rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, 24 May 2014

dia tidak sekuat itu

maafkan dia kerana dia tak sekuat yang kau sangka. maafkan dia kerana dia lelah dalam langkahnya. ukiran senyumannya bukan bererti dia tidak berasa duka atas semua tipu helah kau mengenai rasa yang nyata.

dia cuba kikis segala prasarana detik pertemuan sehinggalah detik terakhir dia dicampak diludah tanpa belas. dalam dunia metropolitan itu dia terduduk membilang waktu. kenapa sampai begitu sekali dia disampahi? cukup. kau tidak layak menjadi raja pada hati sepi itu.

https://weheartit.com/entry/66977087

dia puas menangis saban hari. menanti setiap deringan panggilan dari kau tapi yang dia nampak cuma potret bahagia kau bersama sang lain. bunuhlah dia. itu permintaan terakhir dia dari kau bermaharajalela menginjak sang hati tidak bersalah itu

kalaulah wanita permainan kau itu tahu hati kau seperti apa. hentikanlah semua lakonan sementara ini. kau masih tak puas lagi? apa ingin kau sebenarnya? dia sudah cukup derita. penantian dia sia2. tolong hentikanlah sebelum nadi dia terputus dalam kesesakan dunia hipokrit itu.

5 comments:

adrianna syaz said...

Mcm terkena dihati sya ja puisi hana ni..huhu..:'( sama2 kuatkan smngat ya hana..chaiyok..

Nadratul Syazwana said...

Kenapa ni kak Hana? Tgh bersedih ke? Be strong kak. Let bygone be bygone okey? :) Be strong.

Norhasniza Khalid said...

kuatkan semangat, biasalah dear, dugaan ada dimana-mana..

Amanina Mads said...

semoga hana tabah di kl. hidup skrg banyak cabaran. keep strong okay :)

Azlan Strider said...

hidup ini ibarat roda...ada masa dia kenakan orang..sampai masa nanti turn orang pulak kenakan dia.. :D

Regards,
-Strider-

Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome