rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 27 February 2014

LARI~~

assalamualaikum w.b.t

kerana apa dia lari? mungkin kau tak akan pernah tahu. saat dia berlari tanpa henti, ada sesuatu yang dia harapkan. ketika dia melangkah dalam setiap hayunan kakinya, dia berharap yang kau akan menghalangnya, menarik tangannya, usap setiap titisan air mata dari pipi mulus itu dan berkata, "jangan pernah pergi lagi."

namun harapan cuma tinggal sepi menghimpit. dalam minda yang menghasut, kau seperti tiada rasa. dalam fikiran yang menerawang, kau cuma jadikan dia simpanan dan teduhan ketika kau bosan.

bukan sekali tapi kerap kali dia dibiarkan pergi. bukan dia mahukan simpati. cuma secebis perhatian dan kasih sayang. peluang berkali diberi. pada kau, dia tidak pernah memberi. hakikatnya pula, bukan tidak pernah diberi tapi kau yang tak tahu menghargai.

kau memperlekehkan janji-janji yang pernah kau ukir. bersaksikan ILLAHI. bukan bersaksikan alam semesta. apa pula yang dia dapat setelah menyerahkan kepercayaannya? tamparan hebat bila langkahan kakinya dalam mencongak setiap taburan dosanya, kau tak pernah ada bersama dia untuk dia gali apa yang pernah tertimbus dalam silamnya. 

 mungkin kau lupa sesuatu apa yang pernah terjadi pada dia. atau kau mahu dia meletakkan wajah di kaki lima untuk kau injak sepuasnya ketika kau melangkah mencari bunga jambangan liar ibarat kumbang kehausan? tinggal secebis sahaja harga diri yang dia ada untuk dijaga. hentikanlah kezaliman. dia tiada daya untuk berlari. hanya tinggal lara sepi.


selepas ni akan ada peluang lagi? luka dalam hati dia hampir sembuh. parut yang tinggal bukan semakin hilang tapi...semakin berdarah kerana sikap kau seperti endah tak endah. kau tak yakin. atau kau malu untuk mengaku siapa dia kerana silamnya? berhenti. dia tidak mahu dizalimi. hentikan dusta.

Tuesday, 25 February 2014

aku nak kahwin !

assalamualaikum w.b.t

aku nak kahwin. tahu kenapa tiba2 muncul entry mcm nie? sebab aku tak nak kerja sini. nampak je happy aku kena marah itu ini nak2 depan dia yang pernah muncul dalam silam aku. tapi bila balik rumah berderai air mata. hujan turun tak semena. siapa sangka aku yang korang sangka brutal menangis sebab hal2 mcm nie?

aku nak transfer. sebab tu aku cakap aku nak kahwin. dan bg alasan ikut suami. tapi dengan siapa? nampak mcm terdesak? owhh korang tak rasa apa aku rasa. bila aku minat dah mula datang then jd mcm nie. weyh ! aku nak quit dowh right now !

kau tahu masa dekat wad aku tahan je bila kena marah itu ini. bila kena marah aku pura2 gelak. balik je rumah berderai sudah. kepala hotak aku nie lambat betul nak pick up. asal nie hana, kenapa nie susah nak bertindak cepat?? then esok aku incharge lagi. ya ALLAH, dugaan apa nie. :'(

aku stress. aku stress. cepatlah jodoh tu sampai. tak kisah lah dengan siapa pown. itu je jalan utk aku transfer dr sini.

#tuhanku, kenapa setiap kali aku stress, aku teringat pada dia? kenapa setiap kali aku ada masalah, pasti perasaan nie terasa seperti perlukan dia? berderai lagi air mata. ALLAH. T_T

lagu nie tak ada kena mengena dengan entry. saja je nak dengar dengan hati yang tidak tenteram.

#semoga esok ALLAH permudahkan segala urusan aku. biar aku kena marah, tak apa. sebab untuk pembelajaran aku kan. yang penting bukan depan orang ramai. seronoknya menangis hr nie. owhh lega. :')

perkara yang patut kita renungkan !

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


merenung ciptaan ILLAHI
- sebab tu aku suka bila terbitnya dan tenggelamnya matahari. SUBHANALLAH. senja yang terbentang luas sangat indah. :')

merenung setiap kurniaan ALLAH
- aku... selalu sahaja merengus bila makanan yang aku beli tu tak sedap la hangitlah. walhal Rasulullah s.a.w. dulu bila baginda tak suka makan makanan dari isteri baginda, baginda tak pernah kata tak sedap ke hangit ke. tapi baginda akan diam.
abu hurairah pernah berkata, "aku tidak pernah sekali-kali melihat Rasulullah s.a.w mencela makanan. sesungguhnya apabila baginda menyukainya baginda akan memakannya dan apabila baginda tidak menyukainya baginda diam."

merenung janji syurga daripada ALLAH
- al-Quran... terlalu rindu untuk aku menatapnya dan hayati setiap isi kandungnya. in sha ALLAH akan aku perbaiki apa yang kurang.

merenung betapa beratnya seksaan api neraka
- terlalu banyak khilaf aku. tapi... kadang juga terfikir. setiap kali hati ingin berubah, mesti tersungkur lagi. kenapa? maka, tetapkanlah hati. jangan mudah terpedaya dengan godaan. kuatkah kita? in sha ALLAH :)

merenung kecuaian2 kita mengenai agama
- setiap malam pasti. sehingga menitis lah air mata ke bumi. menyesal itu pasti. namun, mampukah hapuskan silam dan ingatan terhadap silam? mampu? ALLAH akan bantu dengan syarat nawaitu kita biarlah ikhlas. :')

demam denggi semakin berleluasa !

assalamualaikum w.b.t
(auto post)




rasanya tak perlu tahu jenis2 nyamuk. asal nampak nyamuk je bunuh. bunyi macam kejam tapi kita harus lakukan. haha

ciri2 nyamuk aedes
- belang hitam pada kaki
- puncak gigitan pada waktu subuh dan waktu senja
- jarak penerbangan 50m radius ke 150m
- selalunya nyamuk betina yang menggigit
- senang hinggap pada pakaian yang tergantung dalam bilik tidur
tapi kalau nampak nyamuk je bunuh terus. tak payah belek2 dia nyamuk aedes ke bukan. ok? :)

habitat
- bekas2 pembiakan takungan air jernih di kawasan gelap dan terlindung

BUNUH !


guna aerosol !! kalau ridsect biasa atau yang menggunakan elektrik, nyamuk aedes nie dia tak akan mati. dia cuma lari sahaja. then after few minutes dia akan datang balik !

DAN !

ini abate nama dia. diletakkan di dalam air. terdapat di farmasi. dalam 6 ke 7 ringgit mcm tu satu paket. beli tw! owh utk kebaikan bersama.

simtom dalam seminggu
- high fever 40 darjah celcius
- demam berlarutan sehingga 4 hari
- sakit kepala terlampau
- kesakitan belakang mata
- sakit tulang, otot dan sendi
- pendarahan pada kulit, hidung atau gusi
- muntah-muntah
- sakit perut
- ruam dan bintik2 merah pada kulit
- letih dan hilang selera makan

kadar kes denggi dan kematian
2.300% ke denggi di bulan jan/feb 2014
3-2000 kes terbaru setiap minggu
- tahun lepas hanya dalam 8 orang yang mati tapi kes meningkat sehinga 20 lebih kadar kematian pada tahun nie utk kes demam denggi !

sayang kan bila nyamuk aedes ini jadi punca kita atau sanak saudara kita mati. memang la mati itu fitrah tapi biarlah cara lain. jadi, bunuh la nyamuk dan cegahlah dari kita dan ahli keluarga kita terlibat dengan demam denggi ini. cause i love u all sebab tu aku share. :')

Monday, 24 February 2014

andai benar rindu~

assalamalaikum w.b.t


aku tak akan lafazkan rindu. cuma berharap dihujung pertemuan nanti jika ALLAH dah tetapkan siapa pemilik hati ini, aku harap pintu hati aku terbukak untuk tidak nafikan jodoh dan terima ketentuan takdir
walau saat itu yang hadir adalah lelaki yang pernah mensia2 segala peluang yang ada. buat masa sekarang aku belum bersedia. tapi akan datang aku cuba untuk bersedia. :)

Sunday, 23 February 2014

POETRY - pemergiannya seperti semalam

assalamualaikum w.b.t

rindu itu anugerah
tangis itu lumrah
kematian itu fitrah
namun aku...
masih terasa seperti semalam berita kematiannya
aku pernah rasa kehilangan
kalau hilang di dunia masih boleh dicari
hilang dua dunia
adakah pengganti?
kau tak akan tahu selagi kau tak rasai

saat itu kau pasti akan pertikaikan
"Tuhan, kenapa tidak nyawa aku KAU ambil sekali?"
sakitnya seperti nak mati
ALLAH, ampunkan aku
kerana saat mereka tinggalkan aku
aku hampir hilang akal wahai tuhanku

sampaikan salam rindu ini
pada kekasih dua dunia
pada sahabat aku di sana
keduanya amat bermakna
pesan pada mereka
aku akan bertemu mereka di syurga

#pesananku, hargailah sementara masih ada. bukan ketika dia ada, kita anggap seperti dinding tidak bersuara. kita tak akan tahu apa yang dia rasa saat kita benar2 kehilangan dia. carilah kebahagiaan hakiki dengan hargai sekeliling kita. :)

ALLAH, saat aku perlu. mereka tak akan pernah ada. tapi... KAU tak akan pernah tinggalkan aku kerana KAU sentiasa ada. jadi ketika aku tidak dihargai, aku harap aku tak putus dari rahmatMU. :')

POETRY - masih ada rindu walau hipokrit dalam lafaznya benci

assalamualaikum w.b.t

ada yang hilang yang perlu aku gali
ada yang kecundang yang perlu aku gagahi
ada yang pasrah dalam lalui takdir ILLAHI
ada sesuatu yang aku masih belum pasti
masih ada rindu tersimpan kemas di hati
namun hipokrit jua dalam melafas benci

takdir...
dengan larian
mampukah aku ubah
aku rela andainya KAU luputkan ingatan aku
asalkan rasa itu kesemuanya mati
aku pohon dalam redhaMU
terlalu sakit kenangkan silam
sehingga malam tiba aku jadi takut hadapi siang

#sebulan sudah berlalu. dalam waktu ini juga aku berjaya jalani kehidupan yang penuh dengan ranjau dan kelam. siapapun tidak akan tahu melainkan ILLAHI. jadi kerana itu aku pohon ALLAH sentiasa lindungi kerana di sini aku tiada sesiapa. aku keseorangan. aku lari juga bukan kerana takut tapi kerana banyak yang aku perlu gali dan perbaiki. semakin aku lari tanpa dia mencari, semakin aku yakin siapapun tak akan terima kelamnya silam aku. maka ALLAH hadirkan sebuah senyuman yang paling indah di bibir agar aku kuat hadapai kenyataan. tuhan, tak akan aku pertikaikan kenapa andai satu hari nanti ingatan aku dihilangkan kerana itu juga adalah permintaan, permintaan dari aku. :')

Segmen Pantun Seloka

assalamualaikum w.b.t

KLIK BANNER UTK JOIN !

pada blogger ku utus salam ku
mencari sahabat luar dunia nyata
di laman maya kita bertemu
semoga kekal ukhuwah kita

mencari sinar bukannya mudah
apatah dunia penuh dengan tipu daya
hanya bergantung kepada ALLAH
semoga dipermudahkan urusan segala

haha sebenarnya aku tak pandai berpantun. kalau puisi2 boleh lah. hik2. hana join. anda silakan join. ! :)

Give Away Birthday Akiff

assalamualaikum w.b.t

KLIK BANNER UTK JOIN !

selamat ulangtahun kelahiran utk si comel akiff. semoga jadi anak yang soleh dunia akhirat dan pelajar yang cemerlang dalam mengejar ilmu duniawi dan akhirawi. jangan nakal2. nanti dah besar boleh jadi blogger awesome macam abah akiff. ^_^

#sebenarnya, dari dulu aku memang teringin nak baju blogger sejibik kan. tapi tak nak pakai duit dr aku. haha bukan apa. kalau pemberian dr orang nie kita akan lebih menghargai. sebab tu setiap kali ada give away yang melibatkan hadiah mcm nie, terus aku nak join walaupown keadaan busy macam mana pown. hahah :D

*abah, hana join !*

CPUV ke-19 !

assalamualaikum w.b.t

selamat pagi ualls ! aku tak kerja hr nie jadi ingin melepaskan rindu di dada. aku nak blogwalking habis2 pg nie. haha

TAPI... nak letak kat sni sebagai tanda penghargaan aku pada korang dan pada encik advertiser nuffnang. :)


kenapa erk? tanda soal dekat dalam otak aku. aku dah jarang sangat update. perasan kan? dan dah jarang sangat blogwalking. haha apa2 pown terima kasih dan ALHAMDULILLAH. :)

kbye ! i nak BW. u jangan kacau ! shuhh ! :3

Thursday, 20 February 2014

basic life support dan guideline terbaru!

assalamualaikum w.b.t

THE CHAIN OF SURVIVAL
* early recognition & active EMS (Emergency Response System)
* early CPR
* early defibrillation
* efffective advance life support
* integrated post - cardiac arrest care

CPR PRINCIPLES !
(guideline 2012 yang DRsABCD dah tak guna. and now we use guideline DRsCAB)

* danger
- make sure persekitaran patient dan kita bukan dalam bahaya. jika ada item2 yang berbahaya, alihkan atau alihkan patient ke tempat yang selamat -
* response
- tepuk bahu patient dan say, "encik2, are you ok?"
- dalam waktu yang sama you need to activated EMS (999). suruh orang awam call 999 for bring AED (automated external defibrillator) -
- WARNING ! look listen and feel telah dikeluarkan dari guideline terbaru. -
- check pulse di karotid dalam masa 10 saat. kalau tak rasa pulse start compression ! -
- BEFORE COMPRESS, bukak salur pernafasan menggunakan head tilt-chin lift (tengok gambar bawah)
JANGAN guna cara ini pada patient yang ada spinal injury !!

* circulation
- start to chest compression with ratio 30:2 until AED, defib, ALS arrived ! -
- "push hard push fast" -
- kedalaman dewasa 2 inci (5cm).
- use AVPU. alert (lihat dia waras atau tidak saat kita panggil), verbal (bila kita panggil dia, dia bercakap wlaupown merapu), pain (cth : localised pain dekat sternum), unresponsive. kalau patient unresponsive start chest compression ! -
* airway
- kemudian kekalkan salur pernafasan seperti tadi -
* breathing
- lihat pernafasan patient. kalau ada pernafasan, buat recovery position ! kalau pernafasan tak ada ulang sekali lagi CPR, buat benda yang sama jika pernafasan tak dapat dikesan dan sehingga bantuan dari 999 tadi sampai -

recovery position !

LOKASI !
* center of the chest
* middle of the sternum
*midline of nipple

sijil aku yang kedua. sijil BLS sah sehingga dua tahun then kena renew. walaupown sijil pertama aku yang diambil last year masih valid lagi, tapi guideline dah tak sama boh. :)

korang even tak ambil bidang perubatan atau kesihatan pown, korang boleh jugak ambil sijil nie. joinlah JPAM ke atau yang sama waktu dengannya. :)

#kalau ada sebarang pertanyaan, sila tinggalkan komen atau roger gua di bahagian "AKU" di bahagian atas tu. in sha ALLAH kalau aku free dan boleh jawab aku akan jawab. kalau tak faham, sila beritahu jugak ea. aku akan perbetulkan mana yang korang tak faham. :)

untuk infant dan kanak2 pulak, in sha ALLAH aku akan update kalau aku dah faham sepenuhnya. ok bye ! tak ada masa nak blog walking ! i will be back after free ! :)

Tuesday, 18 February 2014

CPUV ke-18 !

assalamualaikum w.b.t


errr. tq semua. tu je nak cakap. haha

#semoga kita semua dimurahkan rezeki. amin amin amin :')

praktikkan Qudwah Nabi s.a.w !

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


praktikkan jom. tapi aku? susah nya nak jadi seorang penyabar. senang marah2 bila terasa beban yang amat. memaafkan pula sebenarnya mudah TAPI, bila kita dah bagi peluang pada dia dan maafkan kesalahan dia, bila dia lakukan kesalahan yang sama lagi. itu urusan dia dengan ALLAH bila dia tidak amanah dan tak hargai peluang yang orang beri pada dia. jadi usah bersedih bila kemaafan yang kita beri tak dihargai, sebab satu hari nanti ALLAH akan beri ganjaran berlipat ganda pada kita yang dah usaha memberikan maaf pada sesiapa yang menyakiti. :')

Monday, 17 February 2014

dunia vs akhirat !

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


dunia cuma sementara. akhirat kekal selamanya. pilihlah yang mana. ada yang rela lepaskan dunia kerana akhirat? semoga ALLAH berkahi kehidupan kita. :')

perkara yang biasa dilakukan ketika solat

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


#saat ini aku sedang berperang dalam exam ! bersama2 doktor2 di sini. oh my !

Sunday, 16 February 2014

POETRY - ya Rasulallah ya Habiballah

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


masa zaman persekolahan, lagu "alangkah indahnya hidup ini" sangat popular sampai mampu menitiskan air mata. :')

rindu
padamu Rasulku
terlalu banyak khilaf kami umatmu
mungkinkah kita bakal bertemu
atau tidak sudikah kau memandang ke wajahku
ya Rasulku
aku tahu kau kecewa pada kami umatmu
setiap khilaf dilakukan tanpa jemu
tanpa fikirkan perasaan tulus darimu
ampunkan aku
ampuni umat-umatmu
di syurga kita bertemu
layakkah aku?
beruntunglah mereka yang bermimpikanmu
ya Rasulallah
ya Habiballah
tak pernah kutatap wajahmu
ya Rasulallah
ya Habiballah
kami rindu padamu
ya Rasulallah
ya Habiballah
terimalah kami sebagai umatmu
ya Rasulallah
ya Habiballah
kurniakanlah syafaatmu

ya RASUL. aku ingin bertemumu di syurga. layakkah aku? :')

realiti seorang ibu :')

assalamualaikum w.b.t


kata seseorang, bila aku kerjanya asyik menitiskan air mata. "menjaga hati seorang ibu lebih baik dari menjaga hati seseorang yang kerjanya asyik menangis." mungkin dia lupa. bahawa aku jugak bakal menjadi ibu satu hari nanti.

jagalah hati wanita seperti mana kita menjaga hati seorang ibu. inilah yang dikatakan roda kehidupan. satu hari nanti kau akan punya anak. takut pula anak gadis mu rasa benda yang sama seperti mana gadis-gadis itu rasa. muhasabah. selamat pagi. pagi2 lagi aku dah bukak buku sebab isnin nie ada exam BLS atau yang tak tahu tu, CPR. oh my !

Saturday, 15 February 2014

ubah mind set mu !

assalamualaikum w.b.t


percaya tak? aku pernah alami. di mana bila aku sedang cuba usaha tapi ada yang pertikaikannya. lebih2 lagi orang yang sangat bermakna dalam hidup aku. tapi aku anggap sbg cabaran. entahlah. takut jugak termakan dengan hasutan. :')

ALLAH, everything here, i leave it to YOU. i will accept it as QADA' and QADAR. :')

tujuan al-quran diturunkan !

assalamualaikum w.b.t


selamat pagi. hari ini aku berlapar lagi. dr petang semalam tak makan2. keseorangan deh. takut nak beli makan sorang2. makan meggi je la jawabnya sat lagi. -_-

Friday, 14 February 2014

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 3)

Salam Melancong!

Setiap kali sally pergi bercuti...blog sally akan adakan GA yang bertujuan untuk memberi cenderahati kepada rakan-rakan blogger...Apa salahnya berkongsi kegembiraan dan kenangan kan..? Untuk percutian kali ni...Sally nak buat GA yang ketiga...sebab tak mampu nak beli souvenirs untuk semua orang ...hihihi...

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/02/holiday-giveaway-by-sally-samsaiman.html


Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 3).
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML, dalam entry, jawab satu soalan yg senang, "Kemana Sally nak pergi kali ni?" dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen
GiveAway berlangsung selama 2 hari bermula 14/2/2014 sehingga 15/2/2014.

5 orang blogger yang bertuah akan menerima souvenirs (undian melalui random.org)

JAWAPAN : korea ! :D :D

CPUV ke-17 !

assalamualaikum w.b.t


seriusly. aku dah lama gila tak update pasal cpuv kan dekat sini? tadi godeh2 encik nuffnang. muncul pulak cpuv baru. hehe ALHAMDULILLAH. :)

but aku mcm unexpected la kan. aku dah la update pown jarang2. huwaa. terima kasih advertiser. cewahh. sudi2 la klik2 iklan2 gua erk. kalau dah klik sila goyak deh ke aku. nanti aku balas klik utk iklan u all pulak. k bye !

Thursday, 13 February 2014

welcome to the world baby kucing !

assalamualaikumm w.b.t


ingat lagi tak INI. kenal siapa yang dalam gambar? si putih yang paling manja deh. badan kecil kan? tp dia dah beranak dah dalam keadaan badan dia yang kecik mcm nie. aku sendiri tak sangka. boleh ke dia beranak? dan at last selamat melahirkan dua hr lepas. ALHAMDULILLAH. :')

so total kucing aku sekarang ada 9 ekor include yang baru lahir nie. banyak kan? :D

maaf putih. akak tak ada saat uteh melahirkan. sobs sobs. ibu kata dua2 warna putih ikut ibu dia. huwaa macam mana la rupa si comel si comel tu ea? mcm mana la si mak tiri pe'ah tu ea? haihh aku risau seyh dekat sini. nak balik. nak tengok baby2. rindu dengan kucing2 aku. nak2 yang selalu main2 dengan aku. si anak2 pe'ah yang lincah tu. semua aku rindu. :'(

ok nak last ariana rose kejap. hari ini episod last. nanti aku BW. nah kiss hug sikit. k bye ! :*

Wednesday, 12 February 2014

terperangkap dek kerana manusia atau tidak sengaja terperangkap?

assalamualaikum w.b.t



ya ALLAH. terkedu melihat gambar seperti ini. badannya luka2. matanya sebelah tidak berfungsi lagi. kalaulah manusia sendiri yang lakukan, apakah pembelaan untuk kau di akhirat nanti? aku tak sanggup jika kucing-kucing aku diperlakukan seperti ini, apatah lagi kucing-kucing terbiar di luar sana yang perlukan perhatian dan belaian. :'(

Tuesday, 11 February 2014

POETRY - tsunami

assalamualaikum w.b.t

hari ini
tak sedap hati
dapat mimpi
isinya tsunami
tsunami melanda bumi
bumi di mana aku sedang berpijak saat ini
dua orang yang alami
aku dan rakan sebilik
dalam mimpi
kata aku
"ALLAH, aku banyak dosa."
saat itu aku ingin bersujud dalam solat
saat ramai-ramai lari
ombak besar menghimpit
terus aku terjaga
dalam mimpi rakan aku
dia sedang junjung al-Quran
petunjuk atau mainan?
bersediakah
tapi kenapa pula ada dia
ya. dalam mimpi itu ada dia
mungkin inilah namanya ujian
dugaan ketika minda ingin melupakan

#dalam entry PETUNJUK ISTIKHARAHGEE ada tanya. bagaimana pula dengan aku ketika aku menatap potretnya? tipu kalau aku cakap aku benci dada sempit. sebenarnya, rindu itu hadir tak semena. walau aku nafikan guna bibir, perasaan itu bukan munafik. ianya suci hadir tanpa pinta. benci itu cuma bicara kosong. cuma kalau aku luah kan, dia mungkin lebih bahagia tanpa aku. bukan? jadi untuk apa aku mencari dan mengejar bayang-bayang yang semakin jauh dan jauh?

aku nampak sendiri dengan mata walau cuma dalam maya. cuma saat ini aku tak mampu lagi nak intip setiap gerak-gerinya dari jauh. aku hipokrit. tapi dia? pengecut. berselindung di sebalik kejantanan palsu. takut orang tahu agenda dia. serius. kalau dia berani datang jumpa aku, mungkin saat itu semua aku hambus tanpa tapisan. jadi, lebih baik kau terus sahaja menjauh. takut2 kalau aku nie mulut tak ada insurans. maaf sekali lagi. kalau dah pengecut sekali, jangan tunjuk kan kejantanan itu. jangan sekali-kali.

jangan penat menjawab soalan isteri.

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


jangan pernah penat menjawabnya. kita tak tahu adakah itu kali terakhir? jadi layan sahajalah kerenah isteri. isteri nie sikap dia mcm budak2 sikit. perlukan belaian manja. cewahh mcm ada pengalaman. haha tak la. bercakap dari pengalaman kawan2 yang lain. :P

Monday, 10 February 2014

terima kasih siblings blogger. :')

assalamualaikum w.b.t

permulaan cerita yang dimulakan dengan keramahan kak LIEYA. dan si petunjuk arah kak SALLY. nak2 aku dengan kak lieya baru first time pergi times square. haha

with them. love them. walau pertama kali bersua. tapi hati tak ragu2 untuk berdepan dengan mereka. ada yang kata kawan blogger tak boleh dipercayai. TAPI jangan lupa ! aku juga seorang blogger. cuma tak sehebat mereka2 di luar sana. dan kini mereka bukan siblings alam maya lagi TAPI di dunia fana :)

oh man. sebelum makan. dorang nie kuat bercakap jugak lah. aku je. cuma pemalu2 kucing. hahaha :P :P

yeay. percubaan pertama makan korean food. daebak ! bul go gi nama dia.
aku nak try jjajangmyun. tp hr tu tak ada.
next time?
huwaa times square boleh rambang mata aku. semua benda nak grab !!
nasib lah tak gaji lagi. kalau tak? -_-

sakura feel ! best keluar dengan mereka. yang comel sebelah kak lieya tu pernah diceritakan dalam blog kak lieya :)

atotorh. mereka bergambar tanpa aku ! haha hakikatnya aku seronok keluar dengan mereka. lepas segala bebanan dengan gelak tawa. :')

aku? tiada siapa akan dapat duga apa yang selama nie aku sembunyikan di dasar hati yang dalam. penuh dengan kepalsuan di bibir yang tersenyum seperti ikhlas. engkau? kalau aku hipokrit. boleh aku mahu menuduh kau pula sebagai munafik? sekurang nya, kegembiraan sementara ini aku tak kongsikan dengan yang lain seperti mana kau lakukan. aku tak ada intan payung. tapi aku cuma ada kaca sahaja. hati aku lah itu. yang tengah tunggu benar2 pecah. sekarang cuma retak sahaja. tahniah kerana kau berjaya.

Sunday, 9 February 2014

petunjuk istikharah :')

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


aku sangat berharap, bila dia tatap potret aku, hati dia sempit, kusut dan serabut. bukan aku nak nafikan jodoh dan takdir, tapi aku tak nak ada dalam masa depan dia. biarlah dia pilih perempuan yang sekufu dengannya. cantik di pandangan manusia dan lebih cantik di pandangan ILLAHI. jangan persoalkan kenapa kehendak aku begitu. biar ALLAH sahaja yang tahu.

#bilalah nak gaji. banyak betul yang aku kena usahakan nie. terlalu banyak. ALLAH tahu nawaitu aku. tak apa. sabarlah hana. :')

mudah hilang ingatan jika perut buncit.

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


kalau sahih la kajian ini, aku harap aku akan hilang ingatan. kalau mcm tu aku nak makan berulamkan air banyak2 biar aku hilang ingatan. kau, dia dan mereka tak akan faham kenapa aku inginkan begitu. tak akan faham.

#saat ini mungkin aku di times square melepaskan segala tekanan. keseorangan atau tidak, tiada siapa akan peduli. semoga ALLAH lindungi aku di sini. :')

doa qunut, maksud dan hukumnya !

assalamualaikum w.b.t



(KLIK GAMBAR UTK TUMBESARAN)

TERLUPA UNTUK BACA DOA QUNUT.

perkara ini sering berlaku kepada kita ketika solat subuh iaitu terlupa utk baca doa qunut dan terus sujud. jadi SAH atau TIDAK?

solat kita sah kerana mambaca doa qunut itu sunat. namun disunatkan melakukukan sujud syahwi kerana membaca doa qunut adalah sunat aba'ad. jadi bagi yang terlupa doa qunut atau lalai melakukannya, disunatkan untuk menggantikannya dengan sujud syahwi.

CARA MELAKUKAN SUJUD SYAHWI

  • sujud syahwi dilakukan selepas bacaan tahiyat akhir dan sebelum salam
  • melakukan sujud sebanyak dua kali
  • pada kedua-dua sujud berikut hendaklah membaca tasbih ini :


JIKA ANDA ADALAH IMAM !

Jika anda menjadi imam, anda perlu membaca dan mengubah kalimah tertentu. Manakala, makmum tidak perlu membaca pada kalimah-kalimah tersebut hanya perlu menadah tangan serta menyambutnya  dengan amin sahaja. Kalimah kalimah tersebut ialah :

"Allah humah dini" kepada  "Allah humah dina"

"Wa'a fini " kepada "Wa'a fina "

"Watawallani" kepada "Watawallana"

"Wabarikli"  kepada "Wabariklana"

"Waqinii" kepada "Waqina"

SUMBER dan boleh singgah HUKUM MEMBACA DOA QUNUT dengan lebih terperinci.

#kalau ada yang salah dalam inti entry aku ni, sila perbetulkan. aku menulis utk diri jugak. sebab aku sering begitu. lalai. manusia tak ada sempurna kan? aku ingat solat aku tak sah. jadi bila research, ALHAMDULILLAH, sunat. :)

Saturday, 8 February 2014

POETRY - mampukah dosa ini terhapus atau aku rebah dipersimpangan?

assalamualaikum w.b.t

mampukah dosa ini ku hapuskan
mampukah perjalanan ini diteruskan
atau berhenti dipersimpangan
hadirkan redhaMU tuhan
hari ini ENGKAU tunjuk kebenaran
ENGKAU juga sembunyi keaiban
besarnya rahmat dari tuhan
kalau dah namanya takdir
tiada siapa boleh halang
tapi dosa dan noda diri
bukan takdir
tapi kehendak dan nafsu diri yang alpa
maafkanlah aku tuhanku
aku tak sekuat itu
takut rebah ke tanah
yang hitam itu hati
yang kelam itu silam
mampukah aku sinarkan
sedang aku keseorangan
di sebalik cahaya kusam
tutuplah segala keaiban
juga di padang mahsyar
tak sanggup pula aku melihat kejahilan
kejahilan diri yang terang

tiada duka yang abadi di dunia
tiada sepi merantaimu selamanya :')

Friday, 7 February 2014

POETRY - berjayakah pelarian ini?

assalamualaikum w.b.t
(auto post)

kelmarin
aku baca titipan lama
dari kotak bicara alam maya
yang mulakan utusan dua jiwa
semuanya dusta semata
kata dia dari mula sampai hujungnya
sayangnya pura-pura
jatuh ke bumi air mata
akhirnya tumpah
disekat pasti sakit pada tekak kecil
rindu
namun daya tak mampu
biarlah aku pendam rasa
berharap dia hilang jejak
bermacam cara
tak tahu sama ada berjaya atau sebaliknya
aku bukan pengecut
lari kerana takut
tapi kerana aku tak sanggup
biarlah aku ubati sakit ini
tanpa kau atau sesiapa
tanpa dia atau derita

#aku harap, kau tak akan jumpa blog aku. semoga kau lelah dalam pencarian aku. atau kau dah lama hentikan pencarian? entahlah. hanya ALLAH yang tahu hati kau seperti apa. aku? cuma pelakon dalam sandiwara kau. atau hanya salah faham? argh. yang pasti, kali nie nekad nya hati tak ada siapa boleh hentikan. noktahlah wahai hati. noktah. :')


semoga pelarian ini semakin mematangkan keduanya. :')

adakah kalian nampak url aku di dashboard?

assalamualaikum w.b.t
(auto post)

tolong berikan feedback ea. aku dah tukar url blog. aku dah blogwalking semalam tapi tak la seramai rakan blogger aku. cuma beberapa kerat je yang aku mampu utk tinggalkan jejak dan url baru. yang lain? nampak tak dekat dashboard blogger blog aku dengan url baru? hopefully nampak lah. tak sanggup nak hilang siblings blogger :'(


where where where? tinggalkan jejak. aku sedang mencari lagi nie. :(

Thursday, 6 February 2014

done already?

everything is done? hmm T_T

Wednesday, 5 February 2014

POETRY - kau yang pinta tanpa akal. sekarang aku turutkan. siblings blogger, aku akan kembali. :')

assalamualaikum w.b.t

layaknya kau aku simbah dengan asid
biar kau tahu
itulah yang kau sedang lakukan
dalam hati aku yang percaya kau lagaknya berani
pengecut
kau takut aku tahu agenda kau
yang bertopengkan syaitan?
atau kau takut aku bertemu si kekasih alam maya kau?
terima kasih
kau mulakan langkah sebelum aku meminta
dari dulu sampai kini
kau memang tak tahu makna adil
hilang jejak aku sekarang
kau tunggu akan datang
seimbas bayang kau pun aku tak pandang
kau buang segala rakan
sekarang aku minta
buang segala keluarga aku yang ada pula
dalam muka buku kau
boleh?
dulu aku dibuang
berkali-kali
kerana sayang aku terima semula
kali ini nak cakap apa
dekat sini kau jadi pembaca senyap
baik
kau yang pinta tanpa akal
sekarang lakon layar kau aku ikutkan
aku turutkan semua
kaulah pemusnah harapan

#guys, aku akan tkar url/link. tak pon aku akan privatekan blog nie buat masa sekarang. mungkin start dari esok, lusa tulat atau tngok pada keadaan.. aku nak cari sesuatu yang hilang. aku nak restart balik kehidupan tanpa sesiapa. tanpa sesiapa. nie lakonan dari pentas kau. jadi aku sendiri akan ikutkan..


inilah aku. yang terakhir itu. at last aku bongkah segala. sakit pendam lama2. bff aku cakap in sha ALLAH dia jodoh kau. ini dugaan. tapi aku cakap apa kau tahu? aku cakap aku tak nak dia ada dalam masa depan aku. nafikan takdir dan jodoh? kalau terpaksa kenapa tidak? beku kau tahu. salah aku? aku penat la setan. penat. aku nak tukar no satu persatu. hilang semua. hilang. aku lelah. kau tahu? kau tak tahu. sebab kau akal pendek. pentingkan diri. argh ! mati !

#tapi barangan dia. aku simpan. aku masih simpan. tapi kalau dia mintak balik. aku akan pulangkan. sejak dulu. aku tak pernah ada hak itu. tapi hak aku sering diceroboh. bodoh. bukan dia. aku.

keburukan soya !

ADAKAH AIR SOYA BERBAHAYA?

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan, kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu." Surah Al-Baqarah: 168

ANTARA KEBURUKAN SOYA

(yang tak suka baca perkataan medik jangan baca)

1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat zat dalam makanan kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.

2. Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, sel darah bercantum sesama sendiri,. Hoh.

3. Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.

4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan macam-macam lah. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak, dan khasiatnya semulajadinya = ???

5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Akibatnya :
* kembung perut,
* kekurangan asid amino,
* kerosakan pankreas.

Dan akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya. Sesetengah pengeluar hasil soya dorang basuh soya tu dengan asid dalam tangki aluminium nak pastikan antizat tu hilang. Malangnya,

6. Wujud unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan, dan ia menyebabkan NYANYUK, tahu??

Untuk pengetahuan,

para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya

(sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),

namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki

dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Sebenarnya sememangnya benar bahawa susu soya ini baik untuk kesihatan. Tetapi diantara kebaikan yang ada di dalam soya mungkin lebih banyak keburukannya. Maka sahabat2 boleh berfikir sendiri apakah masih kita ingin kita minum air soya atau tidak....



hakikatnya. aku suka soya sebab soya memang sedap. ibu pown dulu selalu jugak buat sendiri pakai kacang soya tu kan. tapi kalau buat sendiri pakai kacang soya yang asli tu menjejaskan kesihatan jugak ke? hmm hmm. mohon penjelasan kalian. aku jugak sedang buat researh mengenai ini. :)

jangan mudah percaya ! haha !

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


nak kata apa? padanlah muka. ayat yang rare. :P :P

Tuesday, 4 February 2014

terpulang. tapi jangan sentuh personal life aku. :)

assalamualaikum w.b.t

walaupown di mata dia aku junior. walaupown dia cuma pandang aku sipi2 utk alasan2 tertentu pada kisah2 lepas terpulang. aku bukan ahli nujum bisa membaca hati dan akal orang. tapi aku boleh tahu dari mata. kerana mata turun ke hati. betul? tapi honestly ! mmg aku pown tak suka kau. ada faham tak?? -_-

kira aku nie beruntung sebab aku terpilih diuji dengan ujian sehebat nie. dapat department mencabar. dapat pulak satu department dengan si polan yang serba sedikit tahu tentang kisah aku dengan dia. well, bukan aku tak tahu sipolan pernah suka dia. thats why bila aku dapat tahu, oh ! sipolan tu la yang tegur aku hari tu dan mention aku girlfren dia. shit ! macam mana aku boleh satu department dengan dia ! i want to run. BUT i won't because this is challenges. so i will grab. bukan semua orang terpilih. am i right?

and the end cuma satu je nak cakap. even pandangan kau sinis. even kau suka dia banyak mana sekali pown. even kau tahu siapa aku terpulang. aku nak kerja dengan professional. aku dan kau bekerja satu jabatan. bila2 masa boleh menjalankan tugas bersama. cuma satu nak cakap jangan sentuh personal life aku. it means ! jangan tanya apa2 mengenai aku dan dia. aku boleh bagi kerjasama. harap kau juga begitu. terima kasih.

 ini yang buatkan aku semakin kuat. ALLAH. aku bahagia bila KAU di sisi. terima kasih. :')

kami bukan pelacur dan kami tidak melayan seperti pelacur !

assalamualaikum w.b.t
(auto post)

kalau ikutkan hati, aku tak kan hitam kan muka dia nie. tapi kalau aku tak hitamkan aku sama jugak seperti dia tidak berakal.

#aku tahu aku masih baru. inilah cabaran yang aku akan hadapi akan datang. kami bekerja nak cari rezeki yang halal. untuk diri dan juga keluarga. bukan untuk terima sumpahan dan makian tidak beradab. cuba tempatkan diri ditempat kami. bagaimana? kalau ada kes2 yang emergency yang memerlukan khidmat kerajaan, macam mana? masa tu baru tahu langit tu tinggi ke rendah. jagalah bahasa. kita manusia. kalau ada yang tak betul, tegur cara baik. kami boleh faham. bukan buta bukan pekak bukan jugak tak boleh terima nasihat. sama2 ingat mengingati. boleh? :)

inikah persepsi mereka terhadap aku nanti?

assalamualaikum w.b.t


aku takut seyh kalau2 aku makan sumpah orang mcm nie time aku bekerja. aku nak jadi nurse yang terbaik. tapi ilmu masih belum mantap lagi. bagaimanakah? T_T

Monday, 3 February 2014

dear, mr. right !

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


sebelum bicara ingin menikahi sudikah terima sebulatnya siapa aku? wanita seperti aku banyak yang harus dibimbing. mampukah kau membimbing pendosa tegar seperti aku menuju ke syurga ILLAHI? maaf. kalau tak boleh, lebih baik berundur. aku tak sanggup kerana aku, kau juga turut terheret ke lembah hina. berat tanggungjawab kau jika memperisterikan wanita tak sempurna seperti aku. aku berterus-terang sekarang kerana takut kau lelah di pengakhirannya. salam kasih dari aku, bakal makmum. :')

#aku menghitung hari demi hari. kuatkah aku berada di dunia metropolitan nie tanpa hati? ALLAH. aku risau jugak dengan pelbagai BERITA yang tak sedap didengar. jagakanlah aku sepanjang aku di sana tanpa sesiapa. cuma pada KAU, aku harapkan. ALLAH T_T

bahaya sukan waktu malam

assalamualaikum w.b.t
(auto post)


Awas bagi mereka yang gemar bersukan pada waktu malam kerana tanpa disedari anda mungkin boleh diserang penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi dan masalah jantung. Aktiviti bersukan seperti bermain futsal, badminton dan beriadah di gimnasium di waktu malam yang kini menjadi gaya hidup warga kota akibat kekangan masa bekerja sebenarnya boleh menjadi ‘pembunuh senyap’.

Difahamkan, aktiviti tersebut yang banyak menggunakan tenaga boleh bertukar menjadi gejala tidak sihat dan membahayakan kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik.

Menurut pakar perunding perubatan terkenal, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad (gambar kecil), secara purata seseorang menghabiskan lapan jam bekerja sehari dan memerlukan waktu rehat.

Katanya, aktiviti bersukan selepas bekerja terutama pada waktu malam menyebabkan badan menjadi lesu kerana tubuh dipaksa bekerja keras dan banyak tenaga dikeluarkan.

“Kita memaksa badan untuk bekerja keras dengan aktiviti sukan yang berat dan boleh mengakibatkan tekanan darah kita meningkat naik sekali gus boleh menyebabkan masalah darah tinggi dan jantung.

“Bukan tidak boleh bersukan waktu malam, tetapi biarlah sukan yang ringan serta tidak menggunakan tenaga yang banyak seperti berenang dan berjoging,” katanya

dashboard blogger !

assalamualaikum w.b.t

maaf untuk kalian. aku rindu nak blogwalking. aku ada jugak blogwalking lately nie. tapi tak kerap macam dulu.

dulu ada je masa nak tengok dashboard blogger. tp sekarang aku blogwalking semua berlandaskan dari bloglist dan persinggahan rakan blogger ke blog aku. itu pown kalau aku ada masa.

kini aku fokuskan pada kerjaya tetap aku. ada je masa nak update entry. tapi membalas kunjungan mungkin tak sekerap dulu. maaf amat2 ea. abaikan jugak kalau ada entry aku yang meroyan sejak akhir2 nie. ok nah kiss hug untuk perempuan. yang lelaki. nah tumbuk tangan sikit. ;)

:) :)
Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome