rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, 30 September 2014

CABARAN 30 HARI: hari ke 27 - mood aku hari nie !!!

Assalamualaikum W.b.t


Lagi 4 hari bakal tamat cabarn nie. Dan mungkin orang lain dah habis dah kot. Hoho

Pasal mood? Mood hr nie nanges weyh. Pasai apa? Kerja stress. Penat dan sebagainya. Hr nie incharge red zone shift pagi. Ramai gila patient. Non stop bunyi. Allahhh. :'(

Tadi pukul 4 baru balik. Jangan mengeluh hana. Inhaled exhaled. Ok keep calm ok. Haihhh

Monday, 29 September 2014

CABARAN 30 HARI: hari ke 26 - gadget kepunyaan aku.

Assalamualaikum w.b.t

Penat nya hoo hoiii. So hr nie kerja petang. Semoga Allah permudahkan. Hiksss

Gadget aku.

Zenfone 5 warna putih.

Lappy acer warna hitam. Tp lappy aku dah jahanam skrin dia. Nak kena repair. Sebab dah pecah. 3 thun bhai. Itulah yg aku guna masa dekat kolej dulu tau. Hmmmm

*Tak ada gambar gadget weyhh. Phone aku memori penuh. Tak boleh nak download tak boleh upload. Haihhhh hoho kbye !


Sunday, 28 September 2014

CABARAN 30 HARI: hari ke 25 - berita hari ini yg aku baca

Assalamuaikum w.b.t

Haippp tengah kerja pown masih lg nk update. Hoho berita hari ni yg aku baca? Honestly aku xsuka baca paper tak suka dengar berita. Haha so news apa je hari nie?

so aku Godeh2 jap dekat web tengok apa yg interesting. aku kalau Baca metro bila dtg minat tu aku lebih suka baca isu yg melibatkan nyawa. ada satu kes semalam mengenai ibu bersama janin sempurna digilis kereta api. tapi hari nie baru baca.

DI SINI (METRO)

Kesian. Tak boleh nak dengar kes ibu mengandung diuji dengan melibatkan nyawa. Rasa macam, cuba kalau aku boleh ke aku tanggung? Sobs sobs. T_T

Hmm hmmm.

Saturday, 27 September 2014

CABARAN 30 HARI: hari ke 24 - rumah impian

Assalamualaikum w.b.t

Alamakk rupanya tertinggal satu hari semalam dalam cabaran nie. So, aku publish hari ni la utk cabaran hari ke 24. Hoho

Rumah impian? Aku suka villa. Pernah masa kecik2 dulu berangan nak ada villa sendiri then duduk dengan family. Haha tp impian je yang mampu. Sobs sobs. Huhu

Milik En Google

Selain tu, aku suka rumah batu yg ada serambi. Hoho

Ok. Cabaran Hari Ke 25 aku publish esok hokeyyy. Hoho Kbye !


Thursday, 25 September 2014

CABARAN 30 HARI: hari ke 23 - pekerjaan yg aku ingin selain kerja aku sekarang

Assalamualaikum w.b.t

Hari nie kerja pagi so boleh update apa2 yg patut. Hiksss. So kerja apa yg aku ingin kan selain dr kerja nurse aku yg sekarang aku sedang ceburi?

Polis woman
Dulu bercita2 lah aku sejak dr kecik sampai la Hari nie even dah jadi staff nurse pown masih minat nak jadi Polis. haha first sekalì faktor menghalang adalah family. tak ada restu dr keluarga pown tak guna. betul? faktor kedua adalah tangan. Tangan aku Pernah patah der. Sobs Sobs.

Photography
Sekarang minat aku pown dah ke arah nie jugak. Tapi...aku tak pandai. Macam Mana? Hoho So hanya jadi stalker pada photography2 yg dah berjaya. Huhu

Novelis
Aku pernah cerita sebelum nie. Aku memang nak jadi mcm kak damya hanna. Aku dah tulis novel hampir separuh jugak tapi hilang sebab lappy kena format Sebab termasuk virus haram jadahh tu. So sejak dr tu aku malas dah nak taip apa2 lg. Tp ibu aku kata aku mudah mengalah. Hmm hmm yeke? -_- 

Ok time for sleep now sebab pg tadi masa kerja xcukup tidur. Hoho 

Wednesday, 24 September 2014

CABARAN 30 HARI: hari ke 22 - destinasi percutian impian

Assalamualaikum w.b.t

so tinggal berapa hari je nak tamat cabaran 30 hari. hiksss. gua promise. habis je entry nie update, gua blogwalking hokey?? :D

BANDAR PARIS

i dont know why. sejak zaman azali lagi aku suka bandar paris. sampai baju pown nak ada corak paris. sampaikan theme handphone pown nak kena ada gambar paris. haha mungkin sebab unik dan cantik kot? :)

dan yang paling aku nak sangat tengok adalah eiffel tower. bilakah impian bakal jadi kenyataan? :')





*mudah2an semua impian kita bakal jadi kenyataan. ok time for blogwalking yoooo !

Tuesday, 23 September 2014

CABARAN 30 HARI: hari ke 21 - tempat yang aku ingin pergi dan tak pernah pergi

Assalamualaikum w.b.t

Aku suka senja. Aku tak mintak utk pergi ke tempat yang mahal. Cukup sekadar berada di sisi kekasih hati sambil menatap senja terbentang. Sambil menatap tenggelam dan terbitnya matahari. Saat itu kau akan mensyukuri nikmat Illahi. Dan kau akan kata, "indahnya ciptaanMu Tuhan."

Milik En Google.
Cantik kan? Senja terbentang luas. Matahari tenggelam. Tenang seketika.

Milik en google.
Bila matahari terbit, terasa bersyukur sebab kau masih bernafas hingga ke hari ini.

Tapi... sampai sekarang aku masih xada peluang utk pergi ke sini menatap indahnya ciptaan Illahi. Satu hari nanti bersama yang halal? Mungkin? :')

Monday, 22 September 2014

CABARAN 30 HARI: hari ke 20 - quotes kegemaran

Assalamualaikum w.b.t

Memandangkan aku ni puitis orangnya so aku selalu stalk page best quotes di fb sebab quotes2 dia awesome. Kadang kala terkena pada batang hidung sendiri. Hew hew

Bila kau jenis yg kasar. So org Expected kau kuat bila disakiti. Fakta, Hurt Is still Hurt. :'(

Sometimes. T_T

Masih belum jumpa yg sejati. Sebab alasan jauh selalu digunapakai utk berlaku curang.

I don't mind at all. !

 Fall In Love....
Again...

dari mata aku kau akan lihat kejujuran itu. Aku pandai berlakon tapi mudah tertangkap. Kerana aku xpandai menipu orang yang betul2 kenal siapa aku.

Ok time for sleep. I nak tido. Cuti. Baru lepas keje malam. Nanti aku blogwalking hokeyyy. Kat kampung nie. Topup tido dulu apa2 hal. Hoho kbye !

Sunday, 21 September 2014

CABARAN 30 HARI: hari ke 19 - 1 resepi kegemaran aku

Assalamualaikum w.b.t

Penattnya hoiii. Baru bangun tido nie ha. Malamm nie malam ketiga. Kuiii Nasib xterlajak tido sampai ke malam.

Ok resepì kegemaran aku. Memang aku dah lama try nak belajar sejak azali lg. Aku suka sambal sardin hancur ibu aku. Masa belajar kat kolej dulu. Setiap kali balik kampung mesti suruh ibu aku masak kan. Huhu

Milik En Google. Sambal sardin kalau di makan dengan lempeng pown sedap. Huhu

Sambal sardin simple dan makanan paling murah rasanya. Sampai kawan aku kata senang laki aku bila dah kawen nanti. Yelaaa xpayah dok nak beli makanan memahal sbb tak memilih. Huhu

Selain dr tu xlupa juga kepada ikan keli kegemaran. Haha kbye !

Rasa mcm nak sambung tdo balik tp takut terlajak wooo. -_-

Saturday, 20 September 2014

CABARAN 30 HARI: hari ke 18 - siri tv kegemaran aku

Assalamualaikum w.b.t

Lambat kan update hari nie? Haha sebab aku baru bangun tido. Keje malam bhai. Malam nie second night. Huhu penat -_-

so siri tv kegemaran aku?


1. Pernah tengok temptation of wife? Yang philipine punya. Aku suka cerita tu sebab ianya bukan menceritakan kebodohan seorang wanita tetapi kebangkitan wanita itu bila ia dibodohkan oleh kawan baik sendiri dan kecurangan seorang suami. Sampai abang senior aku kat kuim pown tengok. Means sedap la kan. Huhu

2. Running man. Haha even aku dah sampai episode latest pown aku tengok. Bila keluar je kat tv 2 aku tetap nk tengok cerita tu. Haha sebab cerita tu kelakar. Tp ada sesetengah org kata entah apa2 la cerita tu. Huhu

Friday, 19 September 2014

CABARAN 30 HARI: hari ke 17 - 5 perkara yang aku rindukan

Assalamualaikum w.b.t

5 perkara yang aku rindu? Apa je erk. Fikir2. Hmmm

1. Zaman kanak2. Kadang2 aku fikir. Kan bagus kalau dapat putarkan masa. Aku nak zaman kanak2 aku semula. Zaman yang aku xperlu fikirkan tentang undang2. Zaman yg tak perlu nak jaga hati orang sangat. Zaman di mana banyak game yg menyeronokkan yang budak2 zaman sekarang xboleh nak ikut. Zaman sekarang gadget tu la permainan dorang. Hmm

2. Zaman kolej. Kenapa aku kata aku rindu? Di situ aku kenal siapa kawan siapa lawan. Di situ lahirnya sebuah rasa yang aku tak mampu ungkap kan dengan kata. Di situ walaupown lebih banyak pahit dr yg manis, tp yg pahit itu yg memberi aku kekuatan utk aku teruskan hidup. Even di zaman ini, aku hilang orang2 yang aku sayang.

3. Siapa pula yg aku rindu? Tentunya arwah atuk dan arwah arai. Atuk, pernah aku janji kan pada beliau, aku ingin tunjukkan pada beliau segulung diploma itu. Tapi aku xsempat nak tunjuk. Dia pergi menghadap Illahi terlebih dahulu. Tp aku bersyukur. Sempat menjaganya seminggu sebelum dia pergi. Masa tu aku sedang praktikal di hospital melaka. Arai, kawan yg paling best. Mmg dia bukan bff tp dia lah kawan terbaik antara yg terbaik. Tp Allah lebih sayangkannya. :')

4. My Parents. my Siblibgs. My cat. hari2 aku rindu. Haha bila dah besar nie rasa macam lain je. Rasa macam perasaan syg pada family makin kuat. Huhu

5. Him. Ya, aku rindu tawanya, aku rindu senyumannya, aku rindu tatapan matanya yang penuh dengan hangatnya rindu. Siapa pown dia, tiada siapa perlu tahu. Kerana dia hanyalah mimpi lena aku. Dan setiap kalì bangkit dari lena, rupanya dia adalah mainan mimpì sahaja. Setiap saat aku tak pernah lupa walaupown aku telah disingkirkan lama.

#hari demi hari cabaran tetap diteruskan. Tunggu aku balik kampung isnin ni baru boleh blogwalking and post hadiah pada para pemenang giveaway mama ea. Huhu

 Gambar masa zaman kolej. Gambar lama tapi menyimpan seribu kenangan. Banyak lagi perkara yg aku rindu tapi tak terungkap walaupown dengan kata pujangga.

Thursday, 18 September 2014

CABARAN 30 HARI: hari ke 16 - bagaimana aku 10 tahun lagi?

Assalamualaikum w.b.t


Holaaaa ebelibadiii. First of all, nak mintak maaf sebab xdpt balas kunjungan u alls yg sudi singgah blog cikai I. Sebabnya aku update pown melalui phone je. Nak follow back melalui phone? Xreti gua. Lappy dah jahanam. Sobs sobs. Nanti bila aku dah free or Lappy dah Ada, aku Blogwalking ok? Dan Sila pm aku dgn segera ea pemenang2 giveaway mama yg dapat hadiah dr aku.

Ok. Siapa aku dan bagaimana aku 10 tahun lagi? Boleh kalian agak? My Future Life sendiri pown aku xdapat agak. Huhu

Masa tu tahun 2024. Betul? Masa tu mungkin aku dah ada suami dan anak 5. Haha aku nak kerja office hour waktu tu. Sebab nak jadi isteri mithali. Kalau kerja shift, penat wooo. Kesian suami nanti. Xdapat layanan dr isteri.

Then masa tu In Sha Allah aku xkerja di wad lagi sbg staff nurse. Aku nak cari pengalaman di tempat lain pulak sambil2 menjadi blogger yang xjemu dalam dunia penulisan. Siapa tahu? Tp nie rancangan aku sahaja. Kalau Allah x mengizinkan, xkan kita xnak redha? Rancangan Allah lah sebaik2 perancangan. Dan aku harap 10 tahun lg aku Masih sihat walafiat tanpa sebarang penyakit. 😉😉

*Ok. Bagaimana anda 10 tahun lg? cabaran hari ni tamat. 14 hari lagi cabaran 30 hari akan tamat. Ok gud luck !

Wednesday, 17 September 2014

CABARAN 30 HARI: hari ke 15 - surat untuk seseorang

Assalamualaikum w.b.t

puisi satu utk you all. hiksss !

Cabaran hari yg ke 15 hari nie. baru lepas balik dari kerja terus update. Fuhhh penat.

Dear, future husband. Aku xpandai masak. Aku xreti berlembut. Perangai aku memang agak kasar. Cuma orang tertentu sahaja yang tahu macam mana nak lembutkan aku.

Aku bukan perempuan suci yang kau damba. Bukan gadis sempurna yang kau impikan tapi aku jugak seperti gadis biasa yang inginkan kesempurnaan itu. 

Jika ingin kan perempuan macam aku. Jumpa mak ayah aku. Kalau saat tu kau dah bersedia nak terima kekurangan aku. Ok Bro?

Salam kasih,
Future wife.

*Haha. Dah lama tak tulis surat cinta bagai. Aku sebenarnya tak tahu nak tulis utk siapa. Nak tulis utk ibu ayah or siblibgs, kata aku buang tebiat pulak kan. So, aku tujukan khas utk org yg tak pernah wujud dalam hidup aku kan. Jadi, tajuk surat ni, "surat cinta utk si lelaki dongeng." Haha

Tuesday, 16 September 2014

CABARAN 30 HARI: hari ke 14 - cerita kasut saya

assalamualaikum w.b.t

setelah dalam seminggu aku berpenat lelah berkursus, akhirnya aku pulang juga ke tanah bumi bertuah kuala lumpur. ok. cerita pasal kasut aku?

milik en. google.

aku lebih suka pakai kasut yang macam boot ala2 korea gitu. aku ada dua kasut yang macam gambar di atas. dua2 berwarna coklat. malas aku nak ke luar utk snap semata2. haha

tahu kenapa aku suka pakai kasut macam nie? selesa utk kaki aku. walaupown dia agak panas tapi lama2 aku jadi selesa. yang jenis cepat berpeluh, sila jangan pakai kasut macam nie. sebab kaki boleh mewujudkan aroma yang tak sepatutnya. haha

milik en. google

selain tu, aku suka pakai kasut wedges. sebab aku dah sah2 pendek. so pakai kasut tinggi macam nie nampak aku lebih elegan dana tinggi. haha ditambah pulak stabil bila berjalan. amboii ayat BM sangattt !!

nie gambar tahun lepas kot. haa nampak kasut yang aku pakai tu? tu salah satu dari koleksi aku. haha amboi macam banyak nau. padahal dua jibik je !

dan last sekali aku suka pakai sandle. nampak simple dan senang bergerak ke mana sahaja. cewahhh.

ok cabaran hari tamat. menghitung hari bilakah cabaran ini akan sampai ke penghujungnya huhu

Monday, 15 September 2014

CABARAN 30 HARI: hari ke 13 - 5 blog kegemaran

Assalamualaikum w.b.t

cabaran hari ke 13 bermula. blog kegemaran aku tentunya...

 Felixia Yeap's Official Blog

salah satu inspirasi. dia cantik. aku ikuti setiap perkembangan dia dari sebelum dia convert islam sampai lah hari nie. teruskan perjuangan wahai sister. :)


dulu aku tak kenal dia. bila ada manusia2 yang update tentang arjuna beta, sumpah aku tak kenal dia. kemudian aku cari di youtube dan dengar dengan teliti. aku cari puisi2 dia. aku baca dan fahami dengan telus. baru aku tahu siapa dia. aku minat puisi. jadi setiap puisi dia aku faham kan supaya mampu jadi inspirasi aku bila aku menulis dengan pena hati. ^_^

BEN ASHAARI

aku kagum dengan beliau. menjadi suri rumah sepenuh masa sambil berblogging. bukan senang nak jadi suri rumah sepenuh masa. aku yang belum kahwin nie pown kadang terfikir. macam mana la aku nak kawen nanti. dah la masak pown tak berapa nak pandai. dan siapa kata dengan berblog tak boleh nak jana pendapatan? ini baru first time aku jumpa lelaki yang boleh gantikan tempat seorang ibu sbg suri rumah. melayan kerenah anak2. dan yg paling penting, setiap coretan dalam blog beliau, beliau akan tulis mengenai anak2. aku geram tengok si qalif. pipi dia rasa macam nak cabut je. arghhh


cik gee. ada sesuatu yang sama antara aku dengan dia. bukan melalui penulisan tapi seperti ada chemistry di situ. apa yang dia rasa, dia coretkan melalui penulisan. apa yang dia lalui, dia luahkan melalui coretan. setiap kali aku baca apa yang dia sampaikan melalui setiap coretan hidup dia berdasarkan pengalaman dia mahupun sesiapa yang dia kenali, aku rasa seperti akulah watak dalam setiap ceritera itu. setiap entry dia punya makna tersendiri yang hanya sesetengah manusia sahaja faham yang hanya mampu diolahkan melalui senyuman palsu. :')

♥ Aku Kau Dan Puisiku ♥
5. PENYAIR SENJA

blog ini. aku tak pernah bosan menjengah walau sekilas pandang. dulu, masa mula2 kenal dunia blog macam mana. blog inilah yang sentiasa menjadi santapan mata setiap kali berjalan-jalan walau cuma dalam maya. dulu namanya penyair senja sekarang dah tukar pada aku kau dan puisiku. namun, ianya tetap sinonim dengan panggilan penyair senja. aku teringin nak lihat wajahnya seperti apa. tapi bak kata dia, "bersua tidak semestinya melihat wajah, berbicara tak semestinya mendengar suara."

*banyak lagi sebenarnya blog kegemaran tapi 5 sahaja yang diminta. haha so have a nice day. tunggu hari esok punya cabaran pula ea. dan hari ini hari terakhir aku berada di pasir mas. kuala lumpur, apa khabarmu di sana? haha k bye !

Sunday, 14 September 2014

CABARAN 30 HARI: hari ke 12 - 5 wishlist asha hana

Assalamualaikum w.b.t

setiap orang pasti ada impian masing2 yang teringin sangat nak jadi kenyataan kan. so cabaran utk hari ini bermula.

5 wishlist wanita bergelar asha hana

milik en. google

1. teringin nak duduk berdua bersama orang yang aku sayang dihadapan senja terbentang sambil menyaksikan keindahan alam semesta dan matahari terbit serta tenggelam ditelan bumi. memang itu yang aku inginkan. dari zaman sekolah lagi. sebab aku kan suka senja? in sha ALLAH dengan future husband mungkin? :)

2. nak jernihkan semula sesuatu yang telah keruh kerana salah faham yang dah lama berlaku tapi kekeruhan itu tetap berterusan kerana selangkah kami kehadapan demi kebenaran, selangkah itulah ada yang cuba lari dari mengetahui apa yang sebaliknya. pernah dengar kata pepatah, air dicincang tak akan putus. kan?

3. wanita melayu terakhir. kau tahu aku nie memang jenis ganas la. perangai tak pernah nak sopan. bercakap pown ikut sedap rasa. teringin jugak aku nak jadi wanita melayu terakhir, tapi dah try ubah, nampak sangat hipokrit. haha

4. nak cantikkan kulit tangan yang berbijik2. macam2 produk dah aku pakai. still macam nie. rasa macam nak buat pembedahan plastik je. -_-

5. aku nak jadi blogger dalam satu masa aku bakerja full time sebagai nurse. sebelum aku jadi staff nurse, itu lah impian aku. selalu blogwalking, selalu update entry setiap hari. sekarang memang jarang ada masa. hmm hmm

Saturday, 13 September 2014

CABARAN 30 HARI: hari ke 11 - kenangan lucu zaman kanak-kanak

Assalamualaikum w.b.t

hari ke 11. walaupown saat nie aku tengah berkursus, penat tahap gaban, tapi aku still nak teruskan cabaran nie.

ok sebenarnya aku malu nak gtwu. tapi demi cabaran nie tak apa. alaa lagi pown tu zaman kanak2 kot. haha tapi sumpah sampai sekarang aku still teringat2. apakah itu?? hehe

waktu tadika. aku rasa member2 sepermainan tahu la kot. bila mana aku tercirit dalam seluar masa dekat tadika. alaa jangan la nak cakap aku pengotor ok. time tu baru umur 6 tahun. huwaaaa. lepas tu aku balik dari tadika masa tu dengan tak pakai seluar. hanya pakai baju tadika yang labuh sampai lutut je tu. haha ok zaman kanak2 je aku tercirit. tapi korang jangan nak kelentong. zaman dah besar pown ada yang tercirit jugak kan sebab korang terkena cirit birit.

ok zaman sekolah rendah pulak. belakang rumah atuk aku ada sungai. so aku dengan siblings aku dengan sedara2 aku suka berkubang dekat situ sambil tengok ayah aku menjala ikan. ktorang pergi dekat bahagian empang yang banyak lintah berkumpul. guess what? lintah tu melekat dekat betis aku then secara automatik aku menjerit. "lintah lintah !!" sambil memeluk abang kesayangan aku ketat2 yang masa tu pown baru sekolah rendah. malu siottt. haha



Friday, 12 September 2014

CABARAN 30 HARI: hari ke 10 - apa di dalam handbag aku

Assalamualaikum w.b.t

cabaran hari ini. hari yang ke 10. aku wanita. agak2 apa yang ada dalam handbag aku? hemm hmm.

tadaaa. barang2 untuk gadget aku. such as earphone, pineng power bank dan charger. hik ! earphone memang perlu sebab aku suka dengar muzik. kalau time belajar dulu dah asing awal2 dah. kalau time dalam kelas pown lecturer dekat depan aku dekat belakang dengar lagu. nakal tak? haha

perfume jantan aku "clinique happy man." aku memang suka bau perfume lelaki. wangi dokkkk.

teeth brush. blue colour again. hehe senang. memang aku saja letak dalam handbag buat spare. kalau g mana2 ke utk stay beberapa hari tak payah g bazir duit beli baru.

eyeliner, lipstic "d'herbs" dan oil control film. sejak dua menjak dah dewasa nie tahu pulak nak jaga muka. haha -_-


dan tentunya purse kesayangan aku. macam2 khazanah ada. elastopast pown aku selitkan sekali. haha

ok. cabaran seterusnya tungguuuuu. :D

CABARAN HARI 1
CABARAN HARI 2
CABARAN HARI 3
CABARAN HARI 4
CABARAN HARI 5
CABARAN HARI 6
CABARAN HARI 7
CABARAN HARI 8
CABARAN HARI 9

Thursday, 11 September 2014

CABARAN 30 HARI: hari ke 9 - 5 lelaki yang manarik perhatian aku

Assalamualaikum w.b.t

ok. cabaran untuk hari ini. 5 lelaki yang menarik perhatian aku. ahaksss.

1. tinggi. aku suka lelaki yang tinggi dari aku yang hanya 156 cm je ketinggian aku. Ketot je kan aku? haha lelakì tinggi ni nampak macam sasa. Macam ! Haha

2. berkaca mata. bukan yang bajet ala2 nerd tu ea. hmm smart kalau lelaki pakai spec mata putih. serius. nak2 yang spec mata kalau kena cahaya matahari dia jadi warna gelap dah macam spec mata hitam. boleh imagine tak?

3. simple. lelaki yang simple pakaian dia time hang out dengan kita. biar simple janji sedap mata memandang. aku tak suka lelaki yang terlalu memilih dalam pemakaian. cerewet memang tak boleh ngam la dengan aku.

4. tegas. tegas dalam keputusan dan pendirian. bukan sekejap ya sekejap tidak. macam lalang kena tiup angin. lelaki yang tak berpendirian bila dia jadi ketua keluarga, dia tak akan tahu macam mana nak jadi tunggak utama. lol.

5. protector. lelaki yang melindungi kita walaupown dia sekadar kawan, yang perempuan nie akan rasa dihargai tw. macam abg aku dengan adik2 aku. even aku pakai ketat sikit, dah marah. lelaki macam tu la yang awesome. bukan lelaki yang suka perempuan tayang sesuka hati.


nahh belanja sikit abamm kacak lagi bergaya nie. heheh *melting*

tamat cabaran untuk hari ini. nantikan cabaran utk hari esok. :)

*Penatnya kursus. Tak cukup tidur. T_T

CABARAN HARI 1
CABARAN HARI 2
CABARAN HARI 3
CABARAN HARI 4
CABARAN HARI 5
CABARAN HARI 6
CABARAN HARI 7
CABARAN HARI 8

Wednesday, 10 September 2014

CABARAN 30 HARI: Hari ke 8 - 5 lagu cinta kegemaran aku

Assalamualaikum w.b.t

cabaran hari ke 8 bermula. dan hari meletihkan pown bakal bermula hari nie. nanti aku update ea pengalaman program transformasi minda selama seminggu dekat pasir mas nie. hehe lagu cinta? banyak sebenarnya. sebab aku memang kaki jiwang. haha so here we go !

takdir cinta by rossa. lagu nie buat aku rasa lain. tak tahu kenapa. aku sendiri tak ada jawapan.

madah berhelah by ziana zain. sebenarnya aku minat dengan dia. semua lagu dia aku suka la tp lagu nie top one. haha sebab setiap kali karok aku akan nyanyi lagu nie dan jerit sekuat hati. lepas tension woo.

sonata musim salju by hazami. lagu nie asalnya dari cerita winter sonata. sebab tu aku suka. mungkin ada sebab lain?

butakah cinta by spring. lagu nie zaman 80-an 90-an bro. memang fav aku group nie. sampai aku sanggup simpan kaset dia dulu. tapi entah mana entah pergi jahanam. huhu

kesilapanku keegoanmu by siti nurhaliza. lagu nie pown aku selalu bawak time karok sampai orang pown dah bosan dengar. haha tp tu zaman belajar dulu. zaman kerja aku tak jumpa lagi geng kaki karok macam mmber2 kolej bro.

nak tambah lagi satu boleh. haha lagu nie pown fav jugak ! nanti nak karok lagu nie la. haha :D

cabaran seterusnya tunggu esok esok dan esok. :) :)

Tuesday, 9 September 2014

CABARAN 30 HARI: Hari ke 7 - sejauh mana pendidikan itu penting bagi aku

Assalamualaikum w.b.t

milik en. google

pendidikan bagi aku memang penting. sebab itu salah satu cara untuk kau mencari rezeki yang halal serta diberkati olehNYA. Ilmu memang dituntut dalam Islam. Tapi honestly aku cakap. aku jenis malas nak sambung belajar lg. setakat diploma je dah cukup. yang penting sekarang aku dah ada pekerjaan sendiri yang bermula dari ilmu sepanjang 3 tahun dekat kuim dulu. ALHAMDULILLAH. :)

"sesiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, maka ALLAH akan memudahkan baginya jalan ke syurga." (H.R. Muslim)

*saat ini aku sedang bersibuk2 untuk ke pasir mas. sempat lagi kan hupdateee !! :D

CABARAN HARI 1
CABARAN HARI 2
CABARAN HARI 3
CABARAN HARI 4
CABARAN HARI 5
CABARAN HARI 6

Monday, 8 September 2014

kerana apa Allah kunci lidah kita?

Assalamualaikum W.b.t

video

Kerana apa Allah kunci lidah kita dari menyebut Lailahailallah. Sedangkan sebelum itu kita sering mendengarnya?

Kerana derhakanya kita pada ibu dan ayah kita. Kalau dia ibu ayah kita mohon utk duduk dengan kita, jangan anggap ianya sebagai beban. Bersyukurlah kerana antara adik beradik kita, kita terpilih oleh ibu ayah kita sendiri untuk menjaganya. Allahuakbar.

Kalau anda anak perantauan, sekarang lembut kan hati. Dan hubungilah mereka sejurus berkata. Ibu ayah, aku sayang pada kalian. :')

*Ibu ayah, setiap titisan air mata yang mengalir bukan kerana kesalnya aku dilahirkan dari rahimmu ibu, bukan kerana kesalnya aku dibesarkan hasil dari ketegasanmu wahai ayah, tetapi aku bersyukur menjadi anak kalian yang kini berjaya hasil dari didikan kalian. :')

CABARAN 30 HARI: hari ke 6 - apa yang aku makan hari ini

Assalamualaikum w.b.t

ok. cabaran untuk hari ini. aku makan apa? makanan kampung pluss dengan makanan western. haha

milik en. google

lempeng dengan sambal tumis. haha sedap wooo

then bile lapau lagi. aku goreng la kentang. ok bila di rumah aku memang kuat makan.

milik en. google jugak.

sedapnya hoiii. fav aku. kentang goreng ! :D

ini baru sarapan pagi belum tengahari lagi. haha tp ibu aku kata nak masak ikan kembung masak asam dengan kaki ayam goreng kari. sedapnyaaaa. terliur kejap weyhhh. -_-

*ok. esok gua akan ke pasir mas utk kursus transformasi minda. doa2 la line dekat sana ok utk aku taip setiap cabaran2 mendatang yooo.

Sunday, 7 September 2014

CABARAN 30 HARI: hari ke 5 - 3 perkara yang aku ingin katakan kepada bekas kekasih

Assalamualaikum w.b.t

Ok. keje malam 3 hari telah tamat. and now i'm on my way to my hometown. perghh mencabar nya nak taip entry utk cabaran hari ke 5 nie. haha

ok. apa yang aku nak cakap pada bekas kekasih? heyy. can you see how big a smile in my lips without you? heyy seimbas bayang2 kau pown aku jijik nak tengok. hey i've got a new life much better than before. heyyy kau tunggu masa aku tumbuk muka kau dengan tangan comel aku nie. kau tunggu.

lebih pulak aku bagi. poyo haha sebab macam2 sebenarnya aku nak cakap. tapi cakap depan cermin je berharap setiap kata2 tu dia akan terdengar dan sentap seketika. kalau. haha


apahal tiba2 nak share lagu nie pulak? ohh saja. lalalala.

tapi antara banyak2 perkara di atas, yang aku nak cakap cuma satu. cuma satu. yang aku tak berkesempatan nak cakap sampai hari ni. apakah itu? siapakah itu? poyo. haha

actually the most important, aku harap yang kau dapat lebih baik dari aku. That's it. Past is Past. we are not mean together. kalau satu hari nanti dalam takdir Allah itu akan ada pertemuan antara kita, jangan ada ungkitan antara kau aku. kerana aku sudah lama menganggap hati cela ini tiada ruang lagi utk perbaiki yang kelam. Yang semalam tak kan pernah ada dalam masa depan.

fuhhh lega. cabaran hari nie siap. esok punya cabaran pulak bagaimanakah nanti? :D

CABARAN HARI 1
CABARAN HARI 2
CABARAN HARI 3
CABARAN HARI 4

Saturday, 6 September 2014

CABARAN 30 HARI: hari ke 4 - buku kegemaran aku

Assalamualaikum w.b.t

Malam nie malam ketiga gua bekerja bro. fuhhh penat. bila bermula hari ke empat. semakin mencabar sebenarnya. sebabnya aku tengah dok fikir nie macam mana nak update entry sepanjang hari ke 7 sehingga hari ke 13. sebab sepanjang masa tu aku ada dekat pasir mas tengah kursus program transformasi minda. aduhaii. dah la sana ceruk memang susah nak dapat line. ada inisiatif lain? tak apa. nanti aku fikir kemudian. masih ada masa.

so buku kegemaran aku. kalau bab2 ilmu memang tak ada lah. sebab aku tak suka membaca. haha tapi aku kalau novel ada.


koleksi damya hanna yang ada pada aku. tapi ada dua lg novel dia yang aku belum snap. aku pernah teringin nak jadi novelis macam dia. tapi tak kesampaian sebab karya pertama hampir separuh aku taip dah hilang sebab kena virus. gila tak meroyan masa tu. terus aku serik. gila tak. haha dia salah satu inspirasi aku.

novel2 dia tak bosan. siapa yang kaki novel tu tahu la rasanya. hehe yessss. novel kak damya hanna semua best2. dan yang paling awesome ! saat cinta bersemi. sampai aku terbayang2 aku jadi nur dhuha. haha :P

ok. cukup untuk hari ini. tunggu hari esok punya cerita macam mana aku laluinya. :)

CABARAN HARI 1
CABARAN HARI 2
CABARAN HARI 3

Friday, 5 September 2014

CABARAN 30 HARI: hari ke 3 - sesuatu yang menguatkan gadis bernama asha hana

Assalamualaikum w.b.t

cabaran 30 hari diharungi seperti biasa. hari nie penat sikit sebab kerja malam. so membongkang dulu baru post. haha ok apa yang menguatkan aku? arwah atuk sebelah ibu. dia inspirasi aku dia kekuatan aku dia pendorong aku untuk berjaya sehingga hari ini. sebelum2 ni aku pernah ukir puisi mengenai kekasih dua dunia berbeza. dialah orangnya. nak baca puisi yang mana. klik je page AKU & PUISI. ada dekat celah2 tu je. haha

pentingnya dia dalam hidup aku sama seperti ibu dan ayah aku. kau nak tahu, saat dia pergi, separuh jiwa aku turut pergi. sebab aku tak sempat nak tunjuk segulung diploma pada dia yang aku dah berjaya genggam hari ini. tapi ALHAMDULILLAH aku sempat jaga atuk seminggu dekat hospital time aku praktikal masa tu. aduhhh touching la pulakk. sobs sobss. :')

selain tu, kekuatan aku tentu2 lah family aku. kerana dorang la aku still jadi staff nurse dekat hkl. kalau ikutkan tak minat kerja nurse, kalau ikutkan hati dan akal yang dok hari2 stress dengan kerja yang busy dekat emergency department, for sure aku dah lama quit. aigooo T_T

*nanti cabaran seterusnya....

CABARAN HARI 1
CABARAN HARI 2

Thursday, 4 September 2014

CABARAN 30 HARI: hari ke 2 - 5 cara memenangi hati aku

Assalamualaikum w.b.t

cabaran seterusnya. walau pown kerja shift tetap kuatkan semangat untuk harungi cabaran2 mendatang. cewahhh.

so, 5 cara memenangi hati aku.

1. senyum. saat aku marah. aku tak boleh tengok orang yang aku nak marah tu senyum sumbing dengan aku. nanti aku nak tergelak. entah kenapa entah. gila kan? macam ada sensitivity dekat situ. ehhhh?

2. pandangan mata. pernah dengar kata pujangga, dari mata turun ke hati? macam tu la aku nak ibaratkan sekarang. pandang bukan dengan pandangan "lain macam" ya. pandang dengan kasih sayang dan ikhlas. nescaya kau akan dapat respon positive dari aku. percayalah.

3. selalu ada saat aku perlu. kalau aku marah sekalipown, bila dah sayang tak kira la macam nak bunuh kau sekalipown, kau tetap diperlukan di sisi aku tak kisahlah kawan ke teman tapi mesra ke siblings ke family ke. so, jangan sesekali kata aku tengah marah. jadi kau nak bagi aku masa utk cool. blaa blaa blaa. dusta semua tu. puitt.

4. bawak aku ke tempat yang tenang macam pantai atau tempat yang boleh lihat senja terbentang. kau tahu, aku suka senja? tak tahu, so sekarang dah tahu kan. so boleh ambik hati aku eh time aku merajuk ke marah bagai. haha

5. jangan selalu tanya aku kenapa tapi huraikan setiap persoalan kenapa aku marah. sebab aku tak suka bila diasak dengan berbagai soalan. boleh buat aku rimas. 

milik en. google

tak sabar nak up entry untuk cabaran hari seterusnya. even terkejar2 dengan kerja shift, nie la dinamakan cabaran. hehe seronok berkenal-kenalan sesama blogger baik blogger otai mahupun blogger remaja yang baru nak kenal erti dunia blogger. so tunggu cabaran hari seterusnya eaaa. 😊

CABARAN HARI 1

Wednesday, 3 September 2014

CABARAN 30 HARI: Hari 1 - 1 gambar terbaru anda & 5 fakta tentang diri anda.

Assalamualaikum w.b.t

tadaa. orang lain dah 3 hari dah start aku baru nak start hari nie cabaran 30 hari. sangat mencabar. even aku hanya blogger cekodok basi, tapi aku sahut jugak cabaran nie. haha

ini gambar terbaru asha hana. gambar pada 31 ogos 2014. well aku kaki selfie. hari2 rasa nak berselfie. haha

5 fakta tentang diri anda

1. perempuan yang gila-gila. nampak pendiam dan muka aku memang dah ramai kata aku nie sombong belaka tapi bila dah kenal secara baik, aku sebenarnya lebih "ramah" dari sangkaan meleset tu. sampai kadang boleh buat orang anoyyed dengan aku. haha

2. gadis yang obses dengan warna biru. boleh nampak sendiri dengan suasana rumah blog aku macam mana kan? hehe

3. wanita panas baran. anak no 2. memang kebanyakannya macam tu. ke korang yang angah nie tak macam tu? yup. aku tak suka menunggu dan buat orang tertunggu. mulalah nak baran tak tentu pasal. aku tak boleh kena cuit sikit. mesti nak melenting. tapi aku senang gila nak cool kalau kau pandai cool down kan aku. nanti tunggu cabaran hari kedua macam mana nak memenangi hati aku. :D

4. kaki jimba. pantang diajak pasti nak. tak kira la mana pown as long as duit dalam poket ada. bawak la aku g mana pown. sebab aku tak suka terperap dalam rumah dan itu cara aku nak release tension. hik hik.

5. aku suka muzik hip hop yang boleh buat aku dance sekali. macam cerita step up. pernah kawan aku suruh masuk kelas dance. gila ke apa. haha memang aku suka hip hop pakaian pown hip hop tapi tu hanya minat dan hobi sahaja. :)

rasanya itu sahaja kot untuk hari ini. tunggu cabaran hari kedua pulak ea. ^_^
Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome