rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, 29 April 2014

Giveaway Birthday by Syira Lokman

assalamualaikum w.b.t

KLIK BANNER utk JOIN !

setelah beberapa bulan beberapa detik
banyak perubahan
dari segi usia
dari segi wajah kesayangan blog
rumah persinggahan yang semakin kreatif dan menarik

aku sahaja yang masih di sini
ingin aku jadi seperti si gadis comel
mencurahkan ilmu dunia
berkongsi tentang akhirat
semoga ALLAH berkati
semoga si gadis menjadi semakin matang
semoga si dara manis dilimpahkan rezeki yang murah
kerana si adik manis ini hatinya selembut wajah pink kesayangan beliau

#selamat ulangtahun kelahiran sayang. dah lama tak singgah. tp kini in sha ALLAH akan kembali aktif seperti sedia kala. :)

tarikh tutup : 28 mei 2014 @ 11.15 pm.

3rd Anniversary Giveaway by ChipmunkandBarney.

Alhamdulillah. Pejam celik, pejam celik. Tanggal 8 April 2014 maka genaplah tiga tahun. Bersempena birthday blog yang ke tiga tahun ini, I dengan sukacitanya menjemput anda dan anda untuk memeriahkan lagi giveaway ini. 


Syarat-syaratnya adalah seperti berikut :

1.    Follow SINI, Like SINI dan Add To Google+ SINI.
2. Buat satu entri yang bertajuk 3rd Anniversary Giveaway by ChipmunkandBarney.
3.   Copy code yang disediakan dan paste di ruangan HTML.
4.   Tinggalkan URL Penyertaan di ruangan anda di ruangan komen. 

Untuk hadiah-hadiah yang ditawarkan, uolls boleh lihat di SINI. Dan InsyaAllah, hadiah-hadiah tersebut mungkin akan bertambah. 

Tarikh Tutup : 11 May 2014 (11.59 malam)


#dah berapa lama aku tak BW. banyak btol cerita baru. selamat ulangtahun kelahiran utk blog comel blogger aisya. semoga terus maju jaya dan aktif dalam bidang nie. tak sabar nya nak jumpa khamis nie. haha :)

POETRY - aku mahu jadi aku yang dulu

assalamualaikum w.b.t

tahu ke mana aku pergi menghilangkan diri
aku sedang cari kekuatan hakiki
dengan berjimba sana sini
aku tak singgah ke rumah kalian
maafkan aku

hari ini
aku mahu kembali aktif
aku mahu kembali ceria
seperti hana yang dulu
kerana di sini terletak 'family outside' yang awesome

terima kasih pada sahabat yang tak putus2 beri semangat
aku mahu jadi blogger yang tegar seperti dulu
aku dah lelah bermain dengan rasa sendiri
akhirnya aku tewas
tapi aku bangkit dengan impian baru
impian di mana langkah aku atur demi ketenangan hati
hanya tunggu saat itu
bukan di sini
tapi di mana mereka semua tak dapat jejaki
walau seimbas bayang2 kaki


me? dengan siapa aku berkawan saat ini. semuanya atas nama persahabatan. lelaki perempuan. tak ada yang sampai jatuh ke hati. kerana aku mahu mencari sahabat bukan cinta tangkap muat.

blogger2 yang bakal bersua muka dengan aku khamis nanti. tak sabar. walaupown dorang blogger awesome. ! ahh nie je masa nak rapatkan ukhuwah sesama blogger. walaupown ada yang masih belum di follow lagi. akan difollow ! jumpa nanti gadis2 ku !

#dan ada bad news. one of my beloved cat dah tak ada. kcing yg paling aku sayang yg rapat dengan aku. kalaulah aku ada dekat dgn dia. dia pergi tanpa aku di sisi. aku nak keje yang selalu ada utk keluarga. kalaulah. :'(

Friday, 18 April 2014

POETRY - mimpi itu

Mimpi apa itu
Yang dalamnya terdapat merpati dua sejoli Tanpa aku
Kebahagiaan itu berjaya buat aku kaku
Mereka berenang2 atas tangisan aku
Namun pada pengakhiran mimpi itu
Si wanita datang kepada aku
Katanya ini semua lakonan tidak berlagu
Dia dan wanita itu
Cuma mahu aku rasa benci kerana alasan yang satu itu
Ya tuhanku
Ini petunjuk atau...
Aku buntu
Aku mahu hapuskan rasa rindu
Bukan mahu kuatkan rasa Kasih tidak berbalas itu
Aku
Mahu rasa benci seperti dia membenci aku
Aku
Mahu jadikan dia sebagai silam
Dan hapuskan kenangan ke dalam laut yg dalam itu
Aku penat memberi peluang tapi tidak dihargai walaupun satu

Girang?
Bahagia?
Memang sengaja aku tunjuk
Biar kau tahu aku berjaya lupakan
Tapii
Selalu sahaja mimpi itu datang menghantui
Aku mahu berhenti di sini
Tapi kekuatan aku dah lama mati
Sejak Hati ini dicuri
Kemudian dicampak berkali seperti tiada Hati
Kau lupa tanggungjawab yang patut kau galas
Kau biarkan aku seorang menggali
Apa yang patut kita gali bersama
Ya Allah
Bawalah aku pergi jauh dari sini
Jauh dari silam yang penuh dengan onar
Yang penuh dengan ranjau
Aku kalah aku mengalah

Saturday, 5 April 2014

POETRY - noktah pada kisah hati

Tiada apa yang perlu aku tunggu lagi
Kerana tiada harga dalam penantian ini
Dari terbit fajar hingga tenggelam matahari
Bukan aku mahu menagih simpati
Cuma mahu jawapan yang Pasti
Sia2 jua dalam ukir janji
Sekarang semuanya Sudah mati
Termasuk Hati

TakdirMu tuhan
Bukan kemungkinan
Tapi suatu kepastian
Aku ingin capai impian
Dan kemudian lari dari dunia yang penuh dengan permainan
Hanya beberapa langkah sahaja untuk aku teruskan
Akan aku buktikan
Aku bukan perempuan murahan

Terima Kasih pada teman
Kerana ada saat aku perlukan
Dia nasihatkan
"Lupakan je la."
Dia sudi hulurkan bantuan
Drive aku sampai ke rumah lelaki itu
Puas aku hubungi sampai malam
Tapi...
Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi...
Kan aku dah kata itu yg terakhir
Kenapa Susah nak beri kerjasama?
Sahabat cuma mampu geleng kepala
Nekad kan aku?

Kau perasan Mata aku
Kau takut nak tinggalkan aku sorang2 dkt pantai ni
Kau takut aku buat kerja gila
Kau tahu aku penat tunggu
Balik dr kerja malam terus ke pengkalan balak
Tak tidur tak makan
Sampai malam pun tiba lagi
Tapi dia tak tahu
Kerana dalam Hati dia dah tiada aku
Kau sahabat
Kalau penantian aku sia2
Tapi pengorbanan kau sbg sahabat akan aku ingat sampai akhirat
Semoga bertemu jodoh yang baik wahai kawan

Aku Dan dia
Cukup sampai di sini
Tiada lagi 
Aku sudah campakkan semua kenangan di pantai ini
Dia lebih bahagia kini
Tanpa aku disisi
Aku akan pergi
Tapi tak akan pernah kembali
Berakhir sudah cerita pada kisah Hati
Noktah pada cinta yang mati

Wednesday, 2 April 2014

POETRY - aku mahu tahu

Hari esok
Dia datang atau tidak
Aku tetap akan tunggu
Bukan mahu tagih simpati
Cuma mahukan sebuah kepastian
Aku mahu jalani takdir yang adil
Aku mahu Hati itu dikembalikan

Aku punya hak bukan?
Dia minta aku lupakan dia
Kata dia,
Anggap sahaja dia dah mati
Macam mana kenangan mahu terhapus
Andai kerjasama dari dia pun sukar aku dapatkan

Aku mahu tahu kenapa aku dikejami lagi?
Aku mahu tahu dalam hati dia adakah aku dah mati?
Aku mahu tahu kenapa dia tidak menunggu seperti aku yg menanti?
Jika silap aku disini
Aku perlu ketahui
Jika khilaf dia
Dia harus akui

Kerana perjalanan masih panjang
Takut pula Allah kata dia adalah jodohku
Bagaimana aku mahu berdepan lelaki sekejam itu di masa akan datang?
Tidak
Akan aku doa hari2
Biar aku dengan dia cukup sehingga ketemu esok


Lagi aku biarkan lagi dia bermaharajalela
Lagi aku pendam lagi banyak hati yang merana
Bukan aku nak kata aku bagus semena
Cuma aku takut Allah tunjuk kebesarannya
Saat dia tiada sesiapa
Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome