rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 27 February 2014

LARI~~

assalamualaikum w.b.t

kerana apa dia lari? mungkin kau tak akan pernah tahu. saat dia berlari tanpa henti, ada sesuatu yang dia harapkan. ketika dia melangkah dalam setiap hayunan kakinya, dia berharap yang kau akan menghalangnya, menarik tangannya, usap setiap titisan air mata dari pipi mulus itu dan berkata, "jangan pernah pergi lagi."

namun harapan cuma tinggal sepi menghimpit. dalam minda yang menghasut, kau seperti tiada rasa. dalam fikiran yang menerawang, kau cuma jadikan dia simpanan dan teduhan ketika kau bosan.

bukan sekali tapi kerap kali dia dibiarkan pergi. bukan dia mahukan simpati. cuma secebis perhatian dan kasih sayang. peluang berkali diberi. pada kau, dia tidak pernah memberi. hakikatnya pula, bukan tidak pernah diberi tapi kau yang tak tahu menghargai.

kau memperlekehkan janji-janji yang pernah kau ukir. bersaksikan ILLAHI. bukan bersaksikan alam semesta. apa pula yang dia dapat setelah menyerahkan kepercayaannya? tamparan hebat bila langkahan kakinya dalam mencongak setiap taburan dosanya, kau tak pernah ada bersama dia untuk dia gali apa yang pernah tertimbus dalam silamnya. 

 mungkin kau lupa sesuatu apa yang pernah terjadi pada dia. atau kau mahu dia meletakkan wajah di kaki lima untuk kau injak sepuasnya ketika kau melangkah mencari bunga jambangan liar ibarat kumbang kehausan? tinggal secebis sahaja harga diri yang dia ada untuk dijaga. hentikanlah kezaliman. dia tiada daya untuk berlari. hanya tinggal lara sepi.


selepas ni akan ada peluang lagi? luka dalam hati dia hampir sembuh. parut yang tinggal bukan semakin hilang tapi...semakin berdarah kerana sikap kau seperti endah tak endah. kau tak yakin. atau kau malu untuk mengaku siapa dia kerana silamnya? berhenti. dia tidak mahu dizalimi. hentikan dusta.

7 comments:

Super Girl said...

sedihnya deeya baca. kuat! kuat! banyakkan bersabar k ? :')

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

sangat mendalam maksud entri ini.. seharusnya bertanggungjawablah terhadap apa yang telah dilakukan..

Norhasniza Khalid said...

sabar asha, kena ada suntikan semangat untuk diri asha sendiri.. kena kuat ok!

Lieya Von Jay said...

be strong ye hana :)

aisya said...

ape2 pun sabar ye hana.. huhu

p/s : nnti cuti roger2 lah. ajak Sally join sekali. tp selalunya weekend boleh lah. weekdays ni payah sikit. huhu. hari tu korg jumpa, Sally ada ajak jugak tapi tak free plak. huhu

mirza syazwina said...

kak hana,setiap yg jadi ad hikmahnya..take care dan kena kuat taw :')

Gee Lion said...

jangan menangguk di air yg keruh.
you are worth more than the value you have placed on yourself.

Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome