rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 31 July 2014

syawalku :')

assalamualaikum w.b.t

cerita mungkin dah lapuk atau basi. tapi tidak aku peduli. entry ini karya sendiri. suka hati. haha

ramai jugak yang ada update blog tentang raya masing2. aku? pada mulanya mungkin aku beraya sbg anak perantauan. tp siapa sangka cuti aku diluluskan. khuatir tentang ticket bas. mujur ada clasmate yg sudi tumpangkan. thnx bro. :)

dia nie pown keje hospital gak. male nurse dekat hospital serdang. nasib baik dia tanya aku balik ke tak. memang Allah permudahkan urusan aku. aku kerja petang 27 hb. so memang takut ticket xada. jd bila si Zack dah tanya aku, aku pown cakap nak tumpang. jd kami balik pagi raya. gerak pukul 7.40 pg. sampai melaka 9.10 pg. sekejap je kan. nasib xjammed. hoho

before balik kampung. semangat gila. pakai baju raya siap2 deh. haha

happy! beraya dengan phone baru. phone aku ler jadi mangsa. mentang camera cantik. mudah2an Allah xtarik nikmat yg baru sahaja DIA beri setelah phone lama aku diragut tanpa belas.

raya pertama kedua ketiga. baju sama je haaa sebab baju lagi satu xsiap lagi. baru ingat nak pakai masa raya kedua. haaa memang xada jodoh aku dengan warna pink. haha inilah baru sikit2 yg berkumpul. kalau ramai2 pasti meriah. atuk, nanti ada masa asha jenguk atuk lg ea. assalamualaikum kekasih halal. :')


cucu2 haji Salleh. semua dah besar dah. teringat zaman muda mudi. mereka nie kira rakan sepermainan la jugak. rakan berkubang Kat sungai. :D

junior aku masa dekat Kuim dulu. sekampung. akhirnya datang jugak dia beraya ke rumah atuk. dia ada kembau. aku panggil Radzi Radzi tp pandang kembau dia. sumpah sebijik. haha

entahlah. Ada sesuatu yang hilang yang aku kena cari. tak ada siapa tahu. puas aku mohon pada tuhan. adakah mungkin kerana silam aku yang kelam? aku terlalu rindu. engkau dia dan mereka. yang pernah menjadi penyeri hidup ini. suatu ketika dulu.  mereka mungkin semakin jauh tapi aku tahu dalam hati mereka masih tersimpan rindu yang kemas yang sama seperti apa yang aku rasa. tidak akan terbina 'masjid' ini tanpa mereka. jadi, pada bakal imam, tunggulah aku sehingga aku benar2 berjaya mengembalikan apa yang telah hilang tanpa jejak. walau aku seorang itu tidak bermakna aku akan mengalah dan melatah. salam eid pada semua dan kalian yg dirindui. ;)

Monday, 14 July 2014

ragut

siapa sangka. dalam sekelip mata. dalam bulan ramadhan pula. kenapa harus jadi mcm nie. ALLAH, dugaan sebesar ini. sumpah, aku tak punya kekuatan. aku cuba bertahan dari menitis kan air mata. aku cuba jadi kuat. cuba namun gagal.

buntu aku dalam harungi ujian dari MU tuhan. aku buntu. apa yang harus aku buat. walau ia hanya sebuah telefon bimbit, tapi terlalu banyak data yang penting. lagi pula, dah nak raya. aku sangat perlukannya, duit lagi. ALLAH.

macam mana nak kerja malam nie dalam keadaan macam nie. SUBHANALLAH :'(

Monday, 7 July 2014

POETRY - teringin menjamah perubahan. aku.

Aku
Teringin mata ini menjamah perubahan
Ya
Perubahan dari engkau
Seperti adam yang berubah demi Nur aminah
Tapi aku tahu
Detik yang aku tunggu tak pernah menjelma
Sampai bila mahu perjudikan Kasih yang Allah hadirkan?
Sampai bila mahu jadi Hamba pada cinta yang tiada restu dr tuhan?
Aku bukan baik dan sempurna
Tapi aku teringin ada di tempat kau
Mendapat peluang menjejakkan kaki ke rumah Allah
Menziarah makam Rasulullah
Jika peluang itu ada
Akan aku gapai dan peluk seeratnya
Tak kan sesekali aku perjudikan kepercayaan tuhan terhadap aku
Tapi janji manusia bukannya tulus
Mudah tergoda dengan mainan dunia
Kerana itu aku cuma mampu menunggu
Bilakah saat itu bakal tiba
Yang lepas itu Hitam
Jadikan itu pengalaman kelam
Jangan terlalu kejar cita sampai abaikan cinta
Dia terlalu baik
Keluarga kau juga restu
Tak ada Masalah Kat situ

Saturday, 5 July 2014

Dia tahu siapa aku. Dia.

Dia tahu apa yang terbaik untuk aku. Dia tahu siapa aku. Allah sebaik² perancang kehidupanku.

Dia tahu siapa aku dalam silam. Dia tahu aku pernah ternoda dan tenggelam. Tapi hebatnya Dia. Dia tutup segala keaiban.

Aku diburu dengan bayangan Hitam. Payahnya kutip sisa² semalam. Tapi... Allah tak pernah tinggalkan...aku...

Kau dan dia. Walid juga Ummi. Semoga berbahagia dalam renangi derita yang aku lalui. Memang sakit perih. Tapi aku bukan sendiri. Bila pengorbanan sebesar ini tidak engkau hargai, bagaimana pengorbanan dia pula? Ingat quotes yang aku pernah beri. Ingat itu bila akhirnya kafarah Allah berlaku dalam hidup kau. :')

Kerana penantian ini tidak akan pernah berakhir sehinggalah nafas aku terhenti. Di sini.

Friday, 4 July 2014

POETRY - maaf kerana masih merasa cinta

assalamualaikum w.b.t

aku tak nampak apa-apa
melainkan cuma ayat menyantas jiwa
kau dan dia walau tiada lagi hubungan istimewa
namun aku tahu kau dan dia simpan rasa yang sama
mulanya aku mahu rasa bahagia
tapi aku tahu bahagia aku cuma tiada guna
bukan aku dalam hati dia yang kau anggap pewira
kau patut berbangga kerana dicintai dia
maafkan aku kerana merindu lelaki yang sama
maafkan aku sehingga saat ini aku masih merasa cinta
walau benci terlafaz kata
itulah hakikatnya
benci ini lakonan semata
maafkan aku
semoga kalian bersatu semula sehingga ke syurga
walau perih rasa ini
tapi aku tenang kerana adanya ILLAHI

i look fatty with this dress. right? thank you ALLAH. aku rasa tenang selepas meluahkan padaMU. segala isi hati ini hanya kau yang tahu. terima kasih. ALHAMDULILLAH. :)

#ALLAH. semoga urusan aku dipermudahkan. terima kasih. syukur. ^.^
Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome