rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, 26 May 2014

lelah hati

telus. pandang ke arah mata. biar turun ke hati. tanya pada diri. apakah kau sengaja menerbitkan rasa benci dengan cara begini? kau tahu tentang silamnya yang berpunca dari kejantanan palsu kau. kau sedar ianya tak mampu dikembalikan walau setitis air mata darah menitis dengan deru nafas yang sendu.

kau perkosa jiwanya. kau matikan akalnya dalam meniti onar hidup. dia lelah. ayunan kaki mana yang harus dia turut? sedangkan akalnya melayang ke arah kemesraan kau bersama dia. kata dia, dia sudah cukup bersedia. itu kata dia. tapi hatinya tertanya. sudah cukup bersediakah dia?


dia malu untuk teruskan hidup. kekuatan dia mati untuk langkahi takdir ILLAHI. kau tak sedar atau pura-pura tuli? banyak yang harus dia perbaiki. apa yang dia tahu, dia harus berhenti di sini. hentikan segala lelah hati.

kerana dia tahu maruah harus digali hati perlu diperbaiki..biar jiwanya sekental kerikil duri. biar tiada siapa mampu menyentuhnya walau dengan semulus jari-jemari...

5 comments:

Aqilah Azmi said...

kak hana...
i think u should be a poetry~ <3

Norhasniza Khalid said...

penyair yang cute..

Mime MF said...

aihhss sedapnya bila baca..suka!>.<

Azlan Strider said...

susunan ayat yang menarik..macam ayat orang sastera..hehehe

Regards,
-Strider-

Azlan Strider said...

susunan ayat yang menarik..macam ayat orang sastera..hehehe

Regards,
-Strider-

Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome