sahaja saudara yang ada
kena bantu membantu sesama kita

besok kenduri untuk kekasih yang dah lama tiada
rindu datang menjelma
bukan sesaat tapi tiap masa
maafkanlah diri
bukan sengaja
tidak melawatmu di pusara
aku tahu ALLAH sedang jaga kau di sana
semoga kita bertemu di syurga
rindu-rindukanlah aku sentiasa

#ALLAH. sampaikan pada dia. satu hari nanti aku akan jumpa dia. pesan pada dia. tunggulah aku di syurga. pesan juga pada dia bahawa aku teramat sayang dan rindu pada dia. satu hari nanti aku akan jumpa dia di sana. ALLAH. hadirkan dia dalam mimpiku malam ini. aku ingin menangis semahunya di bahu dia. sekuatnya. biar tangisan ini reda dalam pelukan dia. selamat malam kekasih halalku. kekasih dari dua dunia. :')

Tuesday, 28 January 2014

semoga ALLAH menjaga kami sebaiknya. :')

assalamualaikum w.b.t

sejak aku ke sini. ke negeri bandar metropolitan. hati sering saja gelisah tak tenteram. mula2 aku anggap mungkin ini satu perjalanan yang mencabar. sebab tu hati rasa lain.

macam2 kes yang aku dengar. dekat area sini juga. area berdekatan dengan penginapan aku. rompak, culik, rogol. pegawai seperti aku. berbaju putih kebanyakannya.

aku tak beritahu ahli keluarga. takut merisaukan mereka. cuma aku dengan rakan sebilik berharap kami akan dijaga oleh ALLAH sebaiknya.

aku risau. risau sangat. kalaulah aku ditugaskan bekerja waktu malam. aku pula berjalan kaki. kalau tiada rakan? seorang lah aku. ALLAH, jagakanlah kami untuk keluarga tercinta di kampung halaman. :'(

ALLAH, ALLAH, ALLAH. :')

aku terlalu banyak dosa. tapi aku tak sanggup pula untuk menambah noda. T_T

POETRY - keduanya tidak salah

assalamualaikum w.b.t

kau nampak kan?
jelas kan?
tak kan masih lagi buta?
sudah tulikah mata?
kini dia lebih bahagia
bukan itu yang kau inginkan?
jadi apa kata dia bukan dusta dari bibir
walau sedikit tidak pernah dia inginkan
kau
salah dia?
atau salah kau?
keduanya tidak salah
kau cuma sakit dengan kata dia
sekarang untuk apa ungkapkan penyesalan?
ini cara kau hentikan pengharapan
salah?
kau bukan salah
cuma kau buta dalam menilai
cantik senyuman yang terukir
dalam potret itu
tahniah atas kemenangan

#selamat pagi. aku? kalau boleh teringin nak putar balik masa. biar aku tahu bezakan kaca dan permata. peluang? kalaulah rasa tu dah tak ada. mungkin tak akan ada lagi peluang lain untuk dia atau diri juga. semuanya. tapi kenapa semakin aku lari dari dunia, semakin dia dekat dan kuat rasa. ALLAH, cuma KAU sahaja. yang mampu hentikan rasa. cuma KAU.

Monday, 27 January 2014

POETRY - kusut serabut. tahu apa makna?

assalamualaikum w.b.t

tahu makna kusut?
tahu makna serabut?
tahu apa makna sakit?
aku lah itu
menanggung walau seorang
yang lain?
aku tak harapkan langsung
cuma bicara palsu
sumpah cuma bibir sahaja bicara kosong
hati tak pernah inginkannya
aku ingin menangis semahunya
menangis sekuatnya
walau aku tahu
menjaga hati wanita yang kerjanya asyik menangis
hanya buang waktu bukan?
percayalah lebih baik sahaja kau pendam
dari meluah seperti bicara dengan dinding
Tuhan, hapuskanlah air mata
hapuskan segala sawang-sawang negative
masih takut hadapi kenyataan

ALLAH, aku dah tak tahu dengan cara apa lagi. hanya KAU yang tahu sebaik2 nya untuk aku. kalau dengan cara ini mampu hapuskan segala memori dan kesakitan, aku perlukan sedikit kekuatan. hanya sedikit waktu sahaja. aku tahu, terlalu banyak yang aku perlu perbaiki. aku tahu. dan pinggang aku. sampai sekarang masih lagi rasa sakit. tak apa. mungkin kerja berat lately nie. positive. aku masih tak berani hadapi kenyataan. tapi andai satu saat nanti ia benar2 brlaku, akan aku anggap sebagai ujian dari MU, ALLAH. :")

Sunday, 26 January 2014

yang mana satu?

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


anda yang mana satu? ehh salah. kita yang mana satu? hmm hmm aku? hutang ptptn ada ler. bilalah boleh langsai. T_T

Saturday, 25 January 2014

congrats for u cik adha !

assalamualaikum w.b.t

hari ni gua sibuk dengan majlis perkahwinan roommate aku masa kolej dulu. cik adha, cik mun, cik ayu, cik ain, cik kila dan aku. pernah buat perjanjian dan siap ada buat rakaman video lagi. siapa kahwin dulu kena belanja makan. makan nasik minyak je. haha tapi aku sorang je yang attend. classmate lain semua sibuk dengan komitmen masing2 yang tak dapat dielakkan. jd dorang kena claim la nanti kan dengan cik adha? aku? nak join jugak. tak kira ! haha

kegembiraan? kegilaan? itulah kami bila berjumpa. ibarat berkurun lamanya tidak bersua mata. ingatkan bila dah kerja dan ada komitmen masing2, semua dah berubah. rupanya sama je perangai. gila2, kaki nganjeng tetap sama. haha

may ALLAH brings ur happiness and bless ur marital till jannah. jadi isteri solehah untuk encik hadi ismail ea? hadi, jaga kawan aku nie bebaik. bimbing dia menuju ke syurga. :)

agak gegar sikit gambar. tapi masih boleh nampak fake smile yang terukir dari wajah aku kan? senyuman aku gelak tawa aku. tak apa. aku masih boleh tanggung seorang diri. asalkan ALLAH ada untuk aku. sudah lebih dari cukup. :')

terima kasih guys. apa yang korang lakukan utk aku hari nie aku akan balas bila dah tiba masanya nanti. in sha ALLAH. datang KL sila beritahu. aku boleh belanja makan ke kan? tp tunggu gaji aku. haha

aku? masih dengan wajah biru. tapi hati? entahlah. masih lagi sama. tetap tak berubah. :')

derita aku? aku lebih rela menanggung seorang. tapi bahagia aku? akan aku kongsikan dengan mereka yang aku sayang. adil atau tidak, itu belakang cerita sebab aku lebih suka berpura2 bahagia untuk buatkan mereka tidak rasa terbeban dengan apa yang aku alami.. itulah aku. kusut memikirkan permasalahan yang entah bila akan ada kesudahannya. bersabarlah hana. pasti dipenghujungnya akan ada yang lebih baik. jadi hipokritlah untuk sementara waktu. bebeh. ! :)

pertama kali dengan komuter !

assalamualaikum w.b.t


hahah masa nak beli token nak touch token dekat laluan masuk tu. rasa mcm sengal2 je. serius weyh. nasib baik ada mamat tu yang membantu. kakak senior aku pown lebih kurang jugak. haha biasalah tu kan. tak pernah merantau. aku je. kakak senior aku tu pernah ler tapi adik dia yang uruskan selama nie.

ok lepas nie aku kena biasakan diri dengan komuter ke LRT ke jadah2 tu semua. haha dan aku ada dekat melaka sudah nie ! esok balik KL balik. minggu depan raya cina cuti sampai hari isnin. yeayy ! jadi haruslah balik. haha lepas nie dah susah capat cuti :'(

ok lagi satu nak cerita semalam bos iaitu pengarah jabatan kecemasan aku ajak dinner kan. dengan budak2 sama jabatan ler. untuk meraikan majlis perpisahan orang2 jabatan yang nak transfer out katanya. aku tak join pown. sebab poket sifar satu sebab nak balik satu. haha dekat redbox tu. kata sister2 dekat wad, bos suka karoke. tapi masa dalam waktu kerja dia macam singa. mulut pown kemain lagi. malas nak cerita -_-

LOL aku nak kemas2 rumah. kejap lagi nak gerak ke wedding member gua. nak pakai apa nie nak pakai apa nie nak pakai baju apa nie. -_-'

Thursday, 23 January 2014

suratan atau kebetulan?

assalamualaikum w.b.t

aku dah dapat unit dalam hospital. tempat yang akan aku bertugas dalam HKL nanti dekat Accident and Emergency. memang aku berharap dapat specialized area such as ICU ke CCU ke OT ke. tapi nie A&E. HKL weyh. dah la sibuk manjang.

lepas tu ada seorang kakak nie senior kuim. masa mula lapor diri. aku dah lama stalk dia dalam diam. sebab muka familiar then bila aku nak tahu siapa dia aku stalk je nama tag dia. tapi selalu je tak nampak. bila hari nie dapat department sama pulak dengan kakak nie baru tahu dia dulu senior aku. haha kecil dunia.

lepas tu ada lagi nie ha. masa tengah orientasi dekat A&E, ada la staff nurse sorang nie tegur aku, "asha hana kan nie?" aku pown pelik. macam mana tahu? dia cakap masa dekat segamat. lepas tu aku pelik. aku bukan pernah praktikal dengan dia. ada kawan dekat facebook ke? rupanya kawan si bontong. oh no. tak kan satu department? aku tanya nama tapi dia suruh aku tanya bontong sendiri. memang tak la kan nak tanya. yang paling sentap dengar. "girlfriend ****** ***** kan?" LOL. ehh aku tak nak satu department yang ada kaitan dengan dia ! please ! tapi ini berlaku. hakikat yang aku tak boleh nafikan !

banyak kali macam nie. dulu pown macam nie. time aku nak larikan diri dari dia pown jadi jugak macam nie. selalu sangat ada kebetulan yang kalau boleh aku tak nak ianya berlaku. tapi aku keliru. sama ada ia kebetulan atau suatu suratan? entahlah. aku dah penat sangat nak lari banyak2 kali nie. lepas tu jumpa lagi. kali nie aku kena teruskan. tapi kenapa pulak macam nie jadi? beku otak fikirkan. T_T

apa pown yang jadi. aku kena grab cabaran. bukan semua orang berpeluang macam nie kan. maka senyumlah hana. dulu kau mengulau sekarang kau dapat department yang penuh dengan cabaran. bukan sebab ALLAH nak bagi balasan. TAK ! tapi kerana ujian dan rahmat tu sayang. sabarlah. akan ada sesuatu yang baik menanti. :)

POETRY - wanita dan ibu adalah sama

assalamualaikum w.b.t
(auto post)

wanita itu ibu
ibu adalah wanita
bila sampai masa kau akan faham
kenapa?
kerana kau tidak yakin?
aku terletak di senarai terakhir masa depan kau
aku pasti
kau sendiri tidak menghormati wanita
wanita yang tidak engkau jagai hatinya
dia juga bakal ibu kepada anak2 kau
kau lupa fakta itu?
wanita lain juga berharga
walau setitis air mata cuma
kenyataan itu
semakin meyakinkan tindakan aku
renungkanlah
jika lelaki lain memperlakukan anak gadismu
sama seperti engkau lakukan
tika itu mungkin kau akan mengerti
istilah wanita dan ibu adalah sama
ubah persepsi
jangan sampai akhirnya makan diri
sia-sia nanti


"jagalah dan hormatilah wanita seperti mana engkau menghormati ibumu."

tak salah nak jaga hati ibu. memang wajib menjaga hati seorang ibu. tapi kenyataan mengenai menjaga hati seorang ibu lebih baik dari menjaga hati wanita yang kerjanya asyik menangis. rasa2 kau ada tak wanita yang akan jadi wanita je tanpa jadi ibu? kalau di dunia dia tidak menjadi ibu mungkin di sana dia akan jadi ibu. jadi sebelum bicara ikut rasa, fikir. wanita hati dia lembut. kalau tak mampu nak jadi pengubat rasa sedih atau tempat meluah rasa tak perlu nak keluarkan statement yang boleh melebarkan sayap fitnah. LOL. tindakan yang bijak bila wanita itu angkat kaki meninggalkan kau. sebab dia tahu kalau dia bersama dengan kau, dia tidak akan dihormati seperti wanita lain. betul tak cakap aku? salah ke? faham sendirilah kawan.

Wednesday, 22 January 2014

terlentok dek kepenatan !

assalamualaikum w.b.t

cewahh tajuk kemah keming lagi. kemain. ! haha sebenarnya hari nie gua nak cerita pasal benda malu yang happen ke aku hari nie. semalam gua tidur la lambat sikit kan sebab tengok movie. then masa ada talk by matron petang tadi aku terlentok kejap. then bila aku tersedar terus semua orang tengah pandang aku then gelak2 termasuklah male nurse male nurse. malu seyh. malu !!

yang aku pelik semalam2 bila yang lain tidur tak ada pulak kantoi. then aku duduk tempat paling atas kot dalam auditorium tu. tajam weyh mata matron tu. haha maaf matron. tak sengaja. nasib baik tak kena soal. terus segar mata aku masa tu. haha nak2 pulak minggu orientasi kan? mesti la penat. plus dengan tidur lambat lagi. haihh

hmm esok aku dapat tahu department untuk aku bertugas nanti. dan exam mentor mentee. doakan aku eh? haihh

#hari tu masa aku nak gerak ke sini, aku tak sempat jumpa si puteh kucing aku. sebab dia selalu sangat kena tibai dengan mak tiri si pe'ah. then dia selalu menyorok. masa aku nak pergi tu semalaman kot dia hilang. satu hari tak makan. then hari nie aku tanya ibu aku, puteh ada balik tak? ibu cakap jangan risau. dia ada balik semua sihat. fokus dengan kerja je. mana tak risau. hmm hati aku lately nie tak sedap. tak tahu kenapa. tu sebab aku tanya. aku sayang mereka. nak2 aku jauh. :'(

berdoalah yang hati aku nie cuma mainan perasaan je T_T

maut bas ekspres 50 km??

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


tengok keadaan bas? tengok keadaan pesakit? ekspresi anda membaca? apa pendapat? terkedu dengan statement 50 km? fakta? auta? renungkan bersama. -_-

Tuesday, 21 January 2014

susah2 dulu kan?

assalamualaikum w.b.t

kehidupan di HKL? macam mana? aku? berjalan kaki ke HKL dari plaza rah. nampak dekat. memang dekat. tapi hakikatnya nak masuk ke dalam hospital yang besar tu makan masa bhai. dah la aku susah nak bangun pagi. kalau shift pagi macam mana? seriusly !! dengan transport hanyalah berjalan kaki. syukur masih dikurniakan anggota badan yang sihat. :')

ok then cerita pulak tentang kewangan aku yang kurang stabil buat masa sekarang. nak2 gaji mungkin dalam bulan ke 3, 4, 5, atau 6 baru dapat gaji. masa briefing tadi pown penceramah ada cakap dalam bulan ke 6. ya ALLAH. sakit weyh. percaya tak yang aku akan kurus dalam masa 6 bulan kalau tak dapat gaji?

dalam poket ada berapa ea? even dah kurang aku malas nak beritahu parents dekat kampung. tak nak susah kan dorang. aku tahu pada pengakhirannya akan ada yang lebih baik. nak2 gaji dapat selepuk macam tu. tp aku sakitlah nak tunggu kan? duit ibarat air. lahai T_T

hmm hmm hmm T_T

Monday, 20 January 2014

POETRY - bila aku sedang merindu !

assalamualaikum w.b.t

rasa rindu kian membuak
pada siapa aku kurang pasti
mungkin juga pada keluarga
atau pada teman
mungkin juga pada dia?
musykil
jantung dup dap seiring dengan rasa
apa tandanya?
aku khayal
takut terlebih laluk dengan rasa yang kurang pasti
baju merah kepunyaan dia aku tatap
jubah hitam pemberian dia?
pada hari pertama aku sarungkan ke tubuh
dapat kredit percuma
tangan gatal pula
tapi reset semula minda dan akal
tak mungkin
bukan kerana ego
tapi kerana kata kata....dia
sabarlah jiwa
biarlah rindu seiring dengan doa

KLCC view ! nie dari rumah aku yang bertingkat 20. haha time rindu aku pada orang2 melakau aku tengok sini lah. tenang je. cantik sungguh. ALLAH, jagalah aku di sini jagakan lah hati aku. takut tersalah pilih jalan. takut tersalah langkah takut tersungkur di jurang dalam. :')

*tak ada masa lagi nak blogwalking. kiss hug sikit*

soal jawab dah kahwin atau belum?

assalamualaikum w.b.t
(auto post)

DAH KAWIN KE BELUM ?

Saya telah dapatkan komen dari Ustaz Don Daniyal tadi berhubung perkara ini :

PERHATIAN...BAGI KAUM ADAM... TERUTAMANYA DH BERKAHWIN..
td kwn saya dgr ceramah USTAZ MOHD KAZIM ELIAS..
ustaz tu bgtau kaum lelaki yg telah berkahwin tetapi xmengaku berkahwin di depan rakan2 or awek2 simpanan mereka walaupun dia sekadar melawak.. MAKA boleh jatuh TALAK terhadap isteri dirumah tau... so hati2lah... terutamanya bagi suami2 yg suka melayan wanita2 diluar sana dan mengaku masih bujang..

Soalan 1

Suami yang sanggup mengaku sudah bercerai/duda/sudah jadi bapa tunggal untuk memikat wanita lain termasuk di FACEBOOK.

Jawapan

Talak jatuh dengan niat atau tanpa niat kerana ia lafaz yang jelas!

Soalan 2

Suami mengaku masih bujang atau belum berkahwin 'lagi'.

Jawapan

Perlu disiasat bagi sahkan talak jatuh atau tidak untuk dapatkan penjelasan tentang kata-kata belum berkahwin 'lagi' itu.

NASIHAT : Para suami jauhilah tindakan suka main-main berhubung soal status perkahwinan anda.

Juga kemusykilan tentang nazar. Ia berkaitan isu Pak Majid tunai nazar berjalan kaki ke Stadium Shah Alam kerana Pahang menang Piala Malaysia. Jawapan ini boleh jadi panduan untuk kita yang mahu bernazar :

Ujar Ustaz Don Daniyal, nazar yang tiada kaitan agama atau meningkatkan keimanan tidak wajib dilaksanakan.

Wallahualam...

*sesiapa yang pandai bab agama tu sila komen bagi pencerahan...

#share dari fb je. terjumpa. saat nie aku mungkin sedang lapor diri di HKL. takut plus plus plus lahai T_T

Sunday, 19 January 2014

selamat tinggal semuanya :')

assalamualaikum w.b.t
(auto post)

mungkin pada saat ini aku sedang menuju ke gerbang baru. sedang menuju ke sana di mana kehidupan baru penuh dengan onak dan cabaran. di mana aku sendiri akan teruskan langkah tanpa silam.

aku mintak maaf atas segalanya. ikhlas dari hati. yang sempurna itu bukanlah aku. tapi akulah yang sering menaruh harapan kerana bagi aku dengan harapanlah aku dapat kekuatan. tapi kalau itu kata kau yang tidak mahu aku berharap, aku akan hentikan harapan. dengan cara ini. tapi entahlah. maafkanlah aku. demi ALLAH, aku sendiri berat hati. :')

hey, sebagai tanda peringatan aku bawak semua barang pemberian kau ke sana. semoga kita bertemu suatu hari nanti atas restu ILLAHI. bila kita dah sama2 yakin ALLAH benar2 takdirkan kita untuk bersama, jangan lupa roger2 bonsar ea bontong sebelum hati bonsar betul2 mati. kalau tak tahan rindu sangat boleh terus datang depan mata. haha eleh2. nangis la tu baca entry nie. haha. nanti aku dah sampai ke KL aku tetap akan beritahu. tu kan janji bonsar? :'D

:) :)

#sekarang aku mungkin on the way ke KL. perasaan debar, takut, gementar semua ada. aku akan rindukan semuanya. in sha ALLAH bila aku ada masa aku akan update entry dan balas kunjungan. rindu2 kan lah aku ya? hik2 ^_^

*macam jauh je kan pergi? padahal KL ke melaka berapa jam je. memang tak jauh tapi langkah yang aku akan hayun nie sangat2 berat dan jalan nie penuh dengan duri. aku takut tersadai tersungkur je nanti. lahai. wish me luck. besar tanggungjawab sebagai nurse. doakan aku berjaya pikul hingga bawak ke akhirat. in sha ALLAH :') *

Saturday, 18 January 2014

berdosa buat orang tertunggu-tunggu dengan harapan palsu

assalamualaikum w.b.t
(auto post)

Ustaz Azhar Idrus Kata : Kalau kita tak suka seseorang yang suka pada kita, terus terang sahaja. Jangan buat orang menanti. Jangan cuba-cuba nak uji sampai dia terbukti benar-benar suka kita. Jangan sampai libatkan keluarga jika tak sukakan dia. Jika pasti tidak suka, katakan saja tidak suka. Jika suka, katakan suka. Sebab kita tidak tahu mungkin Allah akan membalas kembali perbuatan kita membuat orang ternanti-nanti. Buat orang menanti dengan harapan palsu adalah berdosa. Bila orang terluka, kitalah yang menzalimi orang. Doa orang yang dizalimi akan dimakbul Allah. Jangan sampai Allah pula uji kita dengan seberat-berat ujian. Jangan sampai Allah makbulkan doa orang yang dizalimi kita. Jangan sampai Allah buat kita pula yang ternanti-nanti seseorang yang kita nak. Belajarlah dengan tegas berkata, "Ya" atau "Tidak". Istikharahlah juga sebelum memberi jawapan . Jangan permainkan perasaan orang yang menyayangi kita.

ok aku share dekat fb member CIK KILA semalam.


klik untuk tumbesaran :)

Friday, 17 January 2014

memori harus dihapuskan atau dibawa bersama?

assalamualaikum w.b.t

maaf kesibukan melanda sedikit sampai tak boleh nak balas kunjungan. aku pack barang hari nie.

nampak tak betapa obsesnya aku dengan warna biru? :D

then masa kemas2 terjumpa la dua benda yang tersangat lah penting bagi aku.

buku nie. dia macam diari tapi bukan. macam mana tu? tapi yang pasti tersimpan seribu satu rahsia dan kenangan. nampak tak gambar kecik terselit tu? tu pown termasuk dalam memori juga. :')

dan ini. satu memori ada pada dia. aku pernah bagi masa ulangtahun kelahiran dia. dan satu lagi aku simpan buat kenangan. frame pown sama. gambar pown sama. dia pernah ambil gambar nie betul2 atas sejadah then bagi pada aku. maybe dia tak tahu yang satu lagi ada pada aku. :')

patut atau tak aku bawak memori2 nie bersama atau tinggalkan sahaja memori2 nie ke belakang? tapi yang pasti gambar dengan bontong aku bawak bersama. bukan sebab aku tak sanggup mematikan hati tapi kerana aku belum bersedia. kalau kau dah yakin aku ada dalam masa depan kau, carilah aku. sebab aku sedang menunggu dan tetap menunggu. tapi kalau kau tetap tak yakin beritahu juga. biar satu hari nanti aku bersedia mematikan segala memori. biarlah pemergian aku dianggap pengecut tapi bagi aku ini sahaja cara untuk hentikan segala pengharapan. maaf atas segala dan aku tahu kau tak niat bicara seperti itu. biar takdir dan waktu menentukan. (:

antara tanda2 hampir kiamat !

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


tanda2 kiamat kecil aku pernah share. kalau nak baca boleh klik pautan tu.

hmm perkongsian untuk semua. semoga dijauhkan dari sifat2 seperti ini. :')

JOM HAPUSKAN DOSA !

assalamualaikm w.b.t

klik untuk tumbesaran.

salam jumaat. ALHAMDULILLAH. masih bernafas. terima kasih ALLAH. :')

Thursday, 16 January 2014

berharap atau berhenti berharap?

assalamualaikum w.b.t

sekali pandang mungkin biasa tapi yang rasa pada yang dipandang. sakit. bibir dah mula kering. mungkin tunggu masa berdarah. pedih bila tekena walau setitis air. ada garis2 rekahan. dia cuma memandang simpati tapi aku tak peduli. yang rasa aku. bukan sesiapa. kau mahu pun dia. sama sahaja. aku tak perlu simpati sesiapa.

kalau pesan tidak mahu aku berharap. boleh. tapi dengan cara aku pergi. itu cara aku untuk tidak berharap lagi. hentikan layanan baik itu. hentikan perhubungan yang menghubung dua jiwa. bila aku kata aku akan pergi, kenapa perlu dihalang? kenapa perlu bicara sampainya hati aku? bukan aku mahu bukan juga mahu mu aku tahu. 

janganlah kejam pada hati. hati aku tak apa. tapi pada hati sendiri. sungguh aku sedang menghitung hari. kalau kau sendiri yang mahu cara begini kalau kau sendiri masih tak boleh untuk beritahu macam mana aku beritahu. kau pinta sahaja satu kali, aku boleh turutkan walau aku sendiri tak ikhlas. ya, bicara aku semalam tak pernah ikhlas. tapi tangis bukan mainan. kau kena tahu.

#owhh abaikan entry dramatis nie. aku kurang sihat sikit. bibir aku sakit sangat nie ha. kering cuma tunggu saat berdarah. kurang air. nak gelak pown sakit bercakap pown sakit. ALHAMDUILLAH. ujian. :')


klik satu kali. dah menabung bgtwu. nt aku klik dekat tabung korang pulak ea? hik2. :)

sepertiga malam :)

assalamualaikum w.b.t

"dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu. semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji." (Surah al-Israa': 79)

#selamat pagi. senyumlah. hanya itu sahaja pengubat lara. biar nampak palsu di mata, senyumlah sayang senyumlah. :) :)

*hari nie aku sibuk nak pack barang ke HKL. walau hati rasa kosong, aku tetap gagahkan jua. semoga akan ada cerah di akhirnya. nanti ada masa aku blogwalking ea?*

Wednesday, 15 January 2014

POETRY - jangan pertikaikan istilah setia !

assalamualaikum w.b.t

aku
nak hentikan rasa
hentikan masa
cuba damaikan jiwa
noktah akhirnya

tiada istilah setia?
kalau ikutkan rasa mungkin juga dah tercicir
dalam perhubungan tiada istilah taat
itu semua orang tahu
tapi setia jangan pertikaikan juga persoalkan
kalau istilah setia tak pernah ada
bagaimana kau mahu jawab mengenai friend pula?
fikirkan sebelum bicara ikut sedap rasa
girlfriend mahupun boyfriend bermula dari friend
sekarang jawablah.

nak berpaling?
terpulang
aku tak halang
kalau rasa mahu berpaling juga
terus terang
aku juga mahu ikut rentak

kalau di umur sekarang
aku fikirkan curang
takut sampai ke tua aku hidup membujang
tahu kenapa?
hubungan sesama manusia kena juga jaga
takut tersasul dalam tindakan dan kata
ada yang menyumpah ada yang menyampah
hukum karma?
percaya?
tak percaya tapi kau kena percaya

gagal sekali tak semestinya gagal selamanya kan? :)

assalamualaikum w.b.t

hmm hmmm hmm. apa nie JPJ gagal pulak. abg aku pown tak percaya aku boleh gagal JPJ motor. what? cik nan cikgu lesen aku tu kata hati aku nie kecik. sikit2 nervous sikit2 nervous.

before nie masa mula2 je titi jatuh. then ok je tw masa waktu belajar. kali nie time JPJ pulak. sebal aku weyh. macam2 masalah. lepas nie susah la aku nak arrange kan masa untuk habiskan lesen. dah la keje nurse susah dapat cuti. dengan kereta pown tertangguh lesennya. kalau aku tak nak habiskan P boleh tak? haihhh T_T


#gagal sekali tak semestinya gagal selamanya kan? memang la. tapi aku nak arrange kan masa tu nanti. pening aku. -_-

Tuesday, 14 January 2014

fake smile itu lah aku.

assalamualaikum w.b.t

aku sibuk sangat hari nie. maaf tak balas kunjungan korang. preparation nak ke HKL. :")


fake smile kan? nampak sangat. tp masih mampu mengukir senyum. haha :)

satu benda je aku nak bg twu. bila aku ada masalah aku akan cuba cari tempat untuk aku melepaskan lelah. tapi aku bukan suka meluah apatah lagi meminta2 untuk dia mendengar. cukup sekadar ada bahu untuk aku lepaskan tangis. itu sahaja. cukup. aku semakin menghitung hari. kalau lah diberi pilihan aku nak terus di dunia tu tanpa fikirkan sebarang masalah. kalau :')

#apa yang berlaku semalam hari nie dan akan datang semuanya adalah ujian. merungut? jangan. mengalah? kuatlah. semoga akan ada cerahnya masa depan itu. :)

*esok aku JPJ motor. doakan aku tw !*

isteri bekerja tolak disetubuhi tak dilaknat

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


Isteri yang bekerja.. Suami yang Isterinya bekerja.. WAJIB Baca Soal Jawab ini. "Tangggungjawab mencari nafkah untuk keluarga terletak sepenuhnya atas bahu suami, dan isteri tidak diwajibkan mencari nafkah. Justeru, apabila isteri reda bekerja mencari nafkah bagi membantu suami melaksanakan tanggungjawabnya, sudah tentu suami perlu bertolak ansur. " "Mustahil Allah dan malaikat akan melaknat isteri yang bekerja siang dan malam bagi membantu suami membina keluarga sempurna. Sebaliknya, suami yang gagal meringankan kerja isteri sepatutnya dihukum. Tambahan pula kerja rumah seperti memasak dan membasuh bukan tanggungjawab isteri, tetapi SUAMI! " - Ustaz Rohidzir Rais

#tak salah kalau aku pown nak share kan? semoga perkongsian ini bermanfaat pada mereka yang dah pun mendirikan rumah tangga dan masih ragu2 tentang hal nie. :)

selamat ulangtahun kelahiran wahai idolaku :')

assalamualaikum w.b.t
(auto post)

salam maulidur rasul. selamat ulangtahun kelahiran wahai RASUL ku wahai kekasih ALLAH. sesungguhnya aku sangat merinduimu. semoga satu hari nanti kita berjumpa di syurga ILLAHI. :')

biodata baginda. kalau tak nampak boleh klik untuk tumbesaran :)

jom selawat ke atas baginda. semoga hari2 kita diberkati olehNYA. :)

Monday, 13 January 2014

Giveaway Birthday Azhafizah

assalamualaikum w.b.t

KLIK BANNER UNTUK JOIN !

beliau salah seorang yang rajin komen ke blog aku dan telah meletakkan blog aku dalam bloglist beliau. terharu sebab blog aku tak sehebat blog beliau yang follower dah cecah 5000+ .hehe dan fiza nie peramah orangnya. jom join ramai2 giveaway nie sempena birthday beliau. semoga maju jayalah hendaknya giveaway nie sis fiza. :)

it's how I live my life

assalamualaikum w.b.t
(auto post)



dear future husband, i hope u will understand me. tanggungjawab aku berpegang dengan kehidupan orang lain dan bermain dengan nyawa orang. terima kasih kerana sudi memahami. :')

wordless #5

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


mulakan hari BISMILLAH. akhiri pula dengan ALHAMDULILLAH. :')

Sunday, 12 January 2014

POETRY - bukan sayang tanpa cemburu

assalamualaikum w.b.t

dulu ku sangka sayang hanya sementara
dulu ku sangka kasih cuma pura-pura
begitulah rasa ini pada dia
menerima dengan hati tanpa ikhlas

kini siapa sangka rindu semakin menggunung
kasih semakin mendalam
cemburu muncul dengan semena
maafkanlah untuk itu
andai aku benar-benar tiada rasa
pasti cemburu tak akan pernah ada
fahamkan kenapa?

semua rasa aku tak pernah paksa
hadir tanpa dipinta
jika pinta kau aku berhenti cemburu
aku takut mati terus hati
sanggup hadapinya?

#post random ok? haha gud nite guys. menghitung hari untuk ke tempat baru. ya ALLAH. takutnya. :'(

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan

assalamualaikum w.b.t

Mai dekat! Mai dekat! Ni segmen cari kawan, bukan segmen cari jodoh...hehe

Lately ni sally jarang blogwalking sebab sally dalam mood final exam...sebab tak nak hampakan korang...Sally buat satu segmen...sambil korang cari kawan, sally blogwalking...okay tak ni..?

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/01/segmen-jalan-jalan-cari-kawan.html

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan

Syarat-syaratnya:

  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
Segmen ini akan berlangsung dari  12/1/2014 sehingga 22/1/2014 (10pm)

2 orang blogger yang bertuah akan menerima hadiah saguhati (undian melalui random.org)

Exclusive Giveaway by Mieya Atiera


Assalamualaikum :)

klik banner untuk join.
Sebanyak 107 hadiah menanti pemenang bertuah.
(
klik untuk ketahui senarai hadiah)

POETRY - bukan salah aku

assalamualaikum w.b.t

bukan salah aku kalau ada yang memula langkah
bukan salah aku kalau aku menjadi idaman
bukan salah aku kerana aku cuba menjaga batasan
dia lelaki aku perempuan
yang ada pada hati dia bukan paksaan

seringkali juga berkasar
bahasa ikut sedap rasa
seperti kawan dengan kawan
aku sendiri tidak tahu kenapa wujudnya perasaan

aku pula tolak bukan kerana dia kawan
tapi kerana rasa itu tiada
ada pula pada seseorang yang dianggap masa lampau
aku tak salahkan lelaki itu
hanya kerana dia tak mahu sebarkan siapa aku
belum sampai masa
apa pun yang kawan itu rasa pada aku
tak kan aku nafikan hak dia
kerana semua orang berhak merasa kasih dan sayang

#first time aku create poetry siang2 mcm nie. haha tak ada masa la sayang nak blogwalking. nanti I jenjalan hokeyy? kbye !

selamat ulang tahun kelahiran bonda ku !

assalamualaikum w.b.t

milik en google. :D

hehe HB to my mom yang ke 45 tahun. may ALLAH bless her. terima kasih kerana melahirkan asha dan membesarkan asha sampailah asha jadi anak yang berjaya menghulurkan segulung diploma. i love u more than my soul. :')

semoga dimurahkan rezeki ibu pada tahun nie demi anak2. adehh nak masak apa nie? bahan utama ikan uji rashid. ibu dah kata hr nie dia tak nak masuk dapur. jd aku dengan adik prempuan la yang kena masuk dapur utk masak. ada idea nak masak apa tak dengan ikan tu?? haihh

ok tu je nak cakap. nt aku update entry lagi. hehe nak pgi sarap kejap. dan guess what? aku hr nie patut belajar kereta dengan motor bfore JPJ motor rabu nie. tp pagi tadi bangun lambat trus cancel so kena get ready je la nanti weyh JPJ tu. aku nie tak berapa confident. serius !!! k bye !

Saturday, 11 January 2014

pages or tab menu !

assalamualaikum w.b.t


yeayy. tab menu dah siap. nampak tak dekat atas? haha sebab tu aku tak blogwalking. puas devide2 kan menu. cewah. tp nak harapkan tab menu yang comel memang tak la. buat masa nie tak ada masa. hehe nt dah ada masa aku buat la tab menu yang comel sendiri. tapi macam mana nak center kan? adehhh puas dah aku cari macam2 kod tp still mcm nie jugak. nie pown aku adjust2 word dia kasik panjang kan kasik pendekkan. haha

#ya ALLAH, rindu itu datang dari kehendakMU. jika kau yang hadirkan satu rasa itu, aku tak akan mengeluh. terima kasih. sekurang2nya aku masih rasainya. :)

*salam maghrib. lepas maghrib aku blogwalking*

rumah sewa dah dapat !

assalamualaikum w.b.t
(auto post)

riangnya dengan title post aku nie ha. haha seronok. sebab aku dengan dua orang kawan baru aku liana dengan kak ira akhirnya dapat jugak duduk sebumbung dengan bayaran yang awesome bg kami lah. dekat plaza rah jugak. deposit 440. bulan2 200. ok je. dr yg bfore nie RM1020. omakk aihh !! jauh nya beza !

ibu kata, "in sha ALLAH orang2 yang jujur nie, in sha ALLAH dapat." berkat dari pertolongan ikhlas dari ibu dan mereka2 yang banyak membantu. terima kasih. pada korang jugak yang selalu memberi semangat pada aku yang asyik nak give up je keje. haha dan akhirnya ALHAMDULILLAH. ALLAH bantu kami yang kesusahan. :')


nie je yang mampu aku tunjuk dulu. hehe nt in sha ALLAH ada masa kalau internet pown ada aku post la gambar surrounding dia dekat sini. dan paling penting. ada view KLCC. nampak tak jakunnya aku? hahaha KLCC pown aku tak pernah masuk. nampak depan mata pernah tapi masuk? haihh. sedih. sobs sobs. k bye ! ;D

wordless #4

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


anda pernah buat mcm ni dengan kawan? jangan nak membongak kata tak pernah ok? haha yang lelaki nie mesti pernah punya. kan3?? :D

#salam sabtu. ^_^

Friday, 10 January 2014

inilah posisi terakhir kita :'D

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


sampai masanya nanti, inilah posisi terakhir kita pada penghujung kehidupan kita di atas muka bumi, jika diizinkan olehNYA. ya ALLAH ya tuhanku, berikanlah kesudahan yang baik pada akhir hidupku pada akhir hidup kami. :')

"barangsiapa yang mengumpulkan 6 perkara, nescaya dia mencari Syurga dan meninggalkan Neraka, iaitu :
1. dia mengenal ALLAH lalu mentaatinya
2. dia mengenal syaitan lalu menderhakainya
3. dia mengenal kebenaran lalu mengikutnya
4. dia mengenal yang batil lalu menjaga diri daripadanya
5. dia mengenal dunia, lalu menolaknya
6. dia mengenal akhirat lalu mencarinya
- Saidina Ali r.a -

10 golongan yg dilaknat berkaitan Arak

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


1. pembuatnya
2. pengedarnya
3. peminumnya
4. pembawanya
5. pengirimnya
6. penuangnya
7. penjualnya
8. pemakan wang hasilnya
9. pembayarnya
10. pemesannya

- Hadith Riwayat Imam Tirmidzi -

*tambahan boleh rujuk gambar* ^_^

#tazkirah jumaat. salam ukhuwah. semoga bermanfaatlah hari kita dengan barakahNYA. :)

Thursday, 9 January 2014

POETRY - terima kasih kau dia dan mereka :')

assalamualaikum w.b.t

kekusutan aku kini semakin berkurangan
bila ada yang sudi membantu saat2 getir aku
mereka lah teman
mereka ada saat aku perlukan
walau aku tak pinta tapi mereka sudi menghulurkan
tidak kira la di alam maya mahupun nyata
sama sahaja yang penting keikhlasan yang terang aku nampak
semoga ALLAH memberkati kehidupan mereka


#pada ZIRA sayang. aku appreciate sangat. kau sudi carikan 10 rumah sewa walaupown banyak yang dah tak available. kau sanggup susah payah kan diri kau untuk aku. pada blogger MAMA yang ibarat seperti seorang kakak di alam maya. ada yang kata kawan dekat blog bukan boleh percaya. tapi aku jugak seorang blogger. jangan lupa fakta tu. terima kasih sekali lagi mama. even dia tak duduk area kampung baru tapi sanggup post dekat fb carikan. ya ALLAH. semoga ALLAH memberkati perjalanan hidup mereka. :')

#tak lupa jugak pada yang membantu kecil2 yang memberi semangat cik kila sayang. dan yang selalu mention nama aku bila ada post berkenan rumah sewa dekat fb. kak yaya dan kak yus. terima kasih sangat. semoga ALLAH permudahkan urusan mereka juga. dan kawan keding aku jugak. ada jugak bertanyakan pada aunty dia even tak adaa untuk disewakan. tak apa. yang penting dia sudi tolong.

paling penting ! utk family aku ibu ayah, siblings makcik pakcik aku. semua bersusah payah call sana sini demi aku. tak akan aku lupakan jasa mereka pada aku. hmm dan dia? mungkin dia sedang mendoakan aku jugak? siapa tahu? tak apa. ALLAH tahu segalanya. saat aku perlukan tapi mungkin doa sedang mengiringi. terima kasih semua. :')

*maaf tak dapat BW*

kusut sayang kusut !

assalamualaikum w.b.t


apa yang kusut nya? nak mencari rumah sewa sampai makan pown tak lalu. sampai mandi pown tak basah. apa? ingat aku main2? pukul berapa aku baru makan tadi semata2 sebab nak cari rumah sewa? yang dekat plaza rah tu. even berdepan dengan HKL awat mahal sangat starting dia RM1020.  means utk dua bulan deposit campur dengan bil api air RM120. blan2 bayar RM300. full furnish. nama pown KONDO kan? satu kepala je tw RM1020 utk starting! ok nie pilihan pertama.

yang kedua pulak. dekat setapak pulak. jauh cket dari HKL. kena naik bas la. tapi mampu ke aku? sebab KL tahu la kan jammed dia mcm mana. haihh tp murah. dia ikut rumah. satu rumah RM600. perabut dah ada. so kena cari ramai sikit la housemate. baru murah cket. hmm entah la weyh. kusut aku. dekat area setapak tu ada LRT tak? aku bukan org situ. -_-

dengan badan tak sihat mencari sana sini. ya ALLAH ujian2. tak apa. bersusah2 dulu kan. in sha ALLAH semuanya akan ok. nanti aku blogwalking tw korang2. nie aku sangat2 sibuk uruskan itu ini. nak nanges je rasa. lahai. ok wish me luck. ! T_T

kesan dari tatoo yang tak jadi !

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


ngeri kan? haihh tak cantik pown tatoo nie. buruk sangat. ingat tw. jangan ukir dekat badan. hukumnya HARAM. sekian ceramah saya pada tengahari nie. haha k bye !

viral videos by fatin fadzil !

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


dah lama tak update video dr budak nie. kah kah. tahu tak viral video yang mcm mana? yang macam bobo, shasha mcm cantik mcm comel. ha yang latest ada lagi. dah tengok video "tolonglah faham saya dah jatuh cinta walaupown 3 minit. tolonglah faham. tolonglah." dah tengok?

this is viral video. mencari cara nak popular dengan guna cara annoying mcm nie. public figure yang harus dihapuskan. ada dua pihak yang harus disalah kan. viewer dengan yang tukang share tu sebenarnya. kalau tak ada yang share tak jadi masalah rasanya. betul tak? cuba la cari cara lain. tutorial ke apa ke. k bye !

Wednesday, 8 January 2014

mereka tak rasa tapi ALLAH tahu.

assalamualaikum w.b.t

perut lapar gila nie ha. tapi dah tak larat nak bangun untuk cari nasi. arghh jangan la makin teruk. tak suka makan ubat dok. wahai badan ku yang gemuk, kau tak kesian ke dengan tuan kesayangan kau nie?? T_T

owhh di mana kudrat ku? ya ALLAH. aku tak nak ler makan ubat. jangan nak gelak sangat hokeyy. even aku nurse ubat aku "alergic" ! kalau nak aku muntah hijau paksa lah aku. -_-

in sha ALLAH.

#tak ada entry menarik untuk dibaca. kalau badan dah sihat akal pown akan berfungsi dengan baik semula untuk update. nt aku berkunjung ok? i need to take a good rest. :')

dan fikiran aku kusut sangat2 nie ha. macam2 benda nak fikir. dengan rumah sewa tak jumpa2 lagi. dengan 'mereka' yang menganggap aku seperti tiada. bila kah semuanya akan berakhir? tak apa. ALLAH Maha Mendengar. manusia bila kita sakit, mereka tak rasa. bahkan dikatanya kita saja pura2. tapi ALLAH tahu. :'D

tinggal beberapa hari sahaja lagi

assalamualaikum w.b.t

kusut fikiran aku. dengan tak sihat yang bagai nak pecah kepala aku. kusut fikirkan rumah sewa. kusut fikirkan lesen yang masih tak siap lagi. semalam mmg tidur awal sebab sakit kepala sangat2.

entah la. dan semalam sebabkan rasa bersalah dengan kelancangan mulut aku pada dia. aku nak say sorry la kan konon. dengan kerinduan terlampau. tp lain pulak benda yang jadi. seronoknya kau tanpa rasa bersalah memikirkan inbox aku yang tak dilayan. jd kata putus biarkan je la kedinginan nie berterusan. dia pown tak kisah.

tinggal beberapa hari sahaja lagi. 20 hb nie lapor diri. barang pown tak pack lagi. dengan gambar pasport tak siap lagi. peningnya. dengan badan aku satu badan sakit2. dah kenapa aku nie? ALLAH. cepat lah sihat wahai dear body. aku perlukan kekuatan dari segi fizikal untuk uruskan persiapan aku ke sana. please :(


dan selamat tinggal melaka. selamat tinggal org melaka. HKL. please be nice to me. waiting for me yeah? :')

Tuesday, 7 January 2014

tahun baru wajah baru tapi hati?

assalamualaikum w.b.t

dalam keadaan aku yang tak sihat nie mampu lg nak edit blog. semalam blogger MAMA ada la bg serba sedikit nasihat tentang blog aku nie. so aku pown ubah la sikit2 hari nie. warna biru sokmo. nampak tak perubahannya? ok tak kengkawan?? to masih belum habis lg ok. aku masih tak puas hati nie. btw thnx mama sayang !!

tapi mana pergi nuffnang leaderboard aku? hilang? then aku try letak balik. tak boleh lg. aku ada jugak backup template. tp aku tak pandai nak restore balik. aduhh. siapa mampu nolong nie ha??

ok dan hari nie gua kurang bermaya sikit dari segi mental fizikal dan hati. aku tak tahu pulak pg td memang aku kena amik ujian QTI utk motor. nervous punya pasal semua benda tak kena. nasib baik tak excident tadi. malu campur sentap nak menangis je rasa. aku dah malas la nak proceed mcm nie ! T_T

esok ada lagi lesen. tp larat ke aku dengan kepala mmg sakit sangat2. tak tahu la sebab kena hujan ke. dengan fikirkan rumah sewa lagi. kusut weyh kusut ! dan nie aku edit pown aku masih teruskan kudrat. cehh. nt aku blogwalking ea. doakan aku cepat sihat utk semua nya. :')

#mr bontong. adakah ini tandanya demam rindu ? T_T

siapakah wanita yang telah dirogol jin??

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


hmm wanita2. silakan baca. titik beratkanlah. sebab aku pernah ada lebam yang banyak pada paha dan bahagian kaki dalam satu masa. tu pown masa belajar dekat kuim. mmg kerap. tp bila dah habis belajar dah kurang dah. mungkin sebab dah kurang tidur siang dan kurang mandi lewat petang. tp cuma kadang mmg ada la kan. aku tak tahu la punca nya apa. terlanggar kerusi ke apa ke. kita tak tahu kan?

so just bersiap sedia je kan? semoga kita dijauhkan ea. semoga ALLAH melindungi kita dari jin dan syaitan yang direjam. amin. in sha ALLAH. pada yang mengenali dan ada no aku kan sentiasa ingatkan aku tw. takut lah pulak lebam lama kembali. lahai :')

dimanakah rumah sewa area HKL ?

assalamualaikum w.b.t
(auto post)

milik en.google

tolong aku boleh tak kengkawan?? siapa dok area HKL dekat kampung baru sana? aku org melaka nie ha. semalam call HKL dia kata hostel tak disediakan. nt masa lapor diri isi borang asrama. kalau ada rezeki dapatlah. sedih kan dengar??

means kalau tak dapat memang kena cari penempatan sendiri. aku buntu nie ha. pening2. dah la org jauh. tak pernah pulak tu datang KL sorang2. ya mmg dulu aku duduk KL. tp zaman tu zaman kanak2 ribena aku. umur 4 tahun lg. then pindah melaka lepas tu. jd aku ibarat rusa masuk kampung dokk.. haihh

mintak jasa baik korang. sudi kah membantu hamba yang kekurangan idea nie? aku memerlukan rumah sewa yang dekat je. sebab tak ada transport. kalau takat naik LRT ke bas ke boleh la. teksi? oh nak save bajet. nak menangis je rasa nya. semoga ALLAH permudahkan urusan aku. :')
Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome