rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, 26 October 2014

POETRY - sembunyi

lari
jauh dari sepi
sembunyi
pergi dari dia yang beronar duri
tak tahu sejauh mana
tak pasti sampai bila
yang aku tahu
aku belum bersedia
untuk berdepan dengan dia
umtuk sekali lagi merasa derita
cukup
aku belum yakin
dan dia
telah pergi bersama rasa yang mati
konklusi yang tiada nyawa


ya. aku lebih cintakan silam berbanding masa hadapan
kerana pada kenangan ada kita
kau...aku... :)

Thursday, 9 October 2014

3000 Followers Giveaway

Assalamualaikum w.b.t

KLIK BANNER UTK JOIN !

tarikh tutup: 21 oktober 2014


p/s : sponsor pown nak join jugak. haha k bye ! :D

Wednesday, 8 October 2014

throwback program transformasi minda bil 7/14 (9/9/2014-15/9/2014)

Assalamualaikum w.b.t

kisah ini walaupown dah berlalu. tetap aku rindu sehingga hari ini. aku tak tahu kenapa. sebab budak2 nya yang sporting yang boleh accept mulut aku yang terlebih ramah nie kot. hoho

 ok. this is my roomate masa dekat pasir mas. hoho


hari kedua bersama. geng ED dengan dua makhluk asing dekat belakang tu tapi sekarang dah jadi macam satu keluarga dah. haha


hasil banner mereka
tapi lagu hasil dari aku dengan syaza. nak dengar aku nyanyi ke?
sumbang nanti. haha

 penat dengan game. tapi hakikatnya. kami lagi suka game dr kelas.
sebab tu rasa mcm nak pergi lagi. haha

 aku asyk dengan dia je. shift pown sama. pergi kerja pown sama. dapat kursus pown sama. :)

GAME

 F1. baju f1 terbaik jatuh kepada kumpulan semut warrior ! kumpulan aku la tu.
1000 markah utk group kami. hahah erkkk =="


 bersiap sedia utk race? ahaksss. !

 cuba teka game apa? kreatif betul semua game en awal weyhh. game nie di mana kau kena buat roda menggunakan kertas dan kau berjalan di dalam roda tu di atas jalan raya. macam kereta kebal tu haa. dan make sure roda kertas tu tak koyak. kau gilaa?? haha tp tidak. game nie menggunakan minda. first time kelas yang game sahaja. i like ! haha

banyak lagi game tapi sebab sibuk bermain tak ada gambau yg boleh aku update. haha

video
game nie. korang pernah main? cuba lah. cubalah. nescaya otak kanan kalian akan berfungsi dengan baik. haha yeayyy pantas kan aku? kau tak tahu atas stage tu kaki aku mcm nak tercabut tahan gigil. nervous punya pasal. haha

BIRTHDAY SUPRISED
 
suprised birthday utk bulan september. konon night walk ea? huhhh ok nanti aku cerita macam mana ianya boleh terjadi. dan benda paling funny kot bila mana aku jadi tontonan bahan gelak dorang. arghhh -_-
 
MALAM DINNER

bersama penyelaras program yang gedik, en zhar.
dengan dia aku tak boleh nak ngam. asyik nak gaduh je. sebab aku suka berdebat. dia pulak xboleh nak kalah. -_-

Nie Pulak ketua kumpulan aku. Dia seorang yg berdedikasi pd anak buah walaupown Xada Lah banyak sgt idea yg dia Curahkan.  Haha lepas program dah Tamat pun dia Masih nak Aktifkan kami semua Dengan mcm2 program. First Event Dah habis mcm I city Hr Tu. Next Even Pulak Sg Chilling. Tak Sabar dowhhh. huhu dia Single lagi. mari2 sila2. haha

 wan. dia nie pangkat abg sebenarnya. umur 26. kurus kan? tp dia kuat. bawak motorbike woo. haha aku dengan dia. ada satu yang sama. suka berpuisi.

kalau senyuman ini ikhlas
engkaulah orangnya yang aku mahu tujukan
ya, engkau
tapi ianya palsu topengan semata
macam mana?
my group. semuttttt warrior !! haha
"it's ok it's alright, come on semut fight3!
semuttttt warrior!!"
kami punya cheers song. haha

lorat je en zhar. haihhh yg sebelah nya tu en firdaus. :)

orang2 kuat HKL. pembangun negara. :)

 
 kami. tapi bukan semua yang ada. ini baru suku peserta. yang lain sama ada sibuk makan atau berselfie. haha yg penting semua kaki selfie.  love them :)

video
bersama penyelaras program. senja nan merah by ziana zain dan awie.

HARI TERAKHIR

sebelum bergerak pulang ke HKL.
semasa perhentian di gua musang utk makan.

nie la penghulu kami sepanjang program.sedang mencari isteri. sila2 beratur isi borang. haha :D

VIDEO DIRECTED BY ASHA HANA DAN AISYAH THE E.L.F (geng ED)
video
kak eca dengan rela hati jadi volunteer utk siap kan video nie utk tayangan audience masa malam dinner. tapi aku dipaksa sebenarnya hanya semata2 aku blogger. haihhh kalau aku cakap aku xnak time tu kompom tiket akan diberikan pada aku utk pulang ke HKL dan serta merta "anda gagal kursus nie." itulah ayat en zhar. menyampah aku dengar. haha

tujuan program transformasi minda diadakan? satu pendekatan untuk memberi pendedahan penyesuaian minda bagi penjawat awam di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam.
 baca selanjutnya mengenai PTM di SINI.

ok. nanti aku update lagi yoww. nak join GA yg aku sponsor pown tak sempat. adik nad sayang, nanti kak hana join ea? hehe k bye. :D 

Saturday, 4 October 2014

CABARAN 30 HARI: hari ke 31 - apa yg aku dapat dengan berblog

Assalamualaikum w.b.t

First of all, I would like to wish salam aidil adha utk kalian semua dr aku gadis perantauan. Sobs sobs. Malam raya aku malam pertama for night duty. Sedihh wooo sebab sedara ramai balik. Walaupown dekat melaka raya Aidiladha xmeriah. Huhu

Ok apa yg aku dpt dr berblog?

1. kepuasan. Kalau kau dah minat dalam menulis, jd kau tulis cerita apa pown dekat blog kau sendiri kau akan rasa awesome. Haha

2. Kenal lebih ramai blogger hebat. Dulu masa baru berjinak2 aku xkenal ben ashaari aku xkenal yuyu zulaikha and so on. Dan dengan berblog aku dpt ramai kawan blogger yg sporting. Nak Mention satu2 macam ramai sgt. Haha Tp bila dapat berjumpa lg Uolsss??

3. Kepakaran dlm dunia IT semakin melonjak. Cehhh poyo. Haha dulu masa mula2 berjinak dlm dunia blogger, aku xtahu main coding sangat. So bila dah tahu sikit2 mula lah rasa nak edit je blog jd cantik. Haha tp xsehebat dayang deno.

4. Dapat release tension. Sebab kadang2 org tak faham apa yg aku tulis. Tp sebenarnya biasan dan kiasan setiap pena aku kadangkala ia sebenarnya adalah jiwa aku yg aku cuba sampaikan. Contoh, melalui puisi kosong.

5. Perkongsian ilmu. Padahal apa je ilmu yg aku pernah kongsi? Haha aku dah xada lappy. Dah jahanam. Xdapat nak sharing apa2 ilmu berkaitan bidang aku plus aku busy dengan shift duty kan. Haihhhh

Ok. Tu je kot. Huwaaa rasa mcm nak balik melaka je tp ibu tak bg. Sebab takut penat dan terkejar2 pulak sebab esok keje malam kan. Ok bye. Selamat bercuti uolsoss. 

#Cabaran 30 hari tamat

Nahhh gua Tayang Muka Hensem Gua. Kbye.

CABARAN 30 HARI: hari ke 30 - perkara yg menarik yg aku bangga pd tahun ini

Assalamualaikum w.b.t

Lambat gilaaa iolsss update cabaran 30 hari yooo. Sebab I baru habis movie marathon yooo. 10 star I give for both of the movie. The maze runner and dracula untold. Best awesome. I loikeee ! ok lari dr tajuk asal. Haha

So perkara apakah yg buat aku bangga pada tahun ini? Semestinya bila aku diserapkan ke hospital kerajaan sebagai seorang staff nurse. Dr dulu ini bukan jiwa aku. Dr dulu aku dah bgtwu budak2 aku family members aku, aku xmungkin jd staff nurse.

Sebab dulu aku fikir pointer mesti nak awesome. Sumpah gua cakap gua belajar main2. Selalu ponteng kelas selalu tidur dlm kelas selalu mengulau time praktikal suka melawan ckp pengajar. Dan aku xsangka, dr kedegilan aku tu, aku dah berjaya jd org sekarang. So the point here, ilmu bukan pd pointer begitu jugak rezeki. Kalau kau tahu pointer aku keseluruhan, u will be shock. Haha
INTAKE: 20/01/2014
TEMPAT BERKHIDMAT: HOSP. KUALA LUMPUR
JAWATAN: JURURAWAT TERLATIH GRED U29

Aku bahagia buat mereka bangga. Terima kasih ibu ayah siblings kesayangan para pengajar rakan seperjuangan dan pemberi semangat iaitu arwah atuk. Tanpa kalian, aku mungkin xberdiri di sini sbg aku yg sekarang. :')

Thursday, 2 October 2014

CABARAN 30 HARI: hari ke 29 - bunga kesukaan dan maksud tersirat

Assalamualaikum w.b.t

Bunga? Bila kau pandang fizikal aku yg kasar nie agak2 aku suka bunga ke tak? Haha aku tak suka flora tp aku cintakan fauna. Cewahhh bunga mmg cantik tp aku tak fanatik. Yup.

Dulu aku suka orkid, dahlia sebab perempuan yg nama nya orkid dan dahlia mesti rupanya cantik wooo. Haha

Tp now dah beralih pulak pada bunga tulip sebab paras dia cantik cuma aku tak pernah bau lg. Tak pernah jumpa depan2 lg. Hoho

Sesuai diberi pada kekasih hati. Sebab warna nya yg pelbagai. Nak memujuk pown boleh guna bunga nie. Haha entah. Ya kot? Bunga nie senang x nak jumpa? Takat gambar je bersepah lah. Haha

Aku xfanatik pada bunga aku xtahu pasal bunga sangat so nie je yg mampu aku huraikan. Hahah ok bye !

Wednesday, 1 October 2014

CABARAN 30 HARI: hari ke 28 - 5 perkara yg bermula dengan andainya.

Assalamualaikum w.b.t

Ok. Harì nie shift petang. Rasa macam malas nak ke kerja. Serabut. Rasa mcm nak lari. Tapi sejauh mana. Kan?

5 perkara yg bermula dengan andainya.

1. Andainya, kalau aku mampu putarkan waktu. Aku xnak fall in love. It's suck. I feel like damn when he treat me like a dumb. ! His love menjahanamkan aku. I'm regret to know him.

2. Seandainya, aku mampu utk capai impian dan berlari mengikut arus dunia. Pasti aku xkan jumpa pendusta2 jiwa seperti mereka. Topeng2 yg menyaluti wajah mereka dah cukup buat aku rasa jijik.

3. Andainya, hati aku mampu kau lembutkan setelah ia dijadikan keras seperti kerikil, kau orang pertama yg akan aku berterima kasih kerana kekerasan hati ini xmudah dilunturkan walaupun dengan hanya kata2.

4. Seandainya aku mampu kembali kan mereka2 yg aku syg balik semula dalam kehidupan aku, aku akan lebih menghargai kehadiran mereka. Pasti yg di "atas sana" lebih bahagia.

5. Andainya aku dijemput terlebih dahulu utk pergi menghadap tuhanku, aku mahu berjumpa dengan org2 yg aku syg tanpa mereka tahu bahawa aku bakal pergi dr dunia.


Ada seorang kawan. Lelakì. Bertanya. Kalau saat ini ada yg dtg propose kau sbg girlfren, kau boleh dengan serta merta kawen?

Aku geleng kepala. Aku belum bersedia. Lagipown, lelaki yg baik hanya utk perempuan yg baik. Aku bukan perempuan itu. Saat ini, lepas segalanya jadi. Aku xtahu apa sebenarnya kemahuan aku.

Ada jugak seorang kawan beritahu. Yg jahat xsemestinya dengan jahat. Xkan kau nak kawen dengan yg sama2 jahat? Biar lelaki yg baik tu bimbing kau. Jawapan aku sama. Aku belum bersedia. 
Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome