rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, 8 December 2014

POETRY - ceritera pejuang yang tertunduk kejahilan

lama dia menghilang. biarkan dunia maya dia yang bersawang. penuh dengan kerinduan yang bersarang. atau kekalahan jiwa yang meruntuhkan semangat untuk dia teruskan kehidupan sebagai seorang pejuang. betullah kata orang, tak mudah cari kekuatan selepas kita jatuh perlahan-lahan. ianya membunuh dalam sehingga kau lupa macam mana cara untuk bernafas dengan tenang.

setahun tak cukup lama untuk dia melupakan segala keperitan. dia yakin, setiap pena dia di sini tidak lagi menjadi tarikan untuk dibaca oleh si pembunuh dengan hati yang pernah menjadi milik dia seorang. maafkanlah dia yang pernah tertunduk kejahilan. sehingga ke saat ini dia masih diburu bayang-bayang silam hasil dari kebodohan semalam.

dan dia masih lagi di arus sama. mencari sinar kebahagiaan dari tuhan tapi sekali lagi terduduk dengan kesilapan. cintai dia bererti kau harus tahu siapa dia. dahulu. dan kini.

tapi kau boleh ubah masa hadapan supaya tidak berulang kisah semalam. kan? tiada lelaki yang mahu memperisterikan wanita jahil. itulah kata penguat dia. sekarang, dia gagah memperlihatkan senyuman agar tiada siapa tahu apa yg terbuku di hati dia.

No comments:

Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome