rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, 31 March 2014

POETRY - jawapanmu kebahagiaanku

Apa pun jawapan
Tuhan, kuatkan
Aku takut rebah di pengkalan
Aku percaya
Pada janji Mu tuhan

Jangan lari dari terus terang
Kerana kebahagiaan aku
Terletak pada kebenaran
Pada awalnya walaupun pahit
Pasti dipengakhiran akan ada seribu kebahagiaan

Bukan mudah mahu mencari kebenaran
Aku hampir rebah ya, tuhan
Dengan takdirmu
Kekuatan aku hadirkan
Jangan biarkan tangisan iringi kelemahan


Apa pown jawapan kau, cuma satu. Kenapa kau pilih jalan yang sama seperti dulu? Jalan di mana aku disakiti Tanpa noda. Dibuang Tanpa belas. Kenapa? Tak kasihan pada hati aku? Sekarang, jangan lari. Kerana aku mahu jawapan pada kekejaman. Kekejaman dari kau.

POETRY - pahitnya kebenaran

Ya tuhan
Kebenaran
Sekali lagi kau tunjukkan
Terima Kasih

Jadi sebab itu aku dibiarkan
Kerana itu dia menyepi
Mungkin dia mahu setia
Tapi kenapa tidak pada aku
Yang pernah jadi sahabat baik?
Kata aku kepada teman
Dia berhak Cari yang lebih baik
Sekarang kenapa mahu menangis?

Tangis aku bukan kerana diludah lagi
Tapi kerana kebodohan diri
Kerana impian mereka yang aku sayangi
Hampa mereka Kali ini
Allahurabbi
Kuasa Mu takdir Mu
Tunjukkanlah

Aku wanita teraniaya
Pernah terhimpit kerana dosa
Kini seorang dalam menghitung noda
Kenapa mahu harapkan dia
Serahkan pada kuasa tuhan
Dia maha penghukum

Ini sebabnya aku selalu keluar. Aku ingin lupakan segalanya. Patut hati kurang enak sejak akhr2 nie. Allah sayang aku. Sebab tu bukakan mata biar jelas segala. Jangan tunggu lagi hana. Kata Atin, bagi peluang pada org Lain pula untuk duduk dekat hati Tu.

Umai, baru hr nie kau kata mungkin dia akan Cari aku lepas dah ada kerjaya. Tapi nie belum berapa Bulan aku ada kat sini, dia dah ada bunga Lain. Sahabat2, terima Kasih suruh aku usaha mencari Tp alhamdulillah aku tak ikutkan. Aku ikut kata Hati. :')

#ibu ayah. Asha nak quit ! Mcm mana asha nak berdepan dengan wanita itu sedangkan dengan bayang dia itu mampu menguatkan Ingatan terhadap luka2 ini yang hadirnya dari si lelaki itu? Tiada siapa faham. Tiada siapa.

Monday, 17 March 2014

POETRY - dewasalah sayang

Dewasalah sayang
Bukan untuk aku
Tapi untuk kamu
Masa depan itu
Capailah sebelum ia kaku
Genggamlah sebelum timbul tembok batu

Rindu ini aku semaikan dalam doa kudus
Biarlah kata kau ingatanku semakin lupus
Kerana aku bukan seperti tetikus
Yang jemari menari mencari segenap ruang komputer
Dasar untuk dituju

Nukilan ini terukir atas dasar rindu
Selamat ulangtahun kelahiran
Semoga Bunga yang kau hinggap kini
Boleh berikan Kasih lebih tulus dari aku si Bunga layu.

Pelik
Kenapa Allah tidak bolak-balikkan Hati
Akan ada Hikmah atau...
Aku buntu
Ingin aku nafikan segala takdir
Tapi aku bukan tuhan
Aku cuma pelakon takdir
Allah
Ampuni aku
Aku hampir tersadung kaku

#22. Semakin dewasa kan? Semoga berjaya. Semoga berjaya dalam cita Dan cinta. Akan ada yang lebih baik menanti kau. Ibu suruh aku wish, Tp ibu tak tahu anak dia nie pernah dibuang berkali2. Tapi Kau ada hak mencari yang hakiki kan? Arai, kawan kau semakin dewasa. ;)

Lagu nie. Terlalu banyak momori. Hati manusia senang berubah. Ini sebab Allah yang mengkehendakinya. Maka cintailah kerana Allah. Selamat malam dunia nyata. :)

Saturday, 15 March 2014

POETRY - bagaikan pusaramu masih merah sahabatku.

Assalamualaikum .wb.t

Abad demi abad
Detik demi detik
Kami teruskan Tanpa kau
Dalam Doa kami sampaikan salam rindu
Perjuangan kita belum berakhir
Aku sedang berusaha keras
Usaha utk bertemumu di syurga
Hari ini hari pemergianmu
Dua tahun telah berlalu
Namun terasa seperti semalam kita bertemu
Terasa masih merah Tanah pusaramu
Maafkan aku
Kita pasti bersua ikut jejak waktu
Nantilah aku sahabatku


Akan aku teruskan perjuangan ini
Kerana dalam perjuangan ini terdapat semangat dari kau. Genap dua tahun sahabat. Walauu kita terpisah dari dua dunia, aku kau tetap satu dalam ikatan persahabatan. :')

Thursday, 13 March 2014

POETRY - Bunga layu

Assalamualaikum w.b.t


Aku
Walau rindu
Walau mimpi bertamu
Cuma aku
Cuma aku yang rasa itu

Jangan bilang ke aku
Bahawa kau cinta Dan rindu
Kerana aku cuma bunga layu
Cinta kau cinta palsu
Aku pernah tersungkur dulu
Pernah dipijak kaku
Andai kau tak mampu terima silamku
Hapuskan aku dalam hatimu
Aku rayu

#ya tuhan. Perasaan apa ini. Khayalnya aku dalam dunia fana ini. Kenapa wujudnya dia dalam mimpi? Aku tak ingin. Kerana bila aku sedar dari mimpi, Pasti pipi ini basah kerana air jernih.. Keraskanlah hati ini. Aku mohon.

Sunday, 9 March 2014

POETRY - kata Hati atau akal.

Assalamualaikum w.b.t

Bila dapat tahu cerita itu cerita ini
Keliru sama ada ini petunjuk atau ilusi
Keliru dengan harapan atau impian
Mencari dan menggali mahkota pujangga
Bukan dengan siperampas mahkota
Tapi cuma aku
Kejam kan siperampas itu?

Kusut aku fikirkan
Mana nak ikut kata Hati
Mana nak ikut kata akal
Kalau aku bersuara bertanggungjawablah
Pasti maruah aku diperlekehkan
Jadi aku teruskan langkah Tanpa Hati
Kerana Hati aku ada pada si
Perampas
Itu lagi kejam
Sebab dia menyimpan dua hati
Tamak.

Baju nie. Pakaian aku ini. Ada yang marah bila aku menyarungnya ke tubuh. Itu dulu. Sekarang Sikit pown tidak diambil peduli. Maknanya dulu perasaan dia ikhlas Tp kini mungkin perasaan itu telah beralih arah. Tuhan, kenapa tidak sahaja KAU bolak balikkan Hati aku seperti mana KAU bolak balikkan Hati dia?

#lamanya tak update. Rindu uallss.

Tuesday, 4 March 2014

terima Kasih Allah sebab hadirkan sahabat seperti dia :')

Semalam aku keseorangan. Masa tengah menanti member dekat pekan masjid Tanah. Nasib baik CIk Kila ada. Owh rsau betul dia Kat aku. Sebab Tu dia teman aku sampai kakak dia sampai. Dia takut apa2 jadi dekat aku sebab pekan masjid Tanah Tu Lain Sikit tempat dia nak2 aku lepak sampai malam. Nampak tak dia sayang aku?

Ada org kata kami serupa mcm Adik beradik. Haha yeke?

Kegilaan itu milik kami. :)

Nampak seperti happy kan? Hakikatnya tak.

Kalau lah masa boleh dihentikan atau diputarkan kembali, aku tak kan pilih jalan yang salah ni. Tak. Apa pun kebenarannya aku harap satu hari nanti dia benar2 berubah. Dalam setiap sujud aku mohon. Aku tak kan berharap yang dia rasa apa yang aku rasa Tp aku harap satu hari nanti dia matang dalam menjaga Hati wanita. :') 

Aku bukan lah bodoh tapi aku sedang menggali sesuatu yang hilang. Kau tak kan faham.

#maaf sebab dah lama tak blogwalking. Ptang nie. Ya Allah permudahkan urusan aku. :(

Monday, 3 March 2014

POETRY - bersua muka aku ingin

Aku ingin jumpa
Menatap Mata
Bersua muka
Kerana rindu menerpa
Dia
Adakah rasa yang sama
Merindu Tanpa kata

Bukan aku yang mula
Dia yang entah ke mana
Indahnya rasa
Andai kini dia di hadapan mata
Pasti kan kujerit
Akan aku bilang satu dunia
Rindunya aku pada kau ya cinta

Oh mimpi saja
Mana mungkin dia mahu yang sama
Ada Bunga lain yang sedang bermaharajalela
Aku...
Dah layu tidak berwarna

Petang nie aku akan berangkat pulang ke bandar metropolitan. Sebelum Tu pekan masjid Tanah jadi persinggahan. Tipu kalau aku bicara tidak mahu lihat bayangnya langsung. Sebenarnya aku harapkan sebaliknya. Ibu Tanya contact lg? Jawab aku. Kalau ada, adalah. Jawab ibu, ayah dah bagi lampu hijau jadi mcm nie pula. Senyum jugalah yang terbaik. Allah Bantu hamba menjawab segala persoalan dari mereka. :')

Pagi nie jpj weyh. Doakan aku hokey. 

Sunday, 2 March 2014

POETRY - aku bukan dia

Aku mungkin bukan seperti dia
Bidadari idaman jejaka
Aku mungkin bukan seperti bunga
Yang harum mekar bernyawa
Namun...
Aku masih punya harga
Biar mereka kata aku buta
Tapi itulah yang aku harus jaga
Tampak remeh pada mata
Aku yang rasa
Bukan kau, dia dan mereka
Aku
Aku yang masih tertimbus
Dalam nafas kita
Dan aku...
Yang masih lemas dalam hati kau
Kerana bicara kau dusta
Kerana kata kau nista
Kau buta dalam cinta
Meningkah makna setia


He he penggunaan android pertama. Meh insta korang. Nak follow. Kalau nak bagi wassap dengan wechat pown boleh jugak. Haha nanti aku blogwalking eh. Nan keluar kejap.
Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome