rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, 23 February 2014

POETRY - pemergiannya seperti semalam

assalamualaikum w.b.t

rindu itu anugerah
tangis itu lumrah
kematian itu fitrah
namun aku...
masih terasa seperti semalam berita kematiannya
aku pernah rasa kehilangan
kalau hilang di dunia masih boleh dicari
hilang dua dunia
adakah pengganti?
kau tak akan tahu selagi kau tak rasai

saat itu kau pasti akan pertikaikan
"Tuhan, kenapa tidak nyawa aku KAU ambil sekali?"
sakitnya seperti nak mati
ALLAH, ampunkan aku
kerana saat mereka tinggalkan aku
aku hampir hilang akal wahai tuhanku

sampaikan salam rindu ini
pada kekasih dua dunia
pada sahabat aku di sana
keduanya amat bermakna
pesan pada mereka
aku akan bertemu mereka di syurga

#pesananku, hargailah sementara masih ada. bukan ketika dia ada, kita anggap seperti dinding tidak bersuara. kita tak akan tahu apa yang dia rasa saat kita benar2 kehilangan dia. carilah kebahagiaan hakiki dengan hargai sekeliling kita. :)

ALLAH, saat aku perlu. mereka tak akan pernah ada. tapi... KAU tak akan pernah tinggalkan aku kerana KAU sentiasa ada. jadi ketika aku tidak dihargai, aku harap aku tak putus dari rahmatMU. :')

2 comments:

aisya said...

tak tau nape tiba2 teringat lagu Dewa 19, Hadapi Dgn Senyuman..

tak tau hujung pangkal ni.. cuma boleh ckp, be strong.. :)

p/s : bila hana cuti? jom jumpa.. hehe. hari tu Sally ada ajak tp tgh busy pindah rumah sewa plak.

Akeyla Azmi said...

:)
stay strong lah ye kak hana!!! <3

Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome