rakan blogger awesome

register and redeem now ! ♥

Assalamualaikum :)

smileys writing photo: writing thgastenboektekenen.gif"Semua penulisan akan mati. Hanya karyanya sahaja yang terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." - Saidina Ali b. Abi Talib

"Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu." - Imam An-Nawawi

i was born :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, 28 September 2015

POETRY - pernah

Pernah
Pada ketika dulu. Bicara aku padanya sebelum aku bersedia memulakan semula. Permulaan pada sebuah kehidupan yang pernah dia matikan. Dulu. Pernah.

Dan bila kini aku ulang semula agar dia senantiasa beringat. Setiap kata keringat. Penantian aku akan berhenti apabila cukupnya dua tahun selepas tarikh keramat penghidupan semula aku yang menyakitkan amat.


Aku bukan perempuan yang sama. Kerana berabad yang lalu. Cukup aku yang tika itu. Tak kan aku bawa aku yang dulu pada hari ini. Yang lama sudah tarikh luput dan digantikan dengan yang baru. Selamat datang hati bayu. Dunia yang penuh haru biru.

Dan tika itu tak kan aku rayu. Tarikh keramat itu. Tak kan ada satu kata untuk buat kau pulang. Biar terbang segala angan gemilang. Capailah impian dalam tahun² ini sebelum tiba harinya. Semoga penantian kita tidak sia².

Saturday, 19 September 2015

POETRY - rela

Bahagia yang dia kecapi rupanya mimpi di siang hari berselimutkan air mata berahi. Seluruh daerah aman dia yang pernah dikongsikan bersama hati. Akhirnya kecundang tertunduk. Kotor jijik.

Rasa yang menghuni dalam jiwa dia meronta dilepaskan. Agar dia tidak dikecam. Dia pernah berjanji mahu mengubah apa silapnya dulu. Kesal? Sedikit. Yang selebihnya adalah hampa pada diri.

Andai sahaja manusia itu bisa berjalan tanpa diiringi waktu. Pasti, setiap langkah itu dihayunkan perlahan agar dia mampu kutip kekesalan itu dan ditampal satu persatu. Biar jadi bahagia yang tidak berpenghujung. Namun mimpi. Bukan nyata.




Akhirnya dia merelakan penghinaan itu. Bukan kerana sayang. Tapi kerana lelah. Tulikah dia?

Dia yang pilih jalan ini. Maka dia tidak akan berhenti. Dengan harapan dalam perubahan itu, kedua²nya ada. Bukan sekadar mimpi ngeri.

Tuesday, 1 September 2015

POETRY - wanita sehebat dia.

Assalamualaikum w.b.t

nak diceritakan aku tak punya kekuatan. nak aku luahkan aku tak cukup kudrat keimanan. biarlah lautan badai merajai jiwa² kami yang semakin lama semakin menghambarkan. biarlah seisi alam berkata penat lelah dia akan berterusan. tapi aku tetap dengan rasa yang tak akan sesekali pudar walau masa terlalu mencemburui betapa eratnya keakraban kami.

tulus di sini, aku rasa tak layak untuk disayangi wanita sehebat dia. walau perihnya dia hadapi perit getir ujian dari tuhan dia tetap teruskan mahligai indah sedang dia tahu kondisinya sangat menyedihkan. kau tahu kenapa aku kata dia kuat? hanya berbekalkan doa usaha tawakal, dia mampu teruskan kehidupan tanpa ada satu pun keluhan.

tuhan sayang dia. tuhan beri dia ujian itu sebab tuhan tahu dia kuat utk langkahi. mujur ada suami yang ikhlas berzaujahkan wanita seperti dia. Allahuakbar. dia masih mampu mengukir senyum sedang dia tahu ada percisan² barah mengalir dalam darahnya.

tuhan, berikan dia kesihatan berpanjangan. Alhamdulillah. kandungannya semakin membesar dan xsabar mahu berjumpa dengan uminya di dunia. Tuhan, jaga mereka berdua. aku terlalu rindu. aku terlalu faham bila dia sudah bersuami. tiada lagi masa. kalau ada pun, sangat jarang-jarang. :')


pandang belakang balik saat hari pernikahannya,. :)

*sudah lama tak kunjung sini. keadaan semakin berbeza dari hari ke hari. kesibukan bekerja sehingga aku hampir hampir lupa aku pernah menjadikan blog ini sebahagian dari jiwa aku. dunia fantasi aku. alam puisi aku di sini. rindunya aku pada kalian. laptop tempat aku menghiasi blog menjadi warna warni juga dah lama jahanam. screennya retak menanti belah. apa khabar kalian di sana sahabat blogger aku? :')
Designed By asha-hana.blogspot.com | All Right Reserved to: Asha Hana 2011 - 2013 ©| Best View: Google Chrome