rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 29 May 2014

terima Kasih adik Mirza !

Assalamualaikum w.b.t

Holaa everybody. Hr nie hr cuti aku sebab baru lepas keje malam. Dan aku balik Melaka semalam. Tiba2 hr nie sampai satu sampul surat berwarna coklat dkt rumah. Kita nie seperti ada jodoh sayang. He he kalau kak hana still dekat KL tak dapat la nak bukak sampul. Haha

Tadaaaa....

Inalah kandungannya. Simple sweet cuties. ;)

Tq sayang. Masa hr Tu dia mintak alamat. Aku Tanya kenapa. Dia nak bg something sempena aku selalu komen dkt blog dia dulu.

Seriously aku terharu. Tp sejak dua menjak nie aku dah jarang update blog. Tapi si comel ini masih menghargai kehadiran aku dan masih lg mengingati aku. :')

MIRZA sayang. Satu hr nanti kak hana akan jd blogger seperti dulu. Selalu berjalan Sana sini di blog rakan2 blogger Lain. Cuma tnggu saat kak hana dah tidak terikat dengan kesibukan di bandar metropolitan ea. Keep my word sayang. Miss u. :')

Tuesday, 27 May 2014

si kecil

Dalam keadaan hening. Hingar bingar dengan bunyian loceng menandakan akan ada pesakit seterusnya. Aku melayan Dan merawat seperti biasa tapi hinggalah satu saat ini tiba. Mata ini terpaku pada satu tubuh kecil. Tubuh yang tidak berdosa itu dibuang oleh ibu yang aku sendiri tidak pasti mana akalnya dia letak.

Tubuhnya masih merah dibedung. Baru sebulan dia menghirup udara Allah. Notis yang ditinggalkan ,"sila jaga budak ini baik2." Maaf aku agak kurang sopan dengan tutur kasarku. Lebih baik jangan menyerah tubuh pada si lelaki kalau niat mahu membuang si kecil tidak berdosa. Tidak penatkah kau berhempas pulas selama 9 Bulan?

 
Saat Mata ini menatapnya. Sayang, boleh mama nak ambil sayang sebagai anak angkat? Suara sang doktor yang merawat. Orang yang jumpanya mahu jaga dia sebagai keluarga. Alhamdulillah, syurga menanti. Semoga bila dia dewasa kelak, sikap keluarga asalnya tidak turun ke dia.

Begitulah peritnya kehidupan. Semoga si kecil terus kuat kerana kehidupan tak seindah yang disangka. bukan aku mahu kata aku punya pengalaman hebat. tidak. tp sesusah mana pun kau, kau masih boleh serahkan dengan cara baik utk orang jaga anak kau bukan dengan meletakkan  si anak di kaki lima.

perit tapi kau harus tempuh wahai si kecil. :')

Monday, 26 May 2014

lelah hati

telus. pandang ke arah mata. biar turun ke hati. tanya pada diri. apakah kau sengaja menerbitkan rasa benci dengan cara begini? kau tahu tentang silamnya yang berpunca dari kejantanan palsu kau. kau sedar ianya tak mampu dikembalikan walau setitis air mata darah menitis dengan deru nafas yang sendu.

kau perkosa jiwanya. kau matikan akalnya dalam meniti onar hidup. dia lelah. ayunan kaki mana yang harus dia turut? sedangkan akalnya melayang ke arah kemesraan kau bersama dia. kata dia, dia sudah cukup bersedia. itu kata dia. tapi hatinya tertanya. sudah cukup bersediakah dia?


dia malu untuk teruskan hidup. kekuatan dia mati untuk langkahi takdir ILLAHI. kau tak sedar atau pura-pura tuli? banyak yang harus dia perbaiki. apa yang dia tahu, dia harus berhenti di sini. hentikan segala lelah hati.

kerana dia tahu maruah harus digali hati perlu diperbaiki..biar jiwanya sekental kerikil duri. biar tiada siapa mampu menyentuhnya walau dengan semulus jari-jemari...

Sunday, 25 May 2014

ceritera dia.

Kadang2 dia rasa hidup ini tidak adil. Kenapa harus dia yang lalui nya. Tiada teman mahupun sesiapa. Dia gagah kan juga walaupun dia tahu hayatnya tidak lama. Puas dia menongkah arus. Dalam arus itu terdapat duri yang tajam sehingga dia hampir lemas dibadai ceritera itu.

Tapi aku selalu ingatkan dia. Dia bukan keseorangan. Dia punya aku sebagai teman.  Akan aku bawak dia jauh dari sini bersama impian. Biar dia menangis semahunya di bahu ini. Biar dia luah segala jeritan.

 

Rupanya senyuman dia tak Seindah apa yang dirasa. Nadi dia hanya menunggu waktu untuk berhenti. Itu kata dia. Bagi aku, kalau dia sememangnya kuat, nadi itu akan terus dengan denyutan yang hebat.

Selalunya aku menulis cerita dalam Puisi kosong tapi melalui coretan ini juga aku mahu kalian faham. Bukan semua cerita itu punya keindahan hakiki.

*kau cekal sayang. Kau bukan seorang. Kerana kau punya aku. :')

Saturday, 24 May 2014

dia tidak sekuat itu

maafkan dia kerana dia tak sekuat yang kau sangka. maafkan dia kerana dia lelah dalam langkahnya. ukiran senyumannya bukan bererti dia tidak berasa duka atas semua tipu helah kau mengenai rasa yang nyata.

dia cuba kikis segala prasarana detik pertemuan sehinggalah detik terakhir dia dicampak diludah tanpa belas. dalam dunia metropolitan itu dia terduduk membilang waktu. kenapa sampai begitu sekali dia disampahi? cukup. kau tidak layak menjadi raja pada hati sepi itu.

https://weheartit.com/entry/66977087

dia puas menangis saban hari. menanti setiap deringan panggilan dari kau tapi yang dia nampak cuma potret bahagia kau bersama sang lain. bunuhlah dia. itu permintaan terakhir dia dari kau bermaharajalela menginjak sang hati tidak bersalah itu

kalaulah wanita permainan kau itu tahu hati kau seperti apa. hentikanlah semua lakonan sementara ini. kau masih tak puas lagi? apa ingin kau sebenarnya? dia sudah cukup derita. penantian dia sia2. tolong hentikanlah sebelum nadi dia terputus dalam kesesakan dunia hipokrit itu.

Friday, 23 May 2014

bisnes partner !

assalamualaikum w.b.t
(auto post)

my network. lebih banyak lelaki dari wanita kan? tp seronok sebab dorang tak ambil kesempatan. dan ! kami satu network. punya ikatan yang kukuh ! membantu antara satu sama lain. dan penangannya lumayan. thats why i love them as my outside family. plus event sana sini. sukaneka BBQ picnic and so on. awesome !

ehem. aku diapit oleh dua jejaka hangitt. haha yang sebelah berbaju hitam tu faiz fiancee cik mun. yang sebelah nya entah taken ke single. muka market katanya single. tapi macho right? aku pown melting. haha yang penting ! dorang yang banyak support aku. faiz my upline. im proud with him sebab dia bersungguh-sungguh sehingga dia bakal jadi leader dengan kesungguhan dia tanpa putus asa. si alip pulak walaupown dia bukan leader aku tp dia bg aku support dan pertolongan. dorang awesome !

dekat dataran pahlawan. aku nie dah macam adik bongsu dah dalam network aku. kadang2 bila aku lepak sorang2 ke dorang nie mesti cakap kau perempuan balik awal jangan jalan sorang2. bla bla bla. eiyy aku dah besau ler. -_-

dan ini ! aku kadang melepak dengan dia. sampai ada partner lain tanya aku dengan dia nie ada apa2 ke. jadi ktorang lepas ni dah kena jarang2 lepak. bila berkaitan dengan bisnes sahaja baru boleh lepak. kalau tak, ada orang akan salah faham. no ! kami tak boleh jadi lebih dari bisnes partner ! kawan sahaja tak apa. boleh begitu?

tadaaa. pinky. geli. haha aku tak pandai pakai warna nie but im try atleast. tak suka? sila campak laptop anda. haha kalaulah senyuman ini boleh dikekalkan dengan mampu memperbodohkan orang lain yang memandang simpati. tapi ianya tak kekal lama. kenapa? sebab hati aku sering menangis tanpa air mata dan akal selalu teringatkan kebodohan diri yang berjaya buat orang lain memandang aku seperti manusia tanpa hati. ALLAHU. T_T

#pasti ada yang tertanya apa bisnes yang aku buat sampai aku boleh hidup senang. nanti kalau ada yang nak tahu, just pm aku. kita lepak2. kalau jauh bgtwu aku. aku boleh amik u all, aku tak nak hidup senang sorang2. kesenangan perlu dikongsi. kalau aku tunjuk slip bank msti kaki korang menggigil. perghh haha yang pasti bisnes yang aku buat nie tak kan buat aku stress sebab event program bersepah. ALHAMDULILLAH. ALLAH nampak usaha aku. ini salah satu cara untuk buat aku quit kerja nurse dan lari dari dunia yang sementara nie. masa tu tak kan ada sesiapa dapat jejaki aku. aku perlukan ketenanangan hakiki. :)

#masa tu kompom akan ada waktu selalu utk aku blogwalking di blog kalian. betul. jadi doa2 kanlah aku cepat2 capai impian. :')

POETRY - potret itu cukuplah

cukup-cukuplah dengan potret itu
ianya mendera jiwa aku
seperti awan biru
yang menunggu hujan membasahi bumi seiring waktu
yang akhirnya aku terduduk kaku

aku tatap dengan berulang kali
tanpa suara aku dah lali
air mata jadi peneman sepi
batinku menjerit sekuat hati
tapi
yang mendengar cuma aku seorang diri

ya tuhan
semarakkan rasa benci
agar aku mampu lari
lari dari dunia permainan ini
kau memang hebat lelaki
tapi terserlah kejantanan palsu kau yang sepi
sampai bila perlu begini
bermain dengan hati yang tidak berdosa hingga dikaki-kaki


oh wanita ini
adakalanya riang hati
hanya untuk menutup mata-mata yang memandang simpati
jadi wanita ini perlukan keyakinan diri
agar dia mampu mencapai impian jadi realiti

Friday, 2 May 2014

bloggers mini gathering at flora cafe !

assalamualaikum w.b.t

awesome day today. part of my journey. they are awesome they are gojes they are crazy2. kaki gambar kaki enterframe kaki bahan. kami tak pernah bersua muka apatah lagi nak dengar suara. cuma perkenalan dalam maya sahaja. siapa sangka dari maya berubah jadi fana? hanya beberapa jam sahaja mampu mengeratkan hubungan kami sesama blogger. kami tak peduli pada mata2 yang memandang kami ketika bersuka ria berselfie. peduli apa. kata kak sally, "kalau dorang pelik kita macam nie. cakap je yg kita nie blogger." yeah agree. blogger mana yang tak akan bergambar enterframe? nope ok. so we proud to be a blogger !

before i meet them. selfie. :)

before we step into the flora cafe ^^

here we go. nice surrounding. classical, flowering, romantika. awesome !

nice view !!

menu aku? spaghetti bolognese with ice chocolate. first expression bila ice chocolate aku sampai. mesti tak habis nie. chocolate banyak sangat sampai terkeluar. then bila aku minum habis pulak. sampai blogger kak nadia kata,"kata takut muak." haha malu aku. then it means sedap ! dorang kata aku anak mat saleh. haha nak buat macam mana dah menu lain asyik pekena dek tekak je. next time kalau datang lagi nak try la menu asam pedas dia. kak nad sampai menangis sebab pedas. itu yang syok ! org melaka kan. haha :D

desert ! bagi aku sedap sebab ada ais krim. haha aku tak boleh makan pisang sebab perut aku cepat hadam. -_-

awat yang lain sibuk selfie kat depan aku sorang je terkial2 arrange monopod tu? haha

gadis2 ku. kiss hug tightly. psst. kak aisya chipmunk kecik je orangnya. ingatkan dia bawah aku rupanya aku adik. kak sally yang kasik tahu hr tu. ok perasan la tu aku semakin dewasa. haha :)

en azlan strider. baru pertama kali bersua tapi perbualan antara dia aku dan rakan blogger lain macam dah kenal lama. banyak mulut jugak. aku sorang je yang pemalu dekat sini :P :P

aku si kaki enterframe. kau tak suka tapi itulah aku. i love the way i live. any objection?

we love each other. till we meet again? hopefully akan ada masa itu lagi utk kita bertemu. tak rugi aku join hari ini. sebab di sini aku mengenali kalian yang tak sombong. korang blogger awesome. aku blogger cikai. kejap ada kejap tak ada. blogger yang asyik melayan perasaan. tapi kini aku nak jadi seperti dulu. kaki jalan di blog orang. yeah. the end, korang gojes ! noktah ! :)

ehem. akhir pena pada entry ini. lihatlah si lembaga hitam yang sibuk menyelit di belakang ketika aku mahu berselfie. haha :3


kalau ada blog korang yang aku tak letak url di sini, itu bermakna url kalian sedang dalam pencarian ibarat menjejak kasih. haha tinggalkan jejak ok utk aku follow. selamat malam selamat istirehat. esok pm shift. k bye !

#banyak sangat gambauu. jd hanya beberapa kerat je yg aku boleh masukkan. kalau tak jenuh korang nak baca. wakakakaka#
Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome