rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, 5 April 2014

POETRY - noktah pada kisah hati

Tiada apa yang perlu aku tunggu lagi
Kerana tiada harga dalam penantian ini
Dari terbit fajar hingga tenggelam matahari
Bukan aku mahu menagih simpati
Cuma mahu jawapan yang Pasti
Sia2 jua dalam ukir janji
Sekarang semuanya Sudah mati
Termasuk Hati

TakdirMu tuhan
Bukan kemungkinan
Tapi suatu kepastian
Aku ingin capai impian
Dan kemudian lari dari dunia yang penuh dengan permainan
Hanya beberapa langkah sahaja untuk aku teruskan
Akan aku buktikan
Aku bukan perempuan murahan

Terima Kasih pada teman
Kerana ada saat aku perlukan
Dia nasihatkan
"Lupakan je la."
Dia sudi hulurkan bantuan
Drive aku sampai ke rumah lelaki itu
Puas aku hubungi sampai malam
Tapi...
Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi...
Kan aku dah kata itu yg terakhir
Kenapa Susah nak beri kerjasama?
Sahabat cuma mampu geleng kepala
Nekad kan aku?

Kau perasan Mata aku
Kau takut nak tinggalkan aku sorang2 dkt pantai ni
Kau takut aku buat kerja gila
Kau tahu aku penat tunggu
Balik dr kerja malam terus ke pengkalan balak
Tak tidur tak makan
Sampai malam pun tiba lagi
Tapi dia tak tahu
Kerana dalam Hati dia dah tiada aku
Kau sahabat
Kalau penantian aku sia2
Tapi pengorbanan kau sbg sahabat akan aku ingat sampai akhirat
Semoga bertemu jodoh yang baik wahai kawan

Aku Dan dia
Cukup sampai di sini
Tiada lagi 
Aku sudah campakkan semua kenangan di pantai ini
Dia lebih bahagia kini
Tanpa aku disisi
Aku akan pergi
Tapi tak akan pernah kembali
Berakhir sudah cerita pada kisah Hati
Noktah pada cinta yang mati

3 comments:

Huny eda said...

ehem..ehem..selamat berhujung minggu

Qaseh Wee said...

yg dah berlaku , biarlah ianya berlalu ... saya juga pernah merasai ... sampai satu tahap , saya rasa sia - sia meratapi sedangkan dia di sana ketawa bahagia ...makanya jgn dilayan derita hati . kuatkan semangat dan teruskan kehidupan . percayalah ! Allah nak beri lebih baik drp dia .

Akeyla Azmi said...

:) bagus kak hana. Dah campak kan? <3333 hihi inshaallah lepas mesti lebih baik gilatakkan sama lah. <3

Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome